ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, October 3, 2011

tahniah Nurull Halawati & Nur Fathia 'Stanza Cinta'


Salam kasih sayang, kenapa kasih sayang? Ini bersesuaian dengan mood berkasih sayang aku dan juga sempena tamatnya drama berepisod 'Stanza Cinta' yang telah berakhir pada hari semalam. Mujur juga ada tonton.com.my dapat kita ulang tonton semula mana² episod yang terlepas mengikutinya.

gambar : RentakArtis.com

Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan jalan cerita drama tv yang sangat hebat sekali. Garapan jalan cerita 'Stanza Cinta' ini tersangat menyentuh perasaan, hasil dari teknik dan gaya pengarahan Along Kamaruddin yang sangat berkarisma. Penghayatan watak oleh para pelakon jangan sekali kita menidakkan keupayaan mereka yang banyak melakonkan watak air mata terutamanya sekali Nur Fathia yang berjaya membuat penonton menangis dengan mimik air muka sedihnya dengan efek air mata yang mengalir..Fathia ni rupa²nya sepupu Farah Adeeba , laaa kisahnya..

Apapun, Fathia memang nampak manis dan ayu sekali bila bertudung dalam menjayakan wataknya sebagai Amni Sorfina dalam drama ni, jauh berbeza dengan penampilan menjolok matanya dalam majlis resepsi perkahwinan pasangan artis kontroversi ni..


Ok..berbalik kepada cerita kita, mari kita mengenali pula siapa pengarang asal cerita 'Stanza Cinta' yang sangat unik maksudnya ini. Nurull Halawati ialah penulis kepada jalan cerita 'Stanza Cinta' yang aku ada terbaca menurutnya 70% jalan cerita adalah memang kisah benar berlaku. Selanjutnya, bolehlah berkenalan dengan Nurull Halawati menerusi blognya yang turut menjual RENDANG TOK air tangan ibunya.

harus dapatkan satu untuk koleksi bacaan.

Petikan antara kata² yang menarik untuk dikongsikan.

"Jgn pernah meragui setiap apa yg datang dariNya dalam kehidupan kt. Atas setiap ujian dan derita, Dia telah menyimpan sebuah hikmah dan kegembiraan yg cukup besar di hujung sana. Percayalah, redhalah dan terimalah sgl ketentuanNya dgn hati yg lapang dan bahagia. disitu letaknya ERTI BAHAGIA!"

"kalau Allah sudah takdirkan sesuatu itu utk kita, walau seluruh isi alam ini mghalang kita dari mndapatkannya, kita ttp akan dpt jua. Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN utk kita, walau seluruh isi alam ini mmbantu kita utk mndapatkannya, ttp kita tak akan dpt"
copy terus daripada Facebook Novel Stanza Cinta.


p/s : tahniah kepada semua yang telah menjayakan 'Stanza Cinta' ..


Wednesday, July 6, 2011

Promo! TOLONG AWEK AKU PONTIANAK

TAYANGAN BESOK 7HB JULAI 2011 .. Transformer3 dah tengok belum???


SINOPSIS :
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.

Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.

Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.

macam best jek..sbb ada 2 org mama vogue Nurul & Sazzy



Wednesday, April 20, 2011

Enjit2 Semut Kak Limah Berhantu (o_O)

Adesss, mata sudah berat nak tidur ni, lagi2 lepas kenyang makan lunch ni..kat luar hujan lebat la pulak. sejuuuukkk dingin sampai terbayang2 bantal pelok kat rumah tu. Sabar ye mata, lagi 4jam ko nak balik tak de sapa melarang ko..

Tapi apa kaitannya Kak Limah dengan kisah aku mengantuk pulak ni?? HAHA..apa pulak tak ada kisahnya, adaaa..Pasal lagu Enjit2 Semut yang kak limah nyanyi dalam cerita HKLBR yang bila kita search aje kat enjin pencarian berlumba2 keluar nama Kak Limah. Sekarang ni bila sebut Enjit2 Semut terbayang muka kak limah sedang mengejar Abu Hanifah (si Johan)..terkencit2 dia lari..HAHA.

Tabik TOINK!! la kat Mamat Khalid sebab berjaya mempopularkan kembali lagu rakyat kanak-kanak ni, kalau tidak dah tentu kanak2 zaman sekarang tak tau pasal lagu ni. Bagi sesiapa yang bijak membaca tersirat dan tersurat mesti dah boleh tau maksud setiap baris dalam Enjit2 Semut ni. Contohnya macam si dia ni, boleh tahan jiwang kental juga jiwa dia, mana2 perempuan yang bercintan dengan dia pasti boleh tangkap leleh dengan kebijaksanaan dia mengarang ayat, tak percaya tengok sendiri kat mfauzimtahir.blogspot.com



babak johan menegur kaklimah yang bertenggek dekat kubur…johan mengajak kaklimah tumpang dia…pastuh kaklimah plak bleh nyanyi lagu enjit enjit semut, sapa sakit naek atas….pastuh johan bleh cakap, “seksi plak kak limah dalam gelap ni yer” ahahah sengallll cilok dari SINI

Alhamdulillah, dah sampai masanya aku nak buat satu contest / nak bagi hadiah kat semua orang yang terpilih sebab dah cecah TWO HUNDRED AND FIFTY, mudah-mudahan mereka semua jadi pembaca setia entri aku..Aku nak merasa jugak macamana seronok dengan peningnya bila kita menganjurkan contest dalam blog ni...IAllah, sampai lah juga masanya nanti..Idea dah ada da, nak pikir hadiah dan budget aje..


Friday, January 21, 2011

kisah AYU RAUDHAH - ZAQUAN ADHA

sinopsis :

AYU RAUDHAH sepotong nama yang cukup dikenali dengan keayuan kejelitaan wajahnya. hai bertuahnya empunya badan punya pakej peribadi & personaliti menawan dan perfect di mata seorang jejaka ZAQUAN ADHA. siapa ZAQUAN ADHA pulak ni? tak payah la nak diperkenalkan lagi. hemm bagai merpati dua sejoli dan pinang dibelah dua. sepadan sesangat..i like them very much.







Pemilihan tarikh yang cukup keramat dan menarik susunan angka2 nya 21.1.2011 telah pun menjadi satu tarikh bersejarah buat pasangan personaliti apabila menjadi 'Wedding of the Year'..aku gerenti mesti meletop la kisah perkahwinan Ayu & Zaquan ni. Apapun aku mendoakan kebahagian dan keharmonian berumahtangga untuk Ayu dan pasangannya. Harapnya lepas berkahwin Ayu teruskanla kariernya sebagai pelakon pasal aku minat gile dgn mutu dan bakat lakonan Ayu Raudhah terutama dalam drama bersiri Janji Kekasih ..
tabik toinkkk kat Ayu :)

wah..tak jemu mata menengok menatap kecantikan Ayu bila bergandingan sebelah Zaquan. Both of them are very gorgeous!!

kredit to empunya Tertunai Hasrat DiHati dan jgk kat http://beautifulnara.com


Zaquan+Ayu | 30.01.2011 from mashelmy on Vimeo.
baca lanjut http://www.murai.com.my

lastly full credited to piccalasso dengan
www.ohbulan.com atas kesudian berkongsian gambar / video untuk tatapan peminat Ayu Raudhah macam saya ni..terima kasih daun keladi lain kali upload banyak2 lagi ..

Sunday, January 16, 2011

MAGIKA

MAGIKA antara filem muzikal yang terbaik sampai berulang kali aku menontonnya. masih belum terlewat aku nak ucapkan tahniah kat 3 beradik hotai KRU yang penah mendapat jolokan gelaran jejaka terhebat di malaya satu masa dulu. Umum da tau, MAGIKA di 'action & di 'cut' oleh Edry Abdul Halim dibarisi para pelakon yang ternama antaranya Diana Danielle, Mawi, kak ZianaZain, sifu M.Nasir, Sh.Aleya/Amani, Fimie, Pak Nil dan ramai lagi laaa..diorang ni smua la yang bantu jadik penarik peminat reramai nonton. tgk baru je 4hari tayang kat panggung MAGIKA catat RM1.3juta beb!! betul tak caya BACA ni

apalagi aku nak puji abg2 KRU pasal MAGIKA ni ye 
(bukan dpt komisyen pun hehe..)

oh yes, kebanyakan lagu2 dlm MAGIKA memang best didengar. intro nye pun da bagi lagu best 'Gebang-nyanyian Puteri Bunian' yg cun melecun dilakonkan Maya Karin. sampai la ni terngiang2 kat telinga aku lagu tu. yok kite layan jap lagu ni



okla, dipendekkan cerita..MAGIKA ni ceritanya memang sesuai ditonton seluruh famili sbb dari awal sampai habis cerita ni banyak sentuh isu2 kekeluargaan / persahabatan. Adik beradik gaduhla macamana pun akhirnya berbaik jugak..isu persahabatan (cintan2 kot..) pun ada diterapkan antara watak Ayu & Badang..selainnya sesapa yang dah nonton tau la mcmna jalan cerita ni..layan dengar lagi ..



MAGIKA by (KRU) mmg meletop!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara