ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

blog masakan ini memang femes de amour ..

salam,

hari ni baru hari pertama aku berpuasa enam Syawal. Banyak dugaan dan cabaran berpuasa di kala orang lain tidak berpuasa, sungguh menguji keimanan. Alhamdulillah dan iAllah esok dan seterusnya semoga dipermudah dan diizinkan Allah untuk aku menyempurnakan puasa sunat enam Syawal ini dengan sempurna.

tu lah dia, apabila terfikirkan nak masak apa, pastinya antara banyak² blog dan website, memang blog masakan ini yang menjadi tumpuan ramai untuk dikongsi sikit-sebanyak resepi dari situ. Tak kiralah daripada resepi mudah buat agar² hinggalah pencarian resepi yang susah olahannya, blog ini tetap menjadi pilihan pertama. Tahniah buat CMG, ternyata air tangannya benar² menjadi. Bertuahnya badan sesiapa yang menjadi suri hidupnya.

Tapi, blog masakan yang lain pun tak kurang hebatnya juga. Sesekali untuk bertukar selera pasti blog mereka akan diintai untuk melihat antara resepi yang menarik untuk dicuba, antaranya blog kak nor dan juga ros. Gambar masakan yang ditepekkan betul² menggugat keimanan dengan cara persembahan hidangan yang menambahkan lagi kesedapan dan keenakan masakan mereka. Untuk menjadi pakar masak macam kalian hmmm payah untuk dijangkakan tapi iAllah akan diusahakan ke arah itu..Terima kasih kepada kalian semua.








Tuesday, August 2, 2011

semuanya gara2 pecal..

Salam Ramadhan..puasa tak ni? Alhamdulillah semoga amalan kita sepanjang kita berpuasa diberkati-Nya. Masih belum terlewat nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua.

gambar hiasan

Ginilah, baru2 ni adik kesayangan aku jatuh sakit, Alhamdulillah keadaannya masih terkawal walaupun belum sembuh sepenuhnya. Jatuh sakitnya betul2 buat aku risau, mana taknya seharian dia terbaring lemah, dengan simptom2 keracunan makanan kepala pening, muntah2 dan sakit perut buang2. Kasihannya aku tengok dia, ni semua salah aku juga..

Aku agak2 ini mesti berpunca dengan pecal yang kami makan hari Sabtu baru2 ni. Sebelum tu, nak bagitau pes sambal pecal tu cuma dibancuh dengan air panas untuk dijadikan kuah pecal yang pekat secukup rasa. Pes sambal yang aku minta ayah kurierkan tu segera aku nak makan sebab tak tahan dengan keenakan rasanya. Untuk rencah pecal, aku bawa adik pergi ke pasar malam, kami beli tahu bakar, yong tau fu dan tidak ketinggalan aku beli seikat sayur kangkung & kacang panjang.

PUNCANYA : Sayur kangkung & kacang panjang lepas dicuci bersih, aku cuma rendamkannya dengan air garam dan air panas mendidih. Aku tak celur kedua2 sayur ni memandangkan di rumah (rumah persinggahan) tiada dapur untuk memasak. Periuk nasi ada tapi aku tak terfikir pula nak didihkan air dan celur sayur2 menggunakan periuk nasi. Memang benda nak terjadi kan? Dah siap semuanya rencah kami adunkan dalam hidangan pecal tu, kami berdua makan dengan penuh berselera sekali..makan rebut2..

Dan pada keesokan paginya, adikku jatuh sakit. Aku dah dapat agak apa puncanya..dan perutku juga ada  rasa tak sedap tapi tidaklah seteruk apa yang adik aku alami..Kasihan adik aku. Maafkan akak ye na..

ini lah pecal yang dimaksudkan..

UPDATED







Thursday, June 23, 2011

terpaksa berpisah denganmu kerana bersebab......


telah tiba saat dan ketika itu,
aku akan pergi jauh meninggalkan dirimu..
jangan dihalang langkah pemergianku dari sisimu..



ketahuilah, aku sangat cinta dan kasihkan dirimu,
cuma aku tidak tahu untuk meluahkan isihati yang terbuku...
kau dan aku jarang berenggang, setia menemani terutama ketika dukaku,
tapi itu dulu, sebelum aku mula menjauhi kamu..
itu yang paling aku kesalkan..berat di hati meninggalkanmu..

Duhai sayangku,
keluhan kesal ku ini janganlah kau pedulikan lagi..
namun aku redha dengan takdir yang menemu dan memisahkan kita.....
Setiap kenangan kita bersama akan aku kenang 
sehingga saat akhir nyawaku..
tidak sedikit pun aku menyesal akan takdir-Nya.





















aku terpaksa berpisah denganmu kerana bersebab......(diet)
kau yang selalu aku rindukan 


selamat tinggal sayang...




Tuesday, June 21, 2011

[fakta] wanita bertubuh berisi lebih menarik..


Assalammualaikum ^-^ .. hamboooiii ada orang tu dok menung runsingkan berat badan dia dah naik. Apa nak runsingkan dik non, kurus atau gemuk bukan itu ukurannya, yang paling penting tubuh badan kita sihat luaran dan dalaman.

Terkini, satu dunia sibuk memperkatakan kebimbangan mereka terhadap Duchess of Cambridge Kate Middleton yang terlampau kurus menurut sumber tertentu, sampaikan suaminya Prince William mengeluh sepanjang tempoh berbulanmadu mereka, isterinya itu terlalu mengawal dan menahan daripada mengambil makanan berlebihan. Adakah sebab Kate terlalu nak menjaga penampilan langsingnya sehingga orang lain perasan dirinya sudah terlampau kurus dan wajahnya mulai mencengkung.

Memang ada kajian menyebut, kebanyakan lelaki lebih cenderung memilih wanita / teman wanita yang bertubuh berisi berbanding wanita bertubuh kurus kerana wanita berisi pada pandangan mata sang lelaki sangat menarik, nampak seksi dan sihat. Wanita berisi juga dilihat nampak selesa dengan penampilan sederhananya tidak kurus tidak juga gemuk. Just nice lah kata orang jawa. Aku sendiri pun sebagai wanita, memang terliur bila melihat wanita berisi berukuran ukuran 36-26-36 ala2 Kim Kardashian , berlekuk-lekuk liuk lintuk badannya.

She's  too gorgeous for me.

Saloma - Tiru Macam Saya
Powered by mp3skull.com

Jom kita buat perbandingan secara sihat, jika nak dibandingkan antara Kim Kardashian dengan model di bawah ni agak2 yang mana satu pilihan kamu???

omg!! cicak kubing ke apa ni?

Ok, senang je jangan fenin2..sebagai wanita, kita memang kena menjaga penampilan diri supaya sentiasa dipandang menarik di mata lelaki khususnya di mata suami bagi wanita berkahwin. Mana yang terasa dirinya agak gemuk, janganlah pergi buat sedut lemak apakata kita berusaha kurangkan berat badan secara sihat. Mana yang terlalu kurus, makan banyak mana pun tetap maintain kurus [kategori ni memang aku paling jeles ye] korang bersyukurlah selagi pasangan hidup korang tak membebel, teruskanlah ur life dengan happy. Aku bersyukur dengan kurniaan-Nya, cuma aku perlukan sedikit usaha untuk tampil lebih sihat dan menarik luaran dan dalaman. Entri ini sebagai peniup semangat untuk aku memiliki bentuk badan seksi dan menarik macam Kim Kardashian. Aku mesti BOLEH!!!!





Thursday, June 16, 2011

Perencah Mi Rebus Hj Sernan vs.Hj Wahid

Assalamualaikum ^-^
yuhuuu wat ape tu? siap2 nak lunch dah ye? Opps..sesiapa yang berpuasa sunat hari ni atau puasa ganti, selamat berpuasa ye..sabar itu separuh daripada iman..

Aku akan dapat sample perencah mi rebus Hj.Sernan tak lama lagi..nak test rasa dulu macamana sedap ke tak, firstime dengar nama mi rebus Hj.Sernan ni.

Sebelum tu, semalam aku terjumpa N3 tentang mi rebus Hj.Sernan daripada blog Kak Nor ..Tengok sajelah gambar mi rebus hasil air tangan kak nor masak tu, memang nampak menyelerakan.


Kak Nor pula tak kedekut berkongsi info cara nak mendapatkan stok perencah mi rebus Hj.Sernan ni, tambahan pula my parents penggemar mi rebus, jadi lepas ni tak perlulah aku nak tapau mi rebus Hj Wahid berat2 setiap kali nak balik kampung. Hmmm apalagi tunggu, kol nombor yang diberikan Kak Nor 0133417993 dan dapat berbual dengan Mak Fatimah. Jangan main2, siap ada email address lagi sernanberiani@yahoo.com . IAllah Mak Fatimah yang peramah orangnya ni tak keberatan mengirimkan sample perencah mi rebus buat aku mencubanya terlebih dulu sebelum order banyak2 nanti..

Nak resepi mi rebus? Resepi asal copy bulat2 tanpa diedit (malas -.-')
kredit to Ctnaemah

mee kuning
1 peket rempah mee rebus HJ SERNAN
air rebusan daging serta sedikit daging yg dipotong kecil2

Bhn dikisar bersama

3 biji kentang-kupas dan potong kecil
3 ulas bwg merah & 2 ulas bawang putih
1 sudu besar taucu
3 keping biskut lemak/biskut marie

Hiasan Sampingan
taugeh
limau kasturi-belah dua
bawang goreng
daun bawang-hiris nipis
tauhu goreng
lada hijau-hiris halus
kopok tepung
Cara buat Kuah mee rebus.

1.panaskan air rebusan daging/tulang
2.Masukkan pes mee rebus Hj Sernan serta bahan kisar tadi .
masak kuah hingga pekat.Tambah garam dan gula.
3.Dalam mangkuk lain sediakn mee kuning yg telah dicelur kemudian letak hiasan sampingan & curahkan kuah mee rebus.

**kuah mee rebus Hj Wahid sememangny pekat pastu yg best ada kopok tau tapi kopoknya bukan laa kopok ikan sebaliknya kopok tepung aje**sila tgk di tepi pinggan akak tu.

bancuhan utk kopok udang
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata (bancuhan ni cair mcm nak buat rempeyek/tumpi).Sudukan adunan tepung dlm minyak panas & goreng hingga tepung garing.Bila dah garing angkat & toskan tepung ni.




Tuesday, June 14, 2011

AVOID EATING CHICKEN BONES !!!!!!


Note: I have cyst in my womb till now but it is not big enough to operate. That is why i love to eat chicken wings and the necks. So be carefully ~ Ben

Salam ^-^

hmm sedapnya, macam2 menu juadah tengahari ni kan, apapun korang adalah apa yang korang makan. Kenapa aku cakap pasal makan, N3 ni ada kena mengena dengan tabiat pemakanan kita seharian. Semoga perkongsian info ini tidak terhenti di sini sahaja, sebarkanlah kepada sesiapa tanpa ada batasnya demi kebaikan kita bersama.

Sebelum ni memang heboh diperkatakan orang ramai tentang ayam disuntik dengan sejenis bahan steroid, lazimnya ayam2 ini dicucuk di bahagian leher dan juga kepak. Hmmm, patutlah kepak rasanya enak, lagi2 yang digoreng rangup tu. Dah berbuih mulut diberitahu JANGAN MAKAN BAHAGIAN KEPAK & LEHER AYAM, dikhuatiri kandungan steroid yang dicucuk kat ayam tu sudah menyerap masuk ke dalam tulang kepak & leher ayam tu semua. Biasa kalau makan ayam terlalu leka sampai ke tulang digigit hancur lumat.


Contoh kes, seorang wanita menghidap sakit ketumbuhan dalam rahimnya, dan hasil pembedahan doktor dapat mengeluarkan cyst yang dipenuhi dengan darah hitam (darah kotor barangkali), tetapi kerana tidak menjaga pemakanan, ketumbuhannya kembali menyerang. Kenapa berlaku begitu, kerana wanita dalam kes itu menggemari makan kepak ayam dan itu dikesan doktor sebagai satu tabiat pemakanan yang tidak sihat. Lagi2 kita kaum perempuan khususnya mempunyai sejenis hormon yang boleh bertindakbalas secara aktif dengan bahan steroid itu jika tidak dikawal cara pemakanan kita dari sekarang.

Jadi, apakata kita beralih kepada pilihan lain iaitu ayam organik. Memang harganya pun boleh tahan dan saiznya pun kecil tapi apa salahnya mencuba kan? Mungkin dah tiba masanya untuk aku mencuba produk makanan keluaran syarikat HPA iAllah apa sahaja produknya boleh kita gunakan dengan yakin tanpa was2.


aku ada terbaca ni ada gak orang asli tak makan ayam..sebab ayam makan tahi..ada yang makan monyet..sebab monyet makan buah..so agak2 depa tau dah kut..makan ayam jadi gay...kalau makan monyet jadi orang..kahkahkah!!! apa kene mengena makan ayam dengan jadi gay pulak eh??




Monday, June 13, 2011

[resepi] biskut Jacobs Nutella '1 Malaysia'

^-^ wahhh, Alhamdulillah perut pun dah kenyang..sendawa besar BURP!!!

serius, resepi ni paling lah mudah pejam mata even kanak2 pun boleh buat sendiri tanpa perlu membebankan ibu mereka yang penat bekerja. Antara bahan2 utama yang diperlukan ialah :

biskut Jacobs (apa jenis pun boleh ye)

jem Nutella

cara2nya : sediakan beberapa keping biskut Jacobs ikut kepada selera dan keperluan masing2. Tanpa berlengah lagi, terus saja sapukan jem Nutella yang lazat berkhasiat itu ke biskut, terpulanglah kepada anda nak buat macamana, saya lebih suka buat style sandwich, tekupkan kedua2 biskut Jacobs yang sudah disapu dengan jem Nutella tadi. Dan NGAP!!!! sajalah apa tunggu lagiii..

Kenapa 1 Malaysia, sebab sambil menikmati keenakan biskut Jacob Nutella ini, kita boleh mendengar juga lagu 1 Malaysia dendangan miming cikgu Shida @ ratu miming tu. Thanks to siaran Nona tv3 semalam.



p/s : jangan sampai tersedak pula ye, macamana, boleh kan??  
Mudah saja, perut kenyang hati pun ceria .. jangan mare ;)





Tuesday, May 17, 2011

Aneka Resepi Menu Maggi

^oo^ hidong kembang kempis bau maggi..perghhh!!

MAGGI GORENG

BAHAN:
5 ulas bawang putih dicincang halus
100g isi ayam dipotong kecil
6 ekor udang besar dibuang kulit
1 sudu kecil cili boh
2 biji cili merah dipotong nipis
Sedikit sawi dipotong
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Garan dan serbuk perisa
3 bungkus maggi dicelur & ditoskan

CARA
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga ayam masak. Masukkan cili boh. Biarkan sehingga garing. Masukkan udang, kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram & sedikit air. Biarkan sehingga udang masak. Masukkan sawi & cili merah. Biarkan seketika sebelum dimasukkan maggi. Kacau rata. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa.

MURTABAK MAGGI

BAHAN:
1 bungkus maggi dicelur & ditoskan
3 biji telur
1/2 biji bawang besar dicincang halus
1 biji cili merah dipotong nipis
Isi ayam dicincang
Perencah maggi
Daun bawang dihiris halus

CARA:
Isi ayam direbus sehingga masak & diketepikan. Pukul telur bersama bawang, cili merah, daun bawang & perencah maggi. Masukkan maggi yg telah dicelur & isi ayam. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masak bancuhan tadi seperti memasak telur dadar.

Hidangkan bersama jeruk bawang.

MAGGI LADNA

BAHAN
4 bungkus maggi dicelur sekejap dan toskan
100g udang dibuang kulit
100g sotong dipotong bulat
100g isi ayam dipotong kecil
Sayuran pilihan dipotong (sawi, jagung muda, kubis, lobak merah)
1 biji cili merah dihiris nipis
3 cawan air
1 kiub pati ayam
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
5 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
2 biji telur
Sedikit garam, lada sulah & serbuk perisa

CARA
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan air dan kiub pati ayam. Masukkan ayam, udang & sotong. Biarkan sehingga masak, masukkan sayuran, sos tiram & kicap. Bila sayuran layu, pecahkan telur dan kacau rata. Sesuaikan rasa dgn garam, lada sulah & serbuk perisa. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat. Masukkan maggi yg telah dicelur. Angkat & hidangkan.

Nak resepi Maggi lagi? klik SINI




Wednesday, May 4, 2011

persamaan ketara antara Kate dengan Diana

Salam kerinduan buat teman blogger di luar sana. Semoga hari2 kamu semua sentiasa dipenuhi detik2 dan saat indah untuk dikenangkan sepanjang hayat kamu nanti. Senyumlah kepada diri sendiri, latih ukirkan senyuman yang paling manis sekali.

Apa aku merepek ni setaaaan............

Opps!!! maaf. Aku masih di alam fantasi apabila sehingga ke saat ini masih terkenangkan detik bahagia saat berlangsungnya perkahwinan diraja of the year William & Kate Middleton. Alangkah indahnya untuk dikenangkan jika aku adalah Kate Middleton yang menjadi ratu hati Prince Wiliam. Tapi tak mungkin aku memilih William sedangkan dia tidak seagama dan tidak setaraf dengan aku.

Macam2 ulasan dah aku baca, ada yang memuji, ada yang mengutuk, ada yang 'mengondem' tak kurang hebat ada juga yang meluahkan perasaan kecewa bila putera katak Prince Charming yang diimpikan telah menyunting Cinderellanya..hihihi lucu2..suka hati koranglah nak cakap apa pun.



Tau tak apa dia persamaan paling ketara antara kedua2 puteri ini..cuba teka alahaiii senanglah sangat. Kalau tak dapat teka nak tau jawapannya cuba kita tanya kat Ratu..agak2 dia boleh tak bagi jawapannya..



apa class makan tempe?? Tempe sedap woo..HEHEHE..jangan mare ye sebenarnye nak cakap kat sini yang hidangan lauk ni nampak sedap menyelerakan..Aku cilok gambar tempe goreng bersambal kat SINI . Tengok si aktor Rosyam berholiday di Eropah , setidak2nya mesti Encik Rosyam teringatkan nak makan tempe bila berada di tempat orang, betul tak Encik Rosyam?? Kenapa tak bawa saya ikut sekali pergi holiday? Sampai hati abang ):




Saturday, April 30, 2011

(foto) macarons..dapat merasa jugak akhirnya

selama ni pandang kesat air liur aje tengok macarons comel ni dalam blog cikmin terbayang2 teragak2 macamna la rasanya kan..cikmin pulak time tu buat lucky draw masa tu, beruntunglah si azizbos dapat kurier macarons daripada cikmin..hey geram jek tau.

HAHA..hari ni aku dah boleh gelak besar sebab aku pun da dapat merasa makan macarons ni jugak. Biarlah orang nak kata aku ketinggalan zaman ke apa, pedulikan lah yang penting orang dah tak boleh tipu aku pasal macamna rasa macarons ni. To be honestly, aku tak berapa gemar rasanya yang teramat-amat manis sampai menyentap2 akar dan urat gigi geraham aku ni..ngilu. Ngilu2 pun aku dah ngap 2 bijik dah.

pink - inti vanilla / kuning - inti nutella



Dalam box ni ada 9pcs macarons dijual dengan harga promosi rm15, tapi aku bayar rm17 sbb terhutang budi kat sahabat yang mempromosikan macarons ni kat aku. Sekurang2nya aku dah tau siapa kenalan terdekat yang pandai dan mahir buat macarons di JB ni. Sesiapa berkenan nak cuba air tangan kenalan aku ni boleh masuk kat fb dia cari Laili Jumaah


Jom tengok video ni, tunjukkan cara2 nak buat macarons





Saturday, March 26, 2011

Pengaruh iklan kepada kita..


A'alaikum & Hepi Saturday ;)

Senyap sepi aje my blog sejak akhir2 ni..seakan2 memahami emosi aku yang kureng stabil sekarang ni. Okla, tak mao touching2 pagi Sabtu ni..hari ni nak hepi!!!

Al-kisahnya, bila sebut pasal iklan, antara banyak2 iklan, ade satu iklan selalu keluar kat radio yang buat aku rasa hepi dan tak jemu mendengar. Iklan tentang merancang perbelanjaan keluarga guna kemudahan kewangan HSBC Amanah. Sang suami yang pada mulanya endah tak endah dengan leteran si isteri akhirnya terperanjat besar bila mendengar mereka bakal mendapat 'baby'..HAAA baby?? yela dalam masa 8 bulan kita dapatlah..hiks. Sangat manja & romantiknya 'pasangan suamisteri' dalam iklan tu.

Promosi Produk HSBC Amanah

Lagi satu iklan yang terkesan menggeletek hati aku iklan McDonald. Memang semua tau iklan McD ni betul2 menggoda semua peminat fastfood terutama yang sedang berdiet. Presentation iklan McD yang menarik customer to come and have their fatty meals. Apa yang aku geli hati setiap kali ternampak McD aku akan teringatkan cucu jiran aku yang dalam lingkungan usia dua tahun lebih pelat menyebut McDonald sebagai 'Mc Konek'..bukan salah si ibu tidak mengajar si anak menyebut dengan betul tapi pengaruh iklan itu sendiri. McDonald da bertukar sebutan jadi Mc Konek, jauh benar bunyinya tuuu..hahahihihuhu!!!

have a nice weekend!!!

Saturday, March 19, 2011

.::lazat, panjang & memuaskan::.


Aih..laju je perasaan nak tahu tu ye..

baguslah, dalam diri kita ni kena ada rasa ingin tahu & ambil tahu.
Kalau ambil tauhu kat pasar tu lain pulak maksudnya..

Dalam bermasyarakat & berjiran kita kena ambil tahu dengan latar belakang jiran kita. Bukan lah nak menyebok busy body sangat tapi sekadar nak tahu asal mana, kerja apa, jangan nanti silap hari bulan kita berjirankan seorang penjenayah pulak. Berjirankan seorang yang terlalu nak ambil tahu memang merimaskan!! kalau boleh nak elakkan daripada tertembung dengan jiran jenis jaga tepi kain dalam ni..

N3 aku actually merujuk kepada promotions A&W LONG CONEY DOG , memang panjang giler ah!! Aku dengar kat iklan radio tagline menu baru A&W ni ''Kelazatan yang berpanjangan dan Memuaskan'' haha..macamna lah kan rasanya, takut indah khabar dari rupa je..
KLIK SINI nak tengok panjang tak panjangnya coney dog ni.


foto hiasan semata2 eh..


klik kalau nak tengok menu kategori sosej terlampau

maaf ye jika ada keterlanjuran entri kali ni..HAVE A NICE WEEKEND!!!


Friday, March 11, 2011

KFC bagi customer makan ayam mentah..

Dipendekkan cerita on the way balik keje petang semalam, nak elakkan jem aku singgah la KFC berdekatan, memang nak pergi pon sbb nak tebus baucer KFC yang aku dapat baru2 ni..makanya berbuka puasa lah aku dengan KFC. Baunya amatlah harum menggiurkan panasnya pulak memang terbaek buatkan kita berselera nak NGAP..bismillah..

Erkkk..pesal lain jek rasa mashed potato ni? tapi disebabkan suam2 panasnya masih ada jadi aku abaikan aje rasa pelik pada kentang putar tu. takkan nak buang begitu saja, nanges kang rezeki tu sayanggg....

Part coleslaw boleh lagi la..Part ayam tu aku terdapat ayam separa masak..huuu aku rasa macam aku jadi pemangsa karnivor jek. eeeiiiyekk..apa laa bagi customer makan ayam tak masak ni??? Grrr geram sangat2 nih...

Dulu, KFC punya set hidangan memang 1st class baik ayam gorengnya, kentang putarnya & coleslawnya. But now, semuanya da berubah rasa..ni kalau la Uncle Colonel tau mesti dia menangis sebab resepi asalnya da diubah rasa. Tak sesedap macam KFC zaman aku kecik2 dulu. Memang aku tak puas hati ni, even free sebab tukar baucer..bayangkan kalau customer yang bayar mesti frustrated sangat. Lagi2 lah yang makan ramai2 bawak kawan bawak famili & anak-anak bayangkan mesti mereka rasa tak hepi kan??


Strategi iklan yang indah khabar dari rupa, ayam goreng dalam iklan nampak besar bila dapat yang real alahaiii .. contoh terbaru tu apa tu nuget donut ikan ke..haha cekeding aje bila makan macam tak rasa apa..haha kepci..kepci..mentang2 nama ko da kukuh da gah, kepuasan customer pon da tak jadi keutamaan, nampak pada keuntungan semata2. Aku yakin Uncle Colonel pon tak suka.

Buat sendiri lagi bagus..''nanti nak cuba masak macam ni juga lah''

resepi kentang putar

resepi coleslaw ala KFC

buat kaki fastfood especially KFC, macamna pula suara pendapat anda..jika anda sependapat dengan saya jom sama2 kita boikot KFC..eh bukan, jom kita sama2 berani menyuarakan hak kita sebagai pengguna. Kita boikot KFC boleh tapi hanya sebagai usaha berdiet teramat lah digalakkan. Tapi tu la pasal cakap aje nak diet tapi bila terbau KFC yang harum tu dah tergoda iman, apa lah rahsia resepi KFC tu kan??

mode : legaaaa sebab da luahkan rasa tak puas hati kat sini ;)


Friday, January 21, 2011

RAHSIA COCA-COLA sedap diminum..

da 3 hari berlalu mcm tu je, aku kekontangan idea nak tepek apa dlm entri terbaru ni..nmpknya aku da jumpa apa yg nk dikisahkan kali ni, bagi aku sangat penting untuk dibagitau pasal ia melibatkan hak aku & uoalls sbg pengguna. lain la kalau korang tak kisah, who's care but i really CARE!! ini tentang COKE..

TAPI sebelum tu, nak diingatkan bahawa entri aku kali ni bukan nak memburukkan sesapa atau memboikot Coke tapi sekadar nak share info yang aku baru tau. Sejauh mana kebenarannya harap minta any feedback from uoalls yang may be lagi arif dan bijaksana :)




korang suka minum Coca Cola tak? minuman berkarbonat yang slalu jadi main sponsor untuk acara sukan2 international..mmg diminati seantero dunia. malah, siap ada peminat fanatik lagi kumpul koleksi barang2 & artikel ttg Coca Cola ni. Ape yang amat mengejutkan setelah berkurun lama di pasaran baru sekarang aku tau apa dia SECRET RECIPE dlm Coca Cola sebenarnya..mujurla aku da stop ketagih minuman bergas ni, tapi mcmne dgn sebelum ni aku da minum, da sebati jadi darah daging, harap2 da selamat terbuang jadik bahan kumuhan..lega..


Diringkaskan cerita, kandungan utama yang digunakan nak bagi COKE ni sedap ialah air liur orang2 negara Peru yang dikhabarkan mempunyai khasiat dalam amalan diet mereka & punya 'perasa' tersendiri. Sykt Coca Cola mengimpot air liur orang2 Peru bertong2 besar banyaknya. Ada sejenis minuman 'MAZATO' yang berasaskan air liur orang2 PERU digunakan dalam amalan diet mereka, ha ni lah yang telah menjadi sumber kajian & inspirasi syarikat Coca Cola.


* cuma video ni tak sahih lagi kebenaran betul ke..korang tengok & fikir sendiri la ye..

Pendedahan rahsia ni dibocorkan sendiri oleh bekas pekerja sykt Coca Cola yang geram sebab telah diberhentikan kerja tanpa dibayar 'pampasan' (tak tau la skrg da selesai ke belum isu ni). Memang betul air liur bagus untuk proses diet, penghadaman & pelawasan sbb air liur kita ada satu bahan enzim yg boleh mencuci segala macam dlm usus perut kita. tapi kot ye pun tak patut la letak dalam minuman 'kegemaran ramai' ni ye tak??

Jika masyarakat dunia da tau kisah sebenar di sebalik pembuatan Coca Cola ni pastinye jatuh merundum target jualan Coca Cola ni..patutla dalam senarai bahan kandungan Coca Cola ni cuma tertera “natural and artificial flavors” sahaja. Sila klik http://www.coke.com.my/ untuk maklumat selanjutnya.

oooh.baru la aku tau.

sumber foto : Google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara