ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

PEMBERITAHUAN!!! BLOG BARU >>> jemputlah singgah yer!

MAAF >>> LAMA SUDAH TAK BERUPDATE BELOG NI...



SAYA DAH FOKUS KAT SATU LAGI BELOG...BELOG NI MASIH DIBIARKAN SEBAB SAYA SAYANGGGGG NAK BUANG...KENANGAN BEB!!! MY FIRST BLOG NIH!! 




OK...NAK JUMPA SAYA...BOLEH PERGI KE LINK BARU YE...SAYA ADA SANA...KALAU ADA NAK KOMEN KE, NAK MENGATA KE, NAK MENGUMPAT KE BIAR DEPAN-DEPAN...PERGI JE KAT BLOG SAYA YANG SATU LAGI TU OK..!!! 


http://www.meletopsakan.blogspot.com

OK all...cee you thereee!!! minta maaf ye kalau ada terkurang bahasa di sini. Terima kasih kawan2 yang sudi follow my blog.





Wednesday, August 1, 2012

Ibu lahir anak kembar 12 dipaksa pilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!




Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi. "Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! (sumber info Email)

BAGI SAYA BABY TUUUU!!!!!


Monday, May 21, 2012

Horray!!! saya menang 'MEMBERKU HAWA CONTEST'

hye..
nak tau tak???
tak kira, nak bagitau jugak siap tunjuk gambar sebagai bukti nii..
Kalau nak tau, saya terpilih jadi pemenang contest 'Memberku Hawa Minggu Pertama' ^^,
memula dpt kol daripada Kimberly Clark, memang suspen sgt..yelah mana tak suspen skrg kan ada banyak penyamaran nak menipu orang je kejenya..tapi yang ni memang betul..katanya saya dapat jawab soalan betul..yeke??? hehe lama juga saya nak mengingatkan bila masa plak saya jawab soalan ni..lama2 baru laa teringat :D


Nak tengok ker apa hadiah yang saya dapat hari Jumaat lepas???
jeng..jeng..jeng..antaranya :

1. bantal kecik
2. note stick
3. sample pantyliner
4. botol air utk 500ml
5. bentuk patung orang berkepala 'hanger' (tak reti nak cakap apa)

hehe, suka sangat...jadilah kan, sapa nak bagi?? kalau beli bantal kecik saiz gitew mahunya nak berkira2 bajet, nak beli ke tak nak? ni orang dah bagi hamek aje laa kann...kiut ^^,


cuma ada satu kemusykilan ni, menatang apa mendealah yang macam hanger tu? kepala hanger tu boleh berpusing tau, dan boleh dicabut dipasang semula..berat mmg berat..macam pemberat kertas pun ye. Entahlah, memang tengah buntu nak mikirkan apa benda tu? nak kata anak patung mana lak kepala dia??? ce tengok..


Anyway, terima kasih Kotex, juga Kimberly Clark..paling best mestilah serial drama feveret saya masa kini 'Memberku Hawa'..lakonan Faizah Elai & Nad Zainal mmg kelas, sinopsis cite baca sini, lagi2 dengan kehadiran model aka blogger top Hanis Zalikha yg badannya tinggi lampai macam galah, tapi muka kiut miut ala2 minah jepun..sori Hanis :)


Saturday, April 14, 2012

Promo :: Datang beramai2 ke Mega Star Roadshow JB!!!!!


A'alaikum wbkth, ceria2 di pagi Sabtu..hujung minggu besok apa plan kita? Bagi yg berdekatan, korg dialu2kn datang memeriahkan Mega Star Roadshow (MSR). Jgn sentap2 di pagi Ahad esok, kita dptkn suntikan semangat dan 'tap' aura dan energy drpd multi millionaire Mentor Kejayaan dan Kekayaan Smart Tycoon iaitu CDM Hajah Siti Atkah A Hamid. Semua dijemput hadir beramai2 kerana beliau akan share bagaimana kita nk menjana passive income drpd 9/10 punca rezeki kita juga Sunnah Rasulullah iaitu perniagaan. Kini ada OFFER BOMBASTIC utk mereka yg kureng modalnya tetapi ada keinginan nk menambah pendapatan. Ada selingan demo FREE krim istimewa BioEver dan peluang menang cabutan bertuah..

Program adalah seperti berikut:

Tarikh
15 April 2012 (Ahad)
Masa
9pg ~ 12.30tgh 
(habis program bolehlah 
pegi kenduri kahwin, shopping ect.)

Lokasi
Smart Tycoon Community Centre, 
No 56, Jln Keindahan 1, Tmn Skudai Indah, Skudai, Johor.

program yg sentiasa penuh
Alhamdulillah xoxo

Jangan ketinggalan untuk bersama kami esok. Pengorbanan masa santai hujung minggu korang pastinya sy janjikan tak akan sia2. Memang besok insan yang akan berikan kita special talk dia sangat2 hebat. Nak baca kisah menariknya, ceritanya ada boleh baca di sini

Hubungi saya untuk tempahan seat dan tiket masuk yg bernilai RM50..percuma jika anda register bagi NAMA & ALAMAT sms ke 0162581268 sekarang!!!!


Friday, February 24, 2012

info : Al-Fatihah (adik Faris) & susu kambing kolagen


Al Fatihah buat arwah adik Faris, kebanyakan blogger taip post tentang arwah. Aku pun baru tau cerita sebenar sebab tak pernah terbaca pun dalam media akhbar, tv atau radio. Alhamdulillah, memang agak menyentuh perasaan jugak apa lagi yang tukang pencerita asal kisah arwah adik Faris bijak mengolah ayat dan attachkan sekali gambar2 berkaitan lagi2 gambar yang satu ni :-


Bagi sesiapa yang nak tau rentetan kisah dari awal cerita sampailah kisah saat arwah adik Faris menghembuskan nafas terakhirnya bolahlah terus klik di sini. Alhamdulillah, dengan sumbangan pembaca blognya yang ramai tu Alhamdulillah sekurang2nya dapat meringankan usaha ibu bapa Faris menjelaskan bayaran hospital yang ditanggung sepanjang 23 hari Faris dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu kota.

AL-FATIHAH

Terlanjur nak cari info tentang kisah si arwah, terbaca pula info tentang susu kambing kolagen. Memang tengah mencari pun produk susu kambing ni, yang terlintas cuma Hi-Goat. Tapi yang ni ada kolagen yang katanya boleh bantu mencantikkan kulit hmmmmm why not boleh juga nak mencuba. Ini sebagai salah satu ikhtiar cuba tips bagi mudah hamil yang banyak dikongsikan teman-teman yg prihatin. Kata mereka amalkan minum susu kambing, lagi terbaek campurkan dengan kurma yang dikisarkan sekali dengan susu kambing tu. Tu yang nak cuba tu, mana tau ada rezeki. Nak oder SINI


Tuesday, December 13, 2011

1% ujrah dateline 31 Dec 2011..sebar2kan



Sila ambil maklum bahawa PTPTN sedang melaksanakan promosi pengurangan kos pentadbiran daripada 3% kepada 1% kepada peminjam yang menyelesaikan semua hutang sebelum 31 Disember 2011. Semua peminjam adalah layak menikmati promosi ini termasuk yang telah disaman tetapi masih belum diperolehi penghakiman mahkamah. Peminjam berstatus BGKS iaitu batal/gagal/berhenti atau mendapat penaja lain juga layak memohon dan menikmati pengurangan kos pentadbiran ini.


Sehubungan dengan itu, sila war-warkan promosi pengurangan kos pentadbiran ini kepada semua peminjam PTPTN samada pelanggan PTPTN, rakan taulan, sedara mara dan sebagainya. Promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2011.

Maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh juga diperolehi melalui laman web PTPTN atau melalui iklan diakhbar-akhbar harian. Disamping itu, PTPTN masih membuka peluang kepada peminjam yang belum menghantar perjanjian Ujrah untuk melengkap dan memulangkannya semula kepada PTPTN sehingga 31 Disember 2011.

Sekian , terima kasih


Monday, November 14, 2011

Demi matlamat hidup, terbinanya rumah 1000 impian.


Alhamdulillah, segalanya sedikit² diperolehi hasil titik peluh usaha aku selama ini. Akhirnya tercapailah impian buat permulaan ini untuk aku memiliki sebuah rumah kedua yang telah lama aku tinggalkan kosong tak berpenghuni..namun, harapan di sudut hati aku mengharapkan keredhaanNya agar Allah mempermudahkan setiap perancangan yang aku rancangkan setakat ini. Syukurlah walau sedikit inilah nikmat yang telah Dia berikan untuk aku kongsikan bersama dengan orang² di sekelilingku..

Aku impikan hidup penuh kemewahan seperti ini

Ups! terlebih berangan sudah aku ni..iAllah mudah²an Allah kabulkan. Sebenarnya, rumah yang aku maksudkan di sini ialah blog kedua yang aku khaskan untuk capai setiap matlamat hidup aku dalam dunia perniagaan yang secara sambilan aku lakukan sekarang. Korang janganlah terasa tertipu pulak ye..ceritanya tetap sama tak lari iaitu aku ingin berkongsi setiap suka-duka sepanjang tempoh bergelumang dalam dunia perniagaan yang tentunya banyak cubaan, dugaan dan pancarobanya..

silalah datang ke teratak usangku
http://www.1001impianhidup.com

Apapun, aku ingin berterima kasih kepada sahabat blogger kid kerana dia telah menunjukkan cara² publishkan rumah baruku ini, maklumlahkan aku terlalu ghairah kerana telah berjaya mendapatkan domain untuk blog http://www.1001impianhidup.com ini sehingga terlupakan cara bagaimana hendak submit url ke Google. Terima kasih tak terhingga kepada kid kerana kebaikan hati budinya memberi tunjuk ajar kepadaku walaupun kami berjauhan.


Monday, October 31, 2011

E code : semak dulu sebelum makan.

salam kasih sayang. Apa nak jadi dengan blog ni, lewat akhir² ni aku agak menyepi tidak mengemaskini entri terbaru, entahlah mungkin kesibukan bekerja ditambah dengan lebih banyak meluangkan masa untuk kelahiran blog bisnes tidak lama lagi.

Pagi ni dengar celoteh dj² di sebuah radio swasta terkenal, sedar tak sedar minggu ni minggu 'korban' sempena Raya Aidiladha yang akan menjelma tidak lama lagi. Teringat pula kisah cerita melayu yang dramatik penuh babak berair mata di TV3 malam semalam 'Kemaafan yang Tertangguh', drama ni pun ada menyelitkan unsur2 pengorbanan seorang isteri yang taat kepada suami sehingga terpaksa berendam air mata menanggung kerinduan terhadap ibu kandung sendiri akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan si ibu mertuanya yang kejam membuli menantu. Akhirnya dia kehilangan kedua² ibu dalam masa yang sama.

isk..isk..sedih beb T__T

Ehehe..sebenarnya ini tak ada kaitan langsung dengan tajuk entri ni. Pagi ni makanan pertama yang aku jamah ialah beberapa biji coklat VOCHELLE Almonds pemberian saudara sempena majlis tunang anaknya petang semalam. Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, sedang aku enak mengunyah, tiba² terlintas di fikiran EH! aku ni makan sedap aje, tapi tak semak dulu E code kandungan lemak dalam coklat ni..Dah timbul pulak rasa was² dalam fikiran, macamana nak semak tangan tengah drive kereta. Terkandung bahan² nya Gula, Pepejal Susu, Kacang Badam, Lemak Koko, Jisim Koko, Lemak Sayur (Palm, Illipe, Shea) Lesitin Soya (E322) dan Vanilin.



Haaa..E322? E tu refer tu E code (lemak b.a.b.i) 
Argghhhhhhh!!!!! aku dah makan beberapa biji dah ni.


Sesampainya di opis, dengan segera aku mencari sumber info tentang E code. Dah jumpa, dengan pantasnya pula aku terhegeh² semak ada tak E322 dalam senarai E code ni. Fuhhh! Alhamdulillah terjamin halal, E322 dalam coklat VOCHELLE Almonds ni tak tersenarai langsung. Tapi, aku tak terus la makan semula baki coklat yang masih ada, aku tinggalkan di pantri wakafkan siapa nak makan coklat ni, makan jelah..

So, korang jangan contohi macam aku ye, sudahlah malas nak mengupdate entri blog, makan coklat main tibai je tak semak dulu E code. Ingat, kita sebagai muslim digalakkan mencari sumber makanan yang halal, sebab perasaan was² itu salah satu perbuatan syaitan dan apabila timbul perasaan was² jatuhkan menjadi haram, misal nya jika kita was² dalam soal permakanan sama ada ia dtg dari sumber yg halal mahupun tidak akan terjatuh hukumnya haram (sumber). Wallah'ualam..

Thanks for read me


Wednesday, October 12, 2011

(18SX) ingin tahu rahsia keintiman rumahtangga?

Salam Semanis Kurma, lamanya tak berupdate blog ni, banyaknya sawang..


Cuba kita tengok kebahagiaan yang terpancar di riak muka pasangan warga emas yang sangat istimewa ni. Agak²nyalah, boleh tak kita menikmati perasaan bahagia bersama pasangan hidup yang kalau boleh jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. Boleh saja, iAllah jodoh ajal maut semua ditentukan oleh Allah Yang Maha Esa, hanya kita yang kena bijak dalam mencari ikhtiar, berdoa & berusaha mengekalkan keharmonian & kebahagiaan rumah tangga kita. Nak refresh cerita mereka klik sini.

Ibu yang sudah berusia 65 tahun itu sememangnya tidak lokek berkongsikan rahsia rumahtangganya, kita wanita yang sementara masih berusia muda ni janganlah ambil sikap sambil lewa jika ada petua tentang kesihatan, kecantikan dan petua menjaga keintiman hubungan suamisteri, sama²lah kita berkongsi dengan mereka yang tidak / belum mengetahuinya. Penekanan kepada mereka yang telah berkeluarga ye, tapi bagi sesiapa yang masih bujang, tidak salah jika ingin mencuba, juga ada kebaikannya untuk anda.








TUNGGU!! ada rahsia nya ..

Kita nak menjadi sehebat macam Makcik Mansura Sirai tidak perlu untuk memakan ulam²an kerana sesetengah orang akan mengalami kembung perut kalau terlalu banyak memakannya. Tapi dengan hanya menggunakan krim Nano Bio Ever iAllah segala keperluan 'supplement' yang menjamin kesihatan & kecantikan serta rahsia hubungan intim suamisteri akan dipenuhi. Terdapat ekstrak / pati pegaga, pucuk kaduk, aloe vera, soya & beras serta ginseng dalam penghasilan krim istimewa ini. Cubalah bagi sesiapa yang belum mendapatkan lagi, tidak perlu ragu dan bimbang, kepada anda yang telah menggunakannya pula, pilihan anda memang sangat tepat, tahniah!!.

Best tak? Krim ni memang sangat hebat & mujarab untuk pelbagai lagi penyakit yang tersenarai. Alhamdulillah, kini saya sedang menyediakan sebuah blog khas untuk koleksi testimonial yang telah berjaya & berpuas hati dengan krim ini dan iAllah dalam proses edit dan akan dipublishkan sedikit masa lagi. Jika ada sesiapa yang berminat, ingin membuat tempahan barang, sila sms / hubungi saya pada nombor yang tertera. Pastikan lengkap dengan pengenalan diri, iAllah sebarang pertanyaan anda akan dilayan dengan sebaiknya.

Sekadar satu perkongsian di sini..
Mudah²an ada kebaikan untuk kita bersama.
::sekian terima kasih ::


Wednesday, September 28, 2011

"First Giveaway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia"


Wah!! dah lama sangat rasanya aku tak join mana² contest, apalagi GA. Tapi inilah satu²nya contest yang aku rasa paling sempoi nak join. Iyelah mungkin syarat penyertaannya teramatlah mudah dan tidak terlalu ketat, dan yang paling menarik sebanyak 82 jenis hadiah yang pihak penganjur tawarkan kepada setiap pemenang nanti. Pemenang pula akan dipilih secara random.org (haha! nasib la kan..)

Hanya dua syarat wajib yang patut dipatuhi iaitu join group Rakan Blogger Klik1Malaysia di facebook dengan letakkan banner group di bawah ni kat sidebar blog masing²..barulah ada peluang untuk kita diintai menjadi salah seorang pemenang hadiah, siapa yang nak bagi ye tak?

letak banner ini di sidebar blog..

Haa..kalau nak tahu apa pula hadiah²nya, sila klik di www.tengkunizam.com dan jangan lupa tinggalkan juga link berserta nama di ruangan komen di situ. Kalau tidak, melepaslah nak menang hadiah.

Heheh..siap ofer tanya lagi kita nak menang hadiah apa eh?

1. Domain setahun tajaan tengkunizam x 2 Pemenang


2. Accessories yang cantik untuk pemenang perempuan tajaan oleh Fara Anak Abah.

so sweet sangkar burung tu..

Ok, walaupun agak kekalutan menyediakan entri pada saat² akhir, harap²nya adalah harapan walaupun tipis untuk aku memenangi hadiah yang tersenarai..Thanks to semua sponsor hadiah & to you all sudi membaca.

KEMASKINI :


BLACKMORES Our Best Moments : blogger ni mesti menang!!!

Tahniah!!!

Blogger feveret saya ini telah mendapat kutipan undi yang tertinggi setakat ini. Saya suka sebab tu saya cepat² klik LIKE kat gambar dua beranak ini. Tersangat fotogenik aksi keduanya lagi² dengan keletah si kecil yang alahaiiii so chomel. Bagai nak gigit dan cium² je pipi montel anak kecil Ceera ni.



..tetiba je teringin nak ada anak perempuan, mesti sangat comel bergaun pink purple bila beraksi depan kamera bersama ayah dan mamanya..berangan ~

Peraduan BLACKMORES Our Best Moments ini menghendaki para peserta berkongsi foto kenangan indah bersama anak² dan akan berpeluang memenangi hadiah UTAMA pakej percutian ke Singapura dan beberapa lagi hadiah menarik yang ditawarkan. Sempat lagi bagi sesiapa yang ingin menyertainya, lekas hantarkan foto² menarik anda bersama famili sebelum tarikh 31hb Oktober 2011.


Info tentang peraduan ini saya dapat tau daripada bangku kosong dan saya juga telah klik LIKE kepada beberapa peserta lain antaranya kid . All the best to all contestant.


Monday, September 26, 2011

E22 : Senai-Desaru Expressway : one lane highway?

For the first time Senai-Desaru Expressway telah selamat kami lalui semalam. Tak terfikir nak ambil gambar pulak, nanti dikatakan kami terlalu girang dan over-excited bila lalu highway baru ni. Highway? Highway bila terspontan kita bayangkan satu laluan yang laju sesuai untuk kenderaan berdesup dipandu laju tapi bukanlah untuk kita berlumba. Apa bezanya dengan Senai-Desaru Expressway ni?

Bezanya, highway ini hanya menyediakan satu lane sahaja sepanjang jalan dari laluan masuk dari Cahaya Masai (Pasir Gudang) / Kong-Kong hinggalah selamat sampai ke tol Bandar Penawar. Perjalanan kami lebih kurang hanya 25 minit cepat sampai sebab jarak dan masa perjalanan berjaya disingkatkan. Cuma terasa lambat dengan hanya satu lane jalan seperti gambar kat bawah ni. Tak boleh nak speed la macam ni..



Kelihatan juga kiri kanan ada rizab kawasan tanah yang mungkin akan digunakan untuk buat satu lagi lane. Pemandangan kiri kanan menghijau dengan kehijauan ladang kepala sawit, sesampainya di atas jambatan Sg.Johor boleh lah mencuci mata melihat luasnya lautan dengan sayup²nya pelantar minyak Telok Ramunia dari kejauhan.

duit touch & go ditelan
Sudahlah bila kenderaan di hadapan bawak macam semut, kenderaan belakang beratur panjang jadi jammed di situ, mana yang tidak dapat menahan sabar, mereka memotong barisan melanggar peraturan 'dilarang memotong - double line)..kata Senai-Desaru Expressway tapi dari segi mana Expressway tu? Sudahlah begitu, touch & go en suami telah ditelan sebanyak hampir RM15 lebih katanya dari Cahaya Masai / Kong-Kong - tol Bandar Penawar (baki asal RM2x.xx selepas di scan hanya tinggal RM3.xx) terkejut sampai ayat ini yang spontan terkeluar mahalnya tol!!!

Sedangkan hanya RM5.90 sahaja sebenarnya sekali laluan.

On the way balik en. suami berhenti singgah di pejabat pengurusan Senai-Desaru Expressway untuk melaporkan tentang insiden duit touch & go ditelan. Rupa²nya menurut suami katanya setakat pukul 6 petang waktu dia buat laporan tu sebenarnya dah ada tiga pengguna kenderaan yang sama melaporkan kejadian tertelan duit touch & go mereka. Pihak pengurusan Senai-Desaru Expressway telah mengambil keterangan dan mereka berjanji akan memulangkan duit yang ditelan secara bank-in. Kena ambil tindakan jangan berulang lagi perkara yang sama kat pengguna highway yang lain.

Cantik juga suasana malam pemandangan malam atas jambatan Sg. Johor ni ye. Memang kami mengejar waktu semalam tak sempat nak tunggu malam menghayati keindahan cahaya lampu di atas jambatan ni. Lain kali lah, agak macam teringin nak mandi laut Desaru, boleh sangat berdesup drive kereta ke sana..yeay!!!


Perjalanan kami berhari raya selamat pergi balik. Syukur Alhamdulillah


Wednesday, September 21, 2011

blog masakan ini memang femes de amour ..

salam,

hari ni baru hari pertama aku berpuasa enam Syawal. Banyak dugaan dan cabaran berpuasa di kala orang lain tidak berpuasa, sungguh menguji keimanan. Alhamdulillah dan iAllah esok dan seterusnya semoga dipermudah dan diizinkan Allah untuk aku menyempurnakan puasa sunat enam Syawal ini dengan sempurna.

tu lah dia, apabila terfikirkan nak masak apa, pastinya antara banyak² blog dan website, memang blog masakan ini yang menjadi tumpuan ramai untuk dikongsi sikit-sebanyak resepi dari situ. Tak kiralah daripada resepi mudah buat agar² hinggalah pencarian resepi yang susah olahannya, blog ini tetap menjadi pilihan pertama. Tahniah buat CMG, ternyata air tangannya benar² menjadi. Bertuahnya badan sesiapa yang menjadi suri hidupnya.

Tapi, blog masakan yang lain pun tak kurang hebatnya juga. Sesekali untuk bertukar selera pasti blog mereka akan diintai untuk melihat antara resepi yang menarik untuk dicuba, antaranya blog kak nor dan juga ros. Gambar masakan yang ditepekkan betul² menggugat keimanan dengan cara persembahan hidangan yang menambahkan lagi kesedapan dan keenakan masakan mereka. Untuk menjadi pakar masak macam kalian hmmm payah untuk dijangkakan tapi iAllah akan diusahakan ke arah itu..Terima kasih kepada kalian semua.








Hindari sakit belakang / Back Pain


Sepanjang hari kita duduk di pejabat, tak pun memandu ke tempat kerja tersangkut pula dalam kesesakan jalanraya. Kesan yang kita rasa kebanyakannya akan mengalami rasa kesakitan belakang badan setiap kali ketika hendak tidur..mulalah kita sibuk mencari minyak angin. Jangan angin satu badan sudahlah yer..hehe

  
alternatif pengganti minyak angin.
keterangan di sini

JANGAN AMBIL SAMBIL LEWA TENTANG INI.....
ini mungkin akan mengakibatkan kemudaratan penyakit lain yang berkait...

Jangan risau, kita amalkan senaman ringan hanya untuk 10 minit setiap pagi dan iAllah akan berkurangan sakit belakang badan kita (back pain).

Enjoy a healthy living....


Simple Exercises... to keep you fit and avoid back pain.

Untuk mengelakkan sakit belakang, elok kita ambil tahu mana satu posisi yang salah dan betul.


Click to get cool Animations for your MySpace profile
SEMOGA KITA RAJIN BERSENAM :)


Tuesday, September 20, 2011

Jana pendapatan melalui FB bersama Irfan Khairi


Salam, apa khabar uolls? huarghhhhh!!! mengeliat tegangkan urat lepas dah lama sangat ni tak update entri blog. Mood beraya masih lagi berbaki tu yang tidak berkesempatan menjengah ke dalam blog.

terfikir lak apa topik kita nak borakkan hari ni ye..emmmmmmmmmm

Oklah, buat permulaan eloklah kiranya aku nak uar²kan satu berita peluang menambah ilmu pengetahuan dalam bidang biznes, didedahkan kaedah mudah dan praktikal bagaimana kita hendak menjana pendapatan perniagaan kita melalui facebook (FB). Menarik sangat tu, free lagi tak dikenakan sebarang bayaran sebab program ini ditaja katanya. Cantek!! bengkel biz macamnilah yang aku tunggu² semoga aku dipermudahkan untuk hadir ke sana nanti.


Jadi aku dah register semalam, so kalau kita terserempak kat mana² tiga lokasi di bawah ni, tegur² lah ye. Bolehlah kita berkenalan dan tukar² cerita pengalaman menarik sepanjang kita berniaga ..

DePalma Ampang
Khamis, 22hb September
"Revolusi Prelude: Formula Facebook" bersama Irfan Khairi
8.00 malam - 10.30 malam
De Palma Hotel, Ampang


Johor Bahru
Jumaat 23hb September
"Revolusi Prelude: Formula Facebook" bersama Irfan Khairi
8.00 malam - 10.30 malam
Hotel Selesa, Johor Bahru


Singapore
Sabtu, 24hb September
"Revolusi Prelude: Formula Facebook" bersama Irfan Khairi
8.00 malam - 10.30 malam
Heritage Place, 21 Tan Quee Lan Street,
#02-08 Singapore 188108 ( opp bugis junction)


Cara untuk menyertai PRELUDE REVOLUSI: FORMULA FACEBOOK secara percuma, lakukan tempahan dengan menghantar email bertajuk (pilih lokasi sesuai). Pastikan kita menggunakan tajuk email yang tepat :

Tajuk email untuk AMPANG, KL: "FORMULA FB AMPANG 22/9"

Tajuk email untuk JOHOR BAHRU, JOHOR: "FORMULA FB JB 23/9"

Tajuk email untuk SINGAPORE: "FORMULA FB SINGAPORE 24/9"


Email kepada sales@rahsiainternet.com bersamaan maklumat berikut:

1. Nama anda
2. Alamat email anda
3. No. handphone
4. Jumlah peserta

Lakukan tempahan hari ini oleh kerana tempat adalah eksklusif kepada 100 peserta sahaja.


NOTA PENTING : Kuasai diri kuasai kejayaan, tukarkan kekurangan diri anda kepada kekuatan





Wednesday, September 14, 2011

Tutorial susun kotak iklan / banner ada di sini..

Mode : happy 
Terlompat² tanda hepi lepas dah jumpa satu tutorial yang mengajar bagaimana caranya hendak menyusun banner blogger atau banner iklan dalam susunan yang cantik dan kemas. Mana tidaknya, kalau tak bersepah² banner aku ada kat atas, ada kat bawah tak begitu tersusun cantik. Tengok saja banner contoh macam ni, nampak kemas dan tersusun kan, comel macam nak klik-klik aje kat situ..


ha..itu contoh daripada blog http://www.dianarashid.com
kalau nak tuntut ilmu pergi tutorial kat sini ya

terima kasih kat empunya blog http://www.dianarashid.com kerana menyediakan tutorial ini.




Monday, September 12, 2011

Amalan petua awet muda primadona jelita..

Harus dan semestinya dicuba, kebanyakan amalan petua²nya biasa didengar cuma tak berapa rajin nak buat. Tapi tengoklah hasilnya jika benarlah Rozita Che Wan (RCW) mengamalkan petua seperti yang diceritakan. Memang menawan, anggun bergetah lagi. Phewwiiitttt....


1. Setiap kali bangun tidur, dia mesti membasuh mukanya dengan ais / air batu agaknya. For sure untuk tegangkan kulit kan kak ita? Entah, ada yang kata basuh muka dengan air suam pun bagus..mana satu ye?
2. Takde berpantang dalam pengambilan makanan, cuma ulam²an memang satu kewajipan dalam hidangan menunya seharian. Bila dah banyak makan, mestilah bersenam. RCW sendiri memperuntukkan tiga jam bersenam sehari, setidak²nya bermain futsal.
3. Ketika mandi, kaki perlu dijiruskan air terlebih dahulu secara menaik ke bahagian atas. Ini pun untuk tegangkan kulit, yang aku dengar untuk kurangkan migrain kepala. Ada kawan bagitau lah dulu..
4. Mencuci rambutnya dengan santan dan limau purut. Tujuannya untuk kulit kepala yang sihat, rambut yang sihat bersinar dan juga menghilangkan kelemumur. Hmm..nak kena rajin ni.
5. Dan untuk awet muda lagi katanya, dia mengikut amalan yang turut dibuat oleh ibunya iaitu makan tongkeng ayam. Arghh...yang ni agak keberatan untuk ditiru. Kenapa mesti tongkeng ayam, bukan kepak atau dada ayam (untuk dada yang pejal?)

tongkeng ayam mentah.
Dan selebihnya, untuk rawatan kulit muka yang rapi,
RCW gunakan set penjagaan wajah Safi Rania Gold

suka sangat tengok iklan nih..cunnnnn seh :D

Wah!! memang class dan mudah je amalan petua RCW ni, cuma rajin dan malas aje nak buat. tapi ada terdengar gosip² liar yang berbisik mengatakan RCW telah menyuntik bontot botox untuk kelihatan cantik. Betul ke tu? Wallahu'alam hanya dia sahaja yang tahu kebenarannya. 

sumber : Berita Harian 12092011.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara