ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label bloglist. Show all posts
Showing posts with label bloglist. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Demi matlamat hidup, terbinanya rumah 1000 impian.


Alhamdulillah, segalanya sedikit² diperolehi hasil titik peluh usaha aku selama ini. Akhirnya tercapailah impian buat permulaan ini untuk aku memiliki sebuah rumah kedua yang telah lama aku tinggalkan kosong tak berpenghuni..namun, harapan di sudut hati aku mengharapkan keredhaanNya agar Allah mempermudahkan setiap perancangan yang aku rancangkan setakat ini. Syukurlah walau sedikit inilah nikmat yang telah Dia berikan untuk aku kongsikan bersama dengan orang² di sekelilingku..

Aku impikan hidup penuh kemewahan seperti ini

Ups! terlebih berangan sudah aku ni..iAllah mudah²an Allah kabulkan. Sebenarnya, rumah yang aku maksudkan di sini ialah blog kedua yang aku khaskan untuk capai setiap matlamat hidup aku dalam dunia perniagaan yang secara sambilan aku lakukan sekarang. Korang janganlah terasa tertipu pulak ye..ceritanya tetap sama tak lari iaitu aku ingin berkongsi setiap suka-duka sepanjang tempoh bergelumang dalam dunia perniagaan yang tentunya banyak cubaan, dugaan dan pancarobanya..

silalah datang ke teratak usangku
http://www.1001impianhidup.com

Apapun, aku ingin berterima kasih kepada sahabat blogger kid kerana dia telah menunjukkan cara² publishkan rumah baruku ini, maklumlahkan aku terlalu ghairah kerana telah berjaya mendapatkan domain untuk blog http://www.1001impianhidup.com ini sehingga terlupakan cara bagaimana hendak submit url ke Google. Terima kasih tak terhingga kepada kid kerana kebaikan hati budinya memberi tunjuk ajar kepadaku walaupun kami berjauhan.


Wednesday, September 28, 2011

"First Giveaway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia"


Wah!! dah lama sangat rasanya aku tak join mana² contest, apalagi GA. Tapi inilah satu²nya contest yang aku rasa paling sempoi nak join. Iyelah mungkin syarat penyertaannya teramatlah mudah dan tidak terlalu ketat, dan yang paling menarik sebanyak 82 jenis hadiah yang pihak penganjur tawarkan kepada setiap pemenang nanti. Pemenang pula akan dipilih secara random.org (haha! nasib la kan..)

Hanya dua syarat wajib yang patut dipatuhi iaitu join group Rakan Blogger Klik1Malaysia di facebook dengan letakkan banner group di bawah ni kat sidebar blog masing²..barulah ada peluang untuk kita diintai menjadi salah seorang pemenang hadiah, siapa yang nak bagi ye tak?

letak banner ini di sidebar blog..

Haa..kalau nak tahu apa pula hadiah²nya, sila klik di www.tengkunizam.com dan jangan lupa tinggalkan juga link berserta nama di ruangan komen di situ. Kalau tidak, melepaslah nak menang hadiah.

Heheh..siap ofer tanya lagi kita nak menang hadiah apa eh?

1. Domain setahun tajaan tengkunizam x 2 Pemenang


2. Accessories yang cantik untuk pemenang perempuan tajaan oleh Fara Anak Abah.

so sweet sangkar burung tu..

Ok, walaupun agak kekalutan menyediakan entri pada saat² akhir, harap²nya adalah harapan walaupun tipis untuk aku memenangi hadiah yang tersenarai..Thanks to semua sponsor hadiah & to you all sudi membaca.

KEMASKINI :


Friday, September 9, 2011

leka dengan kelembutan & keayuan wajahnya.

Teruja dengan kelembutan warna background & template si empunya blog. Ada ciri-ciri kemewahan di situ, sesekali mata tersilau dengan kilauan berlian yang terselit di situ. Lagilah tangkap lentok nak tidur bila dengar lagu leleh tangkap cintan yang jadi background music blog dia. Jumlah follower semakin meningkat tinggal sikit aje lagi nak cecah 20k. Wow!! sangat memberangsangkan pencapaiannya setakat ni.

Well done beautiful lady :)

klik saje banner cute miut ni, pasti akan ke sana.





cute la sangat her face.


semoga berbahagia ye irine & pasangannya..
selamat hingga ke jinjang pelamin & sehingga akhir hayat..


Tuesday, August 9, 2011

Kad Raya kiriman Blogger Terkenal..TQ!!

Ahlan Wa Sahlan, syukran-syukran ya sahabat atas kiriman kad raya pertama yang aku terima tanpa disangka2. Alhamdulillah, kiriman kad raya tanda ingatan dan tanda terjalinnya persahabatan telah ku terima daripada salah seorang Blogger yang terkenal.

Siapa dia Blogger itu? Dia terkenal dengan kerajinannya membuat segmen dan siapa yang menang segmen itu akan diberikan hadiah. Ada kebanyakan hadiahnya dibeli sewaktu kunjungannya ke tempat2 tertentu. Kegemarannya melancong telah dikongsikan bersama teman2 maka diabadikan setiap gambar yang diambil dan diceritakan perjalanannya itu dalam satu blog khas travelnya . Aku pernah join antara segmen GiveAway yang diadakan dan bernasib baik menang walaupun bukan hadiah utama, jadilah kan? sapa nak bagi? boleh baca kat SINI.




Dialah Edy Zaidi .. Terima kasih banyak2 atas kiriman kad raya awak ni ye. Sekarang ni dah tak ramai yang mengirim kad raya semuanya melalui kiriman SMS atau ucapan di wall Facebook. Ringkas, ucapan raya pun pantas diterima. Tapi secara tradisinya, kiriman kad raya ni seakan2 nak pupus, hanya segelintir sahaja yang masih berpendapat tradisi ini patut diteruskan. Sekeping kad raya sebagai pengganti diri mampu menggembirakan seseorang penerima, setidak2nya merapatkan hubungan antara dua pihak yang saling berjauhan serta mampu melembutkan hati seseorang untuk sudi memaafkan setiap kesalahan terdahulu dengan baris2 kata ucapan yang bisa mencairkan hati bila kita membacanya. Oh! sangat nostalgia bila teringat kenangan2 lama suatu masa dulu. shhhh..biarlah rahsia. 

Apabila sebut pasal sambutan raya, jangan kita lupakan insan2 yang sedang sedih berduka. Kesempatan ini diambil untuk aku mengucapkan salam takziah kepada ibu saudaraku MakMah dan anak2nya atas pemergian suami / ayahanda tercinta semalam (terima kasih kepada penulis entri ini)..ditambah pula dengan ratap pilu aku sekeluarga dalam menyambut ulang tahun setahun pemergian Arwah Atok lelaki yang jatuhnya pada hari ini 9 Ramadhan. Al-Fatihah untuk kedua2 arwah dan semua ahli keluargaku juga seluruh muslimin-muslimat yang telah pergi menemui-Nya.



Tuesday, July 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU


Salam sore ^-^


Memang cantik tepat pada masanya untuk aku join segmen Ben kali ini, sebab apa? Ada dua sebab, sebab pertama aku nak tambah bloglist baru 'BLOGLIST SEMPENA RAMADHAN' namanya, jadi bloglist yang lama Julai-Aug terasa sayang lak nak buang..boleh kan aku biarkan? suka hati i lah, ini blog ana yang punyer..sebab kedua pulak, aku nak promote dua benda iaitu tempahan kuih raya & produk kesihatan & kecantikan. Sekurang²nya aku ada usaha ke arah mempromosikan kedua benda ni (kuih raya dipanggil benda eh?)..Promosi boleh klik kat banner di sidebar.

Tanpa berlengah masa, aku segera mengishtiharkan bahawa dengan tertaipnya entri ini, maka secara rasminya aku sudah join segmen "BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU"..sama² memeriahkan majlis. haha! Korang nak join, meh la jangan tangguh² sebab segmen ini ditutup jam 10 malam 26hb July bersamaan 24 Syaaban..Ouh!! lagi berapa hari saja nak sambut puasa. Selamat berpuasa kepada semua, jangan sibuk buat kuih raya, menjahit baju raya, sibuk ngecat rumah..boleh bukan tak boleh tapi berpada²lah ye. Semoga amalan puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun² sebelumnya. IAllah..Wassalam.





Wednesday, July 6, 2011

Giveaway "love to look gorjes!"

klik banner for more info
Tarikh Tutup : 11.07.2011...11am

Dah lama rasanya tak join GA, sejak ter'menang' satu contest dengan berlagaknya aku stop join GA..heheheh, kali ni dengan terbuka hatinya aku join GA yang dianjurkan oleh tiga orang wanita berstatus blogger gojes ahaks!! betul tak tipu..taraaaaaaa...introducing to you that three of beautiful ladies, hiks!


sila teka, apa hadiah yang akan diberi oleh 3 penganjur ni... Clue adalah tajuk entri yer... Jawapan korang boleh jer nak mengarut, tapi biarlah yang berkaitan dengan "love to look gorjes!"

Let me guess, hmmmmm kalau berkaitan dengan nak nampak gojes, semestinya sesuatu yang boleh membuatkan rupa paras dan penampilan kita nampak cantik menarik kan? Yeay!!! sesuatu yang saya suka iaitu set make-up (complete with compact powder, foundation, lipstick, eye shadow and bla..bla..bla..) sebab apa saya teka set make-up kerana cluenya kat banner 'menunjukkan wajah' haaa semestinya jawapan yang saya teka set make-up .. normallah kita sebagai wanita tak dapat lari daripada bermekap walaupun hanya secalit nipis lipstick di bibir.

Dear lulu, pink-momma & hasrisa..please say my answer is correct!!!! hehehe..





Friday, July 1, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

INTERESTED nak join? klik >> SINI <<

SIAPA CEPAT DIA DAPAT..

dapat apa? boleh dapat kenalan baru, boleh dapat promosi daripada Ben senang2 and ada lagi best, ada hadiah menanti untuk mereka yang bernasib baik. Segmen menggegar blog edisi Julai 2011 akan berakhir pada hari Isnin, 4hb Julai 2011 jam 2 petang.

Tulis apa saja yang mana Ben boleh jadikan soalan pada contest akan datang nanti..

think and think .. apa yek soalan sesuai ditanya? ada dua contoh :

1. Dalam banyak2 blog, blog mana yang Ben belum follow lagi? Cadangkan kenapa Ben patut follow blog itu? hahaha!! cayalah soalan ni Ben pandang sebelah mata jek..

2. Setuju atau tidak kita buat gathering Aidilfitri 2011, apa cadangan anda?

Abaikan je la soalan mengarut tu ye Ben. tak masuk pekse pon >..<'



Wednesday, June 29, 2011

"BLOG DAN AKU"


1) Apa nama blog anda
    Setadah Rampai Harum Semerbak

2) Kenapa anda memilih nama itu
    ibaratkan maklumat yang sedikit dapat dikongsikan / disebarkan untuk kebaikan bersama.

3) Tema warna blog anda
    Biru itu menawan, sesejuk mata memandang awan biru di langit 

4) Dalam sehari berapa kali anda mengupdate entry di blog
    err...bergantung kepada situasi dan idea yang terfikirkan secara spontan..hiks! 

5) Isu atau topik yang selalu dimasukkan dalam blog anda
    kebanyakan topik sosial. keluarga dan isu2 semasa (politik sesekali boleh lah)
 
6) Kenangan manis/pahit selama anda berblog
    Kenangan manis : mendapat gift daripada teman2 blogger, gift Mak Dara belum lagi.
    Kenangan pahit : salah seorang rakan blogger meninggal dunia 'terasa hilang serinya tanpa dia'

7) Blogger Idola (kalau ada)
    sesiapa sahaja yang layak dijadikan contoh

8) Target follower untuk blog anda
     tak kisah, ada rezeki adalah..tetapi KEIHKLASAN diutamakan.

9) Namakan satu benda yang paling anda suka yang terdapat dalam blog anda
    banyak senarai link untuk rujukan dan panduan..penat tau cari, tu yang buatkan list. 

10) kata kata ucapan untuk Blog anda ..
    dalam tempoh kurang setahun ni, kamulah teman pendamping setiaku, suka duka sedih ketawa sama2 kita kongsikan di sini. Tanpamu, aku tak mungkin bebas bersuara dan di sini jugalah tempat aku menyemai kasih persahabatan dengan teman blogger. Thanks my dear blog..






Saturday, June 11, 2011

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

yeay!! sekali lagi tanpa paksaan aku join diorang dalam segmen BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA .. ne tau kot2 ada rezeki terpijak hari ni kan..hihihi

klik foto terus ke HOT segmen ini

alif..ba..ta..tatih..tatih..merangkak2 aku nak mengejar BA yang semakin jauh berlari. But di mana ad kemahuan di situ ada jalan. I dun wanna give-up, aku mesti kejar BA (boleh ker -.-')

liza chaiyok..chaiyok..

Hasilnya tercapai sekarang inilah dia -----> blog serba KEBIRUAN bukan lebam kebiruan eh. Mula2 buka blog dulu niat asalnya nak promote bisnes tapi telah melencong jauh nampaknya ni, tak mengapa BERAKIT2 KE HULU BERENANG2 KE TEPIAN..semestinya aku nak kumpul sebanyak yang boleh pengunjung blog ini supaya mudah untuk aku perkenalkan my bisnes blog pulak selepas ni, iAllah masih dalam perancangan ni.. Bisnes baek punyeeeee..

kata2 pemanis penutup bicara .. berkawan biar beribu, berkasih biar satu dan kita berblog biar aman bersatu-padu (maksudnya : berblog secara aman, saling support-menyupport [BM failed] dan bersaing secara sihat. Mudah saje, sesiapa yang datang menjengah tanpa meninggalkan jejak / komen tak ada masalah besar bagi aku, sekurang2nya mereka mendapat sumber info dari blog ala-ala 'humble' ni..itulah antara niat utama iaitu aku ingin berkongsikan apa saja maklumat daripada info yang aku tahu.

Simple je kan..
hidup ni jangan pening2, tapi HAPPENING!!






tuahnya badan bila dipromote Ben Ashaari

^-^ Assalammulaikum..salam Sabtu dah 9hb Rejab dah hari ni..Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan, qada' pose aku dah habis bayar ke belum eh? hmmm...

Pagi ni i rasa teruja youu because one of my friend outside there total follower dia dah up mendadak hampir 100 orang dalam masa yang singkat. Aku ingat lagi masa mula2 dia masuk blog aku (ke aku yang masuk blog dia dulu, entah tak ingat dah) follower dia just 25 orang jek. Lepas tu aku follow blog dia siap promote blog dia lagi and bagi moral support suruh dia join segmen BA buat nambah2 kawan, masa tu BA buat segmen main tukar2 link yang kita berebut2 sampai tak cukup jari tu ingat tak? Tu je lah, aku yakin dia join segmen BA tu..dannn akhirnya,

Alhamdulillah, tengok sekarang usaha dia dah pun menampakkan hasil. Aku sendiri pun TERKEJUT BERUK!!! tengok follower dia bertambah mendadak dalam masa kurang seminggu rasanya. Lagi sekali aku tanya dia (cheh..tak puas hati la kononnya HAHA!! ), dia dengan humblenya bagitau ..


Ouh..itulah rahsianya. Untungnya badan bila blog kita dipromosikan oleh Top Blogger kan. Kekadang aku terfikir ciri2 blog yang bagaimana menjadi pilihan BA ..Satu lagi memang aku tak pernahnya nak join kelab chat BCR, HAHA!! tak minat sangat nak berchat2 lagi selesa berbual secara live on the phone or face to face..kekadang daripada suara dan mimik muka kita dah boleh kenal peribadi seseorang tu.

By the way, ucapan sekalung tahniah buat chemija ye, All the Best!! and nanti bila dah sukses jangan lupakan daku di sini ye..sob..sob...manakala ucapan buat BA, lepas ni you sudi2 kan lah jeling kat blog i pulak ye, i nak jugak merasa promosi daripada blog you, boleh tolong upkan trafik blog i niii..

p/s : N3 selepas ni nak tunjuk skil i memasak pulak...checkitout!!!!



Monday, May 30, 2011

[Segmen khas] JOM JENGUK ... FOLLOW dan KOMEN.


^-^ Salam Satu Suara & Sepakat Blogger 1 Malaysia..hehe panjangnya slogan.
Apa-apa ajelah janji mesej yang nak disampaikan N3 khas ni dapat feedback daripada semua.


Saya nak bantu promosikan satu segmen khas istimewa daripada http://www.hasrulhassan.com @ Bangku Kosong (BK) iaitu Segmen Khas Buat Blog Kurang 100 Followers. Saya nak join juga tapi tak sesuai tak menepati syarat iaitu mesti blog kurang dari 100 followers, kalau lebih mungkin boleh tolong promosikan segmen BK ni.

Nak tau kelebihan segmen ni, dah tentulah kita akan dapat lebih ramai kenalan baru, lagi best kalau mereka sudi nak follow kita kan (tapi jangan dipaksa, tak ada istilah u follow i follow di sini)..Dah ramai sangat saya dijemput follow mereka semula, saya boleh follow tapi bergantung kepada kualiti persembahan dan entri yang menarik infonya dalam blog kamu, saya tak akan follow semberono aje..

Ok saya berharap entri khas ini dapat membuka hati mana2 blogger yang teringin mempunyai jumlah traffic yang mendadak naik setidak2nya bertambah follower seorang dua dalam blog mereka setiap satu jam. Boleh gitu? Rajinlah blogwalking jangan jadi macam saya ni malas sungguh!!! My last word, Hepi berblog, berblog dengan aman damai, wassalam :)




Friday, May 6, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

Entri Khas!!!!

^-^ hari ni apsal aku rajin sangat update entri eh? Buang tabiat ke ape?



Ok, untuk yang keberapa kalinya, aku berminat nak join menyelitkan nama blog aku dalam senarai blog bawah segmen BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011..Aktif banget seh blogger femes ni update entri blog dia. Siapa dia, tak perlulah diperkenalkan lagi. Psst..dah berapa banyak dah eh undi Blogger of the Year dia tu? Korang rasa2 Ben Ashaari boleh menang ker??

Tak nak banyak ceritalah, sesiapa yang nak join segmen BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011 ni korang klik ajelah kat header BA atas tu, mana tau berkat banyak kali klik, korang dapat hadiah istimewa daripada BA sendiri. HAppY BerBLoGGinG Yar!





Join Bloglist Blog Edie Trigyy Bulan May


^-^ wheee...terbang ke Europe jauhnya mak aii. Tapi bila kita bersembang dalam blog trigyy.blogspot.com ni rasa macam dekat aje lah negara Europe tu..

Klik gambar nak tengok wajah tampan Edie Trigyy

Bagi sesiapa yang nak kenal lebih dekat siapa gerangan empunya nama triggy ni boleh lah sama2 kita join bloglist Edie Triggy untuk Bulan Mei 2011 ni. Manalah tahu untung nasib baik, blog kita akan kerap dilawati oleh tuan punya blog dan terjalinlah ikatan persahabatan yang mesra walaupun bersembang hanya di alam maya.

Jom ladies and gentleman, buat yang belum join lagi bloglist trigyy.blogspot.com meh ramai2 kita memeriahkan suasana. Mesti best!!! Ok, setakat di sini dulu 'HAppY BErBl0GGinG Yer'





Saturday, April 30, 2011

INFO : busuk tapi banyak faedahnya ^-^


^-^ see my smiley face comel kan?? do i look really happy today?? 50 - 50 ..

i got very the interesting info for those yang terjengah2 nak cari cara mengetopkan blog masing2. Banyak caranya selain korang kena rajin mengupdate entri blog korang, korang boleh jugak cuba kaedah membusukkan-blog-korang .. apa kejadahnya la kaedah ni kan?? Mula2 aku tengok tajuknya pun macam entri kotor aje tapi see dont judge the entri by its title, bila da masuk baca sendiri baru tau apa cerita sebenarnya.

Inilah info penting berguna untuk kita mempromotekan blog kita..maaf ye bahasa saya hari ni agak pasar ikut pada emosi semasa saya sekarang. Ah! emosi juga penting sebab menjadi penentu samada kita rajin atau tidak nak mengupdate blog kita hari2.. Emosi yang gumbira pastinya entri pun happy dan sebaliknya.

Back to cerita asal, jom kita sama2 ping / submit post entri kita kat http://ping.busuk.org untuk memudahkan nama dan tajuk blog kita tersenarai di sana. Tujuannya sangat mulia untuk menaikkan traffic di blog kita, ah! senang cerita dua pihak dapatlah faedahnya. Ada konsep give and take. Info ni dapat tau dari SINI





Friday, April 1, 2011

Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong


jumpa lagi kita..janganlah jemu ye ^^,




Kali ni kita stori bab traffic pulak. Kalau traffic jammed aku paling tak suka aku sanggup ikut jalan jauh daripada tersengguk2 meredah jalan sesak. Kalau polis traffic aku cuak lah jugak sbb aku bernasib baik tak kena saman tapi kalau Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong yess semestinya aku mahu..
hari-hari MESTI MAU!!

Ribuan terima kasih tak terkira kepada Saudara HH yang sudi menawarkan blognya untuk dikongsikan traffic bersama sekaligus berpeluang disenaraikan dalam bloglist Bangku Kosong. Sekurang2nya aku berpeluang menambahkan kunjungan teman blogger yang mungkin satu aliran satu pemikiran dan satu 'kepala' dengan aku. Bolehlah kami saling tukar2 fikiran setidak2nya menjadi kawan baik pula.

Rezeki jangan ditolak, untung sabut timbul dan tuah manusia siapa yang tahu semua tu ada maksud tersirat. Buat saudara HH, saya ucapkan tahniah dengan kejayaan hasil usaha anda selama ini. Selamat Maju Jaya!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara