ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label persiapan raya. Show all posts
Showing posts with label persiapan raya. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Antara dilema bila berhari raya .


salam ^-^ ..

dalam hati menyanyi keriangan nak menyambut raya ~ lalalalala...



Lebih² lagi tengok gelagat anak² jiran, anak² kengkawan yang melaram mencuba baju raya, songkok raya dan belah malamnya pula berseronok bermain bunga api. Teringat pulak zaman kecik² dulu. Meriahnya sambutan hari raya pada usia kanak², segala masalah tak payah nak difikirkan sebab semua keperluan diusahakan dan disediakan oleh ibubapa masing². Terima kasih kat mak ayah tu ye dik non..

Bezanya bila dah meningkat dewasa, keperluan raya dapat dirasakan betapa susah-payahnya mak ayah kita dulu berusaha sedaya upaya menyediakan keperluan anak². Apalagi di zaman sekarang, segala²nya wang ringgit, harga barang semua naik tapi keperluan raya perlu disiap-sediakan. Kata nak beraya sakan, setahun hanya sekali kenalah melaram. Biar papa asalkan bergaya. Oh nehi..nehi..biarlah kita berbelanja ikut kemampuan seadanya, dahulukan apa yang lebih penting itu sebaiknya.

RM..RM..RM.. (laju cashoutnya macam air)

Anak takde lagi ker?
Hmm, persediaan fizikal dah cakap tadi. Ni pasal persediaan mental pula. Bila pulang ke kampung sedara-mara akan sibuk bertanyakan khabar kita. Alhamdulillah sihat seadanya. EH! masih berdua lagi ke? Bila nak bertiganya? tu yang eden lomah nak menjawabnya. Sekadar termampu senyum kerang busuk je lah. Seelok²nya aku mengharapkan sangat sepatah doa dan penguat semangat yang diucapkan untuk kami berdua, contohnya "iAllah, banyak²kan bersabar, jangan putus asa berusaha lagi. Semoga korang dapat anak² yang comel kiut miut, lambat cepat tu semua rezeki Allah. Barulah sejuk sikit telinga mendengarnya, kuranglah sikit stress yang dipendam dalam hati ni. Barulah seronok nak beraya. Tak gitu?

p/s : Dalam kita beraya sakan, sama²lah kita menjaga hati dan perasaan orang lain. Jaga tutur kata, janganlah melukakan hati dengan kata² dan ucapan yang menyakitkan hati mereka supaya mood raya kita semua tidak akan tercalar. Ini sekadar peringatan. Semoga kita berkongsi saat paling riang dan meriah di hari raya nanti. Walla'ualam.

suara pengumuman rayanya pastinya 'dirindui' ..



Wednesday, August 24, 2011

Laluan utama NAHAS JALANRAYA..berhati²lah.

Salam tujuh malam likur ^_^

Mudah²an sambutan Aidilfitri pada tahun ini dapat kita menyambutnya dengan sederhana dan tidak secara berlebih²an, itu lebih afdhal. Dalam kita bergembira menyambut raya, janganlah sesekali kita melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Kebelakangan ini, banyak berita nahas² jalanraya yang mengorbankan nyawa, yang terbaru kes langgar lari membabitkan sebuah kereta dengan dua orang adik-beradik yang dalam perjalanan pulang dari sekolah mereka.

Y_Y sedihnya tak terkata..berat lagi bahu yang memikulnya namun hati ibu dua kanak² malang itu sangat tabah, riak mukanya memang menampakkan kekesalan atas kemalangan yang menimpa anak²nya tetapi dirinya masih mampu mengawal perasaan ketika menjawab soalan yang ditanya wartawan media. IAllah pasti ada balasan syurga ganjaran-Nya kepada ibu muda yang berhati tabah dan cukup redha dengan takdir dan ujian Allah itu.

Perjalanan pulang ke kampung kita pastinya banyak nak tempuh kesesakan, cuaca tak menentu panas atau hujan, dengan melayan kerenah anak² kecil kita, ragam kereta lagi (tu sebab kena hantar servis awal) dan macam² lagi masalah yang tidak kita jangkakan apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan pergi-balik kita. Jangan lupa membaca doa menaiki kenderaan iAllah semoga perjalanan kita terlindung daripada sebarang musibah dan bencana yang tidak kita jangkakan..

Amiiin....

Di sini saya sertakan sekali antara nama² jalan dan laluan utama yang menjadi igauan dan trauma pengguna jalanraya ketika melaluinya. Senarai ini pastinya berdasarkan statistik kepada kekerapan nahas yang berlaku di kawasan yang disebutkan. Bukan niat hendak menakutkan kalian, tapi sebagai peringatan buat kita semua..terima kasih kepada teman yang telah berkongsi-sama info ini.



 (gambar hiasan)
biarlah ibu menangis menyambut kepulangan kita..
kepulangan anak yang mengubat kerinduan seorang ibu..
dan..jangan biarkan ibu menangis kerana 'ketiadaan' kita..
Allahu Akbar..

Jangan risau, asalkan sama² kita pandu kenderaan kita dengan berhemah dan berhati², pasti kita semua akan selamat. Ingat! kita semua berkongsi jalanraya, jadi sama² kita menghormati perasaan orang lain. Pandu cermat jiwa selamat & ingatlah orang yang tersayang yang sedang menanti dengan sabar sambil mendoakan kepulangan kita semoga kita selamat sampai. Bila dah selamat sampai ke destinasi yang dituju, jangan pula kita lupa sekurang²nya ucapkanlah Alhamdulillah :)

Selamat berhari raya semua!!!




Wednesday, August 17, 2011

tempah baju raya dengan Hatta Dolmat


Salam all,

Sebelum kita sibuk masuk ke dapur untuk persiapan berbuka, untuk ibu² dan kakak² apakata kita cuci mata dulu, saya janji tak akan kurangkan pahala puasa kamu semua. Perkongsian ini hanya semata² untuk mengagumi bakat kreatif yang ada dalam diri pereka fesyen tempatan antara yang tersohor namanya, siapa lagi kalau bukan Hatta Dolmat.

Cantiknya..kalau lah saya ada peluang untuk mengulangi detik² manis sewaktu bergelar pengantin, boleh tak saya nak upah Hatta Dolmat mereka dan designkan baju pengantin yang kelas meletop untuk saya pakai. Saya pun teringin jugak nak kelihatan ayu menawan macam model2 Hatta ni semua. Takpun, kalau masih sempat untuk tempah baju raya dengan Hatta pun saya sanggup bayar beribu-raban wang ringgit asalkan saya nampak gorgeous di pagi raya nanti..

Saya nak baju macam tok ti ni ..
haha ..boleh ke kau nak bayar Hatta Dolmat tu? 

saya teruja dengan gaya corak kaftan ni :D


Ada lagi...semua cantik², meh tengok sama²






credit to : hattadolmat.hdc

Hatta Dolmat pun tak kurang hebat cantik juga orangnya..hmmm, orangnya asal mana ye?






Monday, August 15, 2011

Iklankan bisnes anda di sini..

^-^ salam all,
Sekarang nak dekat raya ni, mesti ramai di kalangan kita yang mempunyai perancangan untuk berniaga. Kemungkinan besar ada yang sudah memulakan perniagaan sedari awal bulan puasa dan jangan risau bagi mereka yang baru sahaja hendak memulakan perniagaan sampingan anda. Dah tahu kat mana tempat sesuai dan mudah untuk iklankan perniagaan anda? Hehe..saya pun baru je dapat info maklumat ni. Info daripada DiGi "Anda ada bisnes untuk Hari Raya? Jual baju kurung, kuih raya, rendang? Iklankan saja di http://www.mysimplifieds.com untuk mendapat duit ekstra dan boleh lah anda beraya sakan!!" 


Saya sudah sign up. Caranya anda dikehendaki mengisi serba-sedikit details dalam form yang disediakan, sesudah itu pilih kategori yang bagaimana barangan yang anda nak iklankan itu, banyak pilihan di situ pilih satu dan klik untuk apply. Dalam masa 30 minit iklan kita akan disenaraikan dalam senarai iklan2 yang ada dan siap sedia untuk disiarkan. Mudah dan sangat senang. Jom, ramai2 kita ambil kesempatan iklankan apa sahaja yang kita rasa nak jual, even iklan jawatan kosong pun boleh juga..

Tolong klik sini juga ye -->> Magic Cream : get ONE!







Monday, July 11, 2011

[promo!!] TEMPAHAN KUIH RAYA BERMULA!!!

Salam ^-^

Demam biskut raya kembali melanda!!! bak kata orang, kita buat persiapan awal supaya tidak terlalu sibuk di saat2 akhir nanti. Takpun, sekadar beli untuk mencuba rasa sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga.

• Kuantiti dalam setiap telap lebih kurang 45 – 50 pcs
• Order boleh dibuat dari 13 Julai 2011 – 10 Ogos 2011




kesemua gambar asal : FB Laili Jumaah

TYPE : A
3 JENIS KUIH (KUANTITI LEBIH KURANG 20 PCS SATU BEKAS).
BOLEH DIPILIH DARI ALBUM KUIH.KECUALI BLUEBERRY CHEESETART.
ADA 3 PILIHAN COLOR BEKAS:
HIJAU, PINK DAN CHOCOLATE

TYPE : B
3 JENIS KUIH (KUANTITI LEBIH KURANG 20 PCS SATU BEKAS).
BOLEH DIPILIH DARI ALBUM KUIH.KECUALI BLUEBERRY CHEESETART.
ADA 3 PILIHAN COLOR BEKAS:
HIJAU, PINK DAN ORANGE

TYPE : C
6 JENIS KUIH (KUANTITI LEBIH KURANG 20 PCS SATU BEKAS).
BOLEH DIPILIH DARI ALBUM KUIH.KECUALI BLUEBERRY CHEESETART.

TYPE : D
4 TELAP KUIH + 4 MINI BEKAS KUIH
BOLEH DIPILIH DARI ALBUM KUIH.KECUALI BLUEBERRY CHEESETART.


P/S : Barangsiapa yang berminat, segera dapatkan tempahan melalui saya ataupun direct berurusan dengan My Favourite Cookies / Cake Maker Laili Jumaah .. Wassalam






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara