ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label memori baik punye. Show all posts
Showing posts with label memori baik punye. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

PEMBERITAHUAN!!! BLOG BARU >>> jemputlah singgah yer!

MAAF >>> LAMA SUDAH TAK BERUPDATE BELOG NI...



SAYA DAH FOKUS KAT SATU LAGI BELOG...BELOG NI MASIH DIBIARKAN SEBAB SAYA SAYANGGGGG NAK BUANG...KENANGAN BEB!!! MY FIRST BLOG NIH!! 




OK...NAK JUMPA SAYA...BOLEH PERGI KE LINK BARU YE...SAYA ADA SANA...KALAU ADA NAK KOMEN KE, NAK MENGATA KE, NAK MENGUMPAT KE BIAR DEPAN-DEPAN...PERGI JE KAT BLOG SAYA YANG SATU LAGI TU OK..!!! 


http://www.meletopsakan.blogspot.com

OK all...cee you thereee!!! minta maaf ye kalau ada terkurang bahasa di sini. Terima kasih kawan2 yang sudi follow my blog.





Saturday, August 6, 2011

kad ucapan hari lahir 13 tahun lalu

Salam, sempena mengambil keberkatan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, semoga apa yang aku alami hari ini ada hikmah-Nya. Terima kasih Ya Allah kerana aku masih punya seorang sahabat yang masih mengingati aku walau dirinya mungkin sudah temu kebahagiaan dan kejayaan dalam hidupnya. Mungkinkah dia teman sejati yang aku cari² selama ini? (dah macam lirik lagu nasyid teman sejati lah pulak) wallah'ualam.



Kad ucapan itu telah menggamit kenangan lalu. Sekali pandang tandatangan pada kad itu serupa dengan tandatangan aku, tapi betul ke aku yang bagi? Soalan itu yang aku tanyakan kepada dia untuk mendapatkan kepastian daripadanya. Dah terang²an memang tertera nama aku kat situ, dan dia akhirnya mengaku kad ucapan yang tertulis tahun 1998 itu memang aku yang kirimkan kepada dia. Macamana aku boleh lupa?

inilah kad ucapan yang betul² nostalgia bagi kami

Alamak!! malunye aku. Aku betul² tak sangka dia masih menyimpan lagi kad ucapan hari lahir yang aku beri kepadanya tiga belas tahun lalu. Sedangkan aku, segala pemberiannya baik surat², gambar² dan segala bentuk hadiah sudah tak ingat lagi kat mana aku cicirkan. Hanya ada satu pemberiannya yang masih elok, masih lagi aku gunakan sehingga sekarang iaitu sehelai sejadah berwarna biru. Entah dia masih ingat atau tidak. Mungkinkah sejadah itu yang membuatkan aku tak pernah melupakan dirinya, begitu juga dengan dirinya? wallah'ualam.

Buat sahabat, teman istimewa aka kekasihku dalam diam² yang sememangnya sudah terlalu lama tidak bertemu, terima kasih atas ingatan dan setiap kenangan yang masih tersimpan kemas dalam ingatan kamu itu. Hanya Allah sahaja yang membalas setiap kebaikan yang pernah kamu hulurkan suatu waktu dulu. Benar bagai dikata, sesetengah perhubungan cinta yang tidak mendapat restu orang tua apalagi bercinta di alam persekolahan pasti tidak akan berpanjangan, yang akhirnya membawa kepada perpisahan kami berdua. Sehinggalah ke hari ini, kami bertemu semula di laman fb secara tidak disengajakan dan akhirnya aku dikejutkan oleh panggilan daripadanya tanpa disangka².

Semoga niat ikhlasnya untuk menjalinkan kembali ikatan persahabatan yang terputus lama diberkati-Nya, semoga juga niat sucinya itu tidak menyinggung mana² pihak terutama kepada pasangan kami masing². Semoga juga kasih sejati & ingatan ikhlasnya terhadap aku selama kami terpisah tidak sia², mungkin sudah suratan takdir di sebalik apa yang berlaku antara kami berdua dan kerana takdir jugalah kami 'dipertemukan semula' walaupun masih belum berkesempatan bersemuka dengannya. Aku belum bersedia untuk berjumpa, biarlah hanya masa dan kebetulan yang menemukan kami dalam pertemuan yang diberkati. InsyaAllah. Wassalam.





Tuesday, July 12, 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG - MENARIK!!!

Salam ^-^..

Lately, banyak sangat iklan jawatan kosong terpampang di dada² akhbar, papan iklan merata tempat, paling teruk pun iklan yang ditampal sesuka hati sampai menutup nama jalan di papan tanda jalanraya. Iklan yang kita maklum dijadikan sebagai satu medium perantaraan untuk memberitahu, mengajak atau mempromosikan sesuatu benda. Iklan jahat pun ada tau contohnya macam iklan bawah ni..

Google

Macamana rupa iklan baik pulak? contoh macam gambar banner iklan di bawah ni..


Tak terjangkau dek akal ada sebegini punya kreatif manusia yang cerdik memikirkan cara terbaik untuk menarik perhatian orang ramai ke arah berbuat kebaikan. Ideanya yang bersahaja tapi sangat menarik untuk diperhalusi. Motifnya untuk mengajak orang ramai mengunjungi masjid atau surau solat berjemaah beramai² .. lagi ramai jemaah lagi afdhal sangat digalakkan.

Teringat tagline "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" satu ajakan mengajak dan menyuruh kita segera menunaikan solat apabila tiba waktunya. Tapi untuk mereka yang berdegil atau masih belum terbuka pintu hatinya, sangat sesuai jika mereka terbaca banner seperti kat atas tu. Psikologi menyindir dan menegur dengan pendekatan secara halus. Aku suka cara psiko orang macamni, jadi orang yang kita tegur tu tak adalah rasa segan atau marah melenting bila ditegur walaupun sebelum tu kita telah menegurnya secara baik.

Semoga Tuhan membalas niat baik orang yang telah memberikan buah fikiran mereka dalam usaha membuat iklan banner yang menarik ni. Satu banner panjang berkaki² dah berapa RM? Tapi berkat sepakat dan muafakat jemaah masjid / surau takpun orang perseorangan, usaha itu iAllah akan membuahkan hasil. Iklan yang menarik kita akan ingat sampai bila² melekat terlekat dalam fikiran. Tahniah kepada mereka!!! Wassalam .. sumber : SINI





Monday, June 13, 2011

tak ingin sendiri


HAHA!!! Tiga hari dok fikirkan apa ye tajuk lagu ni, jenuh mencarinya dalam Youtube siap tanya pak Google akhirnya aku ketemu juga lagu nostalgia ni..

Yeay!! bole kita karok malam ni.

Buat hiburan semua, jom kita layankan video klip ni..ku tujukan lagu ini khas buat insan tersayang iaitu Ben Ashaari..haha! boleh gitu?

jom layan lagu dendangan Hetty Koes Endang "Tak Ingin Sendiri"




Aku masih... seperti yang dulu
Menunggumu sampai akhir hidupku
Kesetiaanku tak luntur
Hati pun rela berkorban
Demi keutuhan kau dan aku

Biarkanlah aku memiliki
Semua cinta yang ada di hatimu
Apa pun kan ku berikan
Cinta dan kerinduan
Untukmu... dambaan hatiku...

Malam ini... tak ingin aku sendiri
Ku cari damai bersama bayanganmu...
Hangat pelukan yang masih kurasa
Kau kasih... kau sayang...

Tak Ingin Sendiri - Hetty Koes Endang @ Lirikami




Friday, May 6, 2011

[Flashback] Korban Ular Sawa


Lagi keterangan dan gambar di sini

huuu..intronya aje dah tunjuk gambar dulu, belum lagi entri dan gambar seterusnya..mesti seram dan takut kan? tak takut? Wahh!! yang tak takut tu korang memang terbaek lah! Aku ni ha, tegak bulu roma ni menahan geli geleman, taip entri ni pun sambil tutup mata.

Saje lah nak flashback semula berita dulu2, agak2 korang masih ingat lagi berita terGEMPAR .. aku terjumpa gambar ni kat fb secara tak sengaja. Sampai sekarang berita GEMPAR ni masih segar di ingatan.

 jom baca [nampak ker?]


Tahukah anda : Ular sawa akan mengambil paling lama dalam masa seminggu untuk menghadamkan makanannya, bergantung kepada sebesar mana saiz makanan yang ditelan. Ular juga hanya bertindak agresif menyerang mangsanya kerana lapar atau rasa terancam. Sumber : sini dan sini Ok..cukuplah sampai sini dulu ye. Sesiapa yang rasa nak bela ular sawa sebagai pet kesayangan, fikirlah masak2 ye..sedangkan singa pun boleh mengigit dan membaham tuannya inikan pula sang ular sawa. heii geli geleman aku lah..

NAK TENGOK?? KERETA BERHIAS KULIT ULAR





Friday, April 15, 2011

Ari Wibowo dalam kenangan


Berita MENGEJUTKAN pagi ni..
Ari Wibowo sudah meninggal dunia? Biar betul??


Tapi yang pasti bukan Ari Wibowo yang ini kan? Sebab bila aku search Ari Wibowo Madu & Racun gambar yang keluar semua gambar Ari Wibowo pelakon Indon ni, pasal dia hensem aku ambil tepek kat entri kasi gempak sikit. Bukan..bukan aku sebenarnya sedang mencari empunya wajah penyanyi Madu & Racun Ari Wibowo juga namanya yang diberitakan telah meninggal dunia di usia 59 tahun dan apa punca kematiannya tidak pula diketahui. Dari kecil sampai da tua bangka macam ni aku masih tak kenal rupa paras sebenar penyanyi feveret aku ni. Kalau sebut Broery Marantika dan kumpulan D'llYod aku kenal lah.

Lagu Madu & Racun memang menjadi siulan dan aku membesar dengan lagu tu. Jadi amatlah tidak adil jika aku tak mengenali wajah & rupa sebenar penyanyi asal lagu ni yang telah menghiburkan aku dengan rentak lagu feveret ni. Barangsiapa yang mengenali beliau sila tampil perkenalkan kepada saya dengan Ari Wibowo Madu & Racun untuk menatap wajahnya buat ke sekian kalinya dan tersemat dalam lipatan kenangan dan cerita di sebalik keriangan lagu ini.

Sing a SONG Madu Dan Racun ~ Ari Wibowo.mp3


UPDATE 18.4.2011



ini lah wajah penyanyi Arie Wibowo yang aku cari2 selama ini SUMBER   
Al Fatihah ~


Tuesday, March 22, 2011

Inilah Permata Bekalan Dunia Akhirat.

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..tiada yang mustahil untuk mencapai kejayaan. Alhamdulillah aku begitu teruja melihat kepintaran & kepetahan mereka menyampaikan pidato dengan aksi & gaya yang meyakinkan. Hebat, mereka memang hebat. Mereka ada potensi menjadi pemimpin satu hari nanti.

Program realiti berbentuk hiburan ilmiah terbitan JAKIM dan kerjasama RTM telah membariskan 7 peserta finalis rata2 dalam lingkungan usia sekolah rendah. Wajar sangat rancangan Adik-Adikku ini menjadi santapan minda tontonan berguna untuk anak2, dijamin dapat membentuk peribadi anak2 berakhlak mulia. Aku da mula berangan nak punya anak2 yang sebegini keletah berpidato..





Keputusan akhir & hadiah2nya juga sangat menarik.


penampilan istimewa Siti di akhir rancangan..
oh manisnya Siti.

Akhir kalam, tahniah atas kerjasama padu antara JAKIM & RTM juga mereka yang terlibat sama dalam menjayakan program hiburan ilmiah ini. Usaha mereka berjaya melahirkan bakal pemimpin agama, bangsa & negara satu masa nanti. Adik-adik ini lah yang menjadi permata ayahbonda mereka sebagai bekalan dunia akhirat. iAllah.


Friday, March 18, 2011

Fuiyoo 5 bulan lama tuuu!!


diam tak diam sedar tak sedar da 5 bulan da rupanya..
5 bulan apa ni, ce cerita ce cerita..
bukan 5 bulan peknen atau 5 bulan holiday ke atau 5 bulan punya bonus ke..BUKAN2x

Hari ini dalam sejarah..i swear ini tempoh paling lama tanpa disengajakan.

ini ialah 5 bulan LESEN MANDU aku expired..Dari tempoh 15/10/2009 - 20/10/2010 aku dok leka menganga pegi balik dengan senang hati. 5 bulan apa2 boleh terjadi kan?? Tuhan telah m'gerakkan hati aku nak check lesen mandu tengahari tadi. OMG!! Mujur rehat tadi sempat la terhegeh2 tunggu turn nak renew lesen kat post office. Hamek kau!! Wajib aku jadikan ini sebagai pengajaran jangan cuai lagi lepas ni..Tulis besar2 kat cermin kereta next expire date.


Alhamdulillah, sepanjang 5 bulan memandu 'secara haram' ni aku ada jugak tempuh dua tiga roadblock, tapi tu lah nasib baik la haii kalau tak for sure aku termasuk jugak dalam golongan pembayar saman last minit nak dapatkan diskaun saman akan datang pulak..Kecelakaan pun Alhamdulillah tak terjadi sepanjang 5 bulan tu. Aku bersyukur la sangat2..


Tuesday, February 15, 2011

Tips nak jadi Menantu kesayangan..

Jika kita telah berkahwin, kita kena 'kahwin' dengan seluruh isi famili pasangan kita. Mula2 tu memangla agak kekok nak sesuaikan diri terutama dengan mertua kita, tapi lama2 alah bisa tegal biasa..sesekali bertegang urat dengan mertua pun ada juga, but sebenarnya itu lah proses nak kenal hati budi memasing. hmm...aku bukan la menantu yang dicarikan mertuaku untuk anaknya, anaknya yang cari sendiri. Atas dasar pandang cinta pertama kata suamiku kepada aku -.-'

Aku sangkakan menjadi isteri kepada anak tunggal ni takde masalah apa2 everything smooth jek termasukla takde masalah nak duduk sendiri. Tapi tak semudah yang aku sangka. Aku pun malas la nak terus berdingin dengan mertua, akhirnya aku terpaksa mengalah dengan keputusan suamiku untuk menetap bersama ibu kesayangannya itu. Alhamdulillah ada hikmah rupa2nya..

Senang jek nak berdamai dengan mertua ni asalkan :

1. menantu terima seadanya pasangan & ibubapanya (mertua) dan seluruh keluarga pasangan.

2. menantu jangan berkira soal belanja makan minum terutama belanja dapur.

3. menantu mendoakan sekali kesejahteraan mertua semasa mendoakan kedua ibubapa sendiri.
IAllah hati mudah menjadi lembut.

4. menantu kena redha dan bersabar dengan kerenah / teguran / leteran mertua.

5. menantu kena pandai memikat & mengambil hati mertua dan seluruh familinya.

ada tambahan?? buat entri sendiri la ye ;)

HARI MAULIDUR RASUL 2011 tak mungkin aku lupakan seumur hidup. Ibu mertuaku mengajak aku pergi Masjid Abu Bakar nak dengar ceramah dengan nak makan nasi minyak katanya.
Suami?? ''takpe la..awak saje la yang temankan mak ye '' .. pulak da??
ok takpe..mak jom siap2 kite pegi masjid, kalau lambat habis pulak nasi minyak tu. haha
Alhamdulillah cuaca pun agak cerah, hasrat mak mertuaku nak makan nasi minyak Alhamdulillah tercapai. Dia cakap da lama tak pergi Masjid Abu Bakar makan nasi minyak, yela masa dia keje dulu tak dapat cuti public, ni da bersara tu yang beriya2 mengajak. Rezeki dia kan..





mak mertua : jom kita makan nasi minyak dulu, nanti ramai berebut2..
aku : eh kita dengar ceramah dulu la mak..
mak mertua : tak pe, makan dulu..
aku : yela..yela

2nd aku tak bole lupa spesel MAULIDUR RASUL 2011 sebab aku dapat mencium tangan Sultan Johor Tengku Ibrahim (Tg.Yem)..firstime dapat tatap muka baginda depan2. Wangi lembutnya tangan tak macam tangan aku yang kasar berurat2 ni. Terima Kasih Tuanku..




3rd pulak aku pegi zoo berdua dengan mak mertua aku..aku sebenarnya tak suka pegi zoo sebab iyalah bucuk dengan aku tak sampai hati tengok binatang dikurung dalam sangkar especially burung. kesian burung sepatutnya terbang bebas di udara sedeh jek muka terkebil2 mata bile terkurung gitu. Habis mak mertua aku da ngajak, kebetulan zoo bawah masjid jek. Jomla mak kita g zoo liza belanja. Haha rezeki dia lagi kan..




Apapun penat, letih, bau masam berpeluh terbalas tengok mak mertua senyum. Terbit rasa bahagia dalam hati. Terjumpa pulak dengan kawan lamanya, dipuji aku depan2 ''cantik menantu akak'' .. haha terima kasih -.-'

aku la menantu aku jugak la 'hantu'
hehe..

p/s : jadi la diri sendiri, jangan berpura2 ;)


Tuesday, January 25, 2011

cara nak buat 'back to top' button

keletak keletuk kena patah2 kan jari dulu sbelum buat entri ni. ni pada aku la, pasal jenuh jugakla bila setiap kali nak buat sesuatu terpaksala terhegeh2 bongkar segala macam blog manusia yang ada semata2 nak mencari widget yang kita cari tu. so sebagai pengajaran & ada faedah fungsinya jugak, aku nak buat satu entri khas untuk beberapa widget yang perlu dalam step mencantikkan blog.

untuk permulaan aku nak recall semula step2 nak buat button 'back to top'. penting ni, kalau takde button ni jenuh jari nak scroll up down .. kalau blog tu menjela ke bawah tak ke jenuh nak scroll up ke atas smula. ha ni la gunanya button ni, sama macam pentingnya button baju. ahaks ;)

cara2nya :

1. login masuk dlm blog sendiri, jgn blog org lain pulak..ceroboh namanya tu
2. klik untuk pemahaman lanjut..fahamkan arahannya.
3. andai kata tak minat dengan bentuk button yang muncul tu, apakata kita tukar ke bentuk lain .. macam2 bentuk ada kat sini pilih aje :)
4. yang penting kene faham baik2 step by step yang diajar, takpe sabar budak baru belajar memang gini slow. jangan main hentam kromo iAllah hasilnya akan memuaskan hati kita.

selamat mencuba :)

Monday, January 17, 2011

aku ingat lagi

membesar bersama lego..

aku terjumpa satu blog ni not really sure apa jenis kategori blog satu ni. nak kata 18SG pun ye 18PL pun ye..pendek kata kena bersedia sebarang kemungkinan bile kite klik post yang ada kat situ. haha..aku ingat owner blog ni mesti org nya kepala gile2 haha..

ni ha, terjumpa entry pasal LEGO..tak yah cakap smua tau LEGO tu amende, tipu kalau cakap tak tau. menan feveret ms kecik2 ni. ye la tak dapat beli LEGO yg real sbb mahal dapat kumpul segala macam gamba / video pun da kira ok. terimbau jugak kenangan lama. cuma yang satu video ni mmg tak percaya LEGO sebanyak tu dibuat hiasan meja..ini buktinya



GUD JOB!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara