ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label kalimahNya. Show all posts
Showing posts with label kalimahNya. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

muhasabah diri ~ Maal Hijrah 1433H (beserta Doa)


Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....


Syahdu sekali setiap baitan ayat² dalam puisi di atas, sekaligus meruntun sekeping hati ini yang terlalu jauh leka melupakan Allah yang Maha Esa. Dalam kesibukanku mengejar keduniaan, kebendaan sampai terlupa ada tanggungjawab besar aku terhadap Allah iaitu sempurnakah amalan ibadah aku seharian? Kalau cukup pun solat lima waktu ku, Allah terima ke solat aku itu? belum lagi amalan ibadah sunat yang lain yang jarang² sekali aku luangkan masa melakukannya T_T

Masya Allah Maha Suci Allah..walaupun aku alpa dan banyak kali mengabaikan solat dan kekadang terlupa membasahkan bibirku dengan zikir tanda mengingati Allah, namun Allah tetap memberikanku rezeki secukupnya. Rupa²nya Allah masih memberikan aku ruang dan kesempatan untuk bertaubat juga peringatan bahawa Dia sentiasa berada bersama aku tak kira apa pun situasi baik susah atau senang, sedangkan aku?


Terima Kasih Ya Allah..walau apapun aku lakukan, aku pohon banyak² kepadaMu agar Kau ampunkan aku Ya Allah, aku pohon Kau terus melindungi aku daripada sebarang punca kejahatan yang menyesatkan dan memesongkan aku daripada mengingatiMu. Sempena sambutan Maal Hijrah 1433H ini, Kau panjangkanlah usia hambaMu ini, kurniakan aku kesihatan fizikal dan mental yang sempurna agar aku berupaya mencari keberkatanMu dalam hidupku untuk kehidupan di dunia dan bekalan akhirat. Kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selamat Menyambut Awal Muharam 1433H kepada semua muslimin muslimat. Semoga kita sama² berolih keberkatan dan keampunan Allah SWT. Sama² juga kita diberikan kekuatan untuk melakukan ikhtiar membaca Doa Akhir & Awal Tahun.

Doa Akhir Tahun.
Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.


Doa Awal Tahun. 
Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.



Saturday, June 18, 2011

Nasihat Luqman Kepada anaknya


Assalamu'alaikum wr wb,

Luqman adalah seorang yang diberikan hikmah/kebijaksanaan oleh Allah. Satu hikmahnya adalah untuk selalu bersyukur kepada Allah:
“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". [Luqman 12]

Luqman mendidik anaknya agar tidak mempersekutukan Allah. Nasehat Luqman kepada anaknya wajib ditiru oleh ummat Islam lainnya.

Jangan Mempersekutukan Allah
Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kelaliman yang besar". [Luqman 13]

Ummat Islam tidak boleh menyembah Tuhan selain Allah atau musyrik. Syirik adalah dosa yang tidak diampuni oleh Allah.

Berbuat Baik Kepada Orang Tua
“Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu“ [Luqman 14]

Ibu kita mengandung kita selama 9 bulan. Beliau juga sampai berdarah-darah dengan resiko kehilangan nyawa ketika melahirkan kita. Belum lagi mereka harus sabar merasakan rengekan dan tangisan kita bahkan mungkin pukulan kita ketika masih kecil. Mereka memberi kita makan, minum, pakaian, pendidikan, dan sebagainya. Sudah sepantasnya kita berbakti pada mereka.

Tidak Mengikuti Orang Tua dalam Kemaksiatan dan Berbuat Baik kepada Mereka
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” [Luqman 15]

Berbuat Baik Meski Sedikit
Lukman berkata: "Hai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan membalasinya. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” [Luqman 16]

Mengerjakan Shalat, Menyuruh Kebaikan dan Melarang Kemungkaran, serta Bersabar
Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [Luqman 17]

Jangan Sombong
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman 18]

Rendah Hati dan Tidak Berkata Kasar
“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.” [Luqman 19]

Itulah nasihat Luqman kepada anaknya yang diabadikan oleh Allah dalam Al Qur’an. Semoga kita semua bisa mengamalkannya dan mengajarkannya kepada anak kita. 

~ email ~



Friday, June 10, 2011

[kelebihan] Pembaca Pengamal AlQuran



HADIS DARI NABI MUHAMMAD (SAW) JANGAN  SKIP tanpa membacanya terlebih dahulu

Hadis yang Menarik..

Rasulullah (SAW) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (SAW) bersabda : 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...
Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'



Friday, June 3, 2011

Selamat Menyambut Bulan Rejab 1431H

BuLaN ReJaB MenJeLanG TiBa...

SaMa-SaMaLaH KiTa SamBut KeTiBaAnNyA  haRi iNi 3hb June '11 dgn PeNuH RaSa ImAn, TaQwA, CiNtA DaN IkHLaS ..LaNtAs  TeRuS  MengAGUNGkan SeRtA MeMuJi ALLAH DeMi "RAHMAT & KEREDHAAN" DaRinya SeRtA TerGoLonG Di KaLanGan OrAnG- oRang Yg BerIMAN...AMIN...


 
 Telah disebut didalam Musnad Imam Ahmad (1/259)

حدثنا عبد الله ، حدثنا عبيد الله بن عمر ، عن زائدة بن أبي الرقاد ، عن زياد النميري ، عن أنس بن مالك قال : كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا دخل رجب قال : اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبارك لنا في رمضان وكان يقول : ليلة الجمعة غراء ويومها أزهر .

Menceritakan kepada kami Abdullah, Ubaidullah bin Umar, dari Zaidah bin Abi ar-Raaqod, dari Ziyad an-Numairi, dari Anas bin Malik berkata ia, Adalah Nabi shallallohhu ‘alaihi wasallam apabila masuk bulan Rajab, beliau berdo’a ; “Ya Allah berkahilah kami dibulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Bulan Ramadhan. Kemudian beliau berkata, “Pada malam jumatnya ada kemuliaan, dan siangnya ada keagungan.
RebutLaH PaHaLa.. 
BeRiBaDaH di BuLaN ReJab






SuCikAn HaTi KiTa dgn TaUbaT, KeIkHLaSan & BaSaHkaN LiDaH KiTa dgn ZiKiRulALLAH .....
SUJUDLAH .......KHUSYUKLAH...
 






SeMoGa ALLAH MeReDhaI KiTa 
& TerGoLoNg Di KaLaNgan Org2 BerTAKWA....
 


AwAs  
"NERAKA ALLAH"  
AdaLaH BeNaR...
 


BerGeMbiRaLah.. 
"SYURGA ALLAH" 
 iTu BeNaR..
 


ALLAHHUAKABAR !  
BerDOAlah aGar  ALLAH AmPuni dosa-DOSA kiTa, KaBuL HaJaT & TeriMa AmaLan Kita....TeRuSkan BerDoa ...
“Allahumma bariklana fii Rajaba wa sya'ban, wa ballighna Ramadhan"

“Ya…Allah berikanlah keberkahan di bulan rajab dan sya’ban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”

 
INGAT !  
CINTAI ALLAH & RASUL  
PeliTa HiduP DuNiA Ke SyurGa.....



Wasallam....

p/s : sebarkanlah untuk kebaikan bersama [email]





Saturday, January 15, 2011

Amalan Ayat Tujuh - Untuk Pelbagai Masalah [share]




Ayat ini biasanya dikenali dengan panggilan Ayat Tujuh. Ianya merupakan gabungan dari ayat-ayat Al-Quran yang terdiri dari beberapa surah. Jika anda mencetak ayat ini untuk diamalkan, pastikan kesemuanya mempunyai tujuh ayat, kerana imej diatas mempunyai dua bahagian.
Kebiasaannya saya menganjurkan mereka-mereka yang tertekan dengan masalah-masalah duniawi untuk mengamalkan Ayat Tujuh ini selepas solat subuh dan selepas solat maghrib, atau sebelah siang sekali dan malam sekali.
Menurut ulama’-ulama’ yang mu’tabar, barangsiapa yang mengamalkan ayat ini, tiada kuasa seseorang itu memberi mudharat kepadanya. Dan sekiranya jikalau tertutup langit dan bumi sekalipun, insyaALLAH terlepas ia dengan izin Allah swt.
Barangsiapa mengamalkan membacanya di pagi dan petang, insyaALLAH akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada pedaya musuh dan bala dengan izin Allah.
InsyaALLAH juga Allah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan, fitnah dan dikasihi hamba-hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
Kesimpulannya, ayat ini lazimnya diamalkan dengan mengharapkan redha Allah swt, dan moga-moga Allah swt melepaskan atau memberi kemudahan dari sebarang kesulitan dan kesusahan. 

SUMBER : email

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara