ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label hak pengguna. Show all posts
Showing posts with label hak pengguna. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Horray!!! saya menang 'MEMBERKU HAWA CONTEST'

hye..
nak tau tak???
tak kira, nak bagitau jugak siap tunjuk gambar sebagai bukti nii..
Kalau nak tau, saya terpilih jadi pemenang contest 'Memberku Hawa Minggu Pertama' ^^,
memula dpt kol daripada Kimberly Clark, memang suspen sgt..yelah mana tak suspen skrg kan ada banyak penyamaran nak menipu orang je kejenya..tapi yang ni memang betul..katanya saya dapat jawab soalan betul..yeke??? hehe lama juga saya nak mengingatkan bila masa plak saya jawab soalan ni..lama2 baru laa teringat :D


Nak tengok ker apa hadiah yang saya dapat hari Jumaat lepas???
jeng..jeng..jeng..antaranya :

1. bantal kecik
2. note stick
3. sample pantyliner
4. botol air utk 500ml
5. bentuk patung orang berkepala 'hanger' (tak reti nak cakap apa)

hehe, suka sangat...jadilah kan, sapa nak bagi?? kalau beli bantal kecik saiz gitew mahunya nak berkira2 bajet, nak beli ke tak nak? ni orang dah bagi hamek aje laa kann...kiut ^^,


cuma ada satu kemusykilan ni, menatang apa mendealah yang macam hanger tu? kepala hanger tu boleh berpusing tau, dan boleh dicabut dipasang semula..berat mmg berat..macam pemberat kertas pun ye. Entahlah, memang tengah buntu nak mikirkan apa benda tu? nak kata anak patung mana lak kepala dia??? ce tengok..


Anyway, terima kasih Kotex, juga Kimberly Clark..paling best mestilah serial drama feveret saya masa kini 'Memberku Hawa'..lakonan Faizah Elai & Nad Zainal mmg kelas, sinopsis cite baca sini, lagi2 dengan kehadiran model aka blogger top Hanis Zalikha yg badannya tinggi lampai macam galah, tapi muka kiut miut ala2 minah jepun..sori Hanis :)


Monday, October 31, 2011

E code : semak dulu sebelum makan.

salam kasih sayang. Apa nak jadi dengan blog ni, lewat akhir² ni aku agak menyepi tidak mengemaskini entri terbaru, entahlah mungkin kesibukan bekerja ditambah dengan lebih banyak meluangkan masa untuk kelahiran blog bisnes tidak lama lagi.

Pagi ni dengar celoteh dj² di sebuah radio swasta terkenal, sedar tak sedar minggu ni minggu 'korban' sempena Raya Aidiladha yang akan menjelma tidak lama lagi. Teringat pula kisah cerita melayu yang dramatik penuh babak berair mata di TV3 malam semalam 'Kemaafan yang Tertangguh', drama ni pun ada menyelitkan unsur2 pengorbanan seorang isteri yang taat kepada suami sehingga terpaksa berendam air mata menanggung kerinduan terhadap ibu kandung sendiri akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan si ibu mertuanya yang kejam membuli menantu. Akhirnya dia kehilangan kedua² ibu dalam masa yang sama.

isk..isk..sedih beb T__T

Ehehe..sebenarnya ini tak ada kaitan langsung dengan tajuk entri ni. Pagi ni makanan pertama yang aku jamah ialah beberapa biji coklat VOCHELLE Almonds pemberian saudara sempena majlis tunang anaknya petang semalam. Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, sedang aku enak mengunyah, tiba² terlintas di fikiran EH! aku ni makan sedap aje, tapi tak semak dulu E code kandungan lemak dalam coklat ni..Dah timbul pulak rasa was² dalam fikiran, macamana nak semak tangan tengah drive kereta. Terkandung bahan² nya Gula, Pepejal Susu, Kacang Badam, Lemak Koko, Jisim Koko, Lemak Sayur (Palm, Illipe, Shea) Lesitin Soya (E322) dan Vanilin.



Haaa..E322? E tu refer tu E code (lemak b.a.b.i) 
Argghhhhhhh!!!!! aku dah makan beberapa biji dah ni.


Sesampainya di opis, dengan segera aku mencari sumber info tentang E code. Dah jumpa, dengan pantasnya pula aku terhegeh² semak ada tak E322 dalam senarai E code ni. Fuhhh! Alhamdulillah terjamin halal, E322 dalam coklat VOCHELLE Almonds ni tak tersenarai langsung. Tapi, aku tak terus la makan semula baki coklat yang masih ada, aku tinggalkan di pantri wakafkan siapa nak makan coklat ni, makan jelah..

So, korang jangan contohi macam aku ye, sudahlah malas nak mengupdate entri blog, makan coklat main tibai je tak semak dulu E code. Ingat, kita sebagai muslim digalakkan mencari sumber makanan yang halal, sebab perasaan was² itu salah satu perbuatan syaitan dan apabila timbul perasaan was² jatuhkan menjadi haram, misal nya jika kita was² dalam soal permakanan sama ada ia dtg dari sumber yg halal mahupun tidak akan terjatuh hukumnya haram (sumber). Wallah'ualam..

Thanks for read me


Wednesday, October 12, 2011

(18SX) ingin tahu rahsia keintiman rumahtangga?

Salam Semanis Kurma, lamanya tak berupdate blog ni, banyaknya sawang..


Cuba kita tengok kebahagiaan yang terpancar di riak muka pasangan warga emas yang sangat istimewa ni. Agak²nyalah, boleh tak kita menikmati perasaan bahagia bersama pasangan hidup yang kalau boleh jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. Boleh saja, iAllah jodoh ajal maut semua ditentukan oleh Allah Yang Maha Esa, hanya kita yang kena bijak dalam mencari ikhtiar, berdoa & berusaha mengekalkan keharmonian & kebahagiaan rumah tangga kita. Nak refresh cerita mereka klik sini.

Ibu yang sudah berusia 65 tahun itu sememangnya tidak lokek berkongsikan rahsia rumahtangganya, kita wanita yang sementara masih berusia muda ni janganlah ambil sikap sambil lewa jika ada petua tentang kesihatan, kecantikan dan petua menjaga keintiman hubungan suamisteri, sama²lah kita berkongsi dengan mereka yang tidak / belum mengetahuinya. Penekanan kepada mereka yang telah berkeluarga ye, tapi bagi sesiapa yang masih bujang, tidak salah jika ingin mencuba, juga ada kebaikannya untuk anda.








TUNGGU!! ada rahsia nya ..

Kita nak menjadi sehebat macam Makcik Mansura Sirai tidak perlu untuk memakan ulam²an kerana sesetengah orang akan mengalami kembung perut kalau terlalu banyak memakannya. Tapi dengan hanya menggunakan krim Nano Bio Ever iAllah segala keperluan 'supplement' yang menjamin kesihatan & kecantikan serta rahsia hubungan intim suamisteri akan dipenuhi. Terdapat ekstrak / pati pegaga, pucuk kaduk, aloe vera, soya & beras serta ginseng dalam penghasilan krim istimewa ini. Cubalah bagi sesiapa yang belum mendapatkan lagi, tidak perlu ragu dan bimbang, kepada anda yang telah menggunakannya pula, pilihan anda memang sangat tepat, tahniah!!.

Best tak? Krim ni memang sangat hebat & mujarab untuk pelbagai lagi penyakit yang tersenarai. Alhamdulillah, kini saya sedang menyediakan sebuah blog khas untuk koleksi testimonial yang telah berjaya & berpuas hati dengan krim ini dan iAllah dalam proses edit dan akan dipublishkan sedikit masa lagi. Jika ada sesiapa yang berminat, ingin membuat tempahan barang, sila sms / hubungi saya pada nombor yang tertera. Pastikan lengkap dengan pengenalan diri, iAllah sebarang pertanyaan anda akan dilayan dengan sebaiknya.

Sekadar satu perkongsian di sini..
Mudah²an ada kebaikan untuk kita bersama.
::sekian terima kasih ::


Monday, September 26, 2011

E22 : Senai-Desaru Expressway : one lane highway?

For the first time Senai-Desaru Expressway telah selamat kami lalui semalam. Tak terfikir nak ambil gambar pulak, nanti dikatakan kami terlalu girang dan over-excited bila lalu highway baru ni. Highway? Highway bila terspontan kita bayangkan satu laluan yang laju sesuai untuk kenderaan berdesup dipandu laju tapi bukanlah untuk kita berlumba. Apa bezanya dengan Senai-Desaru Expressway ni?

Bezanya, highway ini hanya menyediakan satu lane sahaja sepanjang jalan dari laluan masuk dari Cahaya Masai (Pasir Gudang) / Kong-Kong hinggalah selamat sampai ke tol Bandar Penawar. Perjalanan kami lebih kurang hanya 25 minit cepat sampai sebab jarak dan masa perjalanan berjaya disingkatkan. Cuma terasa lambat dengan hanya satu lane jalan seperti gambar kat bawah ni. Tak boleh nak speed la macam ni..



Kelihatan juga kiri kanan ada rizab kawasan tanah yang mungkin akan digunakan untuk buat satu lagi lane. Pemandangan kiri kanan menghijau dengan kehijauan ladang kepala sawit, sesampainya di atas jambatan Sg.Johor boleh lah mencuci mata melihat luasnya lautan dengan sayup²nya pelantar minyak Telok Ramunia dari kejauhan.

duit touch & go ditelan
Sudahlah bila kenderaan di hadapan bawak macam semut, kenderaan belakang beratur panjang jadi jammed di situ, mana yang tidak dapat menahan sabar, mereka memotong barisan melanggar peraturan 'dilarang memotong - double line)..kata Senai-Desaru Expressway tapi dari segi mana Expressway tu? Sudahlah begitu, touch & go en suami telah ditelan sebanyak hampir RM15 lebih katanya dari Cahaya Masai / Kong-Kong - tol Bandar Penawar (baki asal RM2x.xx selepas di scan hanya tinggal RM3.xx) terkejut sampai ayat ini yang spontan terkeluar mahalnya tol!!!

Sedangkan hanya RM5.90 sahaja sebenarnya sekali laluan.

On the way balik en. suami berhenti singgah di pejabat pengurusan Senai-Desaru Expressway untuk melaporkan tentang insiden duit touch & go ditelan. Rupa²nya menurut suami katanya setakat pukul 6 petang waktu dia buat laporan tu sebenarnya dah ada tiga pengguna kenderaan yang sama melaporkan kejadian tertelan duit touch & go mereka. Pihak pengurusan Senai-Desaru Expressway telah mengambil keterangan dan mereka berjanji akan memulangkan duit yang ditelan secara bank-in. Kena ambil tindakan jangan berulang lagi perkara yang sama kat pengguna highway yang lain.

Cantik juga suasana malam pemandangan malam atas jambatan Sg. Johor ni ye. Memang kami mengejar waktu semalam tak sempat nak tunggu malam menghayati keindahan cahaya lampu di atas jambatan ni. Lain kali lah, agak macam teringin nak mandi laut Desaru, boleh sangat berdesup drive kereta ke sana..yeay!!!


Perjalanan kami berhari raya selamat pergi balik. Syukur Alhamdulillah


Saturday, August 20, 2011

Mc D dikomplen sbb siarkan bunyi azan.

Salam..

suka ke tak suka, kita bertuah duduk harmoni pelbagai bangsa di Malaysia, sebuah negara yang sentiasa pertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Alhamdulillah, mudah²an kita semua dilindungi-Nya selalu daripada anasir² yang berniat jahat untuk memporak-perandakan keamanan rakyat & keharmonian negara.


Lain pula kisahnya dengan seorang lelaki bukan beragama Islam ini yang secara gentleman mengkritik salah satu outlet Mc D (tidak pula dia nyatakan Mc D cawangan mana) yang telah menyiarkan laungan azan ketika waktu kemuncak kita yang beragama Islam ini hendak berbuka puasa. Lelaki itu tak berpuas hati lalu menyatakan ketidakpuasan hatinya di ruangan komen fb Mc D.


Tapi malangnya, komplennya itu tidak mendapat sokongan kerana majoriti kita termasuklah yang bukan beragama Islam rata² membidas balik apa yang disuarakan lelaki itu. Apa yang paling best ada segelintir yang menegur komen lelaki itu secara baik dan aku pasti teguran yang lembut dan berhemah akhirnya mampu menundukkan ego dan amarah seseorang, akhirnya si lelaki itu sudah pun memohon maaf atas tindakannya mengkritik Mc D dan bukanlah niatnya untuk menimbulkan perasaan perkauman.

antara komen terbaek

Moral of the story :

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
2. Belajar menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka dan kita jawab kritikan itu secara berhemah bukan penuh emosi, iAllah sebarang pertelagahan boleh dielakkan dan kita anggap itu sebagai pengajaran hidup untuk memperbaiki kesilapan diri sendiri.
3. Satu jari kita tuding cari kesalahan orang lain, empat jari balik ke kita akhirnya memalukan diri sendiri. sama² kita jadikan iktibar dan belum terlambat untuk bermuhasabah diri, wallah'ulam  sumber





Friday, August 19, 2011

[promo] Al-Quran Pen Digital : Stok Terhad!

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang memasuki 10 hari terakhir bulan Ramadhan, di mana adanya 1 malam yang lebih baik daripada seribu bulan atau 83 tahun, Lailatul Qadr. Selamat menambah amal ibadah kepada semua, semoga usaha kita digunakan untuk membaca Al-Quran dan memahami isi kandungannya. Atau bersama-sama kami dalam usaha menyebarkan ilmu pengetahuan yang manfaatnya kita perolehi sehingga selepas kita tiada lagi. Bagi yang belum memiliki Quran Pen Digital, bolehlah berbuat demikian di eStore tuan-tuan dan puan-puan. Jadikan kebiasaan untuk menghadiahkan naskah Al-Quran ini kepada saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga walaupun yang bukan beragama Islam, agar dakwah Islamiah yang terkandung dalam mukjizat Agung nabi kita Muhammad SAW akan tersebar luas di seluruh dunia. Setiap kebaikan orang yang melakukan kebaikan atas kerana diri kita yang mengajarnya, maka kita juga mendapat pahala seolah-olah melakukan kebaikan tersebut. Mudah-mudahan berkat kita menyebarkan Al-Quran tersebut menjadi asbab kita dimasukkan ke dalam syurga Allah, insyaAllah. 


Dapatkan Produk hebat ini dengan potongan 20% hanya dengan menjadi ahli dan berpeluang membeli majalah remaja GenQ dengan harga RM1 sahaja. Oleh itu, ahli hanya perlu membeli dengan harga 319.20 kerana mendapat diskaun RM79.80. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki produk ini kerana stok adalah terhad, sementara stok masih ada.

>>>> ORDER DI SINI <<<<





Wednesday, August 10, 2011

meja reserved : kat mana nak buka puasa ni?

Salam..

Perasaan terkilan tetap ada, masih terbuku di hati walaupun kejadian itu berlaku pada hari hujung minggu baru2 ni. Tapi alangkah baiknya, jika kebaikan yang dibuat, kita nak kenang2 sampai ke mati pun jasa baik seseorang itu pun tak kisah. Tapi sebaliknya, apabila orang bikin kurang ajar @ biadap dengan kita, sesekali bila kita teringat kita akan rasa sakit hati. Astagfirullah..bulan puasa ni janganlah kita kurangkan pahala puasa kita dengan hal2 yang buat kita naik meroyan. Istigfar banyak2..

gambar contoh

Meja 'Reserved'
Aku sekadar nak meluahkan rasa sakit jiwa aku betapa sakitnya hati ini bila kaum sebangsa kita sendiri berlagak biadap dengan kita. Mana letaknya budi bahasa orang Melayu kita ini? Dipendekkan cerita, saat hendak berbuka puasa di luar, aku pergilah ke satu food court di shopping kompleks area JB, punyalah penuh orang masing2 dah book meja untuk berbuka. Ada jugak tanda 'reserved' di meja2 yang kosong. Sehinggalah aku ternampak satu meja kosong tanpa ada tanda2 reserved di situ dan aku pun duduklah sambil menunggu kalau2 ada sesiapa yang datang kata 'kak, meja ni saya dah booking'.....

tunggu punya tunggu......sambil menelefon si dia, tiba2......

PAP!! (bunyi barang diletak dengan cara hempas ke meja, agak kuat bunyinya)

Biadapnya dia..
Aku sampai toleh bunyi apa tu? Rupa2nya ada lelaki Melayu ni dengan kurang ajarnya meletakkan barangnya kat atas meja yang aku duduk di situ tanpa sepatah kata terus berlalu dengan muka yang nampak bodoh selamba. Aku jadi terpinga2 lelaki tu nak duduk kat meja ni ke? Kenapa tak cakap apa2 pun dengan aku main blah macam tu je? Sampailah datang seorang wanita Melayu letakkan barang juga di situ tetapi tersenyum. Aku tanya kepadanya akak dah booking ke meja ni? ye, jawabnya sambil tersenyum. Bila dah dengar macam tu, aku beredar lah sekurang2nya aku puas hati dan lega lihat senyuman akak tu kalau dibandingkan dengan lelaki yang kurang ajar tadi. Mungkin tu suaminya ke, abangnye ke, tak kisahlah sesapa pun tapi jagalah sikit budi bahasa tu bro. Macamlah kau seorang saja yang nak berbuka puasa, hey sabar jelah aku tengok. Pakkal puasa, kalau tidak tak pasal2 aku mencarut kat situ jugak. Sabarlah wahai hati..



Tuesday, July 19, 2011

Mulai hari ini aku boikot Skynet..

Salam, marilah membaca sebaris dua perenggan luahan bengkak hati aku hari ini.

Indah khabar dari rupa..memang aku ada terdengar komplen penghantaran barang oleh syarikat Skynet lambat dapat, dan setelah diri sendiri yang mengalaminya, baru aku percaya dan ambil keputusan tidak akan menggunakan khidmat Skynet lagi pada masa akan datang. Never..


Mentang2lah penerima barang berada di kawasan pedalaman, alasan yang diberikan kawasan itu jauh padahal tempoh perjalanan cuma 45 minit je dari pekan dan seminggu 2 kali baru kami masuk kawasan tu. Alasan tak boleh diterima sebab kenapa syarikat kurier yang lain boleh hantar dengan segera? Maaf!!! alasan tak boleh diterima pakailah..korang tahu tak betapa pentingnya barang yang aku kirimkan tu? korang tak nak hamek tahu pun kan, sebab korang lebih pentingkan RM semata2 daripada nak menjaga hati customer korang. Buwek!!!

Sudah hampir seminggu barang tak dapat, tadi aku buat panggilan untuk bertanyakan barang kita, sudahlah lambat dihantar, ungkapan maaf mewakili syarikat langsung tak ada. Mentang2 orang kampung pedalaman korang pandang sebelah mata ye, aku rasa mana2 company besar pun akan melenting marah kalau barang yang dikirimkan lambat sampai..apalagi kalau yang ditunggu merupakan antara dokumen penting. Aku tahu lah sebab aku pernah jaga bahagian kurier tempat kerja lama dulu. Telinga aku ni dah hampir nak separuh pekak mendengar bos membebel barang yang ditunggu tak sampai2..

Update..
"haa tau xpe kak...xde org kat opis sue aritu die boleh buang gitu je pasport workers....pastu opis baru nie die mls naik katanyer jauh,besar..pergghh nyirap tau kita kan byr utk die,boleh die kate mcm tue..." salah seorang customer komplen, sapa nak jawab tuu?


So, bermulanya hari ini, aku tak akan menggunakan Skynet lagi. Terima kasih kerana memberikan perkhidmatan yang sangat aku tak puas hati. Sebab aku tak puas hatilah aku canang di sini, tapi kalau servis yang aku sangat berpuas hati pun aku akan hebah2kan rekemenkan servis terbaik yang pernah aku terima. Good bye Skynet, semoga korang teruskan berbangga dengan nama Skynet itu. Wasalam.



Thursday, July 14, 2011

semangat buat bisnes berkobar2..

Salam ^-^

Berapi² berkobar² semangat nak berniaga. Niaga apa ko boleh buat ha? Niaga pasar malam? Niaga Avon? dah macam² dah ko buat semuanya separuh jalan, hangat² taik ayam jer. Akhirnya ko yang guna sendiri barang tu sampai termuntah². Sedih tak?

Jangan berputus asa & putus harapan..
Kuatkan semangat..
Pasangkan azam baru untuk tebus kegagalan lepas.
Jangan toleh belakang, pedulikan apa orang nak kutuk ko..
Ada diorang bagi ko duit ke bila ko susah?
Paling teruk pon ko kena bambu jer..
hati kena kental beb telinga kena tahan bernanah baru ko boleh maju ke depan.


Mulakan semangat baru dengan persediaan fizikal & mental yang cukup ditambah dengan produk yang bagus plus bantuan dan didikan mentor / upline yang hebat. Hargai & kenangkan semula betapa susahnya kita berusaha nak dapatkan modal buat niaga, iAllah fokus kita nak berniaga lebih konsisten sebab kita ada tanggungjawab hendak melunaskan semua pinjaman perniagaan kita. Ini untuk ko dan mereka yang ada inisiatif buat loan untuk berniaga. Mereka yang guna wang simpanan sendiri lain pula storinya. Bak kata pepatah, hendak 1000 daya tak hendak 1000 dalih. Sampai bila ko nak kerja makan gaji je?. 9/10 rezeki tu kan datang dari perniagaan.


Produk dah ada, dah tau apa yang hendak dijual tapi kita taknaklah zero knowledge. Kenalah tahu serba sedikit info produk, buatlah homework sikit setidak²nya kita dapat idea macamana nak present kat prospek kita. Takdelah errr..aaaa..hmmmm je. Persiapkan diri juga dengan penampilan diri, maksudnya kenalah tunjukkan diri kita sebagai orang berniaga yang berkarisma dengan pakaian yang smart, kemas dan boleh meyakinkan orang. Barulah kita boleh jadi ice breaker yang berjaya..Setuju tak? ke korang ada idea lain? Wassalam.

Selamat Maju Jaya untuk semua usahawan..
Jumpa anda di puncak kejayaan!!!!
Semoga anda lebih kaya dan berjaya! Dr.Azizan Osman




Monday, July 11, 2011

[promo!!] TEMPAHAN KUIH RAYA BERMULA!!!

Salam ^-^

Demam biskut raya kembali melanda!!! bak kata orang, kita buat persiapan awal supaya tidak terlalu sibuk di saat2 akhir nanti. Takpun, sekadar beli untuk mencuba rasa sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga.

• Kuantiti dalam setiap telap lebih kurang 45 – 50 pcs
• Order boleh dibuat dari 13 Julai 2011 – 10 Ogos 2011




kesemua gambar asal : FB Laili Jumaah

TYPE : A
3 JENIS KUIH (KUANTITI LEBIH KURANG 20 PCS SATU BEKAS).
BOLEH DIPILIH DARI ALBUM KUIH.KECUALI BLUEBERRY CHEESETART.
ADA 3 PILIHAN COLOR BEKAS:
HIJAU, PINK DAN CHOCOLATE

TYPE : B
3 JENIS KUIH (KUANTITI LEBIH KURANG 20 PCS SATU BEKAS).
BOLEH DIPILIH DARI ALBUM KUIH.KECUALI BLUEBERRY CHEESETART.
ADA 3 PILIHAN COLOR BEKAS:
HIJAU, PINK DAN ORANGE

TYPE : C
6 JENIS KUIH (KUANTITI LEBIH KURANG 20 PCS SATU BEKAS).
BOLEH DIPILIH DARI ALBUM KUIH.KECUALI BLUEBERRY CHEESETART.

TYPE : D
4 TELAP KUIH + 4 MINI BEKAS KUIH
BOLEH DIPILIH DARI ALBUM KUIH.KECUALI BLUEBERRY CHEESETART.


P/S : Barangsiapa yang berminat, segera dapatkan tempahan melalui saya ataupun direct berurusan dengan My Favourite Cookies / Cake Maker Laili Jumaah .. Wassalam






Wednesday, July 6, 2011

Promo! TOLONG AWEK AKU PONTIANAK

TAYANGAN BESOK 7HB JULAI 2011 .. Transformer3 dah tengok belum???


SINOPSIS :
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.

Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.

Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.

macam best jek..sbb ada 2 org mama vogue Nurul & Sazzy



Monday, June 27, 2011

Bank Negara: BLR Naik Lagi??



Ribut takde angin takde tau-tau ada penambahan dalam potongan akaun untuk Al-Rajhi home loan aku bulan Jun. Aik? apa cerita ni, tak ada dapat apa2 surat bank pun? Hmmm setengah hari juga lah aku menjejaki orang2 bank untuk bertanyakan apa yang berlaku sebenarnya sampai ada penambahan RM20 untuk potongan Jun baru-baru ini. hek..eleh...rupa2nya BLR naik lagi T______T'

It seems that sooner or later, like it or not, the BLR is going to be normalised, or maybe even higher than the old BLR ratemasa utk honeymoon sudah habisGET READY FOR HARD TIMES! sumber

Sebelum ni 6.60 sekarang sudah UP jadi 6.90 sudah. Wah!!!! bulan depan aku akan bawa bekal berjimat cermat tak boleh nak belanja sakan lagi. Check2 dengan bank, diorang cakap surat dah dikeluarkan, eh! saya tak dapat pon? Tercicir la tu agaknya. Tu sebab aku tak tau, sampailah tadi tergerak hati nak semak rekod dalam website Al-Rajhi, nasib baik banyak balance cukup untuk ditolak lebih.

Haiyaaaaaa....

Sakit wooo bulan depan, mana nak cari duit raya lagi dengan mana nak standby duit buat beli mercun / bunga api lagi. Kuih & langsir raya pun mak mertua mesti nak ngecek. Baju raya dengar2 adik ipar aku cadangkan nak pakai warna sedondon raya tahun ni. Huwaaaaaaa...O Mak tolonglah anakmu ini...Dalam kepala ni tak pikir lain, pikir macamana nak cari duit lebeh je sekarang ni. Buntu dah tak tau nak buat apa. Nak buat macarons tak pandai, menjahit lagi la kejung tangan, berblog duit Nuffnang entah bila nak dapat wey??





Saturday, June 25, 2011

Tanam sikap menabung dari usia muda


Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal..sesuailah sangat perumpamaan itu dengan apa yang aku baru dapat tadi. Tak sia2 kehadiran aku ke sebuah program celik kewangan anjuran Securities Industry Development Corporation (SIDC). SIDC ni macam AKPK jugalah, masing2 di bawah pantauan Bank Negara Malaysia (BNM). Aku amat menghargai kesemua trainer yang datang meluangkan masa ke tempat kerja aku tadi. Program mulanya dijangka mula jam 9 pagi walaupun lewat 45 minit atas sebab tertentu, tetapi program tetap berjalan dengan lancar dan berakhir dengan senyuman kepuasan di kalangan kami.

Lucu, penyampaian bersahaja dan tepat dalam menyampaikan maklumat.
Ganteng2 trainers ni, sepanjang program tak mengantok pon..
(curi2 amik gambar)

bila boss bagi talk..hensem sore macho :)
gambar kredit : FB Bijak Mengurus Wang SIDC

Tugasan pertama, kami diarahkan melukiskan not muka depan RM1 tanpa melihat RM1 sebenar, tengoklah hasilnya macam2 bentuk RM1 yang kitorang lukiskan..LOL!!!




ha, yang ni hampir betul..harap2 mamat ni tak main ngelat yer ;)

Jom kita tengok rupa RM1 sebenar...LAAAAA....tengok hal simple duit RM1 hari-hari kita tengok pun kita boleh lupakan? Memang tak patut betul la..



Gambar kredit : FB Bijak Mengurus Wang SIDC

Serba-sedikit tentang apa yang diajarkan tadi (bagus untuk dikongsikan bersama).

Peserta yang hadir ditunjukkan cara bagaimana menguruskan wang dengan sebijak-bijaknya, bermula dengan menyentuh berapa jumlah pendapatan diperolehi sebulan, berapa banyak yang kita peruntukkan untuk bajet bulanan, berapa pula kita asingkan untuk tabung simpanan (tabung peribadi atau tabung kecemasan) dan kita diberikan kesedaran betapa pentingnya kita mengembangkan wang melalui skim pelaburan yang benar2 sah dan halal di sisi undang2.

Salah satu fakta yang menarik diberikan tentang sikap menabung di kalangan rakyat Malaysia, secara puratanya masih di bawah tahap kurang menggembirakan. Tidak ramai yang menabung semenjak usia mereka masih muda. Banyak contoh diberikan berdasarkan pengalaman trainer sendiri. Buat ibubapa di luar sana, pupuklah sikap & minat menabung di kalangan anak2 anda..banyak manfaat dan keuntungannya bila anak2 sudah meningkat dewasa nanti. Menabung sikit-sikit lama-lama jadi bukit takpun jadi gunung terus.

Masih ragu2 dengan skim pelaburan?? Hmmm, iAllah aku dah terbuka hati nak sertai skim unit trust yang banyak tumbuh bagai cendawan kat Malaysia sekarang. Berulangkali diingatkan jangan sesekali sertai skim pelaburan yang meragukan contohnya skim cepat kaya. Pastikan kita buat research (homework) terlebih dulu tentang pelaburan yang bakal kita nak sertai tu nanti.

Lagi apa ye, hahaha!! cepat aje kita terlupa apa yang diajar kan? Takpelah, kalau nak tau lebih mendalam apa sebenarnya matlamat dan konsep SIDC ni, boleh lah terus ke Malaysian Investor SIDC dan jangan lupa LIKE Facebook Bijak Mengurus Wang SIDC dan macam2 maklumat kita boleh dapat dari situ. Sekalung tahniah untuk team SIDC yang berjaya menyalurkan info dengan gaya penyampaian korang yang sangat menarik. Paling best, segmen kuiz yang dibuat pada akhir program. Berebut2 kami peserta nak menjawab soalan. Tengok apa yang kami dapat..gift dapat ilmu pun dapat, Alhamdulillah siapa nak bagi?



SELAMAT MENGURUSKAN KEWANGAN ANDA!






Thursday, June 23, 2011

terpaksa berpisah denganmu kerana bersebab......


telah tiba saat dan ketika itu,
aku akan pergi jauh meninggalkan dirimu..
jangan dihalang langkah pemergianku dari sisimu..



ketahuilah, aku sangat cinta dan kasihkan dirimu,
cuma aku tidak tahu untuk meluahkan isihati yang terbuku...
kau dan aku jarang berenggang, setia menemani terutama ketika dukaku,
tapi itu dulu, sebelum aku mula menjauhi kamu..
itu yang paling aku kesalkan..berat di hati meninggalkanmu..

Duhai sayangku,
keluhan kesal ku ini janganlah kau pedulikan lagi..
namun aku redha dengan takdir yang menemu dan memisahkan kita.....
Setiap kenangan kita bersama akan aku kenang 
sehingga saat akhir nyawaku..
tidak sedikit pun aku menyesal akan takdir-Nya.





















aku terpaksa berpisah denganmu kerana bersebab......(diet)
kau yang selalu aku rindukan 


selamat tinggal sayang...




Tuesday, June 21, 2011

[fakta] wanita bertubuh berisi lebih menarik..


Assalammualaikum ^-^ .. hamboooiii ada orang tu dok menung runsingkan berat badan dia dah naik. Apa nak runsingkan dik non, kurus atau gemuk bukan itu ukurannya, yang paling penting tubuh badan kita sihat luaran dan dalaman.

Terkini, satu dunia sibuk memperkatakan kebimbangan mereka terhadap Duchess of Cambridge Kate Middleton yang terlampau kurus menurut sumber tertentu, sampaikan suaminya Prince William mengeluh sepanjang tempoh berbulanmadu mereka, isterinya itu terlalu mengawal dan menahan daripada mengambil makanan berlebihan. Adakah sebab Kate terlalu nak menjaga penampilan langsingnya sehingga orang lain perasan dirinya sudah terlampau kurus dan wajahnya mulai mencengkung.

Memang ada kajian menyebut, kebanyakan lelaki lebih cenderung memilih wanita / teman wanita yang bertubuh berisi berbanding wanita bertubuh kurus kerana wanita berisi pada pandangan mata sang lelaki sangat menarik, nampak seksi dan sihat. Wanita berisi juga dilihat nampak selesa dengan penampilan sederhananya tidak kurus tidak juga gemuk. Just nice lah kata orang jawa. Aku sendiri pun sebagai wanita, memang terliur bila melihat wanita berisi berukuran ukuran 36-26-36 ala2 Kim Kardashian , berlekuk-lekuk liuk lintuk badannya.

She's  too gorgeous for me.

Saloma - Tiru Macam Saya
Powered by mp3skull.com

Jom kita buat perbandingan secara sihat, jika nak dibandingkan antara Kim Kardashian dengan model di bawah ni agak2 yang mana satu pilihan kamu???

omg!! cicak kubing ke apa ni?

Ok, senang je jangan fenin2..sebagai wanita, kita memang kena menjaga penampilan diri supaya sentiasa dipandang menarik di mata lelaki khususnya di mata suami bagi wanita berkahwin. Mana yang terasa dirinya agak gemuk, janganlah pergi buat sedut lemak apakata kita berusaha kurangkan berat badan secara sihat. Mana yang terlalu kurus, makan banyak mana pun tetap maintain kurus [kategori ni memang aku paling jeles ye] korang bersyukurlah selagi pasangan hidup korang tak membebel, teruskanlah ur life dengan happy. Aku bersyukur dengan kurniaan-Nya, cuma aku perlukan sedikit usaha untuk tampil lebih sihat dan menarik luaran dan dalaman. Entri ini sebagai peniup semangat untuk aku memiliki bentuk badan seksi dan menarik macam Kim Kardashian. Aku mesti BOLEH!!!!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara