ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label jahat. Show all posts
Showing posts with label jahat. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #5 penderaan kanak²

kejam..kejam..sangat kejam..


Kes terbaru :  

'muhasabah diri sebelum menghukum orang lain'

Tuesday, October 4, 2011

tajuk entri ngeri², takut pulak nak baca...

Macam² trend gaya penyampaian blog, terpulang kepada individu pemilik blog macamana cara terbaik untuk menceriakan dan mempromosikan blog masing² dengan gaya tersendiri. Samalah dengan satu blog yang baru saja aku kenali ini, penyampaian entrinya yang sempoi bersahaja dan menjadikan isu² lawak, ngeri, pelik dan banyak lagilah mungkin salah satu idea kreatifnya nak buat trick tarik pembaca ke blog nya.

Banyak juga idea dan tips berblogging yang boleh kita praktikkan antaranya bagaimana cara untuk capai trafik 5000 sehari ke blog kita? At least lah kan..korang ada ke trafik banyak macam tu? Hebatlah korang.

Tapi kalau dah tajuk entri agak mengerikan, secara spontan kita akan terbayangkan gambar yang bakal kita tengok sejurus lepas kita masuk klik tajuk entri untuk singgah baca. Pergh!!! tajuk betul² mainkan peranan untuk menarik minat pembaca datang singgah blog kita untuk membaca. Tengoklah antara contohnya :

1. GILA JAHAT, PIJAK KUCING SAMPAI TERKELUAR BIJI MATA. AMARAN :NGERI

2. INILAH RUPA JANIN YANG TIDAK SEMPURNA AKIBAT DIGUGURKAN.

3. BANGKAI TIKUS DALAM MASAKAN. AMARAN : EUWWW

Korang yang sekali baca tengok tajuk tu tapi tak ngeri memang korang hati kental, tapi sori for me, terklik aje kat entri yang gila jahat,pijak kucing sampai terkeluar biji mata. amaran : ngeri tu pun mata ni dah tertutup² takut tak nak dah tengok gambar seterusnya. Boleh terberanak kalau aku terkejut nanti. Baik tak payah tengok, tak payah baca terus kalau melemahkan semangat aku. Toksahlah aku nak cari pasal, takde sapa pun yang nak ngangkat aku kalau aku terpitam kat sini.

apa yg akan berlaku NEXT?

Bagi korang yang rasa ada keberanian nak tengok apa gambar yang akan berlaku seterusnya, bolehlah klik terus ke SINI . Err..korang bagitaulah kat aku ye apa yang terjadi kat anak kucing tu, memang betul² terkeluar ke biji mata anak kucing tu? Adoiiiyaii..tolonglah, sakit jantung dah ni..

p/s : thanks for reading here :)


Friday, September 9, 2011

(KEJAM!!) Apabila monyet2 liar dijadikan santapan manusia..


Speechless T_T

Kasihan dan simpati terhadap haiwan2 yang hidup bebas liar di hutan belantara tapi akhirnya jatuh terkulai layu di tangan manusia yang lebih 'liar' dan ganas gamaknya. Apa dah tak ada sumber makanan lain ke agaknya? Makanlah ayam ke, itik ke, ikan ke..tak de yang bela ke? Kasihannya..

Sekejap..kejap nak terasa muntah la pulak ni..

Kejam dan zalim sekali. 
Biarlah hanya gambar yang menceritakan segalanya.






uwekkkk...
tiba2 loya balik tekak ni.

nak lagi? klik aje sini

p/s : kalau darurat tu boleh la jugak dimaafkan, tapi ish..darurat ke mereka semua tu?


Tuesday, September 6, 2011

(18SG) kejam! lagi perempuan dibakar..

Masya Allah ..tragisnya cara kematian perempuan itu T_T

Apa nak jadi zaman sekarang. Kes simbah-menyimbah asid & membakar orang semakin menjadi² sejak akhir² ni. Nilai² kemanusiaan dan moraliti dalam kehidupan manusia sekarang semakin hilang, penjenayah tegar itu langsung tak menghormati hak priority kehidupan orang lain. Insaflah, cubalah awak bayangkan jika ahli keluarga awak sendiri yang menjadi mangsa. Atau sebenarnya hati awak memang sudah kering itulah sebab sampainya hati dan tergamaknya awak buat begitu.

Mungkin ada satu kepuasan di situ. Yess! baru puas rasa hati aku. Kepuasan setelah dendam kesumat selepas sekian lama terpendam dan hanya menunggu saat sesuai untuk melempiaskan nafsu serakah amarah mereka..Semoga satu hari nanti tertangkap juga sesiapa dari kalangan penjenayah yang sehingga kini masih menyembunyikan identiti sebenar mereka. Siapa tahu mereka juga mungkin dari kalangan yang kita kenali rapat..

Kes terbaru, 5hb September 2011 penemuan mayat perempuan dibakar dipercayai dalam usia belasan tahun dijumpai di kawasan semak di Lembah jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang Selangor. Kepada keluarga yang ada kehilangan ahli keluarga, pergilah buat laporan polis laporkan kehilangan mereka, dan jika anda ditimpa musibah / bencana semoga tabahkan hati dan banyakkan berdoa semoga si durjana segera diberkas dan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Wallah'ulam..



lagi gambar & keterangan baca di SINI


"Ya Allah! Aku memohon perlindungan dari segala tingkah laku yang tidak baik, dari segala tindak perbuatan yang tidak baik, dari segala nafsu yang tidak baik, dari  segala macam penyakit yang berbahaya." 
kredit doa to Fazi


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara