ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label sambutan perayaan. Show all posts
Showing posts with label sambutan perayaan. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

RR Ayer Keroh : tandas & surau mengecewakan.


salam Eid ke 5..

weeee, duit raya dah banyak dapat, boleh la kita menabung ^-^

Dalam kegembiraan menyambut raya, ada satu part yang tak best untuk diingat2kan..biasanya kita akan berhenti rehat di mana2 RR. Tandas awam RR ni kalau boleh kita nak tidur dalam tu apalagi kalau tandas tu wangi dan bersih, siap ada air con lagi..

Itu kalau tandas bersih lah, macamna pulak kalau tandas RR yang kotor busuk yang amat..fuh! terus kita tak jadi nak buang hajat..tangguh ke stesyen minyak depan tu. Gitulah halnya dengan tandas awam RR Ayer Keroh yang tersangatlah busuk, kotor dan tak selesa sekali. Tandasnya pula kecil cuma disediakan 3 pintu tandas saja untuk ladies. Wey, pengunjung yang datang bukannya sikit2 orang, beribu2 ramainya yang berkongsi tandas yang ada, tolonglah sediakan tandas yang selesa dan bersih untuk kami pengunjung yang berhenti melepaskan lelah dan ingin berehat sebentar di hentian rehat Ayer Keroh ini.

Tandasnya satu hal. Surau untuk wanita pun samalah juga, sangat daif dan kurang selesa untuk kami beribadat mengerjakan solat. Surau yang kecil sememangnya tidak dapat menampung jumlah pengguna surau wanita yang ramai datang sekali pada satu2 masa. Keadaan berhimpit2, ruang udara yang 'kureng untuk bernafas / lemas' membuatkan pengunjung rasa tidak selesa untuk bersolat dengan kusyuk.

Bandaraya Melaka dah diiktiraf sebagai Bandaraya Bersejarah, RR Ayer Keroh kenapa masih lagi ketinggalan dari segi pengurusan kebersihan dan keselesaan tandas dan suraunya? Saya dapat tau pengurusan RR Ayer Keroh bawah pengurusan pihak PLUS, jadi kerajaan negeri tidak terlibat langsung dengan pengurusan pentadbiran dengan RR Ayer Keroh. Hmmm, kalau gitulah gayanya, malulah dengan pelancong2 asing terutamanya dan pengunjung2 tempatan amnya kerana tak menepati ciri2 kebersihan untuk sesebuah negeri yang telah pun diangkat taraf sebagai 'Bandaraya Bersejarah'. Benda yang buruk dan tak elok akan disebut keburukannya sampai bila2, lainlah pula jika sesuatu hal yang molek dan elok, akan dikenang dan dipuji2 hingga diberikan anugerah jika benar2 layak..

Tepuk dada tanya selera, jangan main tepuk amai2 pulak..

Wallah'ualam..





Friday, September 2, 2011

Ucapan Aidilfitri untuk semua.

Salam Aidilfitri ..

macam² kerenah di musim hari raya ni.

begitu begini macam tu macam ni, seribu macam pe'el yang tak kita jangkakan bagaimana sikap sebenar seseorang tu. Nampak macam baik, lemah-lembut tapi jangan disangka orang sebegini yang apabila sesekali marah, berterusan tak ada kesudahannya.

Namun, kita hanyalah manusia biasa. serba tiada yang sempurna..

Biar renggang di fana dunia,
biar hina di mata manusia,
biar harta semakin tiada,
biar jauh kedudukan kita,
biar jurang pangkat kita,
jangan tergadai silaturrahim antara kita.
Minal Aidil Wa Faizin

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"


Friday, August 26, 2011

Antara dilema bila berhari raya .


salam ^-^ ..

dalam hati menyanyi keriangan nak menyambut raya ~ lalalalala...



Lebih² lagi tengok gelagat anak² jiran, anak² kengkawan yang melaram mencuba baju raya, songkok raya dan belah malamnya pula berseronok bermain bunga api. Teringat pulak zaman kecik² dulu. Meriahnya sambutan hari raya pada usia kanak², segala masalah tak payah nak difikirkan sebab semua keperluan diusahakan dan disediakan oleh ibubapa masing². Terima kasih kat mak ayah tu ye dik non..

Bezanya bila dah meningkat dewasa, keperluan raya dapat dirasakan betapa susah-payahnya mak ayah kita dulu berusaha sedaya upaya menyediakan keperluan anak². Apalagi di zaman sekarang, segala²nya wang ringgit, harga barang semua naik tapi keperluan raya perlu disiap-sediakan. Kata nak beraya sakan, setahun hanya sekali kenalah melaram. Biar papa asalkan bergaya. Oh nehi..nehi..biarlah kita berbelanja ikut kemampuan seadanya, dahulukan apa yang lebih penting itu sebaiknya.

RM..RM..RM.. (laju cashoutnya macam air)

Anak takde lagi ker?
Hmm, persediaan fizikal dah cakap tadi. Ni pasal persediaan mental pula. Bila pulang ke kampung sedara-mara akan sibuk bertanyakan khabar kita. Alhamdulillah sihat seadanya. EH! masih berdua lagi ke? Bila nak bertiganya? tu yang eden lomah nak menjawabnya. Sekadar termampu senyum kerang busuk je lah. Seelok²nya aku mengharapkan sangat sepatah doa dan penguat semangat yang diucapkan untuk kami berdua, contohnya "iAllah, banyak²kan bersabar, jangan putus asa berusaha lagi. Semoga korang dapat anak² yang comel kiut miut, lambat cepat tu semua rezeki Allah. Barulah sejuk sikit telinga mendengarnya, kuranglah sikit stress yang dipendam dalam hati ni. Barulah seronok nak beraya. Tak gitu?

p/s : Dalam kita beraya sakan, sama²lah kita menjaga hati dan perasaan orang lain. Jaga tutur kata, janganlah melukakan hati dengan kata² dan ucapan yang menyakitkan hati mereka supaya mood raya kita semua tidak akan tercalar. Ini sekadar peringatan. Semoga kita berkongsi saat paling riang dan meriah di hari raya nanti. Walla'ualam.

suara pengumuman rayanya pastinya 'dirindui' ..



Wednesday, August 24, 2011

Laluan utama NAHAS JALANRAYA..berhati²lah.

Salam tujuh malam likur ^_^

Mudah²an sambutan Aidilfitri pada tahun ini dapat kita menyambutnya dengan sederhana dan tidak secara berlebih²an, itu lebih afdhal. Dalam kita bergembira menyambut raya, janganlah sesekali kita melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Kebelakangan ini, banyak berita nahas² jalanraya yang mengorbankan nyawa, yang terbaru kes langgar lari membabitkan sebuah kereta dengan dua orang adik-beradik yang dalam perjalanan pulang dari sekolah mereka.

Y_Y sedihnya tak terkata..berat lagi bahu yang memikulnya namun hati ibu dua kanak² malang itu sangat tabah, riak mukanya memang menampakkan kekesalan atas kemalangan yang menimpa anak²nya tetapi dirinya masih mampu mengawal perasaan ketika menjawab soalan yang ditanya wartawan media. IAllah pasti ada balasan syurga ganjaran-Nya kepada ibu muda yang berhati tabah dan cukup redha dengan takdir dan ujian Allah itu.

Perjalanan pulang ke kampung kita pastinya banyak nak tempuh kesesakan, cuaca tak menentu panas atau hujan, dengan melayan kerenah anak² kecil kita, ragam kereta lagi (tu sebab kena hantar servis awal) dan macam² lagi masalah yang tidak kita jangkakan apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan pergi-balik kita. Jangan lupa membaca doa menaiki kenderaan iAllah semoga perjalanan kita terlindung daripada sebarang musibah dan bencana yang tidak kita jangkakan..

Amiiin....

Di sini saya sertakan sekali antara nama² jalan dan laluan utama yang menjadi igauan dan trauma pengguna jalanraya ketika melaluinya. Senarai ini pastinya berdasarkan statistik kepada kekerapan nahas yang berlaku di kawasan yang disebutkan. Bukan niat hendak menakutkan kalian, tapi sebagai peringatan buat kita semua..terima kasih kepada teman yang telah berkongsi-sama info ini.



 (gambar hiasan)
biarlah ibu menangis menyambut kepulangan kita..
kepulangan anak yang mengubat kerinduan seorang ibu..
dan..jangan biarkan ibu menangis kerana 'ketiadaan' kita..
Allahu Akbar..

Jangan risau, asalkan sama² kita pandu kenderaan kita dengan berhemah dan berhati², pasti kita semua akan selamat. Ingat! kita semua berkongsi jalanraya, jadi sama² kita menghormati perasaan orang lain. Pandu cermat jiwa selamat & ingatlah orang yang tersayang yang sedang menanti dengan sabar sambil mendoakan kepulangan kita semoga kita selamat sampai. Bila dah selamat sampai ke destinasi yang dituju, jangan pula kita lupa sekurang²nya ucapkanlah Alhamdulillah :)

Selamat berhari raya semua!!!




Saturday, August 20, 2011

Mc D dikomplen sbb siarkan bunyi azan.

Salam..

suka ke tak suka, kita bertuah duduk harmoni pelbagai bangsa di Malaysia, sebuah negara yang sentiasa pertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Alhamdulillah, mudah²an kita semua dilindungi-Nya selalu daripada anasir² yang berniat jahat untuk memporak-perandakan keamanan rakyat & keharmonian negara.


Lain pula kisahnya dengan seorang lelaki bukan beragama Islam ini yang secara gentleman mengkritik salah satu outlet Mc D (tidak pula dia nyatakan Mc D cawangan mana) yang telah menyiarkan laungan azan ketika waktu kemuncak kita yang beragama Islam ini hendak berbuka puasa. Lelaki itu tak berpuas hati lalu menyatakan ketidakpuasan hatinya di ruangan komen fb Mc D.


Tapi malangnya, komplennya itu tidak mendapat sokongan kerana majoriti kita termasuklah yang bukan beragama Islam rata² membidas balik apa yang disuarakan lelaki itu. Apa yang paling best ada segelintir yang menegur komen lelaki itu secara baik dan aku pasti teguran yang lembut dan berhemah akhirnya mampu menundukkan ego dan amarah seseorang, akhirnya si lelaki itu sudah pun memohon maaf atas tindakannya mengkritik Mc D dan bukanlah niatnya untuk menimbulkan perasaan perkauman.

antara komen terbaek

Moral of the story :

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
2. Belajar menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka dan kita jawab kritikan itu secara berhemah bukan penuh emosi, iAllah sebarang pertelagahan boleh dielakkan dan kita anggap itu sebagai pengajaran hidup untuk memperbaiki kesilapan diri sendiri.
3. Satu jari kita tuding cari kesalahan orang lain, empat jari balik ke kita akhirnya memalukan diri sendiri. sama² kita jadikan iktibar dan belum terlambat untuk bermuhasabah diri, wallah'ulam  sumber





Tuesday, August 9, 2011

Semangat Jalur Gemilangnya terserlah..

Bertemu lagi kita..

Teruja dengan ketabahan seorang 'amma' atau bahasa mesranya Aunty S.Gangadhivi Surinarayanan, berusia 45 tahun yang telah mengambil masa mengait selama satu setengah tahun untuk menyiapkan sepanjang 3m panjang Jalur Gemilang bermula pada 21hb Mac 2010.

Wahhh!!! so adorable, if me lah aunty, i cannot just sit-sit there, my ponggong will panas berapi. But aunty you can do it eh, our Malaysian must be proud of you especially our PM dan our late PM Tunku Abd Rahman. Boleh pecah rekod hasil kaitan terbesar masuk Guinness Book of Record nih..(atau ada ker hasil kerja kait yang lagi besar?, sapa tahu tolong bagitau)


Tu dia..punyalah bersemangatnya aunty Gangadhivi ni mengait bendera Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun 31hb Ogos ni bersamaan dengan Hari Raya Syawal ke-2. Alhamdulillah, kita meraikan hari kemenangan dalam dua situasi yang berbeza tapi konsepnya tetap sama. Tambah2 dengan tagline 1 Malaysia, semangat rakyat Malaysia sekarang sepatutnya bersedia awal membuat persiapan rapi untuk menyambut hari kebesaran Malaysia mencapai ulang tahun kemerdekaan negara. Semoga "1 Malaysia, Rakyat lebih Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" tercapai yang mana harga minyak dan harga barangan keperluan dapat diturunkan. 

Tahniah to Aunty S.Gangadhivi..

kredit to : New Straits Times





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara