ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Monday, October 3, 2011

tahniah Nurull Halawati & Nur Fathia 'Stanza Cinta'


Salam kasih sayang, kenapa kasih sayang? Ini bersesuaian dengan mood berkasih sayang aku dan juga sempena tamatnya drama berepisod 'Stanza Cinta' yang telah berakhir pada hari semalam. Mujur juga ada tonton.com.my dapat kita ulang tonton semula mana² episod yang terlepas mengikutinya.

gambar : RentakArtis.com

Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan jalan cerita drama tv yang sangat hebat sekali. Garapan jalan cerita 'Stanza Cinta' ini tersangat menyentuh perasaan, hasil dari teknik dan gaya pengarahan Along Kamaruddin yang sangat berkarisma. Penghayatan watak oleh para pelakon jangan sekali kita menidakkan keupayaan mereka yang banyak melakonkan watak air mata terutamanya sekali Nur Fathia yang berjaya membuat penonton menangis dengan mimik air muka sedihnya dengan efek air mata yang mengalir..Fathia ni rupa²nya sepupu Farah Adeeba , laaa kisahnya..

Apapun, Fathia memang nampak manis dan ayu sekali bila bertudung dalam menjayakan wataknya sebagai Amni Sorfina dalam drama ni, jauh berbeza dengan penampilan menjolok matanya dalam majlis resepsi perkahwinan pasangan artis kontroversi ni..


Ok..berbalik kepada cerita kita, mari kita mengenali pula siapa pengarang asal cerita 'Stanza Cinta' yang sangat unik maksudnya ini. Nurull Halawati ialah penulis kepada jalan cerita 'Stanza Cinta' yang aku ada terbaca menurutnya 70% jalan cerita adalah memang kisah benar berlaku. Selanjutnya, bolehlah berkenalan dengan Nurull Halawati menerusi blognya yang turut menjual RENDANG TOK air tangan ibunya.

harus dapatkan satu untuk koleksi bacaan.

Petikan antara kata² yang menarik untuk dikongsikan.

"Jgn pernah meragui setiap apa yg datang dariNya dalam kehidupan kt. Atas setiap ujian dan derita, Dia telah menyimpan sebuah hikmah dan kegembiraan yg cukup besar di hujung sana. Percayalah, redhalah dan terimalah sgl ketentuanNya dgn hati yg lapang dan bahagia. disitu letaknya ERTI BAHAGIA!"

"kalau Allah sudah takdirkan sesuatu itu utk kita, walau seluruh isi alam ini mghalang kita dari mndapatkannya, kita ttp akan dpt jua. Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN utk kita, walau seluruh isi alam ini mmbantu kita utk mndapatkannya, ttp kita tak akan dpt"
copy terus daripada Facebook Novel Stanza Cinta.


p/s : tahniah kepada semua yang telah menjayakan 'Stanza Cinta' ..


Monday, September 12, 2011

Amalan petua awet muda primadona jelita..

Harus dan semestinya dicuba, kebanyakan amalan petua²nya biasa didengar cuma tak berapa rajin nak buat. Tapi tengoklah hasilnya jika benarlah Rozita Che Wan (RCW) mengamalkan petua seperti yang diceritakan. Memang menawan, anggun bergetah lagi. Phewwiiitttt....


1. Setiap kali bangun tidur, dia mesti membasuh mukanya dengan ais / air batu agaknya. For sure untuk tegangkan kulit kan kak ita? Entah, ada yang kata basuh muka dengan air suam pun bagus..mana satu ye?
2. Takde berpantang dalam pengambilan makanan, cuma ulam²an memang satu kewajipan dalam hidangan menunya seharian. Bila dah banyak makan, mestilah bersenam. RCW sendiri memperuntukkan tiga jam bersenam sehari, setidak²nya bermain futsal.
3. Ketika mandi, kaki perlu dijiruskan air terlebih dahulu secara menaik ke bahagian atas. Ini pun untuk tegangkan kulit, yang aku dengar untuk kurangkan migrain kepala. Ada kawan bagitau lah dulu..
4. Mencuci rambutnya dengan santan dan limau purut. Tujuannya untuk kulit kepala yang sihat, rambut yang sihat bersinar dan juga menghilangkan kelemumur. Hmm..nak kena rajin ni.
5. Dan untuk awet muda lagi katanya, dia mengikut amalan yang turut dibuat oleh ibunya iaitu makan tongkeng ayam. Arghh...yang ni agak keberatan untuk ditiru. Kenapa mesti tongkeng ayam, bukan kepak atau dada ayam (untuk dada yang pejal?)

tongkeng ayam mentah.
Dan selebihnya, untuk rawatan kulit muka yang rapi,
RCW gunakan set penjagaan wajah Safi Rania Gold

suka sangat tengok iklan nih..cunnnnn seh :D

Wah!! memang class dan mudah je amalan petua RCW ni, cuma rajin dan malas aje nak buat. tapi ada terdengar gosip² liar yang berbisik mengatakan RCW telah menyuntik bontot botox untuk kelihatan cantik. Betul ke tu? Wallahu'alam hanya dia sahaja yang tahu kebenarannya. 

sumber : Berita Harian 12092011.


Friday, September 9, 2011

Lagu Malaysian Boy ciplak American Boy?

salam n_n


Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 kita bakal disambut sekali dengan public holiday 16hb September sempena Hari Malaysia, tau tak apa dia tema Hari Kebangsaan tahun ni? Hihi sebenarnya saya pun baru aje tau daripada puanbee yang tema Hari Kebangsaan kita tahun 2011 ialah "1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera" .. gempak jugak kan temanya tahun ni, ada pengaruh movie box-office Transformer barangkali.

Tapi yang tak gempaknya, dikatakan ada penciplakan lagu Malaysian Boy yang diciplak 100% daripada lagu Kanye West yang bertajuk American Boy. Alamak, baru je nak puji yang lagu ni sangat sedap didengar rentak iramanya dan kreatif pula pembikinan videonya, sekali tu sebijik la pulak dengan lagu orang lain. Siapa yang tiru siapalah agaknya, ataupun kedua² pihak dah buat perjanjian tirusama lagu sebagai jalinan persahabatan dua negara. Sumber http://beautifulnara.com

Perbandingkan kedua video klip ini, jika anda tidak mempercayainya..

Malaysian Boy (Malaysia)

vs.


American Boy (America)

clap..clap..clap..clap your hand if you like this song.

p/s : Lagu Malaysian Boy ni akan berkumandang bergema di Stadium Merdeka, mari kita datang bersama saksikan gaya  persembahan 'SuaraKami' di sana pada 17hb September katanya. Tapi sejujurnya dah kurang rasa bangga dalam diri ini apabila lagu yang bakal dinyanyikan oleh anak Malaysia untuk Malaysia khususnya itu bukanlah yang original sebaliknya dicedok pula daripada idea / lagu orang lain. Hampeh!

Sila jawab jika kenyataan saya ini kurang kebenarannya..

Wednesday, August 17, 2011

tempah baju raya dengan Hatta Dolmat


Salam all,

Sebelum kita sibuk masuk ke dapur untuk persiapan berbuka, untuk ibu² dan kakak² apakata kita cuci mata dulu, saya janji tak akan kurangkan pahala puasa kamu semua. Perkongsian ini hanya semata² untuk mengagumi bakat kreatif yang ada dalam diri pereka fesyen tempatan antara yang tersohor namanya, siapa lagi kalau bukan Hatta Dolmat.

Cantiknya..kalau lah saya ada peluang untuk mengulangi detik² manis sewaktu bergelar pengantin, boleh tak saya nak upah Hatta Dolmat mereka dan designkan baju pengantin yang kelas meletop untuk saya pakai. Saya pun teringin jugak nak kelihatan ayu menawan macam model2 Hatta ni semua. Takpun, kalau masih sempat untuk tempah baju raya dengan Hatta pun saya sanggup bayar beribu-raban wang ringgit asalkan saya nampak gorgeous di pagi raya nanti..

Saya nak baju macam tok ti ni ..
haha ..boleh ke kau nak bayar Hatta Dolmat tu? 

saya teruja dengan gaya corak kaftan ni :D


Ada lagi...semua cantik², meh tengok sama²






credit to : hattadolmat.hdc

Hatta Dolmat pun tak kurang hebat cantik juga orangnya..hmmm, orangnya asal mana ye?






Friday, August 12, 2011

Shaheizy Sam kahwin Lisa Surihani, bila?

Tahniah!! kedua2nya sama cantik sama padan. pasti akan merasa kecewa setiap orang yang menyimpan perasaan kat pasangan ini.



Tahniah la Sam, akhirnya impian menjadi nyata..

Nak tau lanjut, baca SINI

gambar kredit to : http://kucingkacak.blogspot.com




Thursday, August 11, 2011

Fida: Tandatangan Mamat buat saya jatuh hati



11 Ogos – "Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.

Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.

Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."

"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.

Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.

"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.

sumber : Yahoo News

p/s : eh! kalau tak silap, si Mamat Sepah ni bercouple dengan adik gitaris Kristal si Rudy tu, takkan dah break-off kot?





Saturday, June 4, 2011

Berita Terkini & Acar Buah



2 berita hangat hari ini, baru tahu ni tu yang excited nak share kat sini..



1. Tahniah kepada K Rajagopal (gambar kanan) kerana telah mendapat & menerima gelaran Datuk kurniaan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari ulangtahun keputeraan Baginda [aku dah agak dah, K Rajagopal pasti bergelar Datuk satu hari nanti].

2. Menurut Dr Azizan Osman (jutawan Richworks), Afdlin Shauki dulu pernah jatuh (gagal) tapi tak semua orang tahu sejarah kejatuhan Afdlin. Rupanya dahulu Afdlin pernah dikekelingi hutang, kereta pernah ditarik & menghadapi masalah kewangan tapi akan dibongkarkan cerita bagaimana Afdlin hadapi cabaran hidup lampaunya dan bagaimana Afdlin bangkit daripada kejatuhannya? Hmmm satu pengalaman yang sememangnya menarik untuk dikongsi bersama. Tungguuuuu..

ok...back to my next subject :

^-^ jemputan ke majlis kenduri kahwin semakin bertambah, kalau katakan ahli keluarga ada 4 orang maka setiap seorang akan mendapat jemputan kahwin di 4 tempat berbeza..Macamana satu utara, satu selatan satu timur satu barat..hihi pening kepala nak tentukan tempat kenduri mana yang nak pergi dulu.

Juadah lauk kenduri kebanyakannya sama saja di kebanyakan tempat, balik2 kari dalca, ayam masak merah, rendang daging & acar timun/nanas. Nasi tak kisahlah semestinya nasi minyak, nasi beriani dan ada juga nasi putih di segelintir tempat. Sebenarnya jarang lauk acar buah disediakan padahal itulah menu kenduri kegemaran aku. Acar buahnya pula mestilah menggiurkan maksudnya merah pekat (pekat, pedas, masam & manis sebati rasanya) haii terliur bila aku membayangkan acar buah ni.

Tadi pegi jemputan kahwin takde pon diorang hidang acar buah. Besok ada lagi jemputan, jauh jugak tempatnya. Harap2 tuan rumah adalah menghidangkan acar buah yang sedap & special. Kalau tak ada, terpaksalah makan sahaja hidangan lauk yang ada. Dalam hati ini, kuat untuk belajar masak acar buah yang special, lepas tu ada hati nak komersialkan jual serata tempat. Hihihi berangan macam cukup modal je nak bisnez kan..kawan2 blogger, saya nak pinjam duit boleh tak nak buat modal? HIHI tak nak lah nanti jadi macam kes PB pula.



Friday, June 3, 2011

Anissa, kamu cantik, anggun & seksi menawan.


dah masuk bulan Jun ni, tengok rancangan sempena ulang tahun TV3 semua best2. Antara yang terbest setakat awal Jun ni slot drama berepisod Anissa lakonan tunjang utama oleh Fiza Elite, Rozita Che Wan, Faradhiya & Aida Aris. Hmmm..seksi cantik menawan keempat2 wanita ni, gojes sungguh!



Gabungan mereka berempat memang mantap, lagipun mereka ada gaya karisma dan gaya lakonan tersendiri dalam melakonkan watak masing2 jadi apabila digabungkan sekali memang inilah antara gandingan pelakon yang terbaik pernah aku tonton. Best!!!

Semalam berakhir episod ke-3 tak sabarnya nak tunggu sambungan minggu depan. Apa langkah Anna (Fiza) seterusnya untuk memastikan Farid suaminya (Zamarul Hisham) tidak curang kepada dirinya yang telah disahkan mandul tidak boleh melahirkan. Sementara teman rapat suka duka si Balkis (Rozita) setia bersama menemani. Sara (Aida) menjadi mangsa curiga Anna yang mengesyaki dirinya ada hubungan sulit dengan Farid. Manakala si Shila (Faradhiya) macam ada merancang agenda jahat tetapi bijak berlakon menyembunyikannya.

Mana yang ketinggalan episod sebelumnya, boleh nonton di www.tonton.com.my , selain jalan ceritanya yang menarik kita juga dihiburkan dengan lagu2 dendangan Ning Baizura, Shila Hamzah & Jac Victor. Selamat Menonton dan selamat berhujung minggu ^-^







Thursday, May 12, 2011

Hidung mancung dan comel SY jadi penarik..

^-^ happy tak pagi ni..

HAHA pagi2 lagi dah terlopong ternganga mulut bila tengok kat MHI terpampang di muka depan akhbar wajah bakal isteri keempat Salih Yaakub. Amboii, itu ayat pertama terpacul spontan yang aku katakan. cun..cun..memang cun

cun tak?? cun kan??
putihnya gigi dia..



mana satu 1st wife SY ye? aku salute kat dia..

Apa yang bestnya, bila ditanya kenapa SY jadi pilihan menjadi bakal suami, kerana tertarik dengan hidung SY..itulah jawapan yang diberikan oleh Emi, gadis 24 tahun yang bertuah itu. Salah satu ciri seksual yang paling diminati wanita terletak pada hidung lelaki yang besar & mancung, dipercayai boleh memberikan kepuasan kepada wanita apabila pipinya dicium. Ya, aku sendiri mengakuinya.

Tapi kan lagi manis jika dijawab ingin merasai alam rumahtangga berpoligami untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah semata2 disamping suami yang tercinta. Iye tak iye, kang bila dijawab macam tu konon2 alim la baik la sangat ye tak? Tak kisahlah apa pun jawapan diberi, mereka cuma menunggu hari untuk disatukan aje. Berpoligami? Siapa yang suka? Hanya mereka yang telah mengalaminya dapat menjawab bagaimana hidup berpoligami / bermadu. Aku? Wallah'ualam...aku hanya mengharapkan yang terbaik selebihnya semua tu kerja Tuhan.

kredit to : www.kataartis.com dan www.cikgusyahir.com




Monday, May 9, 2011

Mengenali bakal isteri keempat Salih Yaakob


^-^ kabare semua, waras?

Umum dah diberitakan tentang artis berbakat serba-serbi boleh iaitu Salih Yaakob yang jika tiada aral bakal mendirikan rumahtangga buat kali keempat. Nak cukupkan kuota katanya..Muda lagi wanita tu, bakal graduan..memang hebat taste abang SY ni.
Sumber : SINI

adakah seksi orangnya?

atau bertudung orangnya?

Baca di Metro Ahad semalam, yang paling diutamakan sekali bakal isteri keempat SY amat memahami orangnya, benar-benar ikhlas dan bersedia untuk hidup bermadu. Wah! bakal mendapat payung emas kesemua isteri SY di akhirat nanti.

siapapun wanita misteri itu, 
sememangnya dia cukup bertuah kerana terpilih..


yang ni khas untuk lelaki yang hidung belang..
anda patut contohi SY.

Buat SY, selamat berbahagia dengan famili yang anda telah bina dan yang bakal nanti.

Nota kaki : entri ni tidak ditulis dengan emo yang PHD, sebaliknya hanya ingin tahu rahsia kehebatan lelaki bernama SY ini. Harap2 SY sudi menulis buku biografi tentang dirinya satu hari nanti.

ANDA SUKA BERGAYA?? 
Sukakan brooch mutiara asli dari SABAH? 
Dapatkan lebih info di SINI . Please meet my cousin HERE .




Saturday, May 7, 2011

Lagu Price Tag versi Najwa Latif


^-^ soooo sweeeet suara minah ni..

Tapi nama Najwa Latif aku baru dengar, sekali tu bila terjah masuk blog peribadi dia hamek ko follower dah beribu-ribu raban orang sudah menjadi peminat Najwa Latif ni. Haha aku ketinggalan zaman rupa2nya.


But no hard deal, biarpun aku lambat mengenali siapa dia Najwa Latif, setidak2nya aku sudah jatuh hati dengan penampilan bersahaja bila si gadis manis ni menyanyikan lagu dengan petikan magic gitarnya. Seriously, Najwa Latif ada karakter & trademark tersendiri dan jika diasah bakatnya IAllah Najwa boleh pergi jauh dan jauh..

All the best to Najwa Latif..I really like ur smiles, senyuman yang menampakkan keihklasan hatinya di situ (my personal perception on her)




Terima kasih kat Azri Johan yang memperkenalkan aku dengan Najwa Latif dan yuyu zulaikha yang telah menemukan aku dengan Azri Johan. Ada sesiapa nak memperkenalkan aku kat sesiapa?? ツ malu ah!!

hujung minggu nak makan SUSHI?? JOM!!





Saturday, April 30, 2011

musim artis Malaysia beranak-pinak

wink ^_<

Musim bulan mengawan ni..cuaca pun sesetengah tempat sejuk dingin je, nak mandi pagi mesti liat tuu..orang kahwin sana sini, besok da pasti sangat ada yang buat kenduri kahwin besar2an maklumlah 1Malaysia meraikannya sekali. Setiap kali 1hb Mei 1Malaysia akan sambut ulangtahun perkahwinan mereka. Untung badan ^-^ Dah selamat kahwin, orang akan tanya bila nak beranak pulak? Beruntung badan la siapa yang dah berisi sedangkan inai masih merah dijari (pujian ini tidak termasuk kes KD dan kes seumpamanya ye)..Belum pun puas berbulan madu dah nak terima kehadiran orang ketiga..Beshnyer ^__^

Macam Sazzy Falak dan husbandnya Nazril memang dah lama menantikan, Alhamdulillah telah pun berbahagia dengan kelahiran puteri kembar mereka baru2 ini. Sangat seronok tengok kemesraan mereka berdua. Moga dengan kelahiran anak, bertambah bahagia mereka suamisteri ye :)



Lagi siapa pulak, ooh si Rita Rudaini juga dah pun selamat melahirkan baby keduanya, hero juga..Tahniah Rita. Walaupun gaduh, selisih faham, duduk berjauhan masih beranak lagi awak ye, bestnyer ^-^


Nak lagii..yang ni pulak si Maizawati janda Ustaz Akhil Hayy yang dah berkahwin dengan lelaki muda tu pun sama dah selamat melahirkan baby boy, merangkap anak ketujuhnya. Power betol Maiza ni. Waheeda ape ceritanya, senyap jek?


 Berikut adalah kata-kata Maizawati tentang baby barunya ini:-

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.86 kilogram secara normal. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Antara orang yang paling gembira mendengar berita ini adalah suami saya, Yassin kerana bayi ini merupakan anak pertamanya dan lebih menggembirakan apabila mengetahui bayi ini adalah bayi lelaki. (Ustaz Akhil & Waheeda tak rasa tergugat ker?)

Lain2 artis yang sedang berbadan dua Siti Sarah dengan Ina Naim dan terHOT Datuk Siti Nurhaliza pun mengandung juga...Hai musim artis mengandung & meletop la agaknya, macam dah janji pulak kan beshnyer ^-^ Info & gambar sumber : Abang Nara





Friday, April 15, 2011

Ari Wibowo dalam kenangan


Berita MENGEJUTKAN pagi ni..
Ari Wibowo sudah meninggal dunia? Biar betul??


Tapi yang pasti bukan Ari Wibowo yang ini kan? Sebab bila aku search Ari Wibowo Madu & Racun gambar yang keluar semua gambar Ari Wibowo pelakon Indon ni, pasal dia hensem aku ambil tepek kat entri kasi gempak sikit. Bukan..bukan aku sebenarnya sedang mencari empunya wajah penyanyi Madu & Racun Ari Wibowo juga namanya yang diberitakan telah meninggal dunia di usia 59 tahun dan apa punca kematiannya tidak pula diketahui. Dari kecil sampai da tua bangka macam ni aku masih tak kenal rupa paras sebenar penyanyi feveret aku ni. Kalau sebut Broery Marantika dan kumpulan D'llYod aku kenal lah.

Lagu Madu & Racun memang menjadi siulan dan aku membesar dengan lagu tu. Jadi amatlah tidak adil jika aku tak mengenali wajah & rupa sebenar penyanyi asal lagu ni yang telah menghiburkan aku dengan rentak lagu feveret ni. Barangsiapa yang mengenali beliau sila tampil perkenalkan kepada saya dengan Ari Wibowo Madu & Racun untuk menatap wajahnya buat ke sekian kalinya dan tersemat dalam lipatan kenangan dan cerita di sebalik keriangan lagu ini.

Sing a SONG Madu Dan Racun ~ Ari Wibowo.mp3


UPDATE 18.4.2011



ini lah wajah penyanyi Arie Wibowo yang aku cari2 selama ini SUMBER   
Al Fatihah ~


Monday, April 11, 2011

tak suka tak apa, asal berterus-terang..


NO ENTRY for this time..

Sukakan lagu ni kita layanzzz sama2, tak suka tak apa uolls cari lagu sendiri..

Dalam hati ini ada sebuah taman, pada suatu ketika tiba2 hujan ribut diselang-seli dengan taufan datang melanda..mujur tsunami dan gunung berapi tiada di sini, jika tidak taman yang ada ini musnah dalam sekelip mata..hancur bersepai tak mungkin dapat diselamatkan. Siapa yang faham maksud tersirat korang memang bijak!!!



 screen - tak suka tak apa
Watch more Videos at Vodpod.



Friday, April 8, 2011

Jimmy Shanley menyesal tak sudah..

Jimmy Shanley sepotong nama yang tak asing lagi untuk diperkatakan gossip dan khabar angin tentang rumahtangganya sejak akhir-akhir ini. Simpati pun ada pada Jimmy, berat mata kita memandang berat lagi bahu Jimmy memikul. itulah Jimmy, nak menyesal pun takda gunanya, melainkan Jimmy teruskan berusaha mendapatkan hak awak sebagai suami dan bakal daddy kepada baby yang dikandung isteri awak tu.

chaiyok Jimmy!! Don give up dear..

Tapi semacam tepat la sangkaan & kata hati aku bila tengok gambar kawin Jimmy masa tu, diorang ni takkan hidup kekal lama. Bukan maksud aku nak mendoakan yang tak baik, tapi daripada raut wajah kadang2 kita boleh baca karakter seseorang. err..aku ada pendapat tersendiri..tapi fikir2 tak usahlah keluarkan statement kat sini, aku pun tak naklah menjatuhkan aib orang. Perbetulkan niat untuk apa aku nak berblog??


hmm no komen -.-

Atok Nenek kan dah pesan, kalau ikut panduan memilih jodoh iAllah selamat bahagia sampai akhir hayat. Dipetik :

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia. Wallah'ualam..

Jimmy Shanley nampaknya telah memilih 1,2 dan 3 kemungkinan niatnya ada nak mendidik isteri menjadi isteri solehah selepas berkahwin tapi tak kesampaian. Tapi belum terlambat, aku mendoakan Jimmy dan pasangannya dapat kembali bersama dan dapat kata sepakat yang memuaskan hati kedua belah pihak. Susah2 sangat Jimmy awak cari aje yang lain, kuota awak kan ada lagi 3 (jangan jadi batu api)


beruntung la sape jadi wife Jimmy, rajin ke dapur :P



Sumber : sini dan sini jugak



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara