ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

"First Giveaway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia"


Wah!! dah lama sangat rasanya aku tak join mana² contest, apalagi GA. Tapi inilah satu²nya contest yang aku rasa paling sempoi nak join. Iyelah mungkin syarat penyertaannya teramatlah mudah dan tidak terlalu ketat, dan yang paling menarik sebanyak 82 jenis hadiah yang pihak penganjur tawarkan kepada setiap pemenang nanti. Pemenang pula akan dipilih secara random.org (haha! nasib la kan..)

Hanya dua syarat wajib yang patut dipatuhi iaitu join group Rakan Blogger Klik1Malaysia di facebook dengan letakkan banner group di bawah ni kat sidebar blog masing²..barulah ada peluang untuk kita diintai menjadi salah seorang pemenang hadiah, siapa yang nak bagi ye tak?

letak banner ini di sidebar blog..

Haa..kalau nak tahu apa pula hadiah²nya, sila klik di www.tengkunizam.com dan jangan lupa tinggalkan juga link berserta nama di ruangan komen di situ. Kalau tidak, melepaslah nak menang hadiah.

Heheh..siap ofer tanya lagi kita nak menang hadiah apa eh?

1. Domain setahun tajaan tengkunizam x 2 Pemenang


2. Accessories yang cantik untuk pemenang perempuan tajaan oleh Fara Anak Abah.

so sweet sangkar burung tu..

Ok, walaupun agak kekalutan menyediakan entri pada saat² akhir, harap²nya adalah harapan walaupun tipis untuk aku memenangi hadiah yang tersenarai..Thanks to semua sponsor hadiah & to you all sudi membaca.

KEMASKINI :


Wednesday, September 7, 2011

:: bahagianya diri apabila dihargai & disayangi ::

Salam kasih sayang ^-^

Alangkah beruntungnya badan apabila diri kita disayangi dan dihargai oleh orang² yang kita sayangi dan kasihi. Bertambah bahagia apabila segala pengorbanan dan kasih sayang kita dibalas tanpa ada rasa berbelah-bahagi dan tipu helah semata². Maklumlah kan, zaman sekarang kebanyakannya bermata duitan, mengasihi seseorang bukan kerana hati yang ikhlas, sebaliknya tersimpan satu muslihat untuk mempergunakan kelebihan yang ada pada seseorang. Sebagai contoh, banyak kes mangsa tidak kira lelaki atau wanita yang telah dikikis wang ringgit ataupun dipergunakan kebaikan mereka selama berkawan dengan si penipu durjana. Akhirnya diri merana setelah ditinggalkan terkontang-kanting apabila wang ringgit sudah habis dikikis, hutang keliling pinggang atau lebih mengharukan jika 'habis madu sepah dibuang' ..

Maaf, kenyataan di atas tidak ada kaitannya dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika ada pun, ianya hanyalah satu kebetulan. Setiap apa yang berlaku ada Qada' dan Qadarnya, kita patut bermuhasabah perbaiki setiap kesilapan dan menambahkan lagi amal ibadat sebagai tanda syukur dan bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita setiap hamba-Nya. Bertaubatlah, kerana Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.

Cinta yang sejati hanyalah cinta kita kepada Ilahi. Curahkanlah sepenuh kasih sayang dan banyakkanlah kita merayu kasih kepada-Nya dengan berdoa selalu tidak kira waktu susah mahupun kita senang. IAllah, Allah juga akan selalu mengingati dan mengasihi kita sebagaimana kita hamba-Nya yang sentiasa taat setiap suruhan-Nya. Terbaru, hanya kerana kasih dan sayangkan kepada pasangan sejenis yang berperwatakan wanita, dirinya sanggup dianiaya malah tidak rela berpisah walaupun jelas nyata keluarga menghalang cinta terlarang mereka. Imbau kisah mereka di SINI .

Apa maksud semua itu? Apa pula pandangan masyarakat dan golongan alim ulama' tentang cinta sejenis yang dilarang di sisi undang² dan agama Islam khususnya. Kenapa tiada bantahan daripada para cerdik pandai agama setakat ini? Pastinya antara salah seorang daripada pasangan ini ada sesuatu terselindung di sebalik perasaan menyintai dan dicintai, sebab selama mana hubungan cinta mereka akan mampu bertahan? Tidak sanggup untuk berpisah, kononnya bagai Romeo dan Juliet, tetapi sebenarnya pasti ada muslihat tersembunyi yang masih tidak nampak disebabkan cinta itu buta. Walaupun wajah pasangan dah cair dimamah asid pun masih ada rasa sayang di hati..pelik sungguh cinta mereka. Cinta sejati ke namanya tu?

T'emosional lah pulak N3 kali ini, oh ya sebelum letak titik noktah, kesempatan ni aku nak ucapkan tahniah buat seorang sahabat yang telah menyambut ulangtahun perkahwinannya bersama suaminya tersayang. Mereka juga telah dikurniakan dua orang anak perempuan yang sangat comel. Alhamdulillah semoga Allah memberkati kerukunan rumahtangga mereka sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah Amiin..

pemberian bunga daripada suaminya. WOW! bestnyer..

gambar² dari FB empunya badan, di edit sedikit.

Tahniah Mas..kamu sangat bertuah :D




Saturday, August 6, 2011

kad ucapan hari lahir 13 tahun lalu

Salam, sempena mengambil keberkatan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, semoga apa yang aku alami hari ini ada hikmah-Nya. Terima kasih Ya Allah kerana aku masih punya seorang sahabat yang masih mengingati aku walau dirinya mungkin sudah temu kebahagiaan dan kejayaan dalam hidupnya. Mungkinkah dia teman sejati yang aku cari² selama ini? (dah macam lirik lagu nasyid teman sejati lah pulak) wallah'ualam.



Kad ucapan itu telah menggamit kenangan lalu. Sekali pandang tandatangan pada kad itu serupa dengan tandatangan aku, tapi betul ke aku yang bagi? Soalan itu yang aku tanyakan kepada dia untuk mendapatkan kepastian daripadanya. Dah terang²an memang tertera nama aku kat situ, dan dia akhirnya mengaku kad ucapan yang tertulis tahun 1998 itu memang aku yang kirimkan kepada dia. Macamana aku boleh lupa?

inilah kad ucapan yang betul² nostalgia bagi kami

Alamak!! malunye aku. Aku betul² tak sangka dia masih menyimpan lagi kad ucapan hari lahir yang aku beri kepadanya tiga belas tahun lalu. Sedangkan aku, segala pemberiannya baik surat², gambar² dan segala bentuk hadiah sudah tak ingat lagi kat mana aku cicirkan. Hanya ada satu pemberiannya yang masih elok, masih lagi aku gunakan sehingga sekarang iaitu sehelai sejadah berwarna biru. Entah dia masih ingat atau tidak. Mungkinkah sejadah itu yang membuatkan aku tak pernah melupakan dirinya, begitu juga dengan dirinya? wallah'ualam.

Buat sahabat, teman istimewa aka kekasihku dalam diam² yang sememangnya sudah terlalu lama tidak bertemu, terima kasih atas ingatan dan setiap kenangan yang masih tersimpan kemas dalam ingatan kamu itu. Hanya Allah sahaja yang membalas setiap kebaikan yang pernah kamu hulurkan suatu waktu dulu. Benar bagai dikata, sesetengah perhubungan cinta yang tidak mendapat restu orang tua apalagi bercinta di alam persekolahan pasti tidak akan berpanjangan, yang akhirnya membawa kepada perpisahan kami berdua. Sehinggalah ke hari ini, kami bertemu semula di laman fb secara tidak disengajakan dan akhirnya aku dikejutkan oleh panggilan daripadanya tanpa disangka².

Semoga niat ikhlasnya untuk menjalinkan kembali ikatan persahabatan yang terputus lama diberkati-Nya, semoga juga niat sucinya itu tidak menyinggung mana² pihak terutama kepada pasangan kami masing². Semoga juga kasih sejati & ingatan ikhlasnya terhadap aku selama kami terpisah tidak sia², mungkin sudah suratan takdir di sebalik apa yang berlaku antara kami berdua dan kerana takdir jugalah kami 'dipertemukan semula' walaupun masih belum berkesempatan bersemuka dengannya. Aku belum bersedia untuk berjumpa, biarlah hanya masa dan kebetulan yang menemukan kami dalam pertemuan yang diberkati. InsyaAllah. Wassalam.





Tuesday, July 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU


Salam sore ^-^


Memang cantik tepat pada masanya untuk aku join segmen Ben kali ini, sebab apa? Ada dua sebab, sebab pertama aku nak tambah bloglist baru 'BLOGLIST SEMPENA RAMADHAN' namanya, jadi bloglist yang lama Julai-Aug terasa sayang lak nak buang..boleh kan aku biarkan? suka hati i lah, ini blog ana yang punyer..sebab kedua pulak, aku nak promote dua benda iaitu tempahan kuih raya & produk kesihatan & kecantikan. Sekurang²nya aku ada usaha ke arah mempromosikan kedua benda ni (kuih raya dipanggil benda eh?)..Promosi boleh klik kat banner di sidebar.

Tanpa berlengah masa, aku segera mengishtiharkan bahawa dengan tertaipnya entri ini, maka secara rasminya aku sudah join segmen "BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU"..sama² memeriahkan majlis. haha! Korang nak join, meh la jangan tangguh² sebab segmen ini ditutup jam 10 malam 26hb July bersamaan 24 Syaaban..Ouh!! lagi berapa hari saja nak sambut puasa. Selamat berpuasa kepada semua, jangan sibuk buat kuih raya, menjahit baju raya, sibuk ngecat rumah..boleh bukan tak boleh tapi berpada²lah ye. Semoga amalan puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun² sebelumnya. IAllah..Wassalam.





Friday, July 8, 2011

Apa ciri² blog kegemaran kamu eh?

Dah bertambah blogger baru sekarang ni, korang ada perasan tak? Hijau-hijau lagi mereka yang baru nak berjinak² dalam dunia blog. Baguslah, sekurang²nya kita dapat mengasah bakat penulisan kita. Idea yang ada kita terfikirkan tu kita luahkannya dengan cara menaip dengan laju selaju²nya, sebab taknak idea tu hilang macam tu aje. Mungkin ada manfaatnya idea kita pada orang lain walaupun kita ingat idea kita tu cuma idea cikai² je. Tak..kita bebas nak cakap pasal apa pun sebab ini blog kita, kita punya suka nak tulis tentang apa, tapi jangan pulak semberono je menaip ye..sensitiviti sesuatu isu harus diambil kira. PENTING!!!!

Membebel lah pulak ..

Bukan apa, sekadar menyatakan rasa kagum dengan pendatang blogger² baru yang kebanyakannya ladies / gigirl (sebab masih bersekolah). Pandainya diorang semua create blog yang sedap mata memandang, ala² fancy style fancy memang menjadi kegemaran gigirl di luar sana. Blink² sudah biji mataku..

Salah seorang top blogger yang banyak memberikan tunjuk ajar cara² nak mencantikkan blog. Dia tak lain tak bukan si cantik manis bermerah jambu..tak pernah tak jadi apa yang diajarkan..terima kasih ye cik lyssa.


Jadi, apa sebenarnya ciri² blog kegemaran kita? Ada orang sukakan blog begitu, ada yang gemarkan blog  begini, ada yang layan blog macam tu dan ada jugak yang sempoi bila blog macam ni. Pendek kata meriah sebenarnya dunia blog ni, kalau kena gaya dan cara macamana kita nak tackle hati peminat blog kita. Ada peminat setia ker blog korang tuh? Heheh..Mehlah sudi² menjawab sebentar soalan undian yang aku sediakan di bawah ni. Undian ditutup sehingga tepat jam 12malam besok..Tiada sebarang hadiah dijanjikan ye..Anggap ini sebagai latihan sebelum mulanya hari mengundi nanti. EH!! korang dah update alamat belum? Ada tempoh lagi sebelum tiba hari mengundi. Mengundi hak kita rakyat Malaysia.

MENARIK TERTARIK  
KAU MEMANG DA BOOOM!!!




Wednesday, July 6, 2011

Giveaway "love to look gorjes!"

klik banner for more info
Tarikh Tutup : 11.07.2011...11am

Dah lama rasanya tak join GA, sejak ter'menang' satu contest dengan berlagaknya aku stop join GA..heheheh, kali ni dengan terbuka hatinya aku join GA yang dianjurkan oleh tiga orang wanita berstatus blogger gojes ahaks!! betul tak tipu..taraaaaaaa...introducing to you that three of beautiful ladies, hiks!


sila teka, apa hadiah yang akan diberi oleh 3 penganjur ni... Clue adalah tajuk entri yer... Jawapan korang boleh jer nak mengarut, tapi biarlah yang berkaitan dengan "love to look gorjes!"

Let me guess, hmmmmm kalau berkaitan dengan nak nampak gojes, semestinya sesuatu yang boleh membuatkan rupa paras dan penampilan kita nampak cantik menarik kan? Yeay!!! sesuatu yang saya suka iaitu set make-up (complete with compact powder, foundation, lipstick, eye shadow and bla..bla..bla..) sebab apa saya teka set make-up kerana cluenya kat banner 'menunjukkan wajah' haaa semestinya jawapan yang saya teka set make-up .. normallah kita sebagai wanita tak dapat lari daripada bermekap walaupun hanya secalit nipis lipstick di bibir.

Dear lulu, pink-momma & hasrisa..please say my answer is correct!!!! hehehe..





Wednesday, June 29, 2011

"BLOG DAN AKU"


1) Apa nama blog anda
    Setadah Rampai Harum Semerbak

2) Kenapa anda memilih nama itu
    ibaratkan maklumat yang sedikit dapat dikongsikan / disebarkan untuk kebaikan bersama.

3) Tema warna blog anda
    Biru itu menawan, sesejuk mata memandang awan biru di langit 

4) Dalam sehari berapa kali anda mengupdate entry di blog
    err...bergantung kepada situasi dan idea yang terfikirkan secara spontan..hiks! 

5) Isu atau topik yang selalu dimasukkan dalam blog anda
    kebanyakan topik sosial. keluarga dan isu2 semasa (politik sesekali boleh lah)
 
6) Kenangan manis/pahit selama anda berblog
    Kenangan manis : mendapat gift daripada teman2 blogger, gift Mak Dara belum lagi.
    Kenangan pahit : salah seorang rakan blogger meninggal dunia 'terasa hilang serinya tanpa dia'

7) Blogger Idola (kalau ada)
    sesiapa sahaja yang layak dijadikan contoh

8) Target follower untuk blog anda
     tak kisah, ada rezeki adalah..tetapi KEIHKLASAN diutamakan.

9) Namakan satu benda yang paling anda suka yang terdapat dalam blog anda
    banyak senarai link untuk rujukan dan panduan..penat tau cari, tu yang buatkan list. 

10) kata kata ucapan untuk Blog anda ..
    dalam tempoh kurang setahun ni, kamulah teman pendamping setiaku, suka duka sedih ketawa sama2 kita kongsikan di sini. Tanpamu, aku tak mungkin bebas bersuara dan di sini jugalah tempat aku menyemai kasih persahabatan dengan teman blogger. Thanks my dear blog..






Wednesday, June 22, 2011

One Drop Perfume : tukar suka sama suka


Assalammualaikum, di sini ada satu PENGUMUMAN  ^-^

 
Saya ingin memberikan satu kotak One Drop Perfume (ODP) Women Set 5 istimewa kepada sesiapa yang terpilih. DIINGATKAN INI BUKAN GiveAway (GA) tapi ini ialah penghabisan stok!!! Hanya tinggal satu kotak ODP Women set 5 ni jer. Jadi, saya berani buat keputusan di sini ingin menukarkannya dengan sesiapa yang bernasib baik..JENG..JENG..JENG kita lihat siapa yang kena?


SAYA BERMINAT UNTUK TUKAR SUKA SAMA SUKA ASALKAN : 

kamu berminat, kamu seorang yang jujur, boleh dipercayai & mudah untuk berurusan....

SEBARANG CUBAAN / BENTUK PENIPUAN AKAN SAYA HEBAHKAN DI KALANGAN BLOGGER..


TUKARKAN APA SAHAJA BARANG ASALKAN NILAINYA SAMA DENGAN HARGA SEKOTAK ODP INI RM30/=
  1. Buat satu entri bertajuk "One Drop Perfume : tukar suka sama suka" beserta gambar barang yang anda minat untuk ditukarkan..Jangan lupa ye letak salah satu gambar ODP di bawah dengan link ke entri ini. 
  2. Hanya satu (1) barang TERPILIH sahaja akan ditukarkan dengan satu (1) ODP Women Set 5 ini.  Saya berhak memilih mana satu barang yang saya berkenan di hati.
  3. Pertukaran barang yang sudah dibuat tidak boleh dipulangkan semula ya.  Sebarang rayuan / bantahan tidak akan dilayan.
  4. Tinggalkan komen / pesanan anda di ruangan komen entri khas ini. Saya akan review dan follow-up samada saya setuju dengan barang itu atau tidak (secepat mungkin)
Jadi fikir dahulu baru bertindak!!!
(saya akan buat satu entri khas sebagai tunjuk bukti persetujuan tukar barang antara kedua belah pihak)



ODP 1 : Inspired by Fairy Duct, Paris Hilton     ODP 5 : Inspired by Gardenia, Elizabeth Taylor
ODP 2 : Inspired by Flower, Kenzo                    ODP 6 : Inspired by Madame, Jean Paul Gaultier
ODP 3 : Inspired by Eau De, Givenchy              ODP 7 : Inspired by Pure Poison, Christian Dior
ODP 4 : Inspired by Magnifique, Lancome        ODP 8 : Inspired by Midnight Fantasy,Britney Spears
TEMPOH : 22 / 6 / 2011 sehingga 25 / 6 / 2011


Saya akan umumkan SIAPAKAH DIA
SAHABAT yang bertuah itu..
ANDA ADA BERANI??


jika tiada sambutan dalam tempoh 4 hari ini, dengan rendah hatinya kempen ini akan saya batalkan. 

UPDATE !!!
hmm..nampaknya tiada sambutan. Tapi ODP ni akan dihadiahkan kepada someone bertuah..TUNGGU!!!!!!!





Monday, June 13, 2011

"BCR Kontest: Kamilah Geng BCR"


Bloggers Chat Room (BCR), inilah pertama kalinya aku terbuka hati nak join geng2 blogger melepak dan berchatting, lagi best BCR ada buat contest ni haa, hadiahnya pulak boleh klik kat banner orang kepala botak kuning atas tu tengok sana. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta dan dek kerana nak kenal ramai kengkawan tak kira tua atau muda aku menebalkan muka join contest ni. Dah ramai rupanya yang join, jangan panik dateline lama lagi will be last on 22 Jun 2011, depends on pihak penganjur contest, diorang berhak ubah tarikh dateline tu k. Sambil berchatting, bole kita cari kenalan 2 dalam 1. JOM!!!


Bro Ahmad , entri terbaru dia tentang jangan jadi seperti siput. Selain tu, bro ahmad ni rajin join segmen penuh blog dia dengan N3 segmen.



Second, jom kita terjah blog areliff apa yang menarik tentang blog dia ni, sesejuk mata yang memandang. Kemas je blog areliff ni mengalahkan pompuan punya blog. Hmmm, agak2nya dalam kehidupan areliff seharian pun mesti dia seorang yang pengemas kan ;)


lastly..blog empunya rais seorang jejaka yang memperkenalkan dirinya i'm only normal person, nothing special about me..background blognya putih setenang tuannya juga barangkali. Berminat?? jangan lengah2 klik untuk berkenalan dengan mereka ye.

saya suka nak berkongsi info kontest BCR ni dengan shah rizar dan juga skyboy, mungkin diorang dah tau awal, tak pelah bagitau jer..bukan kena bayar ponn.





Saturday, June 11, 2011

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

yeay!! sekali lagi tanpa paksaan aku join diorang dalam segmen BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA .. ne tau kot2 ada rezeki terpijak hari ni kan..hihihi

klik foto terus ke HOT segmen ini

alif..ba..ta..tatih..tatih..merangkak2 aku nak mengejar BA yang semakin jauh berlari. But di mana ad kemahuan di situ ada jalan. I dun wanna give-up, aku mesti kejar BA (boleh ker -.-')

liza chaiyok..chaiyok..

Hasilnya tercapai sekarang inilah dia -----> blog serba KEBIRUAN bukan lebam kebiruan eh. Mula2 buka blog dulu niat asalnya nak promote bisnes tapi telah melencong jauh nampaknya ni, tak mengapa BERAKIT2 KE HULU BERENANG2 KE TEPIAN..semestinya aku nak kumpul sebanyak yang boleh pengunjung blog ini supaya mudah untuk aku perkenalkan my bisnes blog pulak selepas ni, iAllah masih dalam perancangan ni.. Bisnes baek punyeeeee..

kata2 pemanis penutup bicara .. berkawan biar beribu, berkasih biar satu dan kita berblog biar aman bersatu-padu (maksudnya : berblog secara aman, saling support-menyupport [BM failed] dan bersaing secara sihat. Mudah saje, sesiapa yang datang menjengah tanpa meninggalkan jejak / komen tak ada masalah besar bagi aku, sekurang2nya mereka mendapat sumber info dari blog ala-ala 'humble' ni..itulah antara niat utama iaitu aku ingin berkongsikan apa saja maklumat daripada info yang aku tahu.

Simple je kan..
hidup ni jangan pening2, tapi HAPPENING!!






tuahnya badan bila dipromote Ben Ashaari

^-^ Assalammulaikum..salam Sabtu dah 9hb Rejab dah hari ni..Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan, qada' pose aku dah habis bayar ke belum eh? hmmm...

Pagi ni i rasa teruja youu because one of my friend outside there total follower dia dah up mendadak hampir 100 orang dalam masa yang singkat. Aku ingat lagi masa mula2 dia masuk blog aku (ke aku yang masuk blog dia dulu, entah tak ingat dah) follower dia just 25 orang jek. Lepas tu aku follow blog dia siap promote blog dia lagi and bagi moral support suruh dia join segmen BA buat nambah2 kawan, masa tu BA buat segmen main tukar2 link yang kita berebut2 sampai tak cukup jari tu ingat tak? Tu je lah, aku yakin dia join segmen BA tu..dannn akhirnya,

Alhamdulillah, tengok sekarang usaha dia dah pun menampakkan hasil. Aku sendiri pun TERKEJUT BERUK!!! tengok follower dia bertambah mendadak dalam masa kurang seminggu rasanya. Lagi sekali aku tanya dia (cheh..tak puas hati la kononnya HAHA!! ), dia dengan humblenya bagitau ..


Ouh..itulah rahsianya. Untungnya badan bila blog kita dipromosikan oleh Top Blogger kan. Kekadang aku terfikir ciri2 blog yang bagaimana menjadi pilihan BA ..Satu lagi memang aku tak pernahnya nak join kelab chat BCR, HAHA!! tak minat sangat nak berchat2 lagi selesa berbual secara live on the phone or face to face..kekadang daripada suara dan mimik muka kita dah boleh kenal peribadi seseorang tu.

By the way, ucapan sekalung tahniah buat chemija ye, All the Best!! and nanti bila dah sukses jangan lupakan daku di sini ye..sob..sob...manakala ucapan buat BA, lepas ni you sudi2 kan lah jeling kat blog i pulak ye, i nak jugak merasa promosi daripada blog you, boleh tolong upkan trafik blog i niii..

p/s : N3 selepas ni nak tunjuk skil i memasak pulak...checkitout!!!!



Tuesday, June 7, 2011

Kenali Blogger Penternak Rama-rama


Amboii tersenyum2 sipu ko eh, mentang2 perut dah kenyang ^^,
tadi kemain monyok ketat jek muka ko kan..

Direct to the point, dipendekkan cerita aku nak memperkenalkan seorang kenalan baru yang nampaknya baru nak berjinak2 mesra dengan dunia blog. Waahhh!!! dia ada ternak rama-rama tau, kalau korang nak tau rama-rama jenis apa yang diternaknya sila lah pergi ke blog beliau tak pon klik gambar dia berskirt pink yang cun melecun tu..Kalau tengok header pon dah ganas, gambar dia tengah memanah kata ko. Aku sendiri pon tak pandai nak memanah. Bagus2, wanita alaf baru sekarang semakin maju ke hadapan berani sahut cabaran menyaingi kaum lelaki..



http://kesahchemija.blogspot.com

Ok guys, singgah2lah ke blog ini berikan sokongan moral kepadanya, semoga ukhuwah persahabatan bakal terjalin antara kita semua. Thanks for spent ur time here *-*



[PART II] Penangan daripada segmen TOP Blogger


Assalammualaikum and very good morning to uolls ^-^

pagi ni kelewatan, segala2nya terlewat tapi iAllah tak akan menjejaskan mood nak update N3 pertama untuk hari Selasa 7hb Jun 2011 bersamaan 5 Rejab 1432H.
(kenapa diboldkan? .. yelah kita memang terlupa tarikh bulan Islam)

Sambungan kepada tajuk [review] Penangan daripada segmen TOP Blogger . Buat pertama kalinya, dalam berbulan2 aku berblog ini lah for the first time komen terbanyak aku dapat sebanyak 31 komen untuk segmen main tukar link suka sama suka , ada tu yang dapat 100 komen mungkin lebih pun mesti ada punyalah.

ok finally, terkumpul senarai nama blog yang aku khaskan dalam MyBloglist June~Aug lebih 20 rasanya..Oooh..itu tak bermaksud mereka pon letak nama blog aku dalam bloglist mereka juga, aku perasan ada juga yang tak letak. OOoh mungkin mereka terlepas pandang atau tak sengaja tak letak (diampunkan). Pokok pangkal niat hati budi masing2 la ye tapi yang paling aku UTAMAKAN keikhlasan. Kalau tak ikhlas tak usahlah kita setia mengikuti perkembangan sesuatu blog itu ye. Semoga kita dapat berblog dalam keadaan harmoni aman damai tak perlu rasa busuk hati sesama sendiri.

Mereka yang meletakkan nama blog aku dalam bloglist khas jutaan terima kasih banyak2, sekiranya ada kekurangan aku ingin memohon maaf terlebih awal. Diminta juga kesudian kamu memberikan sebarang komen yang membina agar kita semua mendapat manfaat dan kebaikan untuk dikongsikan bersama. Mohon juga keikhlasan daripada kamu semua sepanjang tempoh mengikuti setiap perkembangan blog yang baru nak hidup ini ye..thanks ALL thank you to BA too..



Monday, June 6, 2011

[review] Penangan daripada segmen TOP Blogger

Hebat!!! ada yang taip hebak!!! makna yang sama merujuk kepada hebatnya pengaruh seorang blogger terkenal dalam mengadakan segmennya, yang terbaru segmen tukar link suka sama suka..

lucu & gelihati pon ada...Eh! kenapa aku join segmen dia?

HAHA!!!

lucu tak lucu, tengok betapa ramainya yang turut serta segmen dia. Oleh kerana aku menyibok nak join jugak (dalam hati masih gelihati nih), ramai juga lah yang sudi berkunjung bertegur sapa dengan aku melalui segmen khas dia ni. Dalam segmen ni, semangat persahabatan terjalin dan win-win situation nampak ketara sangat, mereka semua mempunyai kepentingan tersendiri dalam blog masing2 (tepok dada tanya selera)

Apapun, ribuan terima kasih kepada Top Blogger yang dimaksudkan kerana ideanya yang tak pernah kering dalam membuat segmen2 khas yang kadang2 pon tak terlarat aku nak turut serta, mana taknya tak sampai sejam dah ada segmen baru, segmen sebelumnya aku baru terkial2 nak pikirkan jalan cerita. Haha! tu yang pada aku lucu sangat, berebut2 jadinya kitorang semua, kalau ada 10 jari telunjuk, maka 10 jari telunjuklah yang klik mouse tu, banyak lah blog yang dapat diterjah dalam waktu yang singkat.

Apalagi agaknya segmen dia nak buat tuuu? ada2 saje idea dia, apapon i FOLLOW hihi asalkan segmen you boleh diterima pakai faedahnya, jangan lah sampai melekakan follower aka blogger masing2 tak pon jangan sampai jadi macam ni pulak ye kengkawan semua.hihi...

Terima kasih juga yer buat kawan2 baru yang sudi bertandang membaca di sini ^-^ ~ salam perkenalan ~



JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG



Caranya mudah, sesiapa berminat nak join, buatkan satu BLOG LIST yang baru atau boleh je guna bloglist yang lama, seeloknya buat BLOG LIST baru mudah nak kenalpasti.

Kemudian, pilih blog dari SENARAI BLOG di SINI .. Dan tinggalkan komen di blog mereka dengan mengatakan bahawa SAYA BERMINAT MENUKAR LINK BERSAMA ANDA ... mula2 fenin jugak nak bagi faham syarat BA ni. Perghhh...masak, nak join punya pasal kan.





"GiveAway EdY : Jangan Main-main!"


DATELINE 11.59 pagi pada 14/6/2011

gambar sekadar hiasan semata2 :)

Gambar dah menceritakan segala2nya, gambar tak boleh menipu jadi memang betullah Edy ada GiveAway yang hendak direbutkan HADIAHnya oleh semua follower danielzaidi.blogspot.com (Jangan tunggu lama2)

GA ni harus dikongsikan bersama si teruna & si dara




telor ayam bernajis jadi hidangan istimewa


Assalamualaikum & Alhamdulillah dipanjangkan usia kita bertemu lagi ^-^

Pagi Isnin yang agak mendung di sini setelah seharian semalam hujan turun bersambung pula di Subuh Isnin ni, tapi digagahkan juga menahan kesejukan menaip entri terbaru.

Semalam dapat hadirkan diri ke majlis kenduri kahwin seorang teman, Alhamdulillah pengantin bagaikan merpati dua sejoli manis bergaya, teringat saat2 manis ketika perkahwinan aku empat  tahun lalu. Semoga kedua pengantin beroleh kebahagian hingga ke akhir hayat mereka. Amiin.

gambar ehsan CMG
Kepulangan kami dibekalkan dengan sedikit 'doorgift' tapi yang paling special tentulah bunga telor pindang. Cantik bunga telornya, ok lah dengan suka hatinya dalam hati dah tak sabar nak makan ratah telor pindang tu. Bila tengok warna memang menyelerakan tapi yang slacknya ada palitan taik ayam kat kulit telor tu. Hmmm, terus tak bersemangat aku nak menjamah telor pindang ni..Takpelah, dah tak berselera dah nak menjamah, terus aku tinggalkan atas meja.

Kenapa payah sangat nak cuci kulit telor sebelum digunakan untuk memasak, mengukus, merebus & menggoreng? Memanglah waktu kenduri telor yang dibeli teramatlah banyak tapi kakitangan kumpulan rewang kan ramai, agihkanlah tugas untuk mencuci telor ayam tu. Haish, nak bagi orang makan tahi ayam pulak ye. Korang pulak macamna berselera ker bila makan telor bersalutkan kotor especially taik ayam tu? Hiiii aku surrender sanggup tak makan biarlah menunya sedap sekalipun.
Al-Fatihah untuk arwah owner telordibasuh.blogspot.com , 
semoga bersemadi dengan aman di sana ='(

p/s : payahnya la hai, masak sendiri tak berapa nak sedap, bila makan luar banyak pulak sangka bukan2nya. Kena belajar masak dengan Cik Mat Gebu la macam ni.




Wednesday, June 1, 2011

[info] cara terbaik mengiklankan Churp2..

Churp2 dengan Twitter, dua nama ni yang mula2 memang aku keliru, sebab dua2 tunjuk gambar bird. Sekarang pun masih tak berapa nak faham sebab tu lah bila orang lain dapat cash out aku melopong.

Dia ni antara blogger yang kerap buat entri tentang Churp2 dan banyak kali dapat cash daripada Churp2 , i jeles kat you tawww..nak mintak ilmu churp2 daripada dia secara formal masih belum berkesempatan lagi, masing2 sibuk memanjang..



Ini diculik dicilok daripada cik aish, dia ada tambah kod title='daftar churpchurp' dekat dalam kod yang berkotak merah tu? hmmm, rupanya gitu cara nak buat orang tertarik nak tau iklan apa yang sedang dipromosikan kita sebab akan keluar tajuk iklan bila disentuh cursor ke iklan tertentu. Nak lebih faham, terus ke cikgu asal yang mengajar klik baca lanjut di sini

Oklah cik aish, setakat ni dah banyak ilmu blogging yang cik aish sudi kongsikan dan saya pun dah mencuba apa yang ditunjuk ajarkan. Best cik aish ni, tak lokek ilmu bak katanya sharing is caring. dah sharing klik la like! pulak?? tak ikhlas tu..hehehe no problem you dah give you'll get back, dun wori k :)

Yang tak bestnya, ada sekali tu aku join contest dia tapi tak de rezeki nak menang hadiah yang di ofer. sedihlah kan tapi papepun, harapan menggunung semoga akan tiba giliran aku pulak nak dapat cash / hadiah daripada Nuffnang atau Churp2 macam si dia ni .. kita pon nak lah merasa jugak ye tak?? IAllah.



Tuesday, May 31, 2011

"GA Header & Template Blogspot!"


^-^ jeng..jeng..jeng..uolls nak join GA tak? meh sini dekat sikit nak habaq mai ni.

HUhuHU..dateline besok 1hb Jun, sempat lagi kalau nak join nih..

http://www.alieff.com

Antara syarat2 penyertaan, nak join boleh lah klik [SINI]
1. letak banner dalam entri
2. cerita sikit header / template blog impian kita
3. nyatakan (sekurang-kurangnya) 2 sebab kenapa blog kita layak menang GA ni
4. dan tag (sekurang-kurangnya) seorang rakan blogger.

~~ ok start merapu sekarang, agak panjang ~~

Bila tengok header / template blog orang lain cantik, aku pun teringin juga nak ada blog cantik macam mereka. Tapi aku tak pandai nak guna photoshop, otak pun lembap bila baca tuto macamna nak guna photoshop ni. Aku mengimpikan header flash yang cantik menarik dan buat pengunjung blog terpegun melihatnya, contohnya macam header blog ni . Manakala template pula aku sukakan template 3 column, bahagian entri kenalah lebih lebar memuaskan hati aku untuk menaip sebebas yang boleh. Template yang ringkas tapi menarik dari segi konsep pemilihan warna yang sejuk mudah diingati pengunjung untuk datang ke blog aku lagi. Hanya satu2nya blog yang punya identiti header / template macam tu (berangan je lebeh -.-')


Hmmm, dua sebab blog aku mesti layak menang GA ni ialah first Alhamdulillah blog aku sekarang mempunyai pengunjung yang tidak jemu2 memberikan sokongan untuk aku terus berblog. Sebab itulah aku hendak sesuatu yang menarik perhatian pengunjung blog aku agar mereka teruskan minat dan setia mengikuti perkembangan semasa blog ini IAllah.

Keduanya, sebab aku merasakan sudah tiba masanya untuk aku melebarkan sayap memperkenalkan blog aku dengan lebih meluas kerana dalam masa terdekat ini aku merancang hendak mengadakan contest / GA sebagai meraikan semua kenalan blogger yang setia menemaniku selama ni. Hmmm takkan lah nak buat contest / GA dengan blog yang header / templatenya simple sangat ye tak? Mestilah nak yang gah & hebat. Barulah kita boleh berbangga dengan blog kepunyaan dan identiti kita sendiri.

GA ini harus dikongsikan bersama dengan si manis azwa

Sumber info : Zakwan




Monday, May 30, 2011

[Segmen khas] JOM JENGUK ... FOLLOW dan KOMEN.


^-^ Salam Satu Suara & Sepakat Blogger 1 Malaysia..hehe panjangnya slogan.
Apa-apa ajelah janji mesej yang nak disampaikan N3 khas ni dapat feedback daripada semua.


Saya nak bantu promosikan satu segmen khas istimewa daripada http://www.hasrulhassan.com @ Bangku Kosong (BK) iaitu Segmen Khas Buat Blog Kurang 100 Followers. Saya nak join juga tapi tak sesuai tak menepati syarat iaitu mesti blog kurang dari 100 followers, kalau lebih mungkin boleh tolong promosikan segmen BK ni.

Nak tau kelebihan segmen ni, dah tentulah kita akan dapat lebih ramai kenalan baru, lagi best kalau mereka sudi nak follow kita kan (tapi jangan dipaksa, tak ada istilah u follow i follow di sini)..Dah ramai sangat saya dijemput follow mereka semula, saya boleh follow tapi bergantung kepada kualiti persembahan dan entri yang menarik infonya dalam blog kamu, saya tak akan follow semberono aje..

Ok saya berharap entri khas ini dapat membuka hati mana2 blogger yang teringin mempunyai jumlah traffic yang mendadak naik setidak2nya bertambah follower seorang dua dalam blog mereka setiap satu jam. Boleh gitu? Rajinlah blogwalking jangan jadi macam saya ni malas sungguh!!! My last word, Hepi berblog, berblog dengan aman damai, wassalam :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara