ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Hindari sakit belakang / Back Pain


Sepanjang hari kita duduk di pejabat, tak pun memandu ke tempat kerja tersangkut pula dalam kesesakan jalanraya. Kesan yang kita rasa kebanyakannya akan mengalami rasa kesakitan belakang badan setiap kali ketika hendak tidur..mulalah kita sibuk mencari minyak angin. Jangan angin satu badan sudahlah yer..hehe

  
alternatif pengganti minyak angin.
keterangan di sini

JANGAN AMBIL SAMBIL LEWA TENTANG INI.....
ini mungkin akan mengakibatkan kemudaratan penyakit lain yang berkait...

Jangan risau, kita amalkan senaman ringan hanya untuk 10 minit setiap pagi dan iAllah akan berkurangan sakit belakang badan kita (back pain).

Enjoy a healthy living....


Simple Exercises... to keep you fit and avoid back pain.

Untuk mengelakkan sakit belakang, elok kita ambil tahu mana satu posisi yang salah dan betul.


Click to get cool Animations for your MySpace profile
SEMOGA KITA RAJIN BERSENAM :)


Monday, September 12, 2011

Amalan petua awet muda primadona jelita..

Harus dan semestinya dicuba, kebanyakan amalan petua²nya biasa didengar cuma tak berapa rajin nak buat. Tapi tengoklah hasilnya jika benarlah Rozita Che Wan (RCW) mengamalkan petua seperti yang diceritakan. Memang menawan, anggun bergetah lagi. Phewwiiitttt....


1. Setiap kali bangun tidur, dia mesti membasuh mukanya dengan ais / air batu agaknya. For sure untuk tegangkan kulit kan kak ita? Entah, ada yang kata basuh muka dengan air suam pun bagus..mana satu ye?
2. Takde berpantang dalam pengambilan makanan, cuma ulam²an memang satu kewajipan dalam hidangan menunya seharian. Bila dah banyak makan, mestilah bersenam. RCW sendiri memperuntukkan tiga jam bersenam sehari, setidak²nya bermain futsal.
3. Ketika mandi, kaki perlu dijiruskan air terlebih dahulu secara menaik ke bahagian atas. Ini pun untuk tegangkan kulit, yang aku dengar untuk kurangkan migrain kepala. Ada kawan bagitau lah dulu..
4. Mencuci rambutnya dengan santan dan limau purut. Tujuannya untuk kulit kepala yang sihat, rambut yang sihat bersinar dan juga menghilangkan kelemumur. Hmm..nak kena rajin ni.
5. Dan untuk awet muda lagi katanya, dia mengikut amalan yang turut dibuat oleh ibunya iaitu makan tongkeng ayam. Arghh...yang ni agak keberatan untuk ditiru. Kenapa mesti tongkeng ayam, bukan kepak atau dada ayam (untuk dada yang pejal?)

tongkeng ayam mentah.
Dan selebihnya, untuk rawatan kulit muka yang rapi,
RCW gunakan set penjagaan wajah Safi Rania Gold

suka sangat tengok iklan nih..cunnnnn seh :D

Wah!! memang class dan mudah je amalan petua RCW ni, cuma rajin dan malas aje nak buat. tapi ada terdengar gosip² liar yang berbisik mengatakan RCW telah menyuntik bontot botox untuk kelihatan cantik. Betul ke tu? Wallahu'alam hanya dia sahaja yang tahu kebenarannya. 

sumber : Berita Harian 12092011.


Tuesday, September 6, 2011

(18SG) kejam! lagi perempuan dibakar..

Masya Allah ..tragisnya cara kematian perempuan itu T_T

Apa nak jadi zaman sekarang. Kes simbah-menyimbah asid & membakar orang semakin menjadi² sejak akhir² ni. Nilai² kemanusiaan dan moraliti dalam kehidupan manusia sekarang semakin hilang, penjenayah tegar itu langsung tak menghormati hak priority kehidupan orang lain. Insaflah, cubalah awak bayangkan jika ahli keluarga awak sendiri yang menjadi mangsa. Atau sebenarnya hati awak memang sudah kering itulah sebab sampainya hati dan tergamaknya awak buat begitu.

Mungkin ada satu kepuasan di situ. Yess! baru puas rasa hati aku. Kepuasan setelah dendam kesumat selepas sekian lama terpendam dan hanya menunggu saat sesuai untuk melempiaskan nafsu serakah amarah mereka..Semoga satu hari nanti tertangkap juga sesiapa dari kalangan penjenayah yang sehingga kini masih menyembunyikan identiti sebenar mereka. Siapa tahu mereka juga mungkin dari kalangan yang kita kenali rapat..

Kes terbaru, 5hb September 2011 penemuan mayat perempuan dibakar dipercayai dalam usia belasan tahun dijumpai di kawasan semak di Lembah jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang Selangor. Kepada keluarga yang ada kehilangan ahli keluarga, pergilah buat laporan polis laporkan kehilangan mereka, dan jika anda ditimpa musibah / bencana semoga tabahkan hati dan banyakkan berdoa semoga si durjana segera diberkas dan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Wallah'ulam..



lagi gambar & keterangan baca di SINI


"Ya Allah! Aku memohon perlindungan dari segala tingkah laku yang tidak baik, dari segala tindak perbuatan yang tidak baik, dari segala nafsu yang tidak baik, dari  segala macam penyakit yang berbahaya." 
kredit doa to Fazi


Wednesday, August 24, 2011

Laluan utama NAHAS JALANRAYA..berhati²lah.

Salam tujuh malam likur ^_^

Mudah²an sambutan Aidilfitri pada tahun ini dapat kita menyambutnya dengan sederhana dan tidak secara berlebih²an, itu lebih afdhal. Dalam kita bergembira menyambut raya, janganlah sesekali kita melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Kebelakangan ini, banyak berita nahas² jalanraya yang mengorbankan nyawa, yang terbaru kes langgar lari membabitkan sebuah kereta dengan dua orang adik-beradik yang dalam perjalanan pulang dari sekolah mereka.

Y_Y sedihnya tak terkata..berat lagi bahu yang memikulnya namun hati ibu dua kanak² malang itu sangat tabah, riak mukanya memang menampakkan kekesalan atas kemalangan yang menimpa anak²nya tetapi dirinya masih mampu mengawal perasaan ketika menjawab soalan yang ditanya wartawan media. IAllah pasti ada balasan syurga ganjaran-Nya kepada ibu muda yang berhati tabah dan cukup redha dengan takdir dan ujian Allah itu.

Perjalanan pulang ke kampung kita pastinya banyak nak tempuh kesesakan, cuaca tak menentu panas atau hujan, dengan melayan kerenah anak² kecil kita, ragam kereta lagi (tu sebab kena hantar servis awal) dan macam² lagi masalah yang tidak kita jangkakan apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan pergi-balik kita. Jangan lupa membaca doa menaiki kenderaan iAllah semoga perjalanan kita terlindung daripada sebarang musibah dan bencana yang tidak kita jangkakan..

Amiiin....

Di sini saya sertakan sekali antara nama² jalan dan laluan utama yang menjadi igauan dan trauma pengguna jalanraya ketika melaluinya. Senarai ini pastinya berdasarkan statistik kepada kekerapan nahas yang berlaku di kawasan yang disebutkan. Bukan niat hendak menakutkan kalian, tapi sebagai peringatan buat kita semua..terima kasih kepada teman yang telah berkongsi-sama info ini.



 (gambar hiasan)
biarlah ibu menangis menyambut kepulangan kita..
kepulangan anak yang mengubat kerinduan seorang ibu..
dan..jangan biarkan ibu menangis kerana 'ketiadaan' kita..
Allahu Akbar..

Jangan risau, asalkan sama² kita pandu kenderaan kita dengan berhemah dan berhati², pasti kita semua akan selamat. Ingat! kita semua berkongsi jalanraya, jadi sama² kita menghormati perasaan orang lain. Pandu cermat jiwa selamat & ingatlah orang yang tersayang yang sedang menanti dengan sabar sambil mendoakan kepulangan kita semoga kita selamat sampai. Bila dah selamat sampai ke destinasi yang dituju, jangan pula kita lupa sekurang²nya ucapkanlah Alhamdulillah :)

Selamat berhari raya semua!!!




Wednesday, August 10, 2011

meja reserved : kat mana nak buka puasa ni?

Salam..

Perasaan terkilan tetap ada, masih terbuku di hati walaupun kejadian itu berlaku pada hari hujung minggu baru2 ni. Tapi alangkah baiknya, jika kebaikan yang dibuat, kita nak kenang2 sampai ke mati pun jasa baik seseorang itu pun tak kisah. Tapi sebaliknya, apabila orang bikin kurang ajar @ biadap dengan kita, sesekali bila kita teringat kita akan rasa sakit hati. Astagfirullah..bulan puasa ni janganlah kita kurangkan pahala puasa kita dengan hal2 yang buat kita naik meroyan. Istigfar banyak2..

gambar contoh

Meja 'Reserved'
Aku sekadar nak meluahkan rasa sakit jiwa aku betapa sakitnya hati ini bila kaum sebangsa kita sendiri berlagak biadap dengan kita. Mana letaknya budi bahasa orang Melayu kita ini? Dipendekkan cerita, saat hendak berbuka puasa di luar, aku pergilah ke satu food court di shopping kompleks area JB, punyalah penuh orang masing2 dah book meja untuk berbuka. Ada jugak tanda 'reserved' di meja2 yang kosong. Sehinggalah aku ternampak satu meja kosong tanpa ada tanda2 reserved di situ dan aku pun duduklah sambil menunggu kalau2 ada sesiapa yang datang kata 'kak, meja ni saya dah booking'.....

tunggu punya tunggu......sambil menelefon si dia, tiba2......

PAP!! (bunyi barang diletak dengan cara hempas ke meja, agak kuat bunyinya)

Biadapnya dia..
Aku sampai toleh bunyi apa tu? Rupa2nya ada lelaki Melayu ni dengan kurang ajarnya meletakkan barangnya kat atas meja yang aku duduk di situ tanpa sepatah kata terus berlalu dengan muka yang nampak bodoh selamba. Aku jadi terpinga2 lelaki tu nak duduk kat meja ni ke? Kenapa tak cakap apa2 pun dengan aku main blah macam tu je? Sampailah datang seorang wanita Melayu letakkan barang juga di situ tetapi tersenyum. Aku tanya kepadanya akak dah booking ke meja ni? ye, jawabnya sambil tersenyum. Bila dah dengar macam tu, aku beredar lah sekurang2nya aku puas hati dan lega lihat senyuman akak tu kalau dibandingkan dengan lelaki yang kurang ajar tadi. Mungkin tu suaminya ke, abangnye ke, tak kisahlah sesapa pun tapi jagalah sikit budi bahasa tu bro. Macamlah kau seorang saja yang nak berbuka puasa, hey sabar jelah aku tengok. Pakkal puasa, kalau tidak tak pasal2 aku mencarut kat situ jugak. Sabarlah wahai hati..



Thursday, August 4, 2011

Adab memotong kuku & memakai cincin Sunnah Nabi

Adab memotong kuku Sunnah Nabi
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi!!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.


Secara akalnya
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
 
Info Tambahan
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Adab memakai cincin Sunnah Nabi

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali kwj. Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.**

Perhatian
** Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. 

p/s : saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT. Nabi SAW memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)


Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

wallahu a'lam.





Wednesday, July 27, 2011

tak puas hati, perlu pendam atau luahkan?

Hati² dengan A tu, jangan tegur dia sebarangan, silap hari bulan ko kena pelempang kalau tak kena moodnya..aku saja nak ingatkan ko. Akhirnya, takde siapa yang nak berkawan dengan A, gara² takut kena pelemPANg!!

Pendam perasaan, simpan perasaan samalah tu maknanya. Keengganan empunya diri untuk bercerita dengan orang lain membuatkan masalah yang dipendam semakin membengkak tunggu masa nak meletup. Mungkin dipendamkan saja kerana hendak menjaga hati orang lain atau tak mahu mengecewakan orang lain, tapi akibatnya memakan diri sendiri macam gambar sebelah ni..

Beruntunglah orang yang punya ramai kawan waktu suka-duka, susah senang sentiasa bersama. Tapi sebenarnya, tak semudah yang kita sangka untuk menceritakan semua masalah yang kita hadapi. Bimbang sekiranya antara ramai² sahabat, ada antara mereka yang talam dua muka, depan kita lain belakang kita cakap lain. Seelok²nya jalan terbaik bagi yang muslim, kita banyakkanlah mengadu dengan Allah..banyakkan berdoa minta supaya segala masalah remeh-temeh yang kita hadapi dipermudahkan jalan penyelesaiannya.

Sebenarnya, aku nak cuit sedikit isu tentang pergolakan rumahtangga antara seorang selebriti terkenal dengan isterinya. Akhirnya, isteri berani membuka mulut sekaligus 'membuka aib di dalam kelambu' sampai satu Malaysia daripada tak tahu jadi tahu..Terlajak perahu boleh kita undur, tapi bila dah terlajak kata, itu antara mereka laki bini selesaikan dengan cara bijak, apalagi dengan kelahiran zuriat mereka baru² ini. Kasihan dengan si kecil tu..

Akhir kata, sempena kedatangan bulan Ramadhan sikit hari saja lagi, sama²lah kita ambil kesempatan merenung diri, muhasabah diri sendiri sebelum kita menuding jari mencari kesilapan orang lain. Satu jari tuju kat orang 4 jari lagi balik kepada kita. Aku sendiri tidaklah sebaik mana, ada juga kelemahan diri, tapi setidak²nya aku mengambil iktibar dengan pengalaman orang lain. Berfikir panjang dulu sebelum bercakap itu lebih baik sebenarnya. Itu yang patut kita praktikkan dalam kehidupan kita seharian, sentiasa berbaik sangka dengan orang lain. Wallahu'alam..Wassalam.

p/s : serius lak entri aku tengahari ni..hehe saja ikut mood.





Tuesday, July 12, 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG - MENARIK!!!

Salam ^-^..

Lately, banyak sangat iklan jawatan kosong terpampang di dada² akhbar, papan iklan merata tempat, paling teruk pun iklan yang ditampal sesuka hati sampai menutup nama jalan di papan tanda jalanraya. Iklan yang kita maklum dijadikan sebagai satu medium perantaraan untuk memberitahu, mengajak atau mempromosikan sesuatu benda. Iklan jahat pun ada tau contohnya macam iklan bawah ni..

Google

Macamana rupa iklan baik pulak? contoh macam gambar banner iklan di bawah ni..


Tak terjangkau dek akal ada sebegini punya kreatif manusia yang cerdik memikirkan cara terbaik untuk menarik perhatian orang ramai ke arah berbuat kebaikan. Ideanya yang bersahaja tapi sangat menarik untuk diperhalusi. Motifnya untuk mengajak orang ramai mengunjungi masjid atau surau solat berjemaah beramai² .. lagi ramai jemaah lagi afdhal sangat digalakkan.

Teringat tagline "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" satu ajakan mengajak dan menyuruh kita segera menunaikan solat apabila tiba waktunya. Tapi untuk mereka yang berdegil atau masih belum terbuka pintu hatinya, sangat sesuai jika mereka terbaca banner seperti kat atas tu. Psikologi menyindir dan menegur dengan pendekatan secara halus. Aku suka cara psiko orang macamni, jadi orang yang kita tegur tu tak adalah rasa segan atau marah melenting bila ditegur walaupun sebelum tu kita telah menegurnya secara baik.

Semoga Tuhan membalas niat baik orang yang telah memberikan buah fikiran mereka dalam usaha membuat iklan banner yang menarik ni. Satu banner panjang berkaki² dah berapa RM? Tapi berkat sepakat dan muafakat jemaah masjid / surau takpun orang perseorangan, usaha itu iAllah akan membuahkan hasil. Iklan yang menarik kita akan ingat sampai bila² melekat terlekat dalam fikiran. Tahniah kepada mereka!!! Wassalam .. sumber : SINI





Friday, July 1, 2011

1001 persoalan, segalanya bermula di situ

 1001 persoalan dan aku sedang bermain dengan perasaan sekarang. Kenapa?


Segalanya bermula di sini apabila aku bersama berkongsi perasaan simpati ke atas seorang insan yang sekarang sedang berjuang melawan penyakit. Rasa simpati dengan nasibnya kerana dalam usia muda begitu, dirinya telah diuji dengan ujian Allah yang Maha berat untuk ditanggung..sedangkan aku sepatutnya bersyukur berkali-kali ganda dikurniakan kesihatan dan punya banyak peluang untuk meneruskan kehidupan T___T

Terima kasih kerana entri kamu itu yang sikit sebanyak telah menginsafkan aku. Sesungguhnya peluang hidup hanya sekali, dan INGAT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA .. perasaan bercampur baur di ketika ini, menyesali setiap kelemahan dan kealpaan diri sendiri T___T

Alhamdulillah, aku kembali bangkit dari lamunan dan tidak mahu bersedih mengenangkan kesilapan lalu..ini kerana aku seolah2 mendapat sumber inspirasi daripada seseorang yang mempunyai sebaris senyuman yang sangat menawan. Memandang senyumannya yang terukir itu bagaikan terpukau dengan air mukanya yang manis menawan diibaratkan sebagai satu penawar bagi setiap kesedihan. Alhamdulillah dia sudah bergelar seorang ibu, melangkah ke frasa baru dalam kehidupannya bersama suami tercinta.

Semuanya kerana mereka..kita manusia terlalu unik kerana dianugerahkan dengan pelbagai perasaan suka duka, mewarnai rencah kehidupan seharian kita. Kalau kita menderita, ingatlah ada insan yang lagi menderita dan sedih..bersyukurlah kita dengan apa yang dianugerahkan-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk seluruh hamba-Nya. Itulah antara yang perlu aku renungkan untuk bermuhasabah memperbaiki kekurangan diri menjadi seorang hamba-Nya yang lebih baik. Wallahu'alam..





Thursday, June 30, 2011

dunia leka seorang anak bongsu, sedih..

nak ditegur, anak orang..tapi bila terpandangkan wajahnya serta-merta terbayangkan adik di kampung. Gaya manjanya persis adik pompuan aku di kampung. Kebetulan kedua2nya status anak bongsu dalam keluarga. Anak bongsu? Hanya kerana dia anak bongsu, sewenang2nya keluarga terlepas pandang setiap perilakunya apalagi aksi2 yang kurang manis untuk ditatapi umum. Tayang gambar di facebook? Untuk apa? Keluarga bila tengok gambar ni, apa reaksi mereka? tak tegur ke? tak marah ke? atau dah tegur tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri?

bf sangat 'tak padan' eeuuww..






Kasihannya kat emak dia, emaknya berperwatakan lembut nampak baik sangat..
Si ayahnya pula..baru sebulan lepas meninggal dunia.
abang - kakaknya ? hmmm...

Yela, gambar tu pun aku kurang pasti bila diambil tapi itulah gambar profile fbnya yang terbaru. Bukannya niat aku nak menyebok hal peribadi orang lain, cuma aku kurang senang dengan tindakannya mempamerkan 'aksi' sedemikian sedangkan ayahnya baru meninggal dunia. Tak dipandang manis mata2 yang memandang walaupun dia gembira. Daripada situ, kita dah nampak dia tak berapa nak pandai menjaga nama baik keluarga, namun aku berharap walau tak semua, sekurang2nya adalah sorang dua ahli keluarga dia yang peka dan menegur perbuatannya sebelum terlambat.

Sayangkan anak tangan-tangankan, budak tu masih muda remaja, berwajah cantik persis seorang model jika dirias dengan mekap, baru lepas SPM. Sayang sekali jika dia terlalu leka dan hanyut dengan dunia berangannya dan hangat bercintan-cintun. Kenapa aku berkata begini, sebab dia adik kepada salah seorang rakanku. Aku pernah juga meminta si kakak ni menegur adiknya yang terlalu over dalam fb, tapi korang agak sendiri lah apa jawapannya..jawapan yang endah tak endah je. Kesiannya....




Wednesday, June 29, 2011

siapa amik telur nie berdosa..


salam all ^-^

sihat ke dok? cuaca tempat korang ok ke tak, cuaca sini tak menentulah kejap hujan kejap panas terik..susah nak meramalkan cuaca sekarang.


Begitu juga dengan gambar yang aku jumpa dalam fb seseorang, haha! sape suruh tak privatekan gambar, kan dah kena curik! halalkan je la yer. Bukan apa, bila tengok gambar tu serta-merta aku teringatkan kenangan zaman sekolah dolu2. Budak2 berhingus batch aku time sekolah rendah suka bebenor letak note cenggitu, konon nak takut2kan orang lain kalau mencuri nanti masuk neraka. HAHAHA!!! sapa ko nak tentukan orang lain masuk syurga or neraka jahanam?? bebudak, tau nak seronok aje mana nak sempat pikir buruk baik sebelum bercakap atau menulis ye tak? dah letak nota berbentuk amaran ganas pun akan tetap hilang juga segala pensil tekan2, pemadam, ruler, pen malah seluar sukan pun boleh hilang. haha..kenangan


Tu budak sekolah boleh la dimaafkan..Tak sangka la pulak ada di kalangan mereka yang terbawak2 sampai ke usia dewasa ni. tak boleh blah la sapa punya kerja tu. Ada komen menegur jugalah katanya pasal telor pun nak kecoh (berkira), apa salahnya makan sama2..ha betul juga tu. Dah ko letak barang makanan ko kat tempat awam, maka tu akan dikira sebagai makanan 'wakaf' lah kan? ko nak berkira, ko pergi lah makan sorok2 bawah meja tak pun ko makan dalam jam... *apadaaaa

sharing is caring, makan ramai2 makan rebut2 lagi best!



Tuesday, June 21, 2011

[fakta] wanita bertubuh berisi lebih menarik..


Assalammualaikum ^-^ .. hamboooiii ada orang tu dok menung runsingkan berat badan dia dah naik. Apa nak runsingkan dik non, kurus atau gemuk bukan itu ukurannya, yang paling penting tubuh badan kita sihat luaran dan dalaman.

Terkini, satu dunia sibuk memperkatakan kebimbangan mereka terhadap Duchess of Cambridge Kate Middleton yang terlampau kurus menurut sumber tertentu, sampaikan suaminya Prince William mengeluh sepanjang tempoh berbulanmadu mereka, isterinya itu terlalu mengawal dan menahan daripada mengambil makanan berlebihan. Adakah sebab Kate terlalu nak menjaga penampilan langsingnya sehingga orang lain perasan dirinya sudah terlampau kurus dan wajahnya mulai mencengkung.

Memang ada kajian menyebut, kebanyakan lelaki lebih cenderung memilih wanita / teman wanita yang bertubuh berisi berbanding wanita bertubuh kurus kerana wanita berisi pada pandangan mata sang lelaki sangat menarik, nampak seksi dan sihat. Wanita berisi juga dilihat nampak selesa dengan penampilan sederhananya tidak kurus tidak juga gemuk. Just nice lah kata orang jawa. Aku sendiri pun sebagai wanita, memang terliur bila melihat wanita berisi berukuran ukuran 36-26-36 ala2 Kim Kardashian , berlekuk-lekuk liuk lintuk badannya.

She's  too gorgeous for me.

Saloma - Tiru Macam Saya
Powered by mp3skull.com

Jom kita buat perbandingan secara sihat, jika nak dibandingkan antara Kim Kardashian dengan model di bawah ni agak2 yang mana satu pilihan kamu???

omg!! cicak kubing ke apa ni?

Ok, senang je jangan fenin2..sebagai wanita, kita memang kena menjaga penampilan diri supaya sentiasa dipandang menarik di mata lelaki khususnya di mata suami bagi wanita berkahwin. Mana yang terasa dirinya agak gemuk, janganlah pergi buat sedut lemak apakata kita berusaha kurangkan berat badan secara sihat. Mana yang terlalu kurus, makan banyak mana pun tetap maintain kurus [kategori ni memang aku paling jeles ye] korang bersyukurlah selagi pasangan hidup korang tak membebel, teruskanlah ur life dengan happy. Aku bersyukur dengan kurniaan-Nya, cuma aku perlukan sedikit usaha untuk tampil lebih sihat dan menarik luaran dan dalaman. Entri ini sebagai peniup semangat untuk aku memiliki bentuk badan seksi dan menarik macam Kim Kardashian. Aku mesti BOLEH!!!!





Saturday, June 18, 2011

Nasihat Luqman Kepada anaknya


Assalamu'alaikum wr wb,

Luqman adalah seorang yang diberikan hikmah/kebijaksanaan oleh Allah. Satu hikmahnya adalah untuk selalu bersyukur kepada Allah:
“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". [Luqman 12]

Luqman mendidik anaknya agar tidak mempersekutukan Allah. Nasehat Luqman kepada anaknya wajib ditiru oleh ummat Islam lainnya.

Jangan Mempersekutukan Allah
Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kelaliman yang besar". [Luqman 13]

Ummat Islam tidak boleh menyembah Tuhan selain Allah atau musyrik. Syirik adalah dosa yang tidak diampuni oleh Allah.

Berbuat Baik Kepada Orang Tua
“Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu“ [Luqman 14]

Ibu kita mengandung kita selama 9 bulan. Beliau juga sampai berdarah-darah dengan resiko kehilangan nyawa ketika melahirkan kita. Belum lagi mereka harus sabar merasakan rengekan dan tangisan kita bahkan mungkin pukulan kita ketika masih kecil. Mereka memberi kita makan, minum, pakaian, pendidikan, dan sebagainya. Sudah sepantasnya kita berbakti pada mereka.

Tidak Mengikuti Orang Tua dalam Kemaksiatan dan Berbuat Baik kepada Mereka
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” [Luqman 15]

Berbuat Baik Meski Sedikit
Lukman berkata: "Hai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan membalasinya. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” [Luqman 16]

Mengerjakan Shalat, Menyuruh Kebaikan dan Melarang Kemungkaran, serta Bersabar
Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [Luqman 17]

Jangan Sombong
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman 18]

Rendah Hati dan Tidak Berkata Kasar
“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.” [Luqman 19]

Itulah nasihat Luqman kepada anaknya yang diabadikan oleh Allah dalam Al Qur’an. Semoga kita semua bisa mengamalkannya dan mengajarkannya kepada anak kita. 

~ email ~



Friday, June 17, 2011

SUDAHKAH ANDA MEMBAYAR CUKAI?


ye, saya sudah membayar cukai, anda pula bagaimana???
EH!!! sebijiklah macam ayat iklan..

Loge rasanya hati ini bila dapat selesaikan cukai tanah tengahari tadi. Lagi best bila jelaskan cukai by e-payment aje. Mula2 tu memang terdetik rasa kurang yakin bila membayar melalui online ni, yelah kot2 duit dah ditelan lesap tapi dalam sistem pejabat tanah masih tak berupdate..hmm why not kita mencuba ye tak?

Langkah pertama, telefon dulu Pejabat Tanah bahagian cukai tanyakan berapa jumlah cukai tanah perlu aku bayar. Entah keberapa kalinya aku telefon, lepas tu tetap buat do no je tangguh tak berbayar sampailah hari ni. Tak kiralah berapa pun jumlah cukai tanah tertunggak aku tu, ku pejamkan mata bila klik butang confirm cimbclicks...dah siap..jangan lupa print bukti pembayaran sebagai rujukan masa depan yang aku dah bayar cukai walau lamanya tertunggak.




Kelebihan membayar bil secara online ni ada pro kontranya kan. Kelebihannya mestilah kita dapat membuat pembayaran dalam keadaan selesa, tak perlu nak beratur panjang menunggu giliran di kaunter, tak perlu keluar meredah panas hujan untuk membayar, dan mudah sebab apa segalanya di hujung jari anda. Peringatan untuk diri sendiri, jangan main semberono je bayar guna online, tak pasal2 terklik pula yang tak sepatutnya kita klik, nanti silap hari bulan duit banyak 'lesap' tak tau ke mana pergi. Menangislah ko sorang2 kat situ tak sape peduli.

eh! korang, jemputlah datang ke rumah ye -.-'




Thursday, June 16, 2011

Kejamnya!!! kanak2 Amazon ditanam hidup2

Ya Tuhan!!! masih ada lagi rupanya kaum yang jahil di dunia ini..aku sangkakan mereka cumalah kaum yang tinggal aman damai walau hidup serba kekurangan di pedalaman Amazon sana, tetapi rupa2nya lebih dahsyat daripada itu yang mereka lakukan TANAM ANAK KECIL HIDUP-HIDUP (macam tanam anak kucing je)..omg!! serius aku baru tau ni. Tapi sebelum tengok habis video tu, terdetik di fikiran ah! mungkin dikambus bebudak tu sekejap je, yelah mungkin nak buang sial ker, rupanya jauh tersasar sangkaan aku. Dibiarkannya budak tu mati tertanam hidup2 dalam tanah tu T____T

eh! suka nye ko!

pe tengok2..pancung kang!!

sadisnya =(
sumber : SINI

Dapatkan info tentang suku kaum ini di SINI



Wednesday, June 15, 2011

DAH BERHUTANG TU, BAYARLAH!!!

adoiyaiii..bila lah nak setel hutang2 ni semua??

Salam..pertemuan kita kali ni agak stressful sebab ia berkaitan dengan masalah-masalah hutang yang sedang dihadapi oleh segelintir kita..Aku teringat kata2 pakar motivasi Dr.Hj Mohd Fadzilah Kamsah, berhutang ni bagus untuk melatih kita menjadi seorang yang bertanggungjawab & jujur dalam melangsaikan pinjaman hutang itu. Apa yang tak bagusnya bila hutang berkepok2 tak berbayar. ARGHHHHH!!!!

Buat peringatan dan panduan kepada sesiapa yang membuat pinjaman PTPTN, jika korang nak menyemak status baki pinjaman boleh semak follow kepada arahan yang tersenarai seperti rajah di bawah :

Dah tau berapa baki yang tinggal, bolehlah buat kiraan semula guna sistem pengiraan yang disediakan. Selepas tu bolehlah congak2 berapa budget yang termampu untuk kita jelaskan hutang belajar kita ni. Selesaikan sedikit demi sedikit, berkat kesabaran dan konsisten kita membayarnya iAllah akan selesai juga hutang yang terbeban selama ini.

 lagi info : www.ptptn.gov.my

Itu contoh hutang PTPTN lah..banyak lagi contoh hutang2 yang lain terutama hutang aset (rumah, kereta, kredit kad dan bla..bla..bla..), hutang dengan Along jangan ceritalah .. bahaya wooo janganlah cari nahas!!! Hutang duit hantaran pun ada juga. macam2..tapi bila dah selesai semua hutang tu LEGANYAAAA selega-leganya..ibarat rasa puas dan dah boleh hidup tenang.



p/s : korang kalau ada hutang jangan diperam lama2 ye, setelkan cepat2 tau ^^,



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara