ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Saturday, June 4, 2011

Berita Terkini & Acar Buah



2 berita hangat hari ini, baru tahu ni tu yang excited nak share kat sini..



1. Tahniah kepada K Rajagopal (gambar kanan) kerana telah mendapat & menerima gelaran Datuk kurniaan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari ulangtahun keputeraan Baginda [aku dah agak dah, K Rajagopal pasti bergelar Datuk satu hari nanti].

2. Menurut Dr Azizan Osman (jutawan Richworks), Afdlin Shauki dulu pernah jatuh (gagal) tapi tak semua orang tahu sejarah kejatuhan Afdlin. Rupanya dahulu Afdlin pernah dikekelingi hutang, kereta pernah ditarik & menghadapi masalah kewangan tapi akan dibongkarkan cerita bagaimana Afdlin hadapi cabaran hidup lampaunya dan bagaimana Afdlin bangkit daripada kejatuhannya? Hmmm satu pengalaman yang sememangnya menarik untuk dikongsi bersama. Tungguuuuu..

ok...back to my next subject :

^-^ jemputan ke majlis kenduri kahwin semakin bertambah, kalau katakan ahli keluarga ada 4 orang maka setiap seorang akan mendapat jemputan kahwin di 4 tempat berbeza..Macamana satu utara, satu selatan satu timur satu barat..hihi pening kepala nak tentukan tempat kenduri mana yang nak pergi dulu.

Juadah lauk kenduri kebanyakannya sama saja di kebanyakan tempat, balik2 kari dalca, ayam masak merah, rendang daging & acar timun/nanas. Nasi tak kisahlah semestinya nasi minyak, nasi beriani dan ada juga nasi putih di segelintir tempat. Sebenarnya jarang lauk acar buah disediakan padahal itulah menu kenduri kegemaran aku. Acar buahnya pula mestilah menggiurkan maksudnya merah pekat (pekat, pedas, masam & manis sebati rasanya) haii terliur bila aku membayangkan acar buah ni.

Tadi pegi jemputan kahwin takde pon diorang hidang acar buah. Besok ada lagi jemputan, jauh jugak tempatnya. Harap2 tuan rumah adalah menghidangkan acar buah yang sedap & special. Kalau tak ada, terpaksalah makan sahaja hidangan lauk yang ada. Dalam hati ini, kuat untuk belajar masak acar buah yang special, lepas tu ada hati nak komersialkan jual serata tempat. Hihihi berangan macam cukup modal je nak bisnez kan..kawan2 blogger, saya nak pinjam duit boleh tak nak buat modal? HIHI tak nak lah nanti jadi macam kes PB pula.



2 comments:

Geng Borak said...

waaahh.. sedap kan acar buah! nyum nyum.. jom Kenduri KFC!!

Unknown said...

acar buah mmg sedap, terbaek!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara