ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Friday, February 24, 2012

info : Al-Fatihah (adik Faris) & susu kambing kolagen


Al Fatihah buat arwah adik Faris, kebanyakan blogger taip post tentang arwah. Aku pun baru tau cerita sebenar sebab tak pernah terbaca pun dalam media akhbar, tv atau radio. Alhamdulillah, memang agak menyentuh perasaan jugak apa lagi yang tukang pencerita asal kisah arwah adik Faris bijak mengolah ayat dan attachkan sekali gambar2 berkaitan lagi2 gambar yang satu ni :-


Bagi sesiapa yang nak tau rentetan kisah dari awal cerita sampailah kisah saat arwah adik Faris menghembuskan nafas terakhirnya bolahlah terus klik di sini. Alhamdulillah, dengan sumbangan pembaca blognya yang ramai tu Alhamdulillah sekurang2nya dapat meringankan usaha ibu bapa Faris menjelaskan bayaran hospital yang ditanggung sepanjang 23 hari Faris dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu kota.

AL-FATIHAH

Terlanjur nak cari info tentang kisah si arwah, terbaca pula info tentang susu kambing kolagen. Memang tengah mencari pun produk susu kambing ni, yang terlintas cuma Hi-Goat. Tapi yang ni ada kolagen yang katanya boleh bantu mencantikkan kulit hmmmmm why not boleh juga nak mencuba. Ini sebagai salah satu ikhtiar cuba tips bagi mudah hamil yang banyak dikongsikan teman-teman yg prihatin. Kata mereka amalkan minum susu kambing, lagi terbaek campurkan dengan kurma yang dikisarkan sekali dengan susu kambing tu. Tu yang nak cuba tu, mana tau ada rezeki. Nak oder SINI


Tuesday, December 13, 2011

1% ujrah dateline 31 Dec 2011..sebar2kan



Sila ambil maklum bahawa PTPTN sedang melaksanakan promosi pengurangan kos pentadbiran daripada 3% kepada 1% kepada peminjam yang menyelesaikan semua hutang sebelum 31 Disember 2011. Semua peminjam adalah layak menikmati promosi ini termasuk yang telah disaman tetapi masih belum diperolehi penghakiman mahkamah. Peminjam berstatus BGKS iaitu batal/gagal/berhenti atau mendapat penaja lain juga layak memohon dan menikmati pengurangan kos pentadbiran ini.


Sehubungan dengan itu, sila war-warkan promosi pengurangan kos pentadbiran ini kepada semua peminjam PTPTN samada pelanggan PTPTN, rakan taulan, sedara mara dan sebagainya. Promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2011.

Maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh juga diperolehi melalui laman web PTPTN atau melalui iklan diakhbar-akhbar harian. Disamping itu, PTPTN masih membuka peluang kepada peminjam yang belum menghantar perjanjian Ujrah untuk melengkap dan memulangkannya semula kepada PTPTN sehingga 31 Disember 2011.

Sekian , terima kasih


Wednesday, September 21, 2011

Hindari sakit belakang / Back Pain


Sepanjang hari kita duduk di pejabat, tak pun memandu ke tempat kerja tersangkut pula dalam kesesakan jalanraya. Kesan yang kita rasa kebanyakannya akan mengalami rasa kesakitan belakang badan setiap kali ketika hendak tidur..mulalah kita sibuk mencari minyak angin. Jangan angin satu badan sudahlah yer..hehe

  
alternatif pengganti minyak angin.
keterangan di sini

JANGAN AMBIL SAMBIL LEWA TENTANG INI.....
ini mungkin akan mengakibatkan kemudaratan penyakit lain yang berkait...

Jangan risau, kita amalkan senaman ringan hanya untuk 10 minit setiap pagi dan iAllah akan berkurangan sakit belakang badan kita (back pain).

Enjoy a healthy living....


Simple Exercises... to keep you fit and avoid back pain.

Untuk mengelakkan sakit belakang, elok kita ambil tahu mana satu posisi yang salah dan betul.


Click to get cool Animations for your MySpace profile
SEMOGA KITA RAJIN BERSENAM :)


Tuesday, September 13, 2011

[GELI] Lipan raksasa Mengalahkan Seekor Ular ... erk!!

Hoh!, antara hidupan berbisa yang paling aku geli iaitu sang ular dan juga sang lipan. Janganlah sampai diorang ni muncul terpacak kat depan aku, pasti aku boleh koma 24jam. Sedangkan seekor anak lipan yang halus hanya bersaiz jari kelingking pun aku geli apa lagi yang bersaiz gergasi macam dalam video ni. 

Euwwwwww...i geli you, tak boleh tahan.

Ni ada satu video untuk tatapan mereka yang berani. Sila tonton semoga kamu semua akan mendapat sumber inspirasi bagaimana taktik serangan yang terbaik untuk kita menyerang dan mengalahkan pihak lawan kita. Jadi boleh lah pasang strategi selepas ini ye. Silakan tonton jangan segan silu..²



Terjumpa video ni dari sini .. ah! pengsan mak!


Monday, September 12, 2011

hadiri kenduri kahwin bertemu pula anak yang terabai [kasihan]

salam, apa khabar semua hari ni? semalam hari minggu pasti kalian banyak menghabiskan masa dengan beraya dan bertandang ke jemputan rumah terbuka kenalan taulan dan keluarga. Alhamdulillah :)

Bila disebut soal keluarga, ada sesuatu perkara yang menyentuh hati ini dan terfikir untuk dikongsikan bersama di sini.

kisahnya..sabtu lalu aku sekeluarga menghadiri jemputan kenduri kahwin keluarga sebelah suami. Hujan yang turun renyai² sikit sebanyak membuatkan kita tak selesa, tapi sekurang²nya terubat juga hati apabila melihat pasangan pengantin tersenyum menyambut kedatangan kami dan hidangan lauk-pauk kenduri juga tidak kurang enaknya. Tengoklah, si suamiku tersenyum keriangan bersantap bersama bondanya..

sedap eh sayang?
Sehabis makan, kami masuk ke dalam kediaman tuan rumah. Dalam keriuhan kanak² bermain, aku terpandang seorang kanak² duduk elok berseorangan hanya melihat kawan² sebayanya bermain. Secara fizikalnya, dia kelihatan seperti lelaki walhal sebenarnya dia perempuan, lesu tak bermaya dan atas rasa simpati, aku panggil adik itu datang kepadaku. Dia datang dan duduk di atas ribaku. Mesra, dan perlahan suaranya menjawab soalan bila kutanyakan siapa namanya. Seronok melayan adik kecil ini hinggalah terbongkar kisah latar belakang si kecil yang kurang bernasib baik ini..

sesekali 'sofia' terbaring kelesuan
tapi bila disuap makan, memang berselera dan minta lagi.
Ditinggalkan ibu tanpa berita
Rupanya si kecil ini telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya di rumah pengasuh. Berulang kali si pengasuh menghubungi si ibu tetapi malangnya tetap tidak diendahkan, sehinggakan sambutan raya baru² ini pun si ibu tidak datang mengambil anak kecilnya. Apa yang lagi sedih, pernah sekali si kecil diambil oleh ayahnya. Pada suatu hari, si kecil ini jatuh sakit dan dibawa ke hospital. Malang menimpanya apabila si ayah membiarkan anaknya ini di hospital dengan hanya meninggalkan nombor telefon pengasuh yang menjaga anak kecil ini. Terpaksalah pengasuh ini mengambil semula si kecil dan sehingga sekarang akhirnya mengambil si kecil menjadi anak angkatnya sedangkan dia sendiri mempunyai sebilangan anak yang ramai.

usianya baru tiga ke empat tahun.
Apa yang tak seronok didengar, anak kecil ini dipercayai sakit akibat terkena gangguan makhlus halus. Ada yang cakap si kecil terkena badi mayat. Sebabnya apabila diberi makan, si kecil tidak berhenti makan, pantang dihulur makanan pasti tidak ditolak. Air yang berais juga tidak digalakkan untuk diberi minum kepadanya. Perutnya membuncit, dan sesekali si kecil mengadu perutnya sakit. Lagi membuatkan aku terkejut, seolah² bukan si kecil yang makan setiap makanan yang dimakan, sebaliknya 'benda' dalam badannya yang makan semua makanan itu. Lepas tu, ada yang berkata, kanak² malang itu hanya berpura² supaya kita rasa simpati dan kasihan kepadanya. Bayangkan di usia sekitar tiga ke empat tahun, kanak² sekecil itu telah menanggung banyak masalah dengan keengganan ibu bapa kandung menjaganya, cakap khabar angin orang² di sekitarnya dan kemungkinan dirinya mempunyai masalah kesihatan yang masih belum diketahui apa puncanya. Hanya ibu bapa kandungnya sahaja yang tahu perkara sebenar.

p/s : kepada sesiapa yang mengenali siapa keluarga asal & ibu ayah kanak² malang ini silalah beritahu jika anda benar² pasti. Kita cuma bimbangkan masa hadapannya dan kehidupannya yang mungkin terbiar jika tidak dijaga dengan rapi. Terima kasih atas keprihatinan dan kesudian membaca di sini.


Tuesday, August 9, 2011

Kad Raya kiriman Blogger Terkenal..TQ!!

Ahlan Wa Sahlan, syukran-syukran ya sahabat atas kiriman kad raya pertama yang aku terima tanpa disangka2. Alhamdulillah, kiriman kad raya tanda ingatan dan tanda terjalinnya persahabatan telah ku terima daripada salah seorang Blogger yang terkenal.

Siapa dia Blogger itu? Dia terkenal dengan kerajinannya membuat segmen dan siapa yang menang segmen itu akan diberikan hadiah. Ada kebanyakan hadiahnya dibeli sewaktu kunjungannya ke tempat2 tertentu. Kegemarannya melancong telah dikongsikan bersama teman2 maka diabadikan setiap gambar yang diambil dan diceritakan perjalanannya itu dalam satu blog khas travelnya . Aku pernah join antara segmen GiveAway yang diadakan dan bernasib baik menang walaupun bukan hadiah utama, jadilah kan? sapa nak bagi? boleh baca kat SINI.




Dialah Edy Zaidi .. Terima kasih banyak2 atas kiriman kad raya awak ni ye. Sekarang ni dah tak ramai yang mengirim kad raya semuanya melalui kiriman SMS atau ucapan di wall Facebook. Ringkas, ucapan raya pun pantas diterima. Tapi secara tradisinya, kiriman kad raya ni seakan2 nak pupus, hanya segelintir sahaja yang masih berpendapat tradisi ini patut diteruskan. Sekeping kad raya sebagai pengganti diri mampu menggembirakan seseorang penerima, setidak2nya merapatkan hubungan antara dua pihak yang saling berjauhan serta mampu melembutkan hati seseorang untuk sudi memaafkan setiap kesalahan terdahulu dengan baris2 kata ucapan yang bisa mencairkan hati bila kita membacanya. Oh! sangat nostalgia bila teringat kenangan2 lama suatu masa dulu. shhhh..biarlah rahsia. 

Apabila sebut pasal sambutan raya, jangan kita lupakan insan2 yang sedang sedih berduka. Kesempatan ini diambil untuk aku mengucapkan salam takziah kepada ibu saudaraku MakMah dan anak2nya atas pemergian suami / ayahanda tercinta semalam (terima kasih kepada penulis entri ini)..ditambah pula dengan ratap pilu aku sekeluarga dalam menyambut ulang tahun setahun pemergian Arwah Atok lelaki yang jatuhnya pada hari ini 9 Ramadhan. Al-Fatihah untuk kedua2 arwah dan semua ahli keluargaku juga seluruh muslimin-muslimat yang telah pergi menemui-Nya.



Tuesday, August 2, 2011

semuanya gara2 pecal..

Salam Ramadhan..puasa tak ni? Alhamdulillah semoga amalan kita sepanjang kita berpuasa diberkati-Nya. Masih belum terlewat nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua.

gambar hiasan

Ginilah, baru2 ni adik kesayangan aku jatuh sakit, Alhamdulillah keadaannya masih terkawal walaupun belum sembuh sepenuhnya. Jatuh sakitnya betul2 buat aku risau, mana taknya seharian dia terbaring lemah, dengan simptom2 keracunan makanan kepala pening, muntah2 dan sakit perut buang2. Kasihannya aku tengok dia, ni semua salah aku juga..

Aku agak2 ini mesti berpunca dengan pecal yang kami makan hari Sabtu baru2 ni. Sebelum tu, nak bagitau pes sambal pecal tu cuma dibancuh dengan air panas untuk dijadikan kuah pecal yang pekat secukup rasa. Pes sambal yang aku minta ayah kurierkan tu segera aku nak makan sebab tak tahan dengan keenakan rasanya. Untuk rencah pecal, aku bawa adik pergi ke pasar malam, kami beli tahu bakar, yong tau fu dan tidak ketinggalan aku beli seikat sayur kangkung & kacang panjang.

PUNCANYA : Sayur kangkung & kacang panjang lepas dicuci bersih, aku cuma rendamkannya dengan air garam dan air panas mendidih. Aku tak celur kedua2 sayur ni memandangkan di rumah (rumah persinggahan) tiada dapur untuk memasak. Periuk nasi ada tapi aku tak terfikir pula nak didihkan air dan celur sayur2 menggunakan periuk nasi. Memang benda nak terjadi kan? Dah siap semuanya rencah kami adunkan dalam hidangan pecal tu, kami berdua makan dengan penuh berselera sekali..makan rebut2..

Dan pada keesokan paginya, adikku jatuh sakit. Aku dah dapat agak apa puncanya..dan perutku juga ada  rasa tak sedap tapi tidaklah seteruk apa yang adik aku alami..Kasihan adik aku. Maafkan akak ye na..

ini lah pecal yang dimaksudkan..

UPDATED







Thursday, July 14, 2011

semangat buat bisnes berkobar2..

Salam ^-^

Berapi² berkobar² semangat nak berniaga. Niaga apa ko boleh buat ha? Niaga pasar malam? Niaga Avon? dah macam² dah ko buat semuanya separuh jalan, hangat² taik ayam jer. Akhirnya ko yang guna sendiri barang tu sampai termuntah². Sedih tak?

Jangan berputus asa & putus harapan..
Kuatkan semangat..
Pasangkan azam baru untuk tebus kegagalan lepas.
Jangan toleh belakang, pedulikan apa orang nak kutuk ko..
Ada diorang bagi ko duit ke bila ko susah?
Paling teruk pon ko kena bambu jer..
hati kena kental beb telinga kena tahan bernanah baru ko boleh maju ke depan.


Mulakan semangat baru dengan persediaan fizikal & mental yang cukup ditambah dengan produk yang bagus plus bantuan dan didikan mentor / upline yang hebat. Hargai & kenangkan semula betapa susahnya kita berusaha nak dapatkan modal buat niaga, iAllah fokus kita nak berniaga lebih konsisten sebab kita ada tanggungjawab hendak melunaskan semua pinjaman perniagaan kita. Ini untuk ko dan mereka yang ada inisiatif buat loan untuk berniaga. Mereka yang guna wang simpanan sendiri lain pula storinya. Bak kata pepatah, hendak 1000 daya tak hendak 1000 dalih. Sampai bila ko nak kerja makan gaji je?. 9/10 rezeki tu kan datang dari perniagaan.


Produk dah ada, dah tau apa yang hendak dijual tapi kita taknaklah zero knowledge. Kenalah tahu serba sedikit info produk, buatlah homework sikit setidak²nya kita dapat idea macamana nak present kat prospek kita. Takdelah errr..aaaa..hmmmm je. Persiapkan diri juga dengan penampilan diri, maksudnya kenalah tunjukkan diri kita sebagai orang berniaga yang berkarisma dengan pakaian yang smart, kemas dan boleh meyakinkan orang. Barulah kita boleh jadi ice breaker yang berjaya..Setuju tak? ke korang ada idea lain? Wassalam.

Selamat Maju Jaya untuk semua usahawan..
Jumpa anda di puncak kejayaan!!!!
Semoga anda lebih kaya dan berjaya! Dr.Azizan Osman




Friday, July 1, 2011

1001 persoalan, segalanya bermula di situ

 1001 persoalan dan aku sedang bermain dengan perasaan sekarang. Kenapa?


Segalanya bermula di sini apabila aku bersama berkongsi perasaan simpati ke atas seorang insan yang sekarang sedang berjuang melawan penyakit. Rasa simpati dengan nasibnya kerana dalam usia muda begitu, dirinya telah diuji dengan ujian Allah yang Maha berat untuk ditanggung..sedangkan aku sepatutnya bersyukur berkali-kali ganda dikurniakan kesihatan dan punya banyak peluang untuk meneruskan kehidupan T___T

Terima kasih kerana entri kamu itu yang sikit sebanyak telah menginsafkan aku. Sesungguhnya peluang hidup hanya sekali, dan INGAT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA .. perasaan bercampur baur di ketika ini, menyesali setiap kelemahan dan kealpaan diri sendiri T___T

Alhamdulillah, aku kembali bangkit dari lamunan dan tidak mahu bersedih mengenangkan kesilapan lalu..ini kerana aku seolah2 mendapat sumber inspirasi daripada seseorang yang mempunyai sebaris senyuman yang sangat menawan. Memandang senyumannya yang terukir itu bagaikan terpukau dengan air mukanya yang manis menawan diibaratkan sebagai satu penawar bagi setiap kesedihan. Alhamdulillah dia sudah bergelar seorang ibu, melangkah ke frasa baru dalam kehidupannya bersama suami tercinta.

Semuanya kerana mereka..kita manusia terlalu unik kerana dianugerahkan dengan pelbagai perasaan suka duka, mewarnai rencah kehidupan seharian kita. Kalau kita menderita, ingatlah ada insan yang lagi menderita dan sedih..bersyukurlah kita dengan apa yang dianugerahkan-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk seluruh hamba-Nya. Itulah antara yang perlu aku renungkan untuk bermuhasabah memperbaiki kekurangan diri menjadi seorang hamba-Nya yang lebih baik. Wallahu'alam..





Monday, June 27, 2011

Bank Negara: BLR Naik Lagi??



Ribut takde angin takde tau-tau ada penambahan dalam potongan akaun untuk Al-Rajhi home loan aku bulan Jun. Aik? apa cerita ni, tak ada dapat apa2 surat bank pun? Hmmm setengah hari juga lah aku menjejaki orang2 bank untuk bertanyakan apa yang berlaku sebenarnya sampai ada penambahan RM20 untuk potongan Jun baru-baru ini. hek..eleh...rupa2nya BLR naik lagi T______T'

It seems that sooner or later, like it or not, the BLR is going to be normalised, or maybe even higher than the old BLR ratemasa utk honeymoon sudah habisGET READY FOR HARD TIMES! sumber

Sebelum ni 6.60 sekarang sudah UP jadi 6.90 sudah. Wah!!!! bulan depan aku akan bawa bekal berjimat cermat tak boleh nak belanja sakan lagi. Check2 dengan bank, diorang cakap surat dah dikeluarkan, eh! saya tak dapat pon? Tercicir la tu agaknya. Tu sebab aku tak tau, sampailah tadi tergerak hati nak semak rekod dalam website Al-Rajhi, nasib baik banyak balance cukup untuk ditolak lebih.

Haiyaaaaaa....

Sakit wooo bulan depan, mana nak cari duit raya lagi dengan mana nak standby duit buat beli mercun / bunga api lagi. Kuih & langsir raya pun mak mertua mesti nak ngecek. Baju raya dengar2 adik ipar aku cadangkan nak pakai warna sedondon raya tahun ni. Huwaaaaaaa...O Mak tolonglah anakmu ini...Dalam kepala ni tak pikir lain, pikir macamana nak cari duit lebeh je sekarang ni. Buntu dah tak tau nak buat apa. Nak buat macarons tak pandai, menjahit lagi la kejung tangan, berblog duit Nuffnang entah bila nak dapat wey??





Tuesday, June 21, 2011

[foto] BERPANTANG MAUT sebelum AJAL..

Kejadian berlaku di Beijing, China. Ketika dia ditinggalkan ibubapanya sendirian di rumah, budak sekecil usia tiga tahun ini tergelincir dari tingkat lapan TETAPI terselamat dek kerana badan kecilnya tersangkut di celah2 air-con yang terpasang di dinding bangunan pada tingkat tujuh. Berapa lama budak itu tersepit di situ tidak pula diberitahu.Tapi berdasarkan gambar, pastinya hati lelaki berbaju putih itu berdebar2 ketika dia meniti slowly tepian dinding untuk menyelamatkan nyawa si kecil. Kasihannya la hai...

man : pity boy, uncle come to save you..

little boy : uncle, saya sakit..takuuut..huhuhu :'(

Orang ramai bertindak berani dan PANTAS membantu budak kecil itu apabila mendapati badannya menggelongsor sedikit demi sedikit dan akhirnya dia dapat diselamatkan sebelum jatuh terhempas ke bawah (ouch!!! tak dapat dibayangkan) Syukurlah, masih panjang umurnya........

I AM HERO!

YEAY!!!!!


moral : kanak2 kecil janganlah ditinggalkan sendirian, dibimbangi berlaku sebarang kejadian buruk yang bakal menimpa dirinya. Budak2 kalau ditegah jangan buat, lagi laa dia nak buat, haii budak2 sekarang semakin advance tak reti duduk diam. sumber




Friday, June 17, 2011

SUDAHKAH ANDA MEMBAYAR CUKAI?


ye, saya sudah membayar cukai, anda pula bagaimana???
EH!!! sebijiklah macam ayat iklan..

Loge rasanya hati ini bila dapat selesaikan cukai tanah tengahari tadi. Lagi best bila jelaskan cukai by e-payment aje. Mula2 tu memang terdetik rasa kurang yakin bila membayar melalui online ni, yelah kot2 duit dah ditelan lesap tapi dalam sistem pejabat tanah masih tak berupdate..hmm why not kita mencuba ye tak?

Langkah pertama, telefon dulu Pejabat Tanah bahagian cukai tanyakan berapa jumlah cukai tanah perlu aku bayar. Entah keberapa kalinya aku telefon, lepas tu tetap buat do no je tangguh tak berbayar sampailah hari ni. Tak kiralah berapa pun jumlah cukai tanah tertunggak aku tu, ku pejamkan mata bila klik butang confirm cimbclicks...dah siap..jangan lupa print bukti pembayaran sebagai rujukan masa depan yang aku dah bayar cukai walau lamanya tertunggak.




Kelebihan membayar bil secara online ni ada pro kontranya kan. Kelebihannya mestilah kita dapat membuat pembayaran dalam keadaan selesa, tak perlu nak beratur panjang menunggu giliran di kaunter, tak perlu keluar meredah panas hujan untuk membayar, dan mudah sebab apa segalanya di hujung jari anda. Peringatan untuk diri sendiri, jangan main semberono je bayar guna online, tak pasal2 terklik pula yang tak sepatutnya kita klik, nanti silap hari bulan duit banyak 'lesap' tak tau ke mana pergi. Menangislah ko sorang2 kat situ tak sape peduli.

eh! korang, jemputlah datang ke rumah ye -.-'




Wednesday, June 15, 2011

DAH BERHUTANG TU, BAYARLAH!!!

adoiyaiii..bila lah nak setel hutang2 ni semua??

Salam..pertemuan kita kali ni agak stressful sebab ia berkaitan dengan masalah-masalah hutang yang sedang dihadapi oleh segelintir kita..Aku teringat kata2 pakar motivasi Dr.Hj Mohd Fadzilah Kamsah, berhutang ni bagus untuk melatih kita menjadi seorang yang bertanggungjawab & jujur dalam melangsaikan pinjaman hutang itu. Apa yang tak bagusnya bila hutang berkepok2 tak berbayar. ARGHHHHH!!!!

Buat peringatan dan panduan kepada sesiapa yang membuat pinjaman PTPTN, jika korang nak menyemak status baki pinjaman boleh semak follow kepada arahan yang tersenarai seperti rajah di bawah :

Dah tau berapa baki yang tinggal, bolehlah buat kiraan semula guna sistem pengiraan yang disediakan. Selepas tu bolehlah congak2 berapa budget yang termampu untuk kita jelaskan hutang belajar kita ni. Selesaikan sedikit demi sedikit, berkat kesabaran dan konsisten kita membayarnya iAllah akan selesai juga hutang yang terbeban selama ini.

 lagi info : www.ptptn.gov.my

Itu contoh hutang PTPTN lah..banyak lagi contoh hutang2 yang lain terutama hutang aset (rumah, kereta, kredit kad dan bla..bla..bla..), hutang dengan Along jangan ceritalah .. bahaya wooo janganlah cari nahas!!! Hutang duit hantaran pun ada juga. macam2..tapi bila dah selesai semua hutang tu LEGANYAAAA selega-leganya..ibarat rasa puas dan dah boleh hidup tenang.



p/s : korang kalau ada hutang jangan diperam lama2 ye, setelkan cepat2 tau ^^,



Tuesday, June 14, 2011

AVOID EATING CHICKEN BONES !!!!!!


Note: I have cyst in my womb till now but it is not big enough to operate. That is why i love to eat chicken wings and the necks. So be carefully ~ Ben

Salam ^-^

hmm sedapnya, macam2 menu juadah tengahari ni kan, apapun korang adalah apa yang korang makan. Kenapa aku cakap pasal makan, N3 ni ada kena mengena dengan tabiat pemakanan kita seharian. Semoga perkongsian info ini tidak terhenti di sini sahaja, sebarkanlah kepada sesiapa tanpa ada batasnya demi kebaikan kita bersama.

Sebelum ni memang heboh diperkatakan orang ramai tentang ayam disuntik dengan sejenis bahan steroid, lazimnya ayam2 ini dicucuk di bahagian leher dan juga kepak. Hmmm, patutlah kepak rasanya enak, lagi2 yang digoreng rangup tu. Dah berbuih mulut diberitahu JANGAN MAKAN BAHAGIAN KEPAK & LEHER AYAM, dikhuatiri kandungan steroid yang dicucuk kat ayam tu sudah menyerap masuk ke dalam tulang kepak & leher ayam tu semua. Biasa kalau makan ayam terlalu leka sampai ke tulang digigit hancur lumat.


Contoh kes, seorang wanita menghidap sakit ketumbuhan dalam rahimnya, dan hasil pembedahan doktor dapat mengeluarkan cyst yang dipenuhi dengan darah hitam (darah kotor barangkali), tetapi kerana tidak menjaga pemakanan, ketumbuhannya kembali menyerang. Kenapa berlaku begitu, kerana wanita dalam kes itu menggemari makan kepak ayam dan itu dikesan doktor sebagai satu tabiat pemakanan yang tidak sihat. Lagi2 kita kaum perempuan khususnya mempunyai sejenis hormon yang boleh bertindakbalas secara aktif dengan bahan steroid itu jika tidak dikawal cara pemakanan kita dari sekarang.

Jadi, apakata kita beralih kepada pilihan lain iaitu ayam organik. Memang harganya pun boleh tahan dan saiznya pun kecil tapi apa salahnya mencuba kan? Mungkin dah tiba masanya untuk aku mencuba produk makanan keluaran syarikat HPA iAllah apa sahaja produknya boleh kita gunakan dengan yakin tanpa was2.


aku ada terbaca ni ada gak orang asli tak makan ayam..sebab ayam makan tahi..ada yang makan monyet..sebab monyet makan buah..so agak2 depa tau dah kut..makan ayam jadi gay...kalau makan monyet jadi orang..kahkahkah!!! apa kene mengena makan ayam dengan jadi gay pulak eh??




Monday, June 13, 2011

derita kahwin muda


Sapa ada baca artikel tentang 'Pengantin Kanak-kanak' dalam HMetro Ahad semalam? Apa perasaan korang jika kita berada di tempat kanak2 perempuan malang tu? Bayangkan usia masih sekecil 5 tahun sudah dipaksa berkahwin..Ikutan adat masyarakat yang sangat kejam di dunia moden sekarang.

kita hanya mampu memandang dengan penuh simpati. 
Apakan daya..

saya benci setiapkali melihatnya, saya akan bersembunyi - gadis 6 tahun Yaman

meraung ketika diusung ke rumah keluarga pengantin lelaki.
nak lari macamana tuu?

Nasib & masa depan kanak-kanak / gadis muda terutama di India, Yaman, Afghanistan dan Pakistan contohnya banyak ditentukan oleh keluarga yang terlalu memegang adat. Para sosialis pun tak boleh nak tolong sebab ia melibatkan isu pegangan adat dalam masyarakat di sana. betul jugak, Mana yang benar2 berani sahaja yang berani menentang adat kuno itu, lalu bertindak meminta cerai melalui mahkamah.

Ada baiknya berkahwin muda ni, antaranya dapat menghindari gadis2 muda daripada hilang perawan sebelum kahwin dan dalam usia muda, pasangan suamisteri muda ini menjadi matang dalam melayari bahtera alam berkeluarga lagi2 mereka yang study jauh di oversea. Kebanyakannya suka sama suka. tapi dalam kes ni kena kahwin paksa.

Buruknya, gadis2 muda yang malang ni terlalu muda untuk mengenal hubungan seks, ada kesan buruknya terhadap kesihatan mereka nanti. Emosi turut tertekan, bersikap murung dan pasif. Seumur hidup mereka akan merana dan menderita. Kesiannya..Hmmm, semestinya yang kena kahwin paksa ni tak mengenali bakal suami, tapi demi taatkan keluarga, hidup terpaksa juga diteruskan walau hati sarat menderita.

Menangislah dengan Allah agar anda diberikan hati yang mampu mencintai makhluk-Nya. Jika anda tidak mampu mencintai makhluk Allah maknanya anda sangat sombong dengan Allah dan belum mencintai Allah SWT, malah hubungan dengan Allah sangat nipis. Akibat sikap tersebut anda tidak akan bertemu dengan cinta yang anda idamkan. Lagipun anda harus berfikir bahawa anda adalah hamba Allah dan setiap saat diperhati Allah SWT, rasakanlah ini, kerana selagi anda tidak merasa bahawa perhatian Allah jauh lebih dekat dari perhatian manusia maka ada akan terus melakukan apa saja secara tidak ikhlas.

Perbuatan baik sebesar mana pun dilakukan jika tidak ikhlas akan jadi debu tanpa keberkatan sebesar zarah pun kepada pelakunya. Jika anda memikirkan yang anda masih muda, masih mahu berseronok-seronok dengan kehidupan muda anda, sekarang sedarlah yang anda sudah berjawatan isteri, satu-satunya jawatan yang dijamin Allah ke syurga jika dipegang dan dilaksanakan dengan penuh ikhlas kerana Allah SWT derita kahwin muda

p/s : berat mata memandang, berat lagi bahu mereka memikul




Wednesday, June 8, 2011

luahan rindu seorang kakak..tolong jangan begini

merindukan dirimu selalu..(maaf gambar terpaksa dikaburkan)


Baru2 ni aku berselisih faham dengan salah seorang adik perempuanku..dia bekerja di somewhere in Bangsar. Entah kenapa hari terakhir yang dia hubungi aku, dia menangis2 nada suara teresak2 buat aku yang mendengarnya di sini merasa pilu. Apa puncanya sampai dia menangis sebegitu rupa?

Aku benar2 tak menyangka adik yang dahulunya ceria, happy go lucky, selalu tersenyum juga memang jarang menampakkan muka yang masam 100% totally telah berubah menjadi seorang yang beremosi, malah tak keterlaluan jika aku katakan dia seolah2 mendendami sesuatu perkara.

dia berbaju hijau, wajahnya yang ceria :')

famili tak ambil berat .. famili sekarang tak macam dulu, semua hipokrit!!!
itulah yang diulangnya berkali-kali (sedih)

Sehingga kini, dia tidak menghubungi aku baik melalui panggilan telefon mahupun khidmat SMS. Akaun fb dah ditutup, macamna lagi aku nak tau perkembangan khabar diri dia. Panggilan telefon atau SMS aku langsung tak dijawabnya sampailah sekarang. Boleh sangat kalau aku nak cari dia, telefon ke tempat kerjanya, tapi aku tak mahu mengganggu kesibukan dia bekerja.

Entahlah, entah apa khabar dia sekarang? Aku mula merindukan gelak tawa dia yang dulu. Aku perhatikan sejak dia berkawan dengan 'abang angkat' mungkin merangkap bf sekarang, sikapnya banyak berubah. Apabila di kampung, tangan tak lekang daripada memegang hp, baru2 ni kata ibuku dia jarang bercakap dan tergesa2 nak balik KL. Aku pula tak berapa berkenan dengan lelaki yang dia berkawan tu (kerana adikku pernah membantu meminjamkan wang & pernah adikku dipukul di muka), tapi dia degil tak nak dengar kata..

Ketika saat ini, seandainya dia menghubungi aku buat ke sekian lamanya menyepi, biarlah aku saja yang mengalah meminta maaf kepada dia. Mungkin aku gagal menjadi kakak yang terbaik buat dirinya, namun sebagai seorang kakak aku tetap mendoakan kebahagiaan adik2 yang membawa haluan arah hidup masing2. Air dicincang takkan putus & sebaik2nya lupakan apa yang berlaku, buang yang keruh ambillah yang jernih. Jangan terlalu ikutkan hati kelak binasa memakan diri sendiri..
dia yg. berbaju putih
Aku tetap menantikan panggilannya, terngiang2 suaranya yang ketawa ceria sewaktu masa dulu. Aku tau dia juga rindukan aku, cuma hatinya belum bersedia untuk say hello. Buat adikku H****, kakak mohon maaf jika ada yang mengguris hati awak. Janganlah terus2an berdiam menyepikan diri, setidak2nya kirimkan SMS sepotong ayat pun dah mencukupi. Sudah2lah awak nak menyalahkan keluarga, sedangkan kami tak tau punca pangkal tuduhan melulu awak tu.Ada baiknya kita berkumpul duduk berbincang dari hati ke hati.

masih menunggu dan menunggu..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara