ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label jom makan. Show all posts
Showing posts with label jom makan. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

blog masakan ini memang femes de amour ..

salam,

hari ni baru hari pertama aku berpuasa enam Syawal. Banyak dugaan dan cabaran berpuasa di kala orang lain tidak berpuasa, sungguh menguji keimanan. Alhamdulillah dan iAllah esok dan seterusnya semoga dipermudah dan diizinkan Allah untuk aku menyempurnakan puasa sunat enam Syawal ini dengan sempurna.

tu lah dia, apabila terfikirkan nak masak apa, pastinya antara banyak² blog dan website, memang blog masakan ini yang menjadi tumpuan ramai untuk dikongsi sikit-sebanyak resepi dari situ. Tak kiralah daripada resepi mudah buat agar² hinggalah pencarian resepi yang susah olahannya, blog ini tetap menjadi pilihan pertama. Tahniah buat CMG, ternyata air tangannya benar² menjadi. Bertuahnya badan sesiapa yang menjadi suri hidupnya.

Tapi, blog masakan yang lain pun tak kurang hebatnya juga. Sesekali untuk bertukar selera pasti blog mereka akan diintai untuk melihat antara resepi yang menarik untuk dicuba, antaranya blog kak nor dan juga ros. Gambar masakan yang ditepekkan betul² menggugat keimanan dengan cara persembahan hidangan yang menambahkan lagi kesedapan dan keenakan masakan mereka. Untuk menjadi pakar masak macam kalian hmmm payah untuk dijangkakan tapi iAllah akan diusahakan ke arah itu..Terima kasih kepada kalian semua.








Saturday, August 20, 2011

Mc D dikomplen sbb siarkan bunyi azan.

Salam..

suka ke tak suka, kita bertuah duduk harmoni pelbagai bangsa di Malaysia, sebuah negara yang sentiasa pertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Alhamdulillah, mudah²an kita semua dilindungi-Nya selalu daripada anasir² yang berniat jahat untuk memporak-perandakan keamanan rakyat & keharmonian negara.


Lain pula kisahnya dengan seorang lelaki bukan beragama Islam ini yang secara gentleman mengkritik salah satu outlet Mc D (tidak pula dia nyatakan Mc D cawangan mana) yang telah menyiarkan laungan azan ketika waktu kemuncak kita yang beragama Islam ini hendak berbuka puasa. Lelaki itu tak berpuas hati lalu menyatakan ketidakpuasan hatinya di ruangan komen fb Mc D.


Tapi malangnya, komplennya itu tidak mendapat sokongan kerana majoriti kita termasuklah yang bukan beragama Islam rata² membidas balik apa yang disuarakan lelaki itu. Apa yang paling best ada segelintir yang menegur komen lelaki itu secara baik dan aku pasti teguran yang lembut dan berhemah akhirnya mampu menundukkan ego dan amarah seseorang, akhirnya si lelaki itu sudah pun memohon maaf atas tindakannya mengkritik Mc D dan bukanlah niatnya untuk menimbulkan perasaan perkauman.

antara komen terbaek

Moral of the story :

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
2. Belajar menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka dan kita jawab kritikan itu secara berhemah bukan penuh emosi, iAllah sebarang pertelagahan boleh dielakkan dan kita anggap itu sebagai pengajaran hidup untuk memperbaiki kesilapan diri sendiri.
3. Satu jari kita tuding cari kesalahan orang lain, empat jari balik ke kita akhirnya memalukan diri sendiri. sama² kita jadikan iktibar dan belum terlambat untuk bermuhasabah diri, wallah'ulam  sumber





Tuesday, August 2, 2011

semuanya gara2 pecal..

Salam Ramadhan..puasa tak ni? Alhamdulillah semoga amalan kita sepanjang kita berpuasa diberkati-Nya. Masih belum terlewat nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua.

gambar hiasan

Ginilah, baru2 ni adik kesayangan aku jatuh sakit, Alhamdulillah keadaannya masih terkawal walaupun belum sembuh sepenuhnya. Jatuh sakitnya betul2 buat aku risau, mana taknya seharian dia terbaring lemah, dengan simptom2 keracunan makanan kepala pening, muntah2 dan sakit perut buang2. Kasihannya aku tengok dia, ni semua salah aku juga..

Aku agak2 ini mesti berpunca dengan pecal yang kami makan hari Sabtu baru2 ni. Sebelum tu, nak bagitau pes sambal pecal tu cuma dibancuh dengan air panas untuk dijadikan kuah pecal yang pekat secukup rasa. Pes sambal yang aku minta ayah kurierkan tu segera aku nak makan sebab tak tahan dengan keenakan rasanya. Untuk rencah pecal, aku bawa adik pergi ke pasar malam, kami beli tahu bakar, yong tau fu dan tidak ketinggalan aku beli seikat sayur kangkung & kacang panjang.

PUNCANYA : Sayur kangkung & kacang panjang lepas dicuci bersih, aku cuma rendamkannya dengan air garam dan air panas mendidih. Aku tak celur kedua2 sayur ni memandangkan di rumah (rumah persinggahan) tiada dapur untuk memasak. Periuk nasi ada tapi aku tak terfikir pula nak didihkan air dan celur sayur2 menggunakan periuk nasi. Memang benda nak terjadi kan? Dah siap semuanya rencah kami adunkan dalam hidangan pecal tu, kami berdua makan dengan penuh berselera sekali..makan rebut2..

Dan pada keesokan paginya, adikku jatuh sakit. Aku dah dapat agak apa puncanya..dan perutku juga ada  rasa tak sedap tapi tidaklah seteruk apa yang adik aku alami..Kasihan adik aku. Maafkan akak ye na..

ini lah pecal yang dimaksudkan..

UPDATED







Monday, July 11, 2011

[promo!!] TEMPAHAN KUIH RAYA BERMULA!!!

Salam ^-^

Demam biskut raya kembali melanda!!! bak kata orang, kita buat persiapan awal supaya tidak terlalu sibuk di saat2 akhir nanti. Takpun, sekadar beli untuk mencuba rasa sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga.

• Kuantiti dalam setiap telap lebih kurang 45 – 50 pcs
• Order boleh dibuat dari 13 Julai 2011 – 10 Ogos 2011




kesemua gambar asal : FB Laili Jumaah

TYPE : A
3 JENIS KUIH (KUANTITI LEBIH KURANG 20 PCS SATU BEKAS).
BOLEH DIPILIH DARI ALBUM KUIH.KECUALI BLUEBERRY CHEESETART.
ADA 3 PILIHAN COLOR BEKAS:
HIJAU, PINK DAN CHOCOLATE

TYPE : B
3 JENIS KUIH (KUANTITI LEBIH KURANG 20 PCS SATU BEKAS).
BOLEH DIPILIH DARI ALBUM KUIH.KECUALI BLUEBERRY CHEESETART.
ADA 3 PILIHAN COLOR BEKAS:
HIJAU, PINK DAN ORANGE

TYPE : C
6 JENIS KUIH (KUANTITI LEBIH KURANG 20 PCS SATU BEKAS).
BOLEH DIPILIH DARI ALBUM KUIH.KECUALI BLUEBERRY CHEESETART.

TYPE : D
4 TELAP KUIH + 4 MINI BEKAS KUIH
BOLEH DIPILIH DARI ALBUM KUIH.KECUALI BLUEBERRY CHEESETART.


P/S : Barangsiapa yang berminat, segera dapatkan tempahan melalui saya ataupun direct berurusan dengan My Favourite Cookies / Cake Maker Laili Jumaah .. Wassalam






Thursday, June 23, 2011

terpaksa berpisah denganmu kerana bersebab......


telah tiba saat dan ketika itu,
aku akan pergi jauh meninggalkan dirimu..
jangan dihalang langkah pemergianku dari sisimu..



ketahuilah, aku sangat cinta dan kasihkan dirimu,
cuma aku tidak tahu untuk meluahkan isihati yang terbuku...
kau dan aku jarang berenggang, setia menemani terutama ketika dukaku,
tapi itu dulu, sebelum aku mula menjauhi kamu..
itu yang paling aku kesalkan..berat di hati meninggalkanmu..

Duhai sayangku,
keluhan kesal ku ini janganlah kau pedulikan lagi..
namun aku redha dengan takdir yang menemu dan memisahkan kita.....
Setiap kenangan kita bersama akan aku kenang 
sehingga saat akhir nyawaku..
tidak sedikit pun aku menyesal akan takdir-Nya.





















aku terpaksa berpisah denganmu kerana bersebab......(diet)
kau yang selalu aku rindukan 


selamat tinggal sayang...




Thursday, June 16, 2011

Perencah Mi Rebus Hj Sernan vs.Hj Wahid

Assalamualaikum ^-^
yuhuuu wat ape tu? siap2 nak lunch dah ye? Opps..sesiapa yang berpuasa sunat hari ni atau puasa ganti, selamat berpuasa ye..sabar itu separuh daripada iman..

Aku akan dapat sample perencah mi rebus Hj.Sernan tak lama lagi..nak test rasa dulu macamana sedap ke tak, firstime dengar nama mi rebus Hj.Sernan ni.

Sebelum tu, semalam aku terjumpa N3 tentang mi rebus Hj.Sernan daripada blog Kak Nor ..Tengok sajelah gambar mi rebus hasil air tangan kak nor masak tu, memang nampak menyelerakan.


Kak Nor pula tak kedekut berkongsi info cara nak mendapatkan stok perencah mi rebus Hj.Sernan ni, tambahan pula my parents penggemar mi rebus, jadi lepas ni tak perlulah aku nak tapau mi rebus Hj Wahid berat2 setiap kali nak balik kampung. Hmmm apalagi tunggu, kol nombor yang diberikan Kak Nor 0133417993 dan dapat berbual dengan Mak Fatimah. Jangan main2, siap ada email address lagi sernanberiani@yahoo.com . IAllah Mak Fatimah yang peramah orangnya ni tak keberatan mengirimkan sample perencah mi rebus buat aku mencubanya terlebih dulu sebelum order banyak2 nanti..

Nak resepi mi rebus? Resepi asal copy bulat2 tanpa diedit (malas -.-')
kredit to Ctnaemah

mee kuning
1 peket rempah mee rebus HJ SERNAN
air rebusan daging serta sedikit daging yg dipotong kecil2

Bhn dikisar bersama

3 biji kentang-kupas dan potong kecil
3 ulas bwg merah & 2 ulas bawang putih
1 sudu besar taucu
3 keping biskut lemak/biskut marie

Hiasan Sampingan
taugeh
limau kasturi-belah dua
bawang goreng
daun bawang-hiris nipis
tauhu goreng
lada hijau-hiris halus
kopok tepung
Cara buat Kuah mee rebus.

1.panaskan air rebusan daging/tulang
2.Masukkan pes mee rebus Hj Sernan serta bahan kisar tadi .
masak kuah hingga pekat.Tambah garam dan gula.
3.Dalam mangkuk lain sediakn mee kuning yg telah dicelur kemudian letak hiasan sampingan & curahkan kuah mee rebus.

**kuah mee rebus Hj Wahid sememangny pekat pastu yg best ada kopok tau tapi kopoknya bukan laa kopok ikan sebaliknya kopok tepung aje**sila tgk di tepi pinggan akak tu.

bancuhan utk kopok udang
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata (bancuhan ni cair mcm nak buat rempeyek/tumpi).Sudukan adunan tepung dlm minyak panas & goreng hingga tepung garing.Bila dah garing angkat & toskan tepung ni.




Tuesday, June 14, 2011

AVOID EATING CHICKEN BONES !!!!!!


Note: I have cyst in my womb till now but it is not big enough to operate. That is why i love to eat chicken wings and the necks. So be carefully ~ Ben

Salam ^-^

hmm sedapnya, macam2 menu juadah tengahari ni kan, apapun korang adalah apa yang korang makan. Kenapa aku cakap pasal makan, N3 ni ada kena mengena dengan tabiat pemakanan kita seharian. Semoga perkongsian info ini tidak terhenti di sini sahaja, sebarkanlah kepada sesiapa tanpa ada batasnya demi kebaikan kita bersama.

Sebelum ni memang heboh diperkatakan orang ramai tentang ayam disuntik dengan sejenis bahan steroid, lazimnya ayam2 ini dicucuk di bahagian leher dan juga kepak. Hmmm, patutlah kepak rasanya enak, lagi2 yang digoreng rangup tu. Dah berbuih mulut diberitahu JANGAN MAKAN BAHAGIAN KEPAK & LEHER AYAM, dikhuatiri kandungan steroid yang dicucuk kat ayam tu sudah menyerap masuk ke dalam tulang kepak & leher ayam tu semua. Biasa kalau makan ayam terlalu leka sampai ke tulang digigit hancur lumat.


Contoh kes, seorang wanita menghidap sakit ketumbuhan dalam rahimnya, dan hasil pembedahan doktor dapat mengeluarkan cyst yang dipenuhi dengan darah hitam (darah kotor barangkali), tetapi kerana tidak menjaga pemakanan, ketumbuhannya kembali menyerang. Kenapa berlaku begitu, kerana wanita dalam kes itu menggemari makan kepak ayam dan itu dikesan doktor sebagai satu tabiat pemakanan yang tidak sihat. Lagi2 kita kaum perempuan khususnya mempunyai sejenis hormon yang boleh bertindakbalas secara aktif dengan bahan steroid itu jika tidak dikawal cara pemakanan kita dari sekarang.

Jadi, apakata kita beralih kepada pilihan lain iaitu ayam organik. Memang harganya pun boleh tahan dan saiznya pun kecil tapi apa salahnya mencuba kan? Mungkin dah tiba masanya untuk aku mencuba produk makanan keluaran syarikat HPA iAllah apa sahaja produknya boleh kita gunakan dengan yakin tanpa was2.


aku ada terbaca ni ada gak orang asli tak makan ayam..sebab ayam makan tahi..ada yang makan monyet..sebab monyet makan buah..so agak2 depa tau dah kut..makan ayam jadi gay...kalau makan monyet jadi orang..kahkahkah!!! apa kene mengena makan ayam dengan jadi gay pulak eh??




Monday, June 13, 2011

[resepi] biskut Jacobs Nutella '1 Malaysia'

^-^ wahhh, Alhamdulillah perut pun dah kenyang..sendawa besar BURP!!!

serius, resepi ni paling lah mudah pejam mata even kanak2 pun boleh buat sendiri tanpa perlu membebankan ibu mereka yang penat bekerja. Antara bahan2 utama yang diperlukan ialah :

biskut Jacobs (apa jenis pun boleh ye)

jem Nutella

cara2nya : sediakan beberapa keping biskut Jacobs ikut kepada selera dan keperluan masing2. Tanpa berlengah lagi, terus saja sapukan jem Nutella yang lazat berkhasiat itu ke biskut, terpulanglah kepada anda nak buat macamana, saya lebih suka buat style sandwich, tekupkan kedua2 biskut Jacobs yang sudah disapu dengan jem Nutella tadi. Dan NGAP!!!! sajalah apa tunggu lagiii..

Kenapa 1 Malaysia, sebab sambil menikmati keenakan biskut Jacob Nutella ini, kita boleh mendengar juga lagu 1 Malaysia dendangan miming cikgu Shida @ ratu miming tu. Thanks to siaran Nona tv3 semalam.



p/s : jangan sampai tersedak pula ye, macamana, boleh kan??  
Mudah saja, perut kenyang hati pun ceria .. jangan mare ;)





Monday, June 6, 2011

telor ayam bernajis jadi hidangan istimewa


Assalamualaikum & Alhamdulillah dipanjangkan usia kita bertemu lagi ^-^

Pagi Isnin yang agak mendung di sini setelah seharian semalam hujan turun bersambung pula di Subuh Isnin ni, tapi digagahkan juga menahan kesejukan menaip entri terbaru.

Semalam dapat hadirkan diri ke majlis kenduri kahwin seorang teman, Alhamdulillah pengantin bagaikan merpati dua sejoli manis bergaya, teringat saat2 manis ketika perkahwinan aku empat  tahun lalu. Semoga kedua pengantin beroleh kebahagian hingga ke akhir hayat mereka. Amiin.

gambar ehsan CMG
Kepulangan kami dibekalkan dengan sedikit 'doorgift' tapi yang paling special tentulah bunga telor pindang. Cantik bunga telornya, ok lah dengan suka hatinya dalam hati dah tak sabar nak makan ratah telor pindang tu. Bila tengok warna memang menyelerakan tapi yang slacknya ada palitan taik ayam kat kulit telor tu. Hmmm, terus tak bersemangat aku nak menjamah telor pindang ni..Takpelah, dah tak berselera dah nak menjamah, terus aku tinggalkan atas meja.

Kenapa payah sangat nak cuci kulit telor sebelum digunakan untuk memasak, mengukus, merebus & menggoreng? Memanglah waktu kenduri telor yang dibeli teramatlah banyak tapi kakitangan kumpulan rewang kan ramai, agihkanlah tugas untuk mencuci telor ayam tu. Haish, nak bagi orang makan tahi ayam pulak ye. Korang pulak macamna berselera ker bila makan telor bersalutkan kotor especially taik ayam tu? Hiiii aku surrender sanggup tak makan biarlah menunya sedap sekalipun.
Al-Fatihah untuk arwah owner telordibasuh.blogspot.com
semoga bersemadi dengan aman di sana ='(

p/s : payahnya la hai, masak sendiri tak berapa nak sedap, bila makan luar banyak pulak sangka bukan2nya. Kena belajar masak dengan Cik Mat Gebu la macam ni.




Saturday, June 4, 2011

Berita Terkini & Acar Buah



2 berita hangat hari ini, baru tahu ni tu yang excited nak share kat sini..



1. Tahniah kepada K Rajagopal (gambar kanan) kerana telah mendapat & menerima gelaran Datuk kurniaan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari ulangtahun keputeraan Baginda [aku dah agak dah, K Rajagopal pasti bergelar Datuk satu hari nanti].

2. Menurut Dr Azizan Osman (jutawan Richworks), Afdlin Shauki dulu pernah jatuh (gagal) tapi tak semua orang tahu sejarah kejatuhan Afdlin. Rupanya dahulu Afdlin pernah dikekelingi hutang, kereta pernah ditarik & menghadapi masalah kewangan tapi akan dibongkarkan cerita bagaimana Afdlin hadapi cabaran hidup lampaunya dan bagaimana Afdlin bangkit daripada kejatuhannya? Hmmm satu pengalaman yang sememangnya menarik untuk dikongsi bersama. Tungguuuuu..

ok...back to my next subject :

^-^ jemputan ke majlis kenduri kahwin semakin bertambah, kalau katakan ahli keluarga ada 4 orang maka setiap seorang akan mendapat jemputan kahwin di 4 tempat berbeza..Macamana satu utara, satu selatan satu timur satu barat..hihi pening kepala nak tentukan tempat kenduri mana yang nak pergi dulu.

Juadah lauk kenduri kebanyakannya sama saja di kebanyakan tempat, balik2 kari dalca, ayam masak merah, rendang daging & acar timun/nanas. Nasi tak kisahlah semestinya nasi minyak, nasi beriani dan ada juga nasi putih di segelintir tempat. Sebenarnya jarang lauk acar buah disediakan padahal itulah menu kenduri kegemaran aku. Acar buahnya pula mestilah menggiurkan maksudnya merah pekat (pekat, pedas, masam & manis sebati rasanya) haii terliur bila aku membayangkan acar buah ni.

Tadi pegi jemputan kahwin takde pon diorang hidang acar buah. Besok ada lagi jemputan, jauh jugak tempatnya. Harap2 tuan rumah adalah menghidangkan acar buah yang sedap & special. Kalau tak ada, terpaksalah makan sahaja hidangan lauk yang ada. Dalam hati ini, kuat untuk belajar masak acar buah yang special, lepas tu ada hati nak komersialkan jual serata tempat. Hihihi berangan macam cukup modal je nak bisnez kan..kawan2 blogger, saya nak pinjam duit boleh tak nak buat modal? HIHI tak nak lah nanti jadi macam kes PB pula.



Tuesday, May 17, 2011

Aneka Resepi Menu Maggi

^oo^ hidong kembang kempis bau maggi..perghhh!!

MAGGI GORENG

BAHAN:
5 ulas bawang putih dicincang halus
100g isi ayam dipotong kecil
6 ekor udang besar dibuang kulit
1 sudu kecil cili boh
2 biji cili merah dipotong nipis
Sedikit sawi dipotong
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Garan dan serbuk perisa
3 bungkus maggi dicelur & ditoskan

CARA
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga ayam masak. Masukkan cili boh. Biarkan sehingga garing. Masukkan udang, kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram & sedikit air. Biarkan sehingga udang masak. Masukkan sawi & cili merah. Biarkan seketika sebelum dimasukkan maggi. Kacau rata. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa.

MURTABAK MAGGI

BAHAN:
1 bungkus maggi dicelur & ditoskan
3 biji telur
1/2 biji bawang besar dicincang halus
1 biji cili merah dipotong nipis
Isi ayam dicincang
Perencah maggi
Daun bawang dihiris halus

CARA:
Isi ayam direbus sehingga masak & diketepikan. Pukul telur bersama bawang, cili merah, daun bawang & perencah maggi. Masukkan maggi yg telah dicelur & isi ayam. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masak bancuhan tadi seperti memasak telur dadar.

Hidangkan bersama jeruk bawang.

MAGGI LADNA

BAHAN
4 bungkus maggi dicelur sekejap dan toskan
100g udang dibuang kulit
100g sotong dipotong bulat
100g isi ayam dipotong kecil
Sayuran pilihan dipotong (sawi, jagung muda, kubis, lobak merah)
1 biji cili merah dihiris nipis
3 cawan air
1 kiub pati ayam
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
5 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
2 biji telur
Sedikit garam, lada sulah & serbuk perisa

CARA
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan air dan kiub pati ayam. Masukkan ayam, udang & sotong. Biarkan sehingga masak, masukkan sayuran, sos tiram & kicap. Bila sayuran layu, pecahkan telur dan kacau rata. Sesuaikan rasa dgn garam, lada sulah & serbuk perisa. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat. Masukkan maggi yg telah dicelur. Angkat & hidangkan.

Nak resepi Maggi lagi? klik SINI




Wednesday, May 4, 2011

persamaan ketara antara Kate dengan Diana

Salam kerinduan buat teman blogger di luar sana. Semoga hari2 kamu semua sentiasa dipenuhi detik2 dan saat indah untuk dikenangkan sepanjang hayat kamu nanti. Senyumlah kepada diri sendiri, latih ukirkan senyuman yang paling manis sekali.

Apa aku merepek ni setaaaan............

Opps!!! maaf. Aku masih di alam fantasi apabila sehingga ke saat ini masih terkenangkan detik bahagia saat berlangsungnya perkahwinan diraja of the year William & Kate Middleton. Alangkah indahnya untuk dikenangkan jika aku adalah Kate Middleton yang menjadi ratu hati Prince Wiliam. Tapi tak mungkin aku memilih William sedangkan dia tidak seagama dan tidak setaraf dengan aku.

Macam2 ulasan dah aku baca, ada yang memuji, ada yang mengutuk, ada yang 'mengondem' tak kurang hebat ada juga yang meluahkan perasaan kecewa bila putera katak Prince Charming yang diimpikan telah menyunting Cinderellanya..hihihi lucu2..suka hati koranglah nak cakap apa pun.



Tau tak apa dia persamaan paling ketara antara kedua2 puteri ini..cuba teka alahaiii senanglah sangat. Kalau tak dapat teka nak tau jawapannya cuba kita tanya kat Ratu..agak2 dia boleh tak bagi jawapannya..



apa class makan tempe?? Tempe sedap woo..HEHEHE..jangan mare ye sebenarnye nak cakap kat sini yang hidangan lauk ni nampak sedap menyelerakan..Aku cilok gambar tempe goreng bersambal kat SINI . Tengok si aktor Rosyam berholiday di Eropah , setidak2nya mesti Encik Rosyam teringatkan nak makan tempe bila berada di tempat orang, betul tak Encik Rosyam?? Kenapa tak bawa saya ikut sekali pergi holiday? Sampai hati abang ):




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara