ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Lagu Malaysian Boy ciplak American Boy?

salam n_n


Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 kita bakal disambut sekali dengan public holiday 16hb September sempena Hari Malaysia, tau tak apa dia tema Hari Kebangsaan tahun ni? Hihi sebenarnya saya pun baru aje tau daripada puanbee yang tema Hari Kebangsaan kita tahun 2011 ialah "1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera" .. gempak jugak kan temanya tahun ni, ada pengaruh movie box-office Transformer barangkali.

Tapi yang tak gempaknya, dikatakan ada penciplakan lagu Malaysian Boy yang diciplak 100% daripada lagu Kanye West yang bertajuk American Boy. Alamak, baru je nak puji yang lagu ni sangat sedap didengar rentak iramanya dan kreatif pula pembikinan videonya, sekali tu sebijik la pulak dengan lagu orang lain. Siapa yang tiru siapalah agaknya, ataupun kedua² pihak dah buat perjanjian tirusama lagu sebagai jalinan persahabatan dua negara. Sumber http://beautifulnara.com

Perbandingkan kedua video klip ini, jika anda tidak mempercayainya..

Malaysian Boy (Malaysia)

vs.


American Boy (America)

clap..clap..clap..clap your hand if you like this song.

p/s : Lagu Malaysian Boy ni akan berkumandang bergema di Stadium Merdeka, mari kita datang bersama saksikan gaya  persembahan 'SuaraKami' di sana pada 17hb September katanya. Tapi sejujurnya dah kurang rasa bangga dalam diri ini apabila lagu yang bakal dinyanyikan oleh anak Malaysia untuk Malaysia khususnya itu bukanlah yang original sebaliknya dicedok pula daripada idea / lagu orang lain. Hampeh!

Sila jawab jika kenyataan saya ini kurang kebenarannya..

Saturday, August 20, 2011

Mc D dikomplen sbb siarkan bunyi azan.

Salam..

suka ke tak suka, kita bertuah duduk harmoni pelbagai bangsa di Malaysia, sebuah negara yang sentiasa pertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Alhamdulillah, mudah²an kita semua dilindungi-Nya selalu daripada anasir² yang berniat jahat untuk memporak-perandakan keamanan rakyat & keharmonian negara.


Lain pula kisahnya dengan seorang lelaki bukan beragama Islam ini yang secara gentleman mengkritik salah satu outlet Mc D (tidak pula dia nyatakan Mc D cawangan mana) yang telah menyiarkan laungan azan ketika waktu kemuncak kita yang beragama Islam ini hendak berbuka puasa. Lelaki itu tak berpuas hati lalu menyatakan ketidakpuasan hatinya di ruangan komen fb Mc D.


Tapi malangnya, komplennya itu tidak mendapat sokongan kerana majoriti kita termasuklah yang bukan beragama Islam rata² membidas balik apa yang disuarakan lelaki itu. Apa yang paling best ada segelintir yang menegur komen lelaki itu secara baik dan aku pasti teguran yang lembut dan berhemah akhirnya mampu menundukkan ego dan amarah seseorang, akhirnya si lelaki itu sudah pun memohon maaf atas tindakannya mengkritik Mc D dan bukanlah niatnya untuk menimbulkan perasaan perkauman.

antara komen terbaek

Moral of the story :

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
2. Belajar menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka dan kita jawab kritikan itu secara berhemah bukan penuh emosi, iAllah sebarang pertelagahan boleh dielakkan dan kita anggap itu sebagai pengajaran hidup untuk memperbaiki kesilapan diri sendiri.
3. Satu jari kita tuding cari kesalahan orang lain, empat jari balik ke kita akhirnya memalukan diri sendiri. sama² kita jadikan iktibar dan belum terlambat untuk bermuhasabah diri, wallah'ulam  sumber





Tuesday, August 9, 2011

Semangat Jalur Gemilangnya terserlah..

Bertemu lagi kita..

Teruja dengan ketabahan seorang 'amma' atau bahasa mesranya Aunty S.Gangadhivi Surinarayanan, berusia 45 tahun yang telah mengambil masa mengait selama satu setengah tahun untuk menyiapkan sepanjang 3m panjang Jalur Gemilang bermula pada 21hb Mac 2010.

Wahhh!!! so adorable, if me lah aunty, i cannot just sit-sit there, my ponggong will panas berapi. But aunty you can do it eh, our Malaysian must be proud of you especially our PM dan our late PM Tunku Abd Rahman. Boleh pecah rekod hasil kaitan terbesar masuk Guinness Book of Record nih..(atau ada ker hasil kerja kait yang lagi besar?, sapa tahu tolong bagitau)


Tu dia..punyalah bersemangatnya aunty Gangadhivi ni mengait bendera Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun 31hb Ogos ni bersamaan dengan Hari Raya Syawal ke-2. Alhamdulillah, kita meraikan hari kemenangan dalam dua situasi yang berbeza tapi konsepnya tetap sama. Tambah2 dengan tagline 1 Malaysia, semangat rakyat Malaysia sekarang sepatutnya bersedia awal membuat persiapan rapi untuk menyambut hari kebesaran Malaysia mencapai ulang tahun kemerdekaan negara. Semoga "1 Malaysia, Rakyat lebih Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" tercapai yang mana harga minyak dan harga barangan keperluan dapat diturunkan. 

Tahniah to Aunty S.Gangadhivi..

kredit to : New Straits Times





Monday, June 13, 2011

[resepi] biskut Jacobs Nutella '1 Malaysia'

^-^ wahhh, Alhamdulillah perut pun dah kenyang..sendawa besar BURP!!!

serius, resepi ni paling lah mudah pejam mata even kanak2 pun boleh buat sendiri tanpa perlu membebankan ibu mereka yang penat bekerja. Antara bahan2 utama yang diperlukan ialah :

biskut Jacobs (apa jenis pun boleh ye)

jem Nutella

cara2nya : sediakan beberapa keping biskut Jacobs ikut kepada selera dan keperluan masing2. Tanpa berlengah lagi, terus saja sapukan jem Nutella yang lazat berkhasiat itu ke biskut, terpulanglah kepada anda nak buat macamana, saya lebih suka buat style sandwich, tekupkan kedua2 biskut Jacobs yang sudah disapu dengan jem Nutella tadi. Dan NGAP!!!! sajalah apa tunggu lagiii..

Kenapa 1 Malaysia, sebab sambil menikmati keenakan biskut Jacob Nutella ini, kita boleh mendengar juga lagu 1 Malaysia dendangan miming cikgu Shida @ ratu miming tu. Thanks to siaran Nona tv3 semalam.



p/s : jangan sampai tersedak pula ye, macamana, boleh kan??  
Mudah saja, perut kenyang hati pun ceria .. jangan mare ;)





Saturday, May 28, 2011

kebanyakan driver Singaporean samseng jalanan


^-^ Malang tidak berbau, kalau malang tu berbau macam bau kentut mesti kita semua sedaya upaya mengelak menyelamatkan diri daripada ditimpa malang. Setuju tak?

Mengikut pemerhatian aku, pemandu negara jiran kita ni sangatlah kurang ajar tak makan saman dan tak bertimbang rasa apabila diorang memandu di Malaysia. Tengok saja contoh kes yang aku jumpa ni, semua tu dah cukup membuktikan pemandu Singaporean kebanyakannya samseng jalanan, huh geram sangat nih!






dilarang berlagak semasa di Malaysia [boleh gitu?]

Al kisahnya malam tadi pulang dari berbelanja, aku memandu secara berhemah ikut lorong (tengah) yang betul. Sebelum tiba di traffic light, nak dekat dah ni tetiba aje ada sebijik kereta mewah plat kereta warna merah potong mencilok dari lorong kanan secara mengejut. Aku sempat membrek mujur aku tak mencarut cuma aku sempat membunyikan hon PONKKKK..PONKKKK!!! Pergh, kereta tu berhenti beb. Tak cuak aku? Rupanya pemandu biadap tu sedang mengejar sebijik kereta (plat Singapore jugak) lain dan berlaku lah adegan hampeh di jalanraya sehingga menyebabkan kesesakan dalam masa 10minit. Samseng betul sesama sendiri pon nak tunjuk lagak kat sini, Heran aku dengan attitude diorang nih, setahu aku kalau kat negara sendiri boleh pulak diorang beretika bila memandu, wah!! ini sudah lebeh. pakkal jek -.-'

itu baru pemandu yang biadap belum lagi nak cerita part pembeli Singaporean kerek. Bila berbelanja kat sini muka masing2 nak ketat lepas tu borong barang kasi licin.

Sabor Je Lah~




Saturday, April 30, 2011

musim artis Malaysia beranak-pinak

wink ^_<

Musim bulan mengawan ni..cuaca pun sesetengah tempat sejuk dingin je, nak mandi pagi mesti liat tuu..orang kahwin sana sini, besok da pasti sangat ada yang buat kenduri kahwin besar2an maklumlah 1Malaysia meraikannya sekali. Setiap kali 1hb Mei 1Malaysia akan sambut ulangtahun perkahwinan mereka. Untung badan ^-^ Dah selamat kahwin, orang akan tanya bila nak beranak pulak? Beruntung badan la siapa yang dah berisi sedangkan inai masih merah dijari (pujian ini tidak termasuk kes KD dan kes seumpamanya ye)..Belum pun puas berbulan madu dah nak terima kehadiran orang ketiga..Beshnyer ^__^

Macam Sazzy Falak dan husbandnya Nazril memang dah lama menantikan, Alhamdulillah telah pun berbahagia dengan kelahiran puteri kembar mereka baru2 ini. Sangat seronok tengok kemesraan mereka berdua. Moga dengan kelahiran anak, bertambah bahagia mereka suamisteri ye :)



Lagi siapa pulak, ooh si Rita Rudaini juga dah pun selamat melahirkan baby keduanya, hero juga..Tahniah Rita. Walaupun gaduh, selisih faham, duduk berjauhan masih beranak lagi awak ye, bestnyer ^-^


Nak lagii..yang ni pulak si Maizawati janda Ustaz Akhil Hayy yang dah berkahwin dengan lelaki muda tu pun sama dah selamat melahirkan baby boy, merangkap anak ketujuhnya. Power betol Maiza ni. Waheeda ape ceritanya, senyap jek?


 Berikut adalah kata-kata Maizawati tentang baby barunya ini:-

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.86 kilogram secara normal. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Antara orang yang paling gembira mendengar berita ini adalah suami saya, Yassin kerana bayi ini merupakan anak pertamanya dan lebih menggembirakan apabila mengetahui bayi ini adalah bayi lelaki. (Ustaz Akhil & Waheeda tak rasa tergugat ker?)

Lain2 artis yang sedang berbadan dua Siti Sarah dengan Ina Naim dan terHOT Datuk Siti Nurhaliza pun mengandung juga...Hai musim artis mengandung & meletop la agaknya, macam dah janji pulak kan beshnyer ^-^ Info & gambar sumber : Abang Nara





Wednesday, April 27, 2011

tahu cara nak mencantikkan blog?


A'alaikum wr..wbkth & Salam Sejahtera kepada non-muslim..
Ini blog Satu Malaysia sesiapa pun boleh baca tanpa ada rasa bias. Secara tak langsung blog saya ni kira blog yang agak aman jugalah sebab tiada jolok menjolok, cucuk menyucuk di kalangan batu api yang tak senang duduk tengok keamanan negara kita. Don't worry, kita happy berblogging sudah la ye.

Tengoklah blog saya ni!!! kelam kelibut berserabut mcm tongkang pecah dengan header pun tak ade. Patutlah Ben Ashaari tak nak datang blog saya ni. Saya dah tak nak blog terlalu banyak glitter, blink2 tu sebab saya tukar nak blog saya bertukar kepada blog yang menampakkan kedewasaan. Saya ni cepat bosanlah, tengok blog orang lain macam tu, saya pun nak tiru macam blog diorang jugak tapi saya tak tau nak buat.

ARGGHHHH!!!! stress saya tau..

TOLONG..TOLONG.. kepada sesiapa yang tau bagaimana cara nak mencantikkan blog sila bagi cadangan kepada saya pleaseeeee....sebelum saya bertukar fikiran merajuk tak nak blog lagi heheh takdelah sampai gitu.

Kepada sesiapa yang memberikan cadangan & pertolongan yang bernas dan memuaskan hati saya, iAllah akan adalah habuan dan ganjarannya sebagai satu cara saya nak membalas budi baik mereka. Saya teringin juga nak punya blog peribadi yang cantik mata memandang, tak terlalu messy dan menaikkan semangat saya nak update blog semakin meluap-luap..Semoga impian dan hasrat saya nak miliki blog yang menarik akan tercapai juga. Semoga ada di kalangan rakan blogger di luar sana yang mulia hatinya ingin membantu dan berkongsi ilmu dengan saya yang masih cetek ilmu blog ni..

Terima kasih kepada kamu yang sudi membaca..







Wednesday, March 16, 2011

Akibat Cakap Tak Serupa Bikin..


Ramai dok ngutuk2 dia sebab dia cakap tak serupa bikin..
Bukan senang nak ambil hati orang ramai bila da menjadi public figure ni kan?
Salah cakap sikit haha satu dunia pakat kutuk hang..malu weii
Hang main cakap je ke masa temubual tuh??

Aku tak nak cakap banyak sebab aku pon terkena tamparan malu sebagai a part of Malaysian, 
pemimpinnya sendiri yang memalukan Malaysia.
Sebelum aku terlebih mencarut, baik aku blah awal..
tak pasal2 nama aku masuk ISA lak nanti..
hey bukan saya sorang ye, ramai lagi yang kutuk hang kat luar sana.

PERINGATAN : 
ini bukan isu politik eh, 
tapi isu kecetekan pemikiran seseorang yang dinamakan 'First Lady of Malaysia' 
patut kaaa???



Akibatnya, dia kena KUTUK dalam CNN..hai makan diri sendiri orang yang berlagak bijak ni.

p/s : mari kita banyakkan membaca ilmu2 geografi & bacaan ilmiah yang lain.



Tuesday, March 15, 2011

bila aku da MENCARUT..


Mazidul Akmal dalam pemerhatian aku dia seorang blogger yang gemar memancing para pembaca dengan tajuk2 entri yang panas dan boleh mengundang kontroversi. Orangnya mungkin dah lali dengan segala bentuk propa2 maklumlah sudah bergiat lama dalam bidang kewartawanan, so jangan main2 api dengan Mazidul. Kali ni, aku terpancing dengan entrinya bertajuk Islam dipersendakan lagi yang menyentuh isu ketidakpuasan hati terhadap suara2 azan yang berkumandang sayu di pagi Subuh diajuknya sebagai "Laungan azan setiap subuh seperti orang menjerit tidak tentu fasal, macam orang hendak order mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, hendak kuih pau besar pula!"

Itu masih boleh diterima..Mazidul pun dalam penulisan entrinya takdelah begitu emosional dan masih bijak menyusun ayat yang sedap dibaca.

Berbeza dengan si blogger sorang ni yang bagai mengantuk disorongkan bantal pulak, seolah2 nak melepaskan geram kat satu2 bangsa dalam ruangan komen Mazidul ni, dan Mazidul bertindak untuk menyiarkan komen2 blogger 'berani mati' tu..Nampak gaya macam blogger ni nak attention, mungkin traffic ke blognya akan meningkat selepas ni. Jom kepada sesiapa yang mahu menjadi followernya boleh terjah ke blog The Red Rambutan (merah lagi aku bagi!!).

Tu satu hal, kedua halnya The Red Rambutan turut mengajak kita sama2 menonton video yang macam nak jadi batu api lah pulak gayanya. Kenapa mesti begitu?? Perlu ke kita beremosi mengeluarkan pendapat, sedangkan empunya blog (Mazidul) sendiri bijak mengawal emosi ketika berentri apa pasal dia pulak yang terlebih sudu daripada kuah tu??..


Video ini menunjukkan anjing telah dibunuh dengan kejam..
tak pula dinyatakan apa salah anjing itu sampai dibunuh sebegitu kejam??
Terlupa kah mereka anjing juga salah satu haiwan dikasihani Nabi?

Dilarangnya memelihara anjing dalam rumah, bukan berarti kita bersikap keras terhadap anjing atau kita diperintah untuk membunuhnya. Sebab Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Andaikata anjing-anjing itu bukan umat seperti umat-umat yang lain, niscaya saya perintahkan untuk dibunuh." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Dengan hadis tersebut Nabi mengisyaratkan kepada suatu pengertian yang besar dan realita yang tinggi sekali nilainya seperti halnya yang ditegaskan juga oleh al-Quran:

"Tidak ada satupun binatang di bumi dan burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan suatu umat seperti kamu juga." (al-An'am: 38)
Rasulullah pernah juga mengkisahkan kepada para sahabatnya tentang seorang laki-laki yang menjumpai anjing di padang pasir, anjing itu menyalak-nyalak sambil makan debu karena kehausan. Lantas orang laki-laki tersebut menuju sebuah sumur dan melepas sepatunya kemudian dipenuhi air, lantas minumlah anjing tersebut dengan puas.

Setelah itu Nabi bersabda:

"Karena itu Allah berterimakasih kepada orang yang memberi pertolongan itu serta mengampuni dosanya." (Riwayat Bukhari)

Sumber diambil dari SINI


Bak kata Nabil
'Lu Pikirla Sendiri'
maaf jika terasa..ni blog aku, aku berhak bersuara..


Wednesday, March 9, 2011

Rebut parking kereta dengan jiran India

Berbaloi tak kalau kita bergaduh dengan jiran sebab berebut tapak parking kereta?
al maklum rumah flat parking tentu lah terhad. Tu sebab kitorang yang lagi lama menghuni tinggal kat flat ni masing2 ada 'penanda (tong)' menandakan tapak tu da reserved. Jiran India yang aku maksudkan ni baru jugak la pindah situ, tapi kengkadang berani 'curik' parking kitorang. Mentang2 parking tu depan rumah dia, kami pulak dok tingkat 4 paling atas, takkan nak angkut kereta parking atas??

gambar contoh

Tapi pagi tadi, aku baru perasan tong tapak kereta kami da hilang. Makanya, aku berlalu pergi kerja dalam kerisauan bimbang tapak kereta akan 'diceroboh' kereta orang lain. Sedangkan da letak tong pon masih ada orang berani parking kereta kat situ, apalagi kalau tak de letak tong.
Cepat2 telepon mak tolong carikan penanda baru buat sementara tak kira la apa pon, kon kecemasan pon boleh la..bukan apa aku malas nak bergaduh dengan jiran india bawah flat tu. Jangan2 dia yang sembunyikan tong parking kitorang buat tanam pokok sireh dia kot.

Kadang2 menyirap darah bila penat2 balik kerja, tengok diorang parking kereta kat parking kitorang. Bila aku hon secara berhemah baru lah mereka terhegeh2 alihkan kereta. Tak angkat tangan pulak tu!! Kadang2 aku malas nak bergaduh aku diamkan masih boleh bersabar, terus parking jauh & naik rumah.






Entahla, sampai bila isu berebut parking ni nak berterusan??
Penatlah..letih sangat2.
kita cuba nak baik2 ngan dia, dia makin sengaja nak mencabar2 kesabaran kita pulak.

Jadi aku tak rasa lagi SEMANGAT 1 MALAYSIA yang dikempenkan PM betul2 diterima pakai dalam kelompok masyarakat penduduk flat kami tinggal ni. Majoriti penduduk bangsa Cina, memang ni kawasan diorang sampaikan aku dapat tau dulu kawasan ni pernah dicap sebagai 'black area' sebab banyak kes2 jenayah dan kes samseng. Alhamdulillah sekarang aku tengok aman damai, cuma segelintir penghuni aje yang masih duduk menyombong diri tak bertegur sapa.

Inilah realiti kehidupan tinggal di kawasan flat. Yelah, selama ni aku dibesarkan di Felda & perumahan bandar..semangat kejiranan memang terbaek! Duk flat ni jiran depan rumah berseluar dalam aje pon pernah aku tertengok. Malu aku masa tu. Macam2 la..malas aje nak stori sini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara