ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Tuesday, February 15, 2011

Tips nak jadi Menantu kesayangan..

Jika kita telah berkahwin, kita kena 'kahwin' dengan seluruh isi famili pasangan kita. Mula2 tu memangla agak kekok nak sesuaikan diri terutama dengan mertua kita, tapi lama2 alah bisa tegal biasa..sesekali bertegang urat dengan mertua pun ada juga, but sebenarnya itu lah proses nak kenal hati budi memasing. hmm...aku bukan la menantu yang dicarikan mertuaku untuk anaknya, anaknya yang cari sendiri. Atas dasar pandang cinta pertama kata suamiku kepada aku -.-'

Aku sangkakan menjadi isteri kepada anak tunggal ni takde masalah apa2 everything smooth jek termasukla takde masalah nak duduk sendiri. Tapi tak semudah yang aku sangka. Aku pun malas la nak terus berdingin dengan mertua, akhirnya aku terpaksa mengalah dengan keputusan suamiku untuk menetap bersama ibu kesayangannya itu. Alhamdulillah ada hikmah rupa2nya..

Senang jek nak berdamai dengan mertua ni asalkan :

1. menantu terima seadanya pasangan & ibubapanya (mertua) dan seluruh keluarga pasangan.

2. menantu jangan berkira soal belanja makan minum terutama belanja dapur.

3. menantu mendoakan sekali kesejahteraan mertua semasa mendoakan kedua ibubapa sendiri.
IAllah hati mudah menjadi lembut.

4. menantu kena redha dan bersabar dengan kerenah / teguran / leteran mertua.

5. menantu kena pandai memikat & mengambil hati mertua dan seluruh familinya.

ada tambahan?? buat entri sendiri la ye ;)

HARI MAULIDUR RASUL 2011 tak mungkin aku lupakan seumur hidup. Ibu mertuaku mengajak aku pergi Masjid Abu Bakar nak dengar ceramah dengan nak makan nasi minyak katanya.
Suami?? ''takpe la..awak saje la yang temankan mak ye '' .. pulak da??
ok takpe..mak jom siap2 kite pegi masjid, kalau lambat habis pulak nasi minyak tu. haha
Alhamdulillah cuaca pun agak cerah, hasrat mak mertuaku nak makan nasi minyak Alhamdulillah tercapai. Dia cakap da lama tak pergi Masjid Abu Bakar makan nasi minyak, yela masa dia keje dulu tak dapat cuti public, ni da bersara tu yang beriya2 mengajak. Rezeki dia kan..





mak mertua : jom kita makan nasi minyak dulu, nanti ramai berebut2..
aku : eh kita dengar ceramah dulu la mak..
mak mertua : tak pe, makan dulu..
aku : yela..yela

2nd aku tak bole lupa spesel MAULIDUR RASUL 2011 sebab aku dapat mencium tangan Sultan Johor Tengku Ibrahim (Tg.Yem)..firstime dapat tatap muka baginda depan2. Wangi lembutnya tangan tak macam tangan aku yang kasar berurat2 ni. Terima Kasih Tuanku..




3rd pulak aku pegi zoo berdua dengan mak mertua aku..aku sebenarnya tak suka pegi zoo sebab iyalah bucuk dengan aku tak sampai hati tengok binatang dikurung dalam sangkar especially burung. kesian burung sepatutnya terbang bebas di udara sedeh jek muka terkebil2 mata bile terkurung gitu. Habis mak mertua aku da ngajak, kebetulan zoo bawah masjid jek. Jomla mak kita g zoo liza belanja. Haha rezeki dia lagi kan..




Apapun penat, letih, bau masam berpeluh terbalas tengok mak mertua senyum. Terbit rasa bahagia dalam hati. Terjumpa pulak dengan kawan lamanya, dipuji aku depan2 ''cantik menantu akak'' .. haha terima kasih -.-'

aku la menantu aku jugak la 'hantu'
hehe..

p/s : jadi la diri sendiri, jangan berpura2 ;)


5 comments:

Yaya Azura said...

namapak kat dashboard new post terus singgah...Yaya pun menantu kpd anak tunggal..pun tinggal dengan keluarga mertua..huhu...

Unknown said...

ops..yaya kata yaya menantu kepada anak tunggal? lain maksudnya tu..hihi

Norgadis said...

Salam. terima kasih sudi follow, ada award follower utk awak...

http://norgadis.blogspot.com/2010/02/award-untuk-followers.html

Unknown said...

tqvm norgadis..

Admin said...

Menantu hantu..he3x

singah kat blog teksi ya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara