ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label produk. Show all posts
Showing posts with label produk. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Horray!!! saya menang 'MEMBERKU HAWA CONTEST'

hye..
nak tau tak???
tak kira, nak bagitau jugak siap tunjuk gambar sebagai bukti nii..
Kalau nak tau, saya terpilih jadi pemenang contest 'Memberku Hawa Minggu Pertama' ^^,
memula dpt kol daripada Kimberly Clark, memang suspen sgt..yelah mana tak suspen skrg kan ada banyak penyamaran nak menipu orang je kejenya..tapi yang ni memang betul..katanya saya dapat jawab soalan betul..yeke??? hehe lama juga saya nak mengingatkan bila masa plak saya jawab soalan ni..lama2 baru laa teringat :D


Nak tengok ker apa hadiah yang saya dapat hari Jumaat lepas???
jeng..jeng..jeng..antaranya :

1. bantal kecik
2. note stick
3. sample pantyliner
4. botol air utk 500ml
5. bentuk patung orang berkepala 'hanger' (tak reti nak cakap apa)

hehe, suka sangat...jadilah kan, sapa nak bagi?? kalau beli bantal kecik saiz gitew mahunya nak berkira2 bajet, nak beli ke tak nak? ni orang dah bagi hamek aje laa kann...kiut ^^,


cuma ada satu kemusykilan ni, menatang apa mendealah yang macam hanger tu? kepala hanger tu boleh berpusing tau, dan boleh dicabut dipasang semula..berat mmg berat..macam pemberat kertas pun ye. Entahlah, memang tengah buntu nak mikirkan apa benda tu? nak kata anak patung mana lak kepala dia??? ce tengok..


Anyway, terima kasih Kotex, juga Kimberly Clark..paling best mestilah serial drama feveret saya masa kini 'Memberku Hawa'..lakonan Faizah Elai & Nad Zainal mmg kelas, sinopsis cite baca sini, lagi2 dengan kehadiran model aka blogger top Hanis Zalikha yg badannya tinggi lampai macam galah, tapi muka kiut miut ala2 minah jepun..sori Hanis :)


Monday, October 31, 2011

E code : semak dulu sebelum makan.

salam kasih sayang. Apa nak jadi dengan blog ni, lewat akhir² ni aku agak menyepi tidak mengemaskini entri terbaru, entahlah mungkin kesibukan bekerja ditambah dengan lebih banyak meluangkan masa untuk kelahiran blog bisnes tidak lama lagi.

Pagi ni dengar celoteh dj² di sebuah radio swasta terkenal, sedar tak sedar minggu ni minggu 'korban' sempena Raya Aidiladha yang akan menjelma tidak lama lagi. Teringat pula kisah cerita melayu yang dramatik penuh babak berair mata di TV3 malam semalam 'Kemaafan yang Tertangguh', drama ni pun ada menyelitkan unsur2 pengorbanan seorang isteri yang taat kepada suami sehingga terpaksa berendam air mata menanggung kerinduan terhadap ibu kandung sendiri akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan si ibu mertuanya yang kejam membuli menantu. Akhirnya dia kehilangan kedua² ibu dalam masa yang sama.

isk..isk..sedih beb T__T

Ehehe..sebenarnya ini tak ada kaitan langsung dengan tajuk entri ni. Pagi ni makanan pertama yang aku jamah ialah beberapa biji coklat VOCHELLE Almonds pemberian saudara sempena majlis tunang anaknya petang semalam. Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, sedang aku enak mengunyah, tiba² terlintas di fikiran EH! aku ni makan sedap aje, tapi tak semak dulu E code kandungan lemak dalam coklat ni..Dah timbul pulak rasa was² dalam fikiran, macamana nak semak tangan tengah drive kereta. Terkandung bahan² nya Gula, Pepejal Susu, Kacang Badam, Lemak Koko, Jisim Koko, Lemak Sayur (Palm, Illipe, Shea) Lesitin Soya (E322) dan Vanilin.



Haaa..E322? E tu refer tu E code (lemak b.a.b.i) 
Argghhhhhhh!!!!! aku dah makan beberapa biji dah ni.


Sesampainya di opis, dengan segera aku mencari sumber info tentang E code. Dah jumpa, dengan pantasnya pula aku terhegeh² semak ada tak E322 dalam senarai E code ni. Fuhhh! Alhamdulillah terjamin halal, E322 dalam coklat VOCHELLE Almonds ni tak tersenarai langsung. Tapi, aku tak terus la makan semula baki coklat yang masih ada, aku tinggalkan di pantri wakafkan siapa nak makan coklat ni, makan jelah..

So, korang jangan contohi macam aku ye, sudahlah malas nak mengupdate entri blog, makan coklat main tibai je tak semak dulu E code. Ingat, kita sebagai muslim digalakkan mencari sumber makanan yang halal, sebab perasaan was² itu salah satu perbuatan syaitan dan apabila timbul perasaan was² jatuhkan menjadi haram, misal nya jika kita was² dalam soal permakanan sama ada ia dtg dari sumber yg halal mahupun tidak akan terjatuh hukumnya haram (sumber). Wallah'ualam..

Thanks for read me


Thursday, October 20, 2011

iklan sebentar di MALAM JUMAAT..


KRIM TERHEBAT TIADA TANDINGAN

ceritanya di sini

'setiap malam adalah malam pertama'



Wednesday, October 12, 2011

(18SX) ingin tahu rahsia keintiman rumahtangga?

Salam Semanis Kurma, lamanya tak berupdate blog ni, banyaknya sawang..


Cuba kita tengok kebahagiaan yang terpancar di riak muka pasangan warga emas yang sangat istimewa ni. Agak²nyalah, boleh tak kita menikmati perasaan bahagia bersama pasangan hidup yang kalau boleh jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. Boleh saja, iAllah jodoh ajal maut semua ditentukan oleh Allah Yang Maha Esa, hanya kita yang kena bijak dalam mencari ikhtiar, berdoa & berusaha mengekalkan keharmonian & kebahagiaan rumah tangga kita. Nak refresh cerita mereka klik sini.

Ibu yang sudah berusia 65 tahun itu sememangnya tidak lokek berkongsikan rahsia rumahtangganya, kita wanita yang sementara masih berusia muda ni janganlah ambil sikap sambil lewa jika ada petua tentang kesihatan, kecantikan dan petua menjaga keintiman hubungan suamisteri, sama²lah kita berkongsi dengan mereka yang tidak / belum mengetahuinya. Penekanan kepada mereka yang telah berkeluarga ye, tapi bagi sesiapa yang masih bujang, tidak salah jika ingin mencuba, juga ada kebaikannya untuk anda.








TUNGGU!! ada rahsia nya ..

Kita nak menjadi sehebat macam Makcik Mansura Sirai tidak perlu untuk memakan ulam²an kerana sesetengah orang akan mengalami kembung perut kalau terlalu banyak memakannya. Tapi dengan hanya menggunakan krim Nano Bio Ever iAllah segala keperluan 'supplement' yang menjamin kesihatan & kecantikan serta rahsia hubungan intim suamisteri akan dipenuhi. Terdapat ekstrak / pati pegaga, pucuk kaduk, aloe vera, soya & beras serta ginseng dalam penghasilan krim istimewa ini. Cubalah bagi sesiapa yang belum mendapatkan lagi, tidak perlu ragu dan bimbang, kepada anda yang telah menggunakannya pula, pilihan anda memang sangat tepat, tahniah!!.

Best tak? Krim ni memang sangat hebat & mujarab untuk pelbagai lagi penyakit yang tersenarai. Alhamdulillah, kini saya sedang menyediakan sebuah blog khas untuk koleksi testimonial yang telah berjaya & berpuas hati dengan krim ini dan iAllah dalam proses edit dan akan dipublishkan sedikit masa lagi. Jika ada sesiapa yang berminat, ingin membuat tempahan barang, sila sms / hubungi saya pada nombor yang tertera. Pastikan lengkap dengan pengenalan diri, iAllah sebarang pertanyaan anda akan dilayan dengan sebaiknya.

Sekadar satu perkongsian di sini..
Mudah²an ada kebaikan untuk kita bersama.
::sekian terima kasih ::


Tuesday, September 20, 2011

Jana pendapatan melalui FB bersama Irfan Khairi


Salam, apa khabar uolls? huarghhhhh!!! mengeliat tegangkan urat lepas dah lama sangat ni tak update entri blog. Mood beraya masih lagi berbaki tu yang tidak berkesempatan menjengah ke dalam blog.

terfikir lak apa topik kita nak borakkan hari ni ye..emmmmmmmmmm

Oklah, buat permulaan eloklah kiranya aku nak uar²kan satu berita peluang menambah ilmu pengetahuan dalam bidang biznes, didedahkan kaedah mudah dan praktikal bagaimana kita hendak menjana pendapatan perniagaan kita melalui facebook (FB). Menarik sangat tu, free lagi tak dikenakan sebarang bayaran sebab program ini ditaja katanya. Cantek!! bengkel biz macamnilah yang aku tunggu² semoga aku dipermudahkan untuk hadir ke sana nanti.


Jadi aku dah register semalam, so kalau kita terserempak kat mana² tiga lokasi di bawah ni, tegur² lah ye. Bolehlah kita berkenalan dan tukar² cerita pengalaman menarik sepanjang kita berniaga ..

DePalma Ampang
Khamis, 22hb September
"Revolusi Prelude: Formula Facebook" bersama Irfan Khairi
8.00 malam - 10.30 malam
De Palma Hotel, Ampang


Johor Bahru
Jumaat 23hb September
"Revolusi Prelude: Formula Facebook" bersama Irfan Khairi
8.00 malam - 10.30 malam
Hotel Selesa, Johor Bahru


Singapore
Sabtu, 24hb September
"Revolusi Prelude: Formula Facebook" bersama Irfan Khairi
8.00 malam - 10.30 malam
Heritage Place, 21 Tan Quee Lan Street,
#02-08 Singapore 188108 ( opp bugis junction)


Cara untuk menyertai PRELUDE REVOLUSI: FORMULA FACEBOOK secara percuma, lakukan tempahan dengan menghantar email bertajuk (pilih lokasi sesuai). Pastikan kita menggunakan tajuk email yang tepat :

Tajuk email untuk AMPANG, KL: "FORMULA FB AMPANG 22/9"

Tajuk email untuk JOHOR BAHRU, JOHOR: "FORMULA FB JB 23/9"

Tajuk email untuk SINGAPORE: "FORMULA FB SINGAPORE 24/9"


Email kepada sales@rahsiainternet.com bersamaan maklumat berikut:

1. Nama anda
2. Alamat email anda
3. No. handphone
4. Jumlah peserta

Lakukan tempahan hari ini oleh kerana tempat adalah eksklusif kepada 100 peserta sahaja.


NOTA PENTING : Kuasai diri kuasai kejayaan, tukarkan kekurangan diri anda kepada kekuatan





Saturday, August 20, 2011

Mc D dikomplen sbb siarkan bunyi azan.

Salam..

suka ke tak suka, kita bertuah duduk harmoni pelbagai bangsa di Malaysia, sebuah negara yang sentiasa pertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Alhamdulillah, mudah²an kita semua dilindungi-Nya selalu daripada anasir² yang berniat jahat untuk memporak-perandakan keamanan rakyat & keharmonian negara.


Lain pula kisahnya dengan seorang lelaki bukan beragama Islam ini yang secara gentleman mengkritik salah satu outlet Mc D (tidak pula dia nyatakan Mc D cawangan mana) yang telah menyiarkan laungan azan ketika waktu kemuncak kita yang beragama Islam ini hendak berbuka puasa. Lelaki itu tak berpuas hati lalu menyatakan ketidakpuasan hatinya di ruangan komen fb Mc D.


Tapi malangnya, komplennya itu tidak mendapat sokongan kerana majoriti kita termasuklah yang bukan beragama Islam rata² membidas balik apa yang disuarakan lelaki itu. Apa yang paling best ada segelintir yang menegur komen lelaki itu secara baik dan aku pasti teguran yang lembut dan berhemah akhirnya mampu menundukkan ego dan amarah seseorang, akhirnya si lelaki itu sudah pun memohon maaf atas tindakannya mengkritik Mc D dan bukanlah niatnya untuk menimbulkan perasaan perkauman.

antara komen terbaek

Moral of the story :

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
2. Belajar menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka dan kita jawab kritikan itu secara berhemah bukan penuh emosi, iAllah sebarang pertelagahan boleh dielakkan dan kita anggap itu sebagai pengajaran hidup untuk memperbaiki kesilapan diri sendiri.
3. Satu jari kita tuding cari kesalahan orang lain, empat jari balik ke kita akhirnya memalukan diri sendiri. sama² kita jadikan iktibar dan belum terlambat untuk bermuhasabah diri, wallah'ulam  sumber





Monday, August 15, 2011

Iklankan bisnes anda di sini..

^-^ salam all,
Sekarang nak dekat raya ni, mesti ramai di kalangan kita yang mempunyai perancangan untuk berniaga. Kemungkinan besar ada yang sudah memulakan perniagaan sedari awal bulan puasa dan jangan risau bagi mereka yang baru sahaja hendak memulakan perniagaan sampingan anda. Dah tahu kat mana tempat sesuai dan mudah untuk iklankan perniagaan anda? Hehe..saya pun baru je dapat info maklumat ni. Info daripada DiGi "Anda ada bisnes untuk Hari Raya? Jual baju kurung, kuih raya, rendang? Iklankan saja di http://www.mysimplifieds.com untuk mendapat duit ekstra dan boleh lah anda beraya sakan!!" 


Saya sudah sign up. Caranya anda dikehendaki mengisi serba-sedikit details dalam form yang disediakan, sesudah itu pilih kategori yang bagaimana barangan yang anda nak iklankan itu, banyak pilihan di situ pilih satu dan klik untuk apply. Dalam masa 30 minit iklan kita akan disenaraikan dalam senarai iklan2 yang ada dan siap sedia untuk disiarkan. Mudah dan sangat senang. Jom, ramai2 kita ambil kesempatan iklankan apa sahaja yang kita rasa nak jual, even iklan jawatan kosong pun boleh juga..

Tolong klik sini juga ye -->> Magic Cream : get ONE!







Tuesday, July 19, 2011

Mulai hari ini aku boikot Skynet..

Salam, marilah membaca sebaris dua perenggan luahan bengkak hati aku hari ini.

Indah khabar dari rupa..memang aku ada terdengar komplen penghantaran barang oleh syarikat Skynet lambat dapat, dan setelah diri sendiri yang mengalaminya, baru aku percaya dan ambil keputusan tidak akan menggunakan khidmat Skynet lagi pada masa akan datang. Never..


Mentang2lah penerima barang berada di kawasan pedalaman, alasan yang diberikan kawasan itu jauh padahal tempoh perjalanan cuma 45 minit je dari pekan dan seminggu 2 kali baru kami masuk kawasan tu. Alasan tak boleh diterima sebab kenapa syarikat kurier yang lain boleh hantar dengan segera? Maaf!!! alasan tak boleh diterima pakailah..korang tahu tak betapa pentingnya barang yang aku kirimkan tu? korang tak nak hamek tahu pun kan, sebab korang lebih pentingkan RM semata2 daripada nak menjaga hati customer korang. Buwek!!!

Sudah hampir seminggu barang tak dapat, tadi aku buat panggilan untuk bertanyakan barang kita, sudahlah lambat dihantar, ungkapan maaf mewakili syarikat langsung tak ada. Mentang2 orang kampung pedalaman korang pandang sebelah mata ye, aku rasa mana2 company besar pun akan melenting marah kalau barang yang dikirimkan lambat sampai..apalagi kalau yang ditunggu merupakan antara dokumen penting. Aku tahu lah sebab aku pernah jaga bahagian kurier tempat kerja lama dulu. Telinga aku ni dah hampir nak separuh pekak mendengar bos membebel barang yang ditunggu tak sampai2..

Update..
"haa tau xpe kak...xde org kat opis sue aritu die boleh buang gitu je pasport workers....pastu opis baru nie die mls naik katanyer jauh,besar..pergghh nyirap tau kita kan byr utk die,boleh die kate mcm tue..." salah seorang customer komplen, sapa nak jawab tuu?


So, bermulanya hari ini, aku tak akan menggunakan Skynet lagi. Terima kasih kerana memberikan perkhidmatan yang sangat aku tak puas hati. Sebab aku tak puas hatilah aku canang di sini, tapi kalau servis yang aku sangat berpuas hati pun aku akan hebah2kan rekemenkan servis terbaik yang pernah aku terima. Good bye Skynet, semoga korang teruskan berbangga dengan nama Skynet itu. Wasalam.



Monday, June 27, 2011

Bank Negara: BLR Naik Lagi??



Ribut takde angin takde tau-tau ada penambahan dalam potongan akaun untuk Al-Rajhi home loan aku bulan Jun. Aik? apa cerita ni, tak ada dapat apa2 surat bank pun? Hmmm setengah hari juga lah aku menjejaki orang2 bank untuk bertanyakan apa yang berlaku sebenarnya sampai ada penambahan RM20 untuk potongan Jun baru-baru ini. hek..eleh...rupa2nya BLR naik lagi T______T'

It seems that sooner or later, like it or not, the BLR is going to be normalised, or maybe even higher than the old BLR ratemasa utk honeymoon sudah habisGET READY FOR HARD TIMES! sumber

Sebelum ni 6.60 sekarang sudah UP jadi 6.90 sudah. Wah!!!! bulan depan aku akan bawa bekal berjimat cermat tak boleh nak belanja sakan lagi. Check2 dengan bank, diorang cakap surat dah dikeluarkan, eh! saya tak dapat pon? Tercicir la tu agaknya. Tu sebab aku tak tau, sampailah tadi tergerak hati nak semak rekod dalam website Al-Rajhi, nasib baik banyak balance cukup untuk ditolak lebih.

Haiyaaaaaa....

Sakit wooo bulan depan, mana nak cari duit raya lagi dengan mana nak standby duit buat beli mercun / bunga api lagi. Kuih & langsir raya pun mak mertua mesti nak ngecek. Baju raya dengar2 adik ipar aku cadangkan nak pakai warna sedondon raya tahun ni. Huwaaaaaaa...O Mak tolonglah anakmu ini...Dalam kepala ni tak pikir lain, pikir macamana nak cari duit lebeh je sekarang ni. Buntu dah tak tau nak buat apa. Nak buat macarons tak pandai, menjahit lagi la kejung tangan, berblog duit Nuffnang entah bila nak dapat wey??





Thursday, June 23, 2011

terpaksa berpisah denganmu kerana bersebab......


telah tiba saat dan ketika itu,
aku akan pergi jauh meninggalkan dirimu..
jangan dihalang langkah pemergianku dari sisimu..



ketahuilah, aku sangat cinta dan kasihkan dirimu,
cuma aku tidak tahu untuk meluahkan isihati yang terbuku...
kau dan aku jarang berenggang, setia menemani terutama ketika dukaku,
tapi itu dulu, sebelum aku mula menjauhi kamu..
itu yang paling aku kesalkan..berat di hati meninggalkanmu..

Duhai sayangku,
keluhan kesal ku ini janganlah kau pedulikan lagi..
namun aku redha dengan takdir yang menemu dan memisahkan kita.....
Setiap kenangan kita bersama akan aku kenang 
sehingga saat akhir nyawaku..
tidak sedikit pun aku menyesal akan takdir-Nya.





















aku terpaksa berpisah denganmu kerana bersebab......(diet)
kau yang selalu aku rindukan 


selamat tinggal sayang...




Wednesday, June 22, 2011

One Drop Perfume : tukar suka sama suka


Assalammualaikum, di sini ada satu PENGUMUMAN  ^-^

 
Saya ingin memberikan satu kotak One Drop Perfume (ODP) Women Set 5 istimewa kepada sesiapa yang terpilih. DIINGATKAN INI BUKAN GiveAway (GA) tapi ini ialah penghabisan stok!!! Hanya tinggal satu kotak ODP Women set 5 ni jer. Jadi, saya berani buat keputusan di sini ingin menukarkannya dengan sesiapa yang bernasib baik..JENG..JENG..JENG kita lihat siapa yang kena?


SAYA BERMINAT UNTUK TUKAR SUKA SAMA SUKA ASALKAN : 

kamu berminat, kamu seorang yang jujur, boleh dipercayai & mudah untuk berurusan....

SEBARANG CUBAAN / BENTUK PENIPUAN AKAN SAYA HEBAHKAN DI KALANGAN BLOGGER..


TUKARKAN APA SAHAJA BARANG ASALKAN NILAINYA SAMA DENGAN HARGA SEKOTAK ODP INI RM30/=
  1. Buat satu entri bertajuk "One Drop Perfume : tukar suka sama suka" beserta gambar barang yang anda minat untuk ditukarkan..Jangan lupa ye letak salah satu gambar ODP di bawah dengan link ke entri ini. 
  2. Hanya satu (1) barang TERPILIH sahaja akan ditukarkan dengan satu (1) ODP Women Set 5 ini.  Saya berhak memilih mana satu barang yang saya berkenan di hati.
  3. Pertukaran barang yang sudah dibuat tidak boleh dipulangkan semula ya.  Sebarang rayuan / bantahan tidak akan dilayan.
  4. Tinggalkan komen / pesanan anda di ruangan komen entri khas ini. Saya akan review dan follow-up samada saya setuju dengan barang itu atau tidak (secepat mungkin)
Jadi fikir dahulu baru bertindak!!!
(saya akan buat satu entri khas sebagai tunjuk bukti persetujuan tukar barang antara kedua belah pihak)



ODP 1 : Inspired by Fairy Duct, Paris Hilton     ODP 5 : Inspired by Gardenia, Elizabeth Taylor
ODP 2 : Inspired by Flower, Kenzo                    ODP 6 : Inspired by Madame, Jean Paul Gaultier
ODP 3 : Inspired by Eau De, Givenchy              ODP 7 : Inspired by Pure Poison, Christian Dior
ODP 4 : Inspired by Magnifique, Lancome        ODP 8 : Inspired by Midnight Fantasy,Britney Spears
TEMPOH : 22 / 6 / 2011 sehingga 25 / 6 / 2011


Saya akan umumkan SIAPAKAH DIA
SAHABAT yang bertuah itu..
ANDA ADA BERANI??


jika tiada sambutan dalam tempoh 4 hari ini, dengan rendah hatinya kempen ini akan saya batalkan. 

UPDATE !!!
hmm..nampaknya tiada sambutan. Tapi ODP ni akan dihadiahkan kepada someone bertuah..TUNGGU!!!!!!!





Tuesday, June 14, 2011

AVOID EATING CHICKEN BONES !!!!!!


Note: I have cyst in my womb till now but it is not big enough to operate. That is why i love to eat chicken wings and the necks. So be carefully ~ Ben

Salam ^-^

hmm sedapnya, macam2 menu juadah tengahari ni kan, apapun korang adalah apa yang korang makan. Kenapa aku cakap pasal makan, N3 ni ada kena mengena dengan tabiat pemakanan kita seharian. Semoga perkongsian info ini tidak terhenti di sini sahaja, sebarkanlah kepada sesiapa tanpa ada batasnya demi kebaikan kita bersama.

Sebelum ni memang heboh diperkatakan orang ramai tentang ayam disuntik dengan sejenis bahan steroid, lazimnya ayam2 ini dicucuk di bahagian leher dan juga kepak. Hmmm, patutlah kepak rasanya enak, lagi2 yang digoreng rangup tu. Dah berbuih mulut diberitahu JANGAN MAKAN BAHAGIAN KEPAK & LEHER AYAM, dikhuatiri kandungan steroid yang dicucuk kat ayam tu sudah menyerap masuk ke dalam tulang kepak & leher ayam tu semua. Biasa kalau makan ayam terlalu leka sampai ke tulang digigit hancur lumat.


Contoh kes, seorang wanita menghidap sakit ketumbuhan dalam rahimnya, dan hasil pembedahan doktor dapat mengeluarkan cyst yang dipenuhi dengan darah hitam (darah kotor barangkali), tetapi kerana tidak menjaga pemakanan, ketumbuhannya kembali menyerang. Kenapa berlaku begitu, kerana wanita dalam kes itu menggemari makan kepak ayam dan itu dikesan doktor sebagai satu tabiat pemakanan yang tidak sihat. Lagi2 kita kaum perempuan khususnya mempunyai sejenis hormon yang boleh bertindakbalas secara aktif dengan bahan steroid itu jika tidak dikawal cara pemakanan kita dari sekarang.

Jadi, apakata kita beralih kepada pilihan lain iaitu ayam organik. Memang harganya pun boleh tahan dan saiznya pun kecil tapi apa salahnya mencuba kan? Mungkin dah tiba masanya untuk aku mencuba produk makanan keluaran syarikat HPA iAllah apa sahaja produknya boleh kita gunakan dengan yakin tanpa was2.


aku ada terbaca ni ada gak orang asli tak makan ayam..sebab ayam makan tahi..ada yang makan monyet..sebab monyet makan buah..so agak2 depa tau dah kut..makan ayam jadi gay...kalau makan monyet jadi orang..kahkahkah!!! apa kene mengena makan ayam dengan jadi gay pulak eh??




Monday, June 13, 2011

[promosi] cari rantai tangan 999/916 utk Hari Raya??

^-^ SALAM ISNIN (11 Rejab / 13 Jun)

PROMOSI & harga utk ke-kawan ....



contoh Harga ( Ahad - 12/06/2011 ) :-

Rantai Tangan Gajah 20g 999 = rm 158/g
Rantai Tangan Gajah 50g 999 = rm 156/g

Rantai Tangan pasir padu 10g 999 = rm 161/g
Rantai Tangan pasir padu 20g 999 = rm 159/g
Rantai Tangan pasir padu 50g 999 = rm 157/g

Rantai Tangan Gajah 20g 999 = rm 149/g
Rantai Tangan Gajah 50g 999 = rm 147/g


Rantai Tangan pasir padu 10g 999 = rm 152/g
Rantai Tangan pasir padu 20g 999 = rm 150/g
Rantai Tangan pasir padu 50g 999 = rm 148/g

utk rantai leher production start next week ...

harga termasuk kos upah .

contoh gambar - Rantai Tangan pasir padu 999 , berat 10.43g
10.43g x rm 161 = 1679.23

contoh lain :-
Habib/Poh Kong / Wah Chan & kedai emas lain yg ado kek shopping complex - 999 : rm 177/g ( harga boleh refer http://www.fgjam.org.my/ )
10.43g x rm 177 = rm 1846.11 ( belum masuk kos upah )

* harga berubah setiap hari ( pukul 11 pagi ) ikut harga emas semasa :)

dari member yg jual Rantai tangan ..:)

kalau nak tau harga pasni SMS - 019 754 8008 :)




Thursday, May 26, 2011

Get a new scarf ! !


Ada yang berani nak mencuba fesyen baru scarf ?
Mana yang ada pengetahuan asas pakai scarf / selendang lagi mudah lilit saja keliling leher jalan lenggang lenggok pasti ANDA akan menjadi tumpuan ramai.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


we don't stop laughing because we grow old,
we grow old because we stop laughing
Smiley



Friday, May 6, 2011

GiveAway 'I Light U'





CEPAT2 dateline midnight 13hb Mei Jumaat ni



Dapat tau pasal GA ni daripada Mrs Secretary yang manis menawan tu. Dia buat lagi best, kelakar giler.

Nak tau lebih lanjut klik SINI atau banner di atas tu. Ops, aku nak tag bagitau info GA ni kat dia lah ..All the best semua!!




Monday, April 25, 2011

SECRET RECIPE sudah tak rahsia lagi


Sebenarnya aku was2 nak singgah makan kat Secret Recipe ni, bukan makanannya tak sedap cuma aku ada perasaan was2 dengan namanya 'Secret Recipe' tu. Entah apa aje lah bahan rahsia yang jadi rahsia sangat tu. Sejak akhir2 ni macam2 khabar angin dan laporan yang membongkarkan rahsia bahan2 dalam produk makanan / minuman kita seharian. Contohnya INI .

Akhirnya terbongkar juga rahsia Secret Recipe yang selama ni jadi tanda tanya aku..Antara fakta menarik tentang SECRET RECIPE :

1. Ada seramai 3000 pekerja di seluruh negara - 95% rakyat tempatan, selebihnya dari negara jiran. Lebih menarik lagi 98% daripada keseluruhan pekerjanya Melayu beragama Islam.

2. Kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara.

3. Nama SECRET RECIPE : tercetus idea secara kebetulan, tapi di situlah keunikannya.

4. Pengasasnya seorang warga Malaysia berbangsa Cina kelahiran Kota Bahru Kelantan, Datuk Steven Sim yang berpegang teguh pada prinsip hidupnya antara lain "jangan tamak .. kita dilahirkan kosong, bila mati pun tak bawa apa-apa" SUMBER 


Hmm .. menarik latar belakang Datuk Steven ni, sesuai sangat nak dijadikan idola macam yang aku belajar dengan Dr.Azizan Osman baru2 ni. Dr.Azizan cakap salah satu rahsia marketing yang MELETOP mesti guna cara kreatif nak menjual nama produk kita tu. Paling penting kalau nak buat business kena ada M.E.S.T.I (M - Mentor, E - E@ilmu, S - Sistem, T - Tindakan, I - Impian)


Recall : wawancara Dr.Azizan bersama salah seorang graduannya yang telah berjaya menggunakan strategi M.E.S.T.I





Saturday, March 19, 2011

.::lazat, panjang & memuaskan::.


Aih..laju je perasaan nak tahu tu ye..

baguslah, dalam diri kita ni kena ada rasa ingin tahu & ambil tahu.
Kalau ambil tauhu kat pasar tu lain pulak maksudnya..

Dalam bermasyarakat & berjiran kita kena ambil tahu dengan latar belakang jiran kita. Bukan lah nak menyebok busy body sangat tapi sekadar nak tahu asal mana, kerja apa, jangan nanti silap hari bulan kita berjirankan seorang penjenayah pulak. Berjirankan seorang yang terlalu nak ambil tahu memang merimaskan!! kalau boleh nak elakkan daripada tertembung dengan jiran jenis jaga tepi kain dalam ni..

N3 aku actually merujuk kepada promotions A&W LONG CONEY DOG , memang panjang giler ah!! Aku dengar kat iklan radio tagline menu baru A&W ni ''Kelazatan yang berpanjangan dan Memuaskan'' haha..macamna lah kan rasanya, takut indah khabar dari rupa je..
KLIK SINI nak tengok panjang tak panjangnya coney dog ni.


foto hiasan semata2 eh..


klik kalau nak tengok menu kategori sosej terlampau

maaf ye jika ada keterlanjuran entri kali ni..HAVE A NICE WEEKEND!!!


Wednesday, March 16, 2011

3B : Blog + Beli + Baca


Betullah tu..
sambil kita berblogging, 
ni nak bagitau ada cara2 
nak beli buku / majalah / komik secara online 
semua bahan bacaan ilmiah yang saya nak sarankan ni 
berbentuk bacaan islamik..
ALHAMDULILLAH..
manfaat untuk dunia akhirat kita

Dengan taglinenya
 ''membina masyarakat BERILMU, BERIMAN, BERAMAL & BERJAYA!!
Segala2nya di hujung jari anda :)

MUDAH je kan???

Rakan2 blogger jika ada berminat,
jom klik ikut pada arahan pada gambar di bawah ni ye.

Selanjutnya KLIK apa sahaja bahan ilmiah yang kamu suka 


upps!! ada tambahan..




kamu memang bijak kalau menghebah2kan INFO ni.
TERIMA KASIH


ok .. HAPPY READING!!


Monday, March 14, 2011

susah sangat ke nak stop merokok?

Dia memang perokok tegar, da banyak kali suruh berhenti hisap rokok tak nak dengar makin dihisapnya rokok tu. Mula2 dulu macam da nak stop sejuk hati tengok tapi eh tengok2 hisap lagi tuuu..memang nak piat telinga dia bila jumpa nanti..nanti kau!!

Dalam ketagihan dia merokok tu, sempat lagi berpakat ngan kawan ya mungkin kawan baik dia yang mungkin nak bantu bagi moral support kat dia suruh berhenti merokok. Terima kasih la kat kawan dia tu..Aku tau video ni agak 'keterlaluan' bagi aku sebagai part of his family sebab pertama kali start play video ni aku da tersentak!! .. Jangan sampai Abah Mak tengok video ni ye..Tapi secara halusnya dia cuba menyampaikan mesej bahana & risiko merokok siap dibuat congak kiraan berapa RM da dilaburkan sepanjang menjadi perokok tegar..


berderau darah aku tengok dengan selambanya dia smoke dalam video ni..
tapi aku fikir secara positif niat & tujuan dia upload video ni.
CONGRATZ!!! sebab awak BERANI!!



ternyata gamba2 ngeri yang tertepek kat kotak rokok
masih belum cukup menakutkan para perokok..
NAK BUAT MACAMANA LAGI??

Manala aku tak SAYANG, dia lah satu2 adik lelaki aku yang berbakat seni, tangan dia betul2 ada magic. Aku pun da malas da nak marah2 dia pun da besar panjang da boleh berfikir dengan waras bahaya merokok pada kesihatan dirinya. Harap dia da betul2 berhenti merokok sekarang sebab aku takde duit nak bagi duit rokok kat dia stiap kali dia ngecek (penah sekali dua aku bagi tapi warning jangan beli rokok, beli makanan!!) Aku ada stori pasal dia kat SINI..walau kami berjauhan & jarang kol / sms aku sayang dia sangat2. Aja senget!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara