ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Thursday, August 11, 2011

Fida: Tandatangan Mamat buat saya jatuh hati



11 Ogos – "Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.

Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.

Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."

"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.

Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.

"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.

sumber : Yahoo News

p/s : eh! kalau tak silap, si Mamat Sepah ni bercouple dengan adik gitaris Kristal si Rudy tu, takkan dah break-off kot?





2 comments:

Geng Borak said...

mamat ooh mamat.. kawin aje laaah.. hehee

Afasz said...

lor....cpt cpt la kawin ...jgn nak main kan perasaan anak dara org ...:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara