ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label videoclip. Show all posts
Showing posts with label videoclip. Show all posts

Friday, September 30, 2011

miming ala² cikgu shida..siapa lagi best?


gambar : abang nara

sendiri tengok sendiri menilaikanlah ye..
siapa suka tepok tangan sama² siapa tak suka diam² sudahlah.
kalau nak komen tu, komen secara berhemah dan yang membina semangat budak ni.


ini lah dia orangnya..laaaa lelaki rupanya. 
Masa sesi menyanyi tu sumpah betul² aku tak mengecam lelaki ke perempuan dia ni? 
amboiii lembutnya nada suara dia, tergoda i. Guna nama samaran syaridatul ..
aiseh!! kalah nama akak dik..tu yang ada konpius sedikit di situ iye ke tak iye.


yang ini okaylah..bolehlah buat aku gelak sikit.


yang ini macam rasa nak ketawa tapi termuntah pulak.

selebihnya banyak lagi videonya kat sini ..

credit : mama baru Hehehe..


Friday, September 9, 2011

Lagu Malaysian Boy ciplak American Boy?

salam n_n


Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 kita bakal disambut sekali dengan public holiday 16hb September sempena Hari Malaysia, tau tak apa dia tema Hari Kebangsaan tahun ni? Hihi sebenarnya saya pun baru aje tau daripada puanbee yang tema Hari Kebangsaan kita tahun 2011 ialah "1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera" .. gempak jugak kan temanya tahun ni, ada pengaruh movie box-office Transformer barangkali.

Tapi yang tak gempaknya, dikatakan ada penciplakan lagu Malaysian Boy yang diciplak 100% daripada lagu Kanye West yang bertajuk American Boy. Alamak, baru je nak puji yang lagu ni sangat sedap didengar rentak iramanya dan kreatif pula pembikinan videonya, sekali tu sebijik la pulak dengan lagu orang lain. Siapa yang tiru siapalah agaknya, ataupun kedua² pihak dah buat perjanjian tirusama lagu sebagai jalinan persahabatan dua negara. Sumber http://beautifulnara.com

Perbandingkan kedua video klip ini, jika anda tidak mempercayainya..

Malaysian Boy (Malaysia)

vs.


American Boy (America)

clap..clap..clap..clap your hand if you like this song.

p/s : Lagu Malaysian Boy ni akan berkumandang bergema di Stadium Merdeka, mari kita datang bersama saksikan gaya  persembahan 'SuaraKami' di sana pada 17hb September katanya. Tapi sejujurnya dah kurang rasa bangga dalam diri ini apabila lagu yang bakal dinyanyikan oleh anak Malaysia untuk Malaysia khususnya itu bukanlah yang original sebaliknya dicedok pula daripada idea / lagu orang lain. Hampeh!

Sila jawab jika kenyataan saya ini kurang kebenarannya..

Thursday, August 11, 2011

Promo! Kami OKAY! Mama



Kami OKAY! Mama
Tarikh : 20hb Ogos 2011 (Sabtu)
Masa : 9 pagi ~ 4 petang
Lokasi : Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM)
Cara penyertaan : SMS / Email kan nama dan No.IC ke 013-360 1210
Hubungi 03-8926 2501 / 2502 / 2499 (waktu pejabat) untuk keterangan lanjut atau layari http://www.facebook.com/fadzilahkamsah

Kursus istimewa yang akan dikendalikan oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah sedang giat dipromosikan sana-sini bagi mengajak semua adik2 remaja di luar sana datang beramai2 bersama ibubapa / penjaga mereka ke kursus yang akan diadakan pada 20hb Ogos 2011 (Sabtu) ini. Sangat menarik intipati programnya apalagi untuk mencapai target membentuk personaliti remaja agar menjadi insan yang disayangi ramai serta menjadi seseorang yang lagi HEBAT.

Tempat duduk adalah TERHAD! Hanya 600 tempat duduk sahaja disediakan, jadi kepada sesiapa yang berminat menyertai, ayuh segera berdaftar hanya RM50 seorang. InsyaAllah dengan bermodalkan serendah RM50 itu, jati diri kita semakin cemerlang dan kehidupan kita akan dirahmati Allah selalu. Juga diajak bersama para guru sekolah, kaunselor dan sukarelawan yang dalam usaha untuk memahami dan membantu adik2 remaja kita.

sumber : http://www.facebook.com/fadzilahkamsah





Wednesday, July 6, 2011

Promo! TOLONG AWEK AKU PONTIANAK

TAYANGAN BESOK 7HB JULAI 2011 .. Transformer3 dah tengok belum???


SINOPSIS :
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.

Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.

Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.

macam best jek..sbb ada 2 org mama vogue Nurul & Sazzy



Monday, June 27, 2011

Bank Negara: BLR Naik Lagi??



Ribut takde angin takde tau-tau ada penambahan dalam potongan akaun untuk Al-Rajhi home loan aku bulan Jun. Aik? apa cerita ni, tak ada dapat apa2 surat bank pun? Hmmm setengah hari juga lah aku menjejaki orang2 bank untuk bertanyakan apa yang berlaku sebenarnya sampai ada penambahan RM20 untuk potongan Jun baru-baru ini. hek..eleh...rupa2nya BLR naik lagi T______T'

It seems that sooner or later, like it or not, the BLR is going to be normalised, or maybe even higher than the old BLR ratemasa utk honeymoon sudah habisGET READY FOR HARD TIMES! sumber

Sebelum ni 6.60 sekarang sudah UP jadi 6.90 sudah. Wah!!!! bulan depan aku akan bawa bekal berjimat cermat tak boleh nak belanja sakan lagi. Check2 dengan bank, diorang cakap surat dah dikeluarkan, eh! saya tak dapat pon? Tercicir la tu agaknya. Tu sebab aku tak tau, sampailah tadi tergerak hati nak semak rekod dalam website Al-Rajhi, nasib baik banyak balance cukup untuk ditolak lebih.

Haiyaaaaaa....

Sakit wooo bulan depan, mana nak cari duit raya lagi dengan mana nak standby duit buat beli mercun / bunga api lagi. Kuih & langsir raya pun mak mertua mesti nak ngecek. Baju raya dengar2 adik ipar aku cadangkan nak pakai warna sedondon raya tahun ni. Huwaaaaaaa...O Mak tolonglah anakmu ini...Dalam kepala ni tak pikir lain, pikir macamana nak cari duit lebeh je sekarang ni. Buntu dah tak tau nak buat apa. Nak buat macarons tak pandai, menjahit lagi la kejung tangan, berblog duit Nuffnang entah bila nak dapat wey??





Thursday, June 16, 2011

Kejamnya!!! kanak2 Amazon ditanam hidup2

Ya Tuhan!!! masih ada lagi rupanya kaum yang jahil di dunia ini..aku sangkakan mereka cumalah kaum yang tinggal aman damai walau hidup serba kekurangan di pedalaman Amazon sana, tetapi rupa2nya lebih dahsyat daripada itu yang mereka lakukan TANAM ANAK KECIL HIDUP-HIDUP (macam tanam anak kucing je)..omg!! serius aku baru tau ni. Tapi sebelum tengok habis video tu, terdetik di fikiran ah! mungkin dikambus bebudak tu sekejap je, yelah mungkin nak buang sial ker, rupanya jauh tersasar sangkaan aku. Dibiarkannya budak tu mati tertanam hidup2 dalam tanah tu T____T

eh! suka nye ko!

pe tengok2..pancung kang!!

sadisnya =(
sumber : SINI

Dapatkan info tentang suku kaum ini di SINI



Monday, June 13, 2011

[resepi] biskut Jacobs Nutella '1 Malaysia'

^-^ wahhh, Alhamdulillah perut pun dah kenyang..sendawa besar BURP!!!

serius, resepi ni paling lah mudah pejam mata even kanak2 pun boleh buat sendiri tanpa perlu membebankan ibu mereka yang penat bekerja. Antara bahan2 utama yang diperlukan ialah :

biskut Jacobs (apa jenis pun boleh ye)

jem Nutella

cara2nya : sediakan beberapa keping biskut Jacobs ikut kepada selera dan keperluan masing2. Tanpa berlengah lagi, terus saja sapukan jem Nutella yang lazat berkhasiat itu ke biskut, terpulanglah kepada anda nak buat macamana, saya lebih suka buat style sandwich, tekupkan kedua2 biskut Jacobs yang sudah disapu dengan jem Nutella tadi. Dan NGAP!!!! sajalah apa tunggu lagiii..

Kenapa 1 Malaysia, sebab sambil menikmati keenakan biskut Jacob Nutella ini, kita boleh mendengar juga lagu 1 Malaysia dendangan miming cikgu Shida @ ratu miming tu. Thanks to siaran Nona tv3 semalam.



p/s : jangan sampai tersedak pula ye, macamana, boleh kan??  
Mudah saja, perut kenyang hati pun ceria .. jangan mare ;)





tak ingin sendiri


HAHA!!! Tiga hari dok fikirkan apa ye tajuk lagu ni, jenuh mencarinya dalam Youtube siap tanya pak Google akhirnya aku ketemu juga lagu nostalgia ni..

Yeay!! bole kita karok malam ni.

Buat hiburan semua, jom kita layankan video klip ni..ku tujukan lagu ini khas buat insan tersayang iaitu Ben Ashaari..haha! boleh gitu?

jom layan lagu dendangan Hetty Koes Endang "Tak Ingin Sendiri"




Aku masih... seperti yang dulu
Menunggumu sampai akhir hidupku
Kesetiaanku tak luntur
Hati pun rela berkorban
Demi keutuhan kau dan aku

Biarkanlah aku memiliki
Semua cinta yang ada di hatimu
Apa pun kan ku berikan
Cinta dan kerinduan
Untukmu... dambaan hatiku...

Malam ini... tak ingin aku sendiri
Ku cari damai bersama bayanganmu...
Hangat pelukan yang masih kurasa
Kau kasih... kau sayang...

Tak Ingin Sendiri - Hetty Koes Endang @ Lirikami




Friday, June 10, 2011

[tersentak] orang tua diperlakukan begitu!!!


^-^ salam semuanya, mode : kesibukan melanda diri

Namun, cukuplah sekadar meninggalkan sebuah rakaman video buat tontonan umum, jadikan sebagai IKTIBAR dan PENGAJARAN bersama-sama..Mungkin tempat kejadian di negara luar, tapi tak mustahil di negara Malaysia pun turut terjadi kejadian semacam ini. CCTV menjadi saksinya.

gambar hiasan

Semoga kita tergolong dalam golongan manusia yang berhati ehsan, mengasihi dan menghormati sesama kita terutama kepada GOLONGAN TUA, kasihanilah mereka yang lemah dan tidak berupaya untuk menguruskan diri..isk isk..



sumber : SINI 
* translator diperlukan hehe..




Friday, June 3, 2011

Anissa, kamu cantik, anggun & seksi menawan.


dah masuk bulan Jun ni, tengok rancangan sempena ulang tahun TV3 semua best2. Antara yang terbest setakat awal Jun ni slot drama berepisod Anissa lakonan tunjang utama oleh Fiza Elite, Rozita Che Wan, Faradhiya & Aida Aris. Hmmm..seksi cantik menawan keempat2 wanita ni, gojes sungguh!



Gabungan mereka berempat memang mantap, lagipun mereka ada gaya karisma dan gaya lakonan tersendiri dalam melakonkan watak masing2 jadi apabila digabungkan sekali memang inilah antara gandingan pelakon yang terbaik pernah aku tonton. Best!!!

Semalam berakhir episod ke-3 tak sabarnya nak tunggu sambungan minggu depan. Apa langkah Anna (Fiza) seterusnya untuk memastikan Farid suaminya (Zamarul Hisham) tidak curang kepada dirinya yang telah disahkan mandul tidak boleh melahirkan. Sementara teman rapat suka duka si Balkis (Rozita) setia bersama menemani. Sara (Aida) menjadi mangsa curiga Anna yang mengesyaki dirinya ada hubungan sulit dengan Farid. Manakala si Shila (Faradhiya) macam ada merancang agenda jahat tetapi bijak berlakon menyembunyikannya.

Mana yang ketinggalan episod sebelumnya, boleh nonton di www.tonton.com.my , selain jalan ceritanya yang menarik kita juga dihiburkan dengan lagu2 dendangan Ning Baizura, Shila Hamzah & Jac Victor. Selamat Menonton dan selamat berhujung minggu ^-^







Thursday, May 19, 2011

Tanda2 suami you nak kahwin lagi..




No.8 & No.9 aje dia ada buat, sebab no.8 dia cakap dia simpan duit gaji iAllah nak pegi naik haji manakala no.9 dia buat macam tu sebab tak tahan nak membuang, tandas masa tu ada orang kat dalam. 

yang lain

ok..fine no komen..




Monday, May 16, 2011

[video] peminta sedekah yang biadap!!!


^-^ senyum itu pun satu sedekah..


Video merakamkan seorang peminta sedekah yang bertindak kurang ajar menendang salah seorang jemaah yang bergegas nak turut serta dalam solat jemaah. Kejadian ni mungkin berlaku di kalangan Pak Arab. Aku tak pastilah ia satu insiden yang tidak disengajakan atau pun sengaja dibuat dipakat untuk memalukan orang Islam terutama bab mempersendakan solat ni. Apapun, jika ia sekadar gurauan aku rasa inilah gurauan paling kurang ajar pernah aku tengok rakamannya. Tersangat BIADAP!!!


***

Aku baru balik dari kampung ni, mata aku yang agak stim berat menahan ngantuk. Tersengguk2 aku di meja opis ni, hesh ni tak bole jadi ni..kena buat nescafe kaw2 ni. Nescafe kaw2 dah nak habis diminum pun masih mengantuk lagi?? ni kes betul2 ngantuk ni. Lambatnye nak time lunchbreak.

Dipendekkan stori, malam tadi tengah beratur nak masuk tren Senandung Sutera arah Selatan, aku terserempak ngan Mazlin Nordin tv3 heheh tak sempat nak bersalaman pandang dia dari kejauhan saja, kalau tak boleh bergambar buat kenangan.




Saturday, May 7, 2011

[touching] Kepulangan yang Mengejut


salam ^-^

Jom kita saksikan detik2 manis dan aksi2 spontan apabila kita pulang secara mengejut kononnya nak buat SURPRISE!!! kat ahli keluarga tersayang..Menitiklah juga air mata dara aku ni sampai berkotak2 tisu habis buat kesat air mata. Biarpun video ni menunjukkan kepulangan askar2 Amerika mungkin, bukan lah kita nak bersubahat menyokong mereka, tapi ternyata rakaman video kepulangan SURPRISE!!! mereka yang telah menyentuh hati dan menjentik perasaan halus aku sebagai seorang anak / isteri..

huhu..huhu..




           Fahrin pun turut mengalirkan air mata jantannya..
sabar ye Fahrin..





Lagu Price Tag versi Najwa Latif


^-^ soooo sweeeet suara minah ni..

Tapi nama Najwa Latif aku baru dengar, sekali tu bila terjah masuk blog peribadi dia hamek ko follower dah beribu-ribu raban orang sudah menjadi peminat Najwa Latif ni. Haha aku ketinggalan zaman rupa2nya.


But no hard deal, biarpun aku lambat mengenali siapa dia Najwa Latif, setidak2nya aku sudah jatuh hati dengan penampilan bersahaja bila si gadis manis ni menyanyikan lagu dengan petikan magic gitarnya. Seriously, Najwa Latif ada karakter & trademark tersendiri dan jika diasah bakatnya IAllah Najwa boleh pergi jauh dan jauh..

All the best to Najwa Latif..I really like ur smiles, senyuman yang menampakkan keihklasan hatinya di situ (my personal perception on her)




Terima kasih kat Azri Johan yang memperkenalkan aku dengan Najwa Latif dan yuyu zulaikha yang telah menemukan aku dengan Azri Johan. Ada sesiapa nak memperkenalkan aku kat sesiapa?? ツ malu ah!!

hujung minggu nak makan SUSHI?? JOM!!





Monday, April 11, 2011

tak suka tak apa, asal berterus-terang..


NO ENTRY for this time..

Sukakan lagu ni kita layanzzz sama2, tak suka tak apa uolls cari lagu sendiri..

Dalam hati ini ada sebuah taman, pada suatu ketika tiba2 hujan ribut diselang-seli dengan taufan datang melanda..mujur tsunami dan gunung berapi tiada di sini, jika tidak taman yang ada ini musnah dalam sekelip mata..hancur bersepai tak mungkin dapat diselamatkan. Siapa yang faham maksud tersirat korang memang bijak!!!



 screen - tak suka tak apa
Watch more Videos at Vodpod.



Monday, April 4, 2011

lepas kempunan dapat tengok Siti berdansa..


siot betul lagi 1/2 jam ABPBH 2010 da nak habis time tu lah aku nak terlelap. Sedar2 aku terjaga da start Nightline waaaa terduduk aku melopong nyesal sebab terlepas tengok Sam dapat award Most Popular Artist 2010 dan siti menyanyi..

Hilang sudah kempunan aku nak tengok siti menyanyi, lega rasanya. Aku dapat video ni kat blog ni dengan rakusnya terus jejak kat Youtube. Terima kasih la ye kat sesapa yang upload, aku nak tengok siti nyanyi sekarang.

Bubye!!





Wednesday, March 16, 2011

Akibat Cakap Tak Serupa Bikin..


Ramai dok ngutuk2 dia sebab dia cakap tak serupa bikin..
Bukan senang nak ambil hati orang ramai bila da menjadi public figure ni kan?
Salah cakap sikit haha satu dunia pakat kutuk hang..malu weii
Hang main cakap je ke masa temubual tuh??

Aku tak nak cakap banyak sebab aku pon terkena tamparan malu sebagai a part of Malaysian
pemimpinnya sendiri yang memalukan Malaysia.
Sebelum aku terlebih mencarut, baik aku blah awal..
tak pasal2 nama aku masuk ISA lak nanti..
hey bukan saya sorang ye, ramai lagi yang kutuk hang kat luar sana.

PERINGATAN
ini bukan isu politik eh, 
tapi isu kecetekan pemikiran seseorang yang dinamakan 'First Lady of Malaysia' 
patut kaaa???



Akibatnya, dia kena KUTUK dalam CNN..hai makan diri sendiri orang yang berlagak bijak ni.

p/s : mari kita banyakkan membaca ilmu2 geografi & bacaan ilmiah yang lain.



Thursday, February 17, 2011

EKPRESIKAN SUKA HATI KAMU :D

Aku suka hati kerana aku sangat gembira..tengok aku senyum aje ni :D
bukan sebab naik gaji atau dapat durian runtuh,
bukan pasal ada kawan nak belanja makan,
ah! aku tak nak la gempak satu dunia tau yang aku hepi sekarang..
mungkin hari esok atau lusa aku mungkin tak segembira macam ni..
jadi aku nak ekspresikan rasa suka hati aku dengan cara aku sendiri.
Aku akan menari mengikut rentak macam dalam video ni. i can dance u know haha..



Alhamdulillah, rakan blogger yang baik hati sekalian..kamu semua la yang telah membuat hati aku rasa sangat gembira. Aku harap kamu semua benar2 ikhlas memberikan sokongan terhadap presentasi blog aku yang tak seberapa ini. Hanya Allah sahaja yang membalas budi baik kalian. Terima Kasih3x  :')

Terutama KiD kerana dia juga lah yang bertanggungjawab buat aku rasa hepi atas genapnya bilangan 50 follower blog Setadah Rampai Harum Semerbak ini. Buat KiD, ada pemberian tak seberapa yang akan menyusul tiba tidak lama lagi. Harap kamu gembira bila menerimanya nanti ya ;)

UPDATED 19 Feb 2011

hati gembira bila teman di sana gembira. Alhamdulillah aku seronok bila membaca luahan KiD..malu pun ada bila diberikan backlink daripada KiD. Sama2 KiD, itu tanda penghargaan dan terima kasih kerana sudi menjadi teman blogger saya.



''Selamat Maju Jaya dalam dunia Blog Anda''





Saturday, February 5, 2011

BUDI BAIK DIBALAS BAIK

Dalam hidup ni kalau tak kenang jasa tak kenang budi baik orang lain kat kita memang tak patut. Banyak contoh perumpamaan tentang membalas budi ni antaranya 'ibarat melepaskan anjing yang tersepit' dan 'bagai kacang lupakan kulit' dan 'madu diberi tuba dibalasnya'.. kenapa orang dulu2 suka sentuh bab2 kenang jasa ni?

mestilah bersebab, kesan ketara sampai sekarang ia sesuai digunakan untuk merujuk sesetengah orang yang tidak tahu nak menilai kebaikan orang lain. Sekurang2nya kalau tak mau kenang jasa orang lain, sebaik2nya ungkap kan kata2 'Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kamu' .. sedap dan sejuk hati bila mendengar.

Sedangkan binatang pun pandai nak balas budi baik manusia, inikan pula kita sesama manusia. Binatang ingat setiap kebaikan yang kita bagi contohnya kucing, dijilat2nya kaki kita terliuk-lintuk nak bermanja dengan kita tanda ucap terima kasih. Tapi kita manusia lumrahnya sebati dengan rasa ego, bongkak, angkuh (samalah tu kan?) .. sesekali kesenangan membuatkan sesetengah kita lupa daratan, mendongak ke langit sampai terlupa pada tanah yang dipijak.



Aku ingin mengingatkan diri aku sendiri jangan sesekali menjadi sombong bila da rasa nikmat kesenangan suatu hari nanti. Putaran hidup kita umpama roda, hari ni kita di bawah esok lusa siapa tau kita duduk di atas pula. Dan Allah tu Maha Adil. Masya Allah..ketika senang kita lupa kepadaNya, tapi bila ditimpa kesusahan kita baru nak bentang sejadah menadah tangan meminta merayu kepadaNya. Jangan lekakan aku Ya Allah, jangan jauhkan aku dariMu Ya Allah.




iAllah i will.. :)

p/s : video dikongsikan by my beloved sister Husna Jamil..i luv her very much :)


Friday, January 21, 2011

kisah AYU RAUDHAH - ZAQUAN ADHA

sinopsis :

AYU RAUDHAH sepotong nama yang cukup dikenali dengan keayuan kejelitaan wajahnya. hai bertuahnya empunya badan punya pakej peribadi & personaliti menawan dan perfect di mata seorang jejaka ZAQUAN ADHA. siapa ZAQUAN ADHA pulak ni? tak payah la nak diperkenalkan lagi. hemm bagai merpati dua sejoli dan pinang dibelah dua. sepadan sesangat..i like them very much.







Pemilihan tarikh yang cukup keramat dan menarik susunan angka2 nya 21.1.2011 telah pun menjadi satu tarikh bersejarah buat pasangan personaliti apabila menjadi 'Wedding of the Year'..aku gerenti mesti meletop la kisah perkahwinan Ayu & Zaquan ni. Apapun aku mendoakan kebahagian dan keharmonian berumahtangga untuk Ayu dan pasangannya. Harapnya lepas berkahwin Ayu teruskanla kariernya sebagai pelakon pasal aku minat gile dgn mutu dan bakat lakonan Ayu Raudhah terutama dalam drama bersiri Janji Kekasih ..
tabik toinkkk kat Ayu :)

wah..tak jemu mata menengok menatap kecantikan Ayu bila bergandingan sebelah Zaquan. Both of them are very gorgeous!!

kredit to empunya Tertunai Hasrat DiHati dan jgk kat http://beautifulnara.com


Zaquan+Ayu | 30.01.2011 from mashelmy on Vimeo.
baca lanjut http://www.murai.com.my

lastly full credited to piccalasso dengan
www.ohbulan.com atas kesudian berkongsian gambar / video untuk tatapan peminat Ayu Raudhah macam saya ni..terima kasih daun keladi lain kali upload banyak2 lagi ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara