ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts
Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU


Salam sore ^-^


Memang cantik tepat pada masanya untuk aku join segmen Ben kali ini, sebab apa? Ada dua sebab, sebab pertama aku nak tambah bloglist baru 'BLOGLIST SEMPENA RAMADHAN' namanya, jadi bloglist yang lama Julai-Aug terasa sayang lak nak buang..boleh kan aku biarkan? suka hati i lah, ini blog ana yang punyer..sebab kedua pulak, aku nak promote dua benda iaitu tempahan kuih raya & produk kesihatan & kecantikan. Sekurang²nya aku ada usaha ke arah mempromosikan kedua benda ni (kuih raya dipanggil benda eh?)..Promosi boleh klik kat banner di sidebar.

Tanpa berlengah masa, aku segera mengishtiharkan bahawa dengan tertaipnya entri ini, maka secara rasminya aku sudah join segmen "BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU"..sama² memeriahkan majlis. haha! Korang nak join, meh la jangan tangguh² sebab segmen ini ditutup jam 10 malam 26hb July bersamaan 24 Syaaban..Ouh!! lagi berapa hari saja nak sambut puasa. Selamat berpuasa kepada semua, jangan sibuk buat kuih raya, menjahit baju raya, sibuk ngecat rumah..boleh bukan tak boleh tapi berpada²lah ye. Semoga amalan puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun² sebelumnya. IAllah..Wassalam.





Friday, July 1, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

INTERESTED nak join? klik >> SINI <<

SIAPA CEPAT DIA DAPAT..

dapat apa? boleh dapat kenalan baru, boleh dapat promosi daripada Ben senang2 and ada lagi best, ada hadiah menanti untuk mereka yang bernasib baik. Segmen menggegar blog edisi Julai 2011 akan berakhir pada hari Isnin, 4hb Julai 2011 jam 2 petang.

Tulis apa saja yang mana Ben boleh jadikan soalan pada contest akan datang nanti..

think and think .. apa yek soalan sesuai ditanya? ada dua contoh :

1. Dalam banyak2 blog, blog mana yang Ben belum follow lagi? Cadangkan kenapa Ben patut follow blog itu? hahaha!! cayalah soalan ni Ben pandang sebelah mata jek..

2. Setuju atau tidak kita buat gathering Aidilfitri 2011, apa cadangan anda?

Abaikan je la soalan mengarut tu ye Ben. tak masuk pekse pon >..<'



Friday, June 24, 2011

BILA SI ISTERI BERBLOG.. SI SUAMI dan ANAK?

klik on picture to join
ARAHAN TUGASAN : cuba ceritakan bagaimana anda meluangkan masa di rumah .. Yelah , camana nak habiskan masa dengan anak anak , suami pastu blog .. Haaa.. ada kawan kawan nak tau tuuu... hehehe.. Pastu , si suami tak membebel atau tak kisah ke ? Camana anda leh 'jinak'kan bebelan si suami tu.. haaaa.. hehehe..

Dari saat mulanya aku mengenali dunia blog, suamiku terpaksa menerima hakikat yang orang rumahnya sudah punya hobi & minat yang baru. Kebetulan kami berdua sudah jarang lepak menghabiskan masa berdua di luar. Jalan terbaik untuk aku menghilangkan kebosanan di hujung minggu terutamanya, pasti aku akan ber'duaan' dengan laptop tanpa diganggu sesiapa. Itulah masa bersantai aku di hujung minggu jika tidak ke mana-mana. Selebihnya aku akan menonton rancangan kegemaran sementara menantikan suamiku pulang dari kerjanya. Dan kami akan berbual bertanyakan khabar masing2 sepanjang siang hari kami tidak bersama.

Menghabiskan masa dengan anak? ohoho..anak coming soon iAllah. Aku bersama suami menghabiskan masa santai kami boleh dikira hanya beberapa jam sahaja di rumah, selebihnya kami bekerja. Masa senggang itulah kekadang melayan suamiku bagi memenuhi setiap keperluannya terutama memastikan perutnya kenyang diisi. Hanya waktu satu jam sebelum tidur, aku akan menjengah blog untuk meninjau2 perkembangan terbaru. Setiap isi yang menarik, pasti aku kongsikan bercerita dengan suami agar dia juga tahu apa yang aku tahu.

 
wish to be like this ;)
Memanglah kekadang tu terpacul juga soalan ditanya suami tentang masa aku yang banyak dihabiskan dengan berblog. Eh!! mana ada 24jam mengadap blog, awak jeles eh saya ada blog? Tak delah, saya ni sunyi bila sorang2 kat rumah, jadi bila dah habis siap kerja rumah, barulah saya curi2 masa berblog..Ok apa saya berblog daripada saya membuta, mana awak suka? Lagipun, pagi tadi kan saya dah buatkan teh tarik untuk awak minum sarapan kan? sayang sporting kannnnn...sayaaaang awaaaaaaak.. Senang je ambil hati suami. Alhamdulillah setakat ni, dialah teman yang paling memahami setiap apa yang aku minat. Dia sendiri yang cakap kami memang serasi bersama, ahaks!!!





Monday, June 13, 2011

tak ingin sendiri


HAHA!!! Tiga hari dok fikirkan apa ye tajuk lagu ni, jenuh mencarinya dalam Youtube siap tanya pak Google akhirnya aku ketemu juga lagu nostalgia ni..

Yeay!! bole kita karok malam ni.

Buat hiburan semua, jom kita layankan video klip ni..ku tujukan lagu ini khas buat insan tersayang iaitu Ben Ashaari..haha! boleh gitu?

jom layan lagu dendangan Hetty Koes Endang "Tak Ingin Sendiri"




Aku masih... seperti yang dulu
Menunggumu sampai akhir hidupku
Kesetiaanku tak luntur
Hati pun rela berkorban
Demi keutuhan kau dan aku

Biarkanlah aku memiliki
Semua cinta yang ada di hatimu
Apa pun kan ku berikan
Cinta dan kerinduan
Untukmu... dambaan hatiku...

Malam ini... tak ingin aku sendiri
Ku cari damai bersama bayanganmu...
Hangat pelukan yang masih kurasa
Kau kasih... kau sayang...

Tak Ingin Sendiri - Hetty Koes Endang @ Lirikami




Saturday, June 11, 2011

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

yeay!! sekali lagi tanpa paksaan aku join diorang dalam segmen BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA .. ne tau kot2 ada rezeki terpijak hari ni kan..hihihi

klik foto terus ke HOT segmen ini

alif..ba..ta..tatih..tatih..merangkak2 aku nak mengejar BA yang semakin jauh berlari. But di mana ad kemahuan di situ ada jalan. I dun wanna give-up, aku mesti kejar BA (boleh ker -.-')

liza chaiyok..chaiyok..

Hasilnya tercapai sekarang inilah dia -----> blog serba KEBIRUAN bukan lebam kebiruan eh. Mula2 buka blog dulu niat asalnya nak promote bisnes tapi telah melencong jauh nampaknya ni, tak mengapa BERAKIT2 KE HULU BERENANG2 KE TEPIAN..semestinya aku nak kumpul sebanyak yang boleh pengunjung blog ini supaya mudah untuk aku perkenalkan my bisnes blog pulak selepas ni, iAllah masih dalam perancangan ni.. Bisnes baek punyeeeee..

kata2 pemanis penutup bicara .. berkawan biar beribu, berkasih biar satu dan kita berblog biar aman bersatu-padu (maksudnya : berblog secara aman, saling support-menyupport [BM failed] dan bersaing secara sihat. Mudah saje, sesiapa yang datang menjengah tanpa meninggalkan jejak / komen tak ada masalah besar bagi aku, sekurang2nya mereka mendapat sumber info dari blog ala-ala 'humble' ni..itulah antara niat utama iaitu aku ingin berkongsikan apa saja maklumat daripada info yang aku tahu.

Simple je kan..
hidup ni jangan pening2, tapi HAPPENING!!






tuahnya badan bila dipromote Ben Ashaari

^-^ Assalammulaikum..salam Sabtu dah 9hb Rejab dah hari ni..Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan, qada' pose aku dah habis bayar ke belum eh? hmmm...

Pagi ni i rasa teruja youu because one of my friend outside there total follower dia dah up mendadak hampir 100 orang dalam masa yang singkat. Aku ingat lagi masa mula2 dia masuk blog aku (ke aku yang masuk blog dia dulu, entah tak ingat dah) follower dia just 25 orang jek. Lepas tu aku follow blog dia siap promote blog dia lagi and bagi moral support suruh dia join segmen BA buat nambah2 kawan, masa tu BA buat segmen main tukar2 link yang kita berebut2 sampai tak cukup jari tu ingat tak? Tu je lah, aku yakin dia join segmen BA tu..dannn akhirnya,

Alhamdulillah, tengok sekarang usaha dia dah pun menampakkan hasil. Aku sendiri pun TERKEJUT BERUK!!! tengok follower dia bertambah mendadak dalam masa kurang seminggu rasanya. Lagi sekali aku tanya dia (cheh..tak puas hati la kononnya HAHA!! ), dia dengan humblenya bagitau ..


Ouh..itulah rahsianya. Untungnya badan bila blog kita dipromosikan oleh Top Blogger kan. Kekadang aku terfikir ciri2 blog yang bagaimana menjadi pilihan BA ..Satu lagi memang aku tak pernahnya nak join kelab chat BCR, HAHA!! tak minat sangat nak berchat2 lagi selesa berbual secara live on the phone or face to face..kekadang daripada suara dan mimik muka kita dah boleh kenal peribadi seseorang tu.

By the way, ucapan sekalung tahniah buat chemija ye, All the Best!! and nanti bila dah sukses jangan lupakan daku di sini ye..sob..sob...manakala ucapan buat BA, lepas ni you sudi2 kan lah jeling kat blog i pulak ye, i nak jugak merasa promosi daripada blog you, boleh tolong upkan trafik blog i niii..

p/s : N3 selepas ni nak tunjuk skil i memasak pulak...checkitout!!!!



Tuesday, June 7, 2011

[PART II] Penangan daripada segmen TOP Blogger


Assalammualaikum and very good morning to uolls ^-^

pagi ni kelewatan, segala2nya terlewat tapi iAllah tak akan menjejaskan mood nak update N3 pertama untuk hari Selasa 7hb Jun 2011 bersamaan 5 Rejab 1432H.
(kenapa diboldkan? .. yelah kita memang terlupa tarikh bulan Islam)

Sambungan kepada tajuk [review] Penangan daripada segmen TOP Blogger . Buat pertama kalinya, dalam berbulan2 aku berblog ini lah for the first time komen terbanyak aku dapat sebanyak 31 komen untuk segmen main tukar link suka sama suka , ada tu yang dapat 100 komen mungkin lebih pun mesti ada punyalah.

ok finally, terkumpul senarai nama blog yang aku khaskan dalam MyBloglist June~Aug lebih 20 rasanya..Oooh..itu tak bermaksud mereka pon letak nama blog aku dalam bloglist mereka juga, aku perasan ada juga yang tak letak. OOoh mungkin mereka terlepas pandang atau tak sengaja tak letak (diampunkan). Pokok pangkal niat hati budi masing2 la ye tapi yang paling aku UTAMAKAN keikhlasan. Kalau tak ikhlas tak usahlah kita setia mengikuti perkembangan sesuatu blog itu ye. Semoga kita dapat berblog dalam keadaan harmoni aman damai tak perlu rasa busuk hati sesama sendiri.

Mereka yang meletakkan nama blog aku dalam bloglist khas jutaan terima kasih banyak2, sekiranya ada kekurangan aku ingin memohon maaf terlebih awal. Diminta juga kesudian kamu memberikan sebarang komen yang membina agar kita semua mendapat manfaat dan kebaikan untuk dikongsikan bersama. Mohon juga keikhlasan daripada kamu semua sepanjang tempoh mengikuti setiap perkembangan blog yang baru nak hidup ini ye..thanks ALL thank you to BA too..



Monday, June 6, 2011

[review] Penangan daripada segmen TOP Blogger

Hebat!!! ada yang taip hebak!!! makna yang sama merujuk kepada hebatnya pengaruh seorang blogger terkenal dalam mengadakan segmennya, yang terbaru segmen tukar link suka sama suka..

lucu & gelihati pon ada...Eh! kenapa aku join segmen dia?

HAHA!!!

lucu tak lucu, tengok betapa ramainya yang turut serta segmen dia. Oleh kerana aku menyibok nak join jugak (dalam hati masih gelihati nih), ramai juga lah yang sudi berkunjung bertegur sapa dengan aku melalui segmen khas dia ni. Dalam segmen ni, semangat persahabatan terjalin dan win-win situation nampak ketara sangat, mereka semua mempunyai kepentingan tersendiri dalam blog masing2 (tepok dada tanya selera)

Apapun, ribuan terima kasih kepada Top Blogger yang dimaksudkan kerana ideanya yang tak pernah kering dalam membuat segmen2 khas yang kadang2 pon tak terlarat aku nak turut serta, mana taknya tak sampai sejam dah ada segmen baru, segmen sebelumnya aku baru terkial2 nak pikirkan jalan cerita. Haha! tu yang pada aku lucu sangat, berebut2 jadinya kitorang semua, kalau ada 10 jari telunjuk, maka 10 jari telunjuklah yang klik mouse tu, banyak lah blog yang dapat diterjah dalam waktu yang singkat.

Apalagi agaknya segmen dia nak buat tuuu? ada2 saje idea dia, apapon i FOLLOW hihi asalkan segmen you boleh diterima pakai faedahnya, jangan lah sampai melekakan follower aka blogger masing2 tak pon jangan sampai jadi macam ni pulak ye kengkawan semua.hihi...

Terima kasih juga yer buat kawan2 baru yang sudi bertandang membaca di sini ^-^ ~ salam perkenalan ~



JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG



Caranya mudah, sesiapa berminat nak join, buatkan satu BLOG LIST yang baru atau boleh je guna bloglist yang lama, seeloknya buat BLOG LIST baru mudah nak kenalpasti.

Kemudian, pilih blog dari SENARAI BLOG di SINI .. Dan tinggalkan komen di blog mereka dengan mengatakan bahawa SAYA BERMINAT MENUKAR LINK BERSAMA ANDA ... mula2 fenin jugak nak bagi faham syarat BA ni. Perghhh...masak, nak join punya pasal kan.





Friday, May 6, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

Entri Khas!!!!

^-^ hari ni apsal aku rajin sangat update entri eh? Buang tabiat ke ape?



Ok, untuk yang keberapa kalinya, aku berminat nak join menyelitkan nama blog aku dalam senarai blog bawah segmen BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011..Aktif banget seh blogger femes ni update entri blog dia. Siapa dia, tak perlulah diperkenalkan lagi. Psst..dah berapa banyak dah eh undi Blogger of the Year dia tu? Korang rasa2 Ben Ashaari boleh menang ker??

Tak nak banyak ceritalah, sesiapa yang nak join segmen BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011 ni korang klik ajelah kat header BA atas tu, mana tau berkat banyak kali klik, korang dapat hadiah istimewa daripada BA sendiri. HAppY BerBLoGGinG Yar!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara