singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Thursday, September 12, 2013

PEMBERITAHUAN!!! BLOG BARU >>> jemputlah singgah yer!

MAAF >>> LAMA SUDAH TAK BERUPDATE BELOG NI...



SAYA DAH FOKUS KAT SATU LAGI BELOG...BELOG NI MASIH DIBIARKAN SEBAB SAYA SAYANGGGGG NAK BUANG...KENANGAN BEB!!! MY FIRST BLOG NIH!! 




OK...NAK JUMPA SAYA...BOLEH PERGI KE LINK BARU YE...SAYA ADA SANA...KALAU ADA NAK KOMEN KE, NAK MENGATA KE, NAK MENGUMPAT KE BIAR DEPAN-DEPAN...PERGI JE KAT BLOG SAYA YANG SATU LAGI TU OK..!!! 


http://www.meletopsakan.blogspot.com

OK all...cee you thereee!!! minta maaf ye kalau ada terkurang bahasa di sini. Terima kasih kawan2 yang sudi follow my blog.





Wednesday, August 1, 2012

Ibu lahir anak kembar 12 dipaksa pilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!




Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi. "Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! (sumber info Email)

BAGI SAYA BABY TUUUU!!!!!


Monday, May 21, 2012

Horray!!! saya menang 'MEMBERKU HAWA CONTEST'

hye..
nak tau tak???
tak kira, nak bagitau jugak siap tunjuk gambar sebagai bukti nii..
Kalau nak tau, saya terpilih jadi pemenang contest 'Memberku Hawa Minggu Pertama' ^^,
memula dpt kol daripada Kimberly Clark, memang suspen sgt..yelah mana tak suspen skrg kan ada banyak penyamaran nak menipu orang je kejenya..tapi yang ni memang betul..katanya saya dapat jawab soalan betul..yeke??? hehe lama juga saya nak mengingatkan bila masa plak saya jawab soalan ni..lama2 baru laa teringat :D


Nak tengok ker apa hadiah yang saya dapat hari Jumaat lepas???
jeng..jeng..jeng..antaranya :

1. bantal kecik
2. note stick
3. sample pantyliner
4. botol air utk 500ml
5. bentuk patung orang berkepala 'hanger' (tak reti nak cakap apa)

hehe, suka sangat...jadilah kan, sapa nak bagi?? kalau beli bantal kecik saiz gitew mahunya nak berkira2 bajet, nak beli ke tak nak? ni orang dah bagi hamek aje laa kann...kiut ^^,


cuma ada satu kemusykilan ni, menatang apa mendealah yang macam hanger tu? kepala hanger tu boleh berpusing tau, dan boleh dicabut dipasang semula..berat mmg berat..macam pemberat kertas pun ye. Entahlah, memang tengah buntu nak mikirkan apa benda tu? nak kata anak patung mana lak kepala dia??? ce tengok..


Anyway, terima kasih Kotex, juga Kimberly Clark..paling best mestilah serial drama feveret saya masa kini 'Memberku Hawa'..lakonan Faizah Elai & Nad Zainal mmg kelas, sinopsis cite baca sini, lagi2 dengan kehadiran model aka blogger top Hanis Zalikha yg badannya tinggi lampai macam galah, tapi muka kiut miut ala2 minah jepun..sori Hanis :)


Saturday, April 21, 2012

melentur buluh dari rebungnya..

Sejuk mata mandang, comelnya tiutnya dia.... bila last aku jumpa dia? awal bulan tiga lps..

Ya Allah banyaknye keletah dia sekarang, pot pet ada saje nak bercerita. faham tak faham kena buat2 faham. Layankan ajelah apa soklan yang ditanya..semakin bijak dan cepat belajar anak kecil ini.. Daaann, tak lama lagi dia nak jadi abang dah..sekejap je masa berlalu, tup2 dia dah cecah tiga tahun nak dapat adik pulak. Alhamdulillah dalam kesederhanaan anak kecil ini hidup dalam sebuah famili yang bahagia, yang aku nampak didikan agama banyak diterapkan antaranya nak doa makan, ajak solat berjemaah dgn mencium tangan bila bersalaman dgn yang lebih tua..famili korang pun sama jugak kan?

foto credit to : Monche

sejuknya hati :')
sejuk lagi perut mamanya yang mengandungkan dia.

Anyway, memang kena plan masa bila nak jumpa dengan si anak pintar ini. Banyak yang nak diborakkan, aku nak tanya kat sekolah belajar apa, berapa ramai kawan2 abang? kite tanya banyak2 biar dia boring tak terjawab..hehe selalu dia tanya kite boleh???

Adam...Adam...we loves him soooo muchhh...

p/s : jangan lupa singgah blog Pak Uda Adam ni ye ada komik terbaru katanya 'Lelaki Kentang Bermisai' tau lah suka makan kentang itu orang sampai komik pun nak letak tajuk kentang..

hehe URL blog dia http://moncheruevaga.weebly.com haha..idea berkartunnya yang semakin lawaks. Boleh lah oder komik LKB tu dengan dia masuk FB 'Monche Ruevaga' carilah dia, gambar DP dia asyik bertukar2 je..status 'in relationship' tu yang mahal...muahahaa nak dapat adik ipar lagi yeay!!

Ehhh..jap jap..blog Mak Long Adam pun kena masuk gak tau, hehe http://www.1001impianhidup.com..macam2 ada situuu..

Bubye!!! terima kasih sudi baca sini..
selamat berhujung minggu xoxo.

Saturday, April 14, 2012

Promo :: Datang beramai2 ke Mega Star Roadshow JB!!!!!


A'alaikum wbkth, ceria2 di pagi Sabtu..hujung minggu besok apa plan kita? Bagi yg berdekatan, korg dialu2kn datang memeriahkan Mega Star Roadshow (MSR). Jgn sentap2 di pagi Ahad esok, kita dptkn suntikan semangat dan 'tap' aura dan energy drpd multi millionaire Mentor Kejayaan dan Kekayaan Smart Tycoon iaitu CDM Hajah Siti Atkah A Hamid. Semua dijemput hadir beramai2 kerana beliau akan share bagaimana kita nk menjana passive income drpd 9/10 punca rezeki kita juga Sunnah Rasulullah iaitu perniagaan. Kini ada OFFER BOMBASTIC utk mereka yg kureng modalnya tetapi ada keinginan nk menambah pendapatan. Ada selingan demo FREE krim istimewa BioEver dan peluang menang cabutan bertuah..

Program adalah seperti berikut:

Tarikh
15 April 2012 (Ahad)
Masa
9pg ~ 12.30tgh 
(habis program bolehlah 
pegi kenduri kahwin, shopping ect.)

Lokasi
Smart Tycoon Community Centre, 
No 56, Jln Keindahan 1, Tmn Skudai Indah, Skudai, Johor.

program yg sentiasa penuh
Alhamdulillah xoxo

Jangan ketinggalan untuk bersama kami esok. Pengorbanan masa santai hujung minggu korang pastinya sy janjikan tak akan sia2. Memang besok insan yang akan berikan kita special talk dia sangat2 hebat. Nak baca kisah menariknya, ceritanya ada boleh baca di sini

Hubungi saya untuk tempahan seat dan tiket masuk yg bernilai RM50..percuma jika anda register bagi NAMA & ALAMAT sms ke 0162581268 sekarang!!!!


Friday, February 24, 2012

info : Al-Fatihah (adik Faris) & susu kambing kolagen


Al Fatihah buat arwah adik Faris, kebanyakan blogger taip post tentang arwah. Aku pun baru tau cerita sebenar sebab tak pernah terbaca pun dalam media akhbar, tv atau radio. Alhamdulillah, memang agak menyentuh perasaan jugak apa lagi yang tukang pencerita asal kisah arwah adik Faris bijak mengolah ayat dan attachkan sekali gambar2 berkaitan lagi2 gambar yang satu ni :-


Bagi sesiapa yang nak tau rentetan kisah dari awal cerita sampailah kisah saat arwah adik Faris menghembuskan nafas terakhirnya bolahlah terus klik di sini. Alhamdulillah, dengan sumbangan pembaca blognya yang ramai tu Alhamdulillah sekurang2nya dapat meringankan usaha ibu bapa Faris menjelaskan bayaran hospital yang ditanggung sepanjang 23 hari Faris dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu kota.

AL-FATIHAH

Terlanjur nak cari info tentang kisah si arwah, terbaca pula info tentang susu kambing kolagen. Memang tengah mencari pun produk susu kambing ni, yang terlintas cuma Hi-Goat. Tapi yang ni ada kolagen yang katanya boleh bantu mencantikkan kulit hmmmmm why not boleh juga nak mencuba. Ini sebagai salah satu ikhtiar cuba tips bagi mudah hamil yang banyak dikongsikan teman-teman yg prihatin. Kata mereka amalkan minum susu kambing, lagi terbaek campurkan dengan kurma yang dikisarkan sekali dengan susu kambing tu. Tu yang nak cuba tu, mana tau ada rezeki. Nak oder SINI


Tuesday, December 13, 2011

1% ujrah dateline 31 Dec 2011..sebar2kan



Sila ambil maklum bahawa PTPTN sedang melaksanakan promosi pengurangan kos pentadbiran daripada 3% kepada 1% kepada peminjam yang menyelesaikan semua hutang sebelum 31 Disember 2011. Semua peminjam adalah layak menikmati promosi ini termasuk yang telah disaman tetapi masih belum diperolehi penghakiman mahkamah. Peminjam berstatus BGKS iaitu batal/gagal/berhenti atau mendapat penaja lain juga layak memohon dan menikmati pengurangan kos pentadbiran ini.


Sehubungan dengan itu, sila war-warkan promosi pengurangan kos pentadbiran ini kepada semua peminjam PTPTN samada pelanggan PTPTN, rakan taulan, sedara mara dan sebagainya. Promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2011.

Maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh juga diperolehi melalui laman web PTPTN atau melalui iklan diakhbar-akhbar harian. Disamping itu, PTPTN masih membuka peluang kepada peminjam yang belum menghantar perjanjian Ujrah untuk melengkap dan memulangkannya semula kepada PTPTN sehingga 31 Disember 2011.

Sekian , terima kasih


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara