ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Tuesday, August 9, 2011

Kad Raya kiriman Blogger Terkenal..TQ!!

Ahlan Wa Sahlan, syukran-syukran ya sahabat atas kiriman kad raya pertama yang aku terima tanpa disangka2. Alhamdulillah, kiriman kad raya tanda ingatan dan tanda terjalinnya persahabatan telah ku terima daripada salah seorang Blogger yang terkenal.

Siapa dia Blogger itu? Dia terkenal dengan kerajinannya membuat segmen dan siapa yang menang segmen itu akan diberikan hadiah. Ada kebanyakan hadiahnya dibeli sewaktu kunjungannya ke tempat2 tertentu. Kegemarannya melancong telah dikongsikan bersama teman2 maka diabadikan setiap gambar yang diambil dan diceritakan perjalanannya itu dalam satu blog khas travelnya . Aku pernah join antara segmen GiveAway yang diadakan dan bernasib baik menang walaupun bukan hadiah utama, jadilah kan? sapa nak bagi? boleh baca kat SINI.




Dialah Edy Zaidi .. Terima kasih banyak2 atas kiriman kad raya awak ni ye. Sekarang ni dah tak ramai yang mengirim kad raya semuanya melalui kiriman SMS atau ucapan di wall Facebook. Ringkas, ucapan raya pun pantas diterima. Tapi secara tradisinya, kiriman kad raya ni seakan2 nak pupus, hanya segelintir sahaja yang masih berpendapat tradisi ini patut diteruskan. Sekeping kad raya sebagai pengganti diri mampu menggembirakan seseorang penerima, setidak2nya merapatkan hubungan antara dua pihak yang saling berjauhan serta mampu melembutkan hati seseorang untuk sudi memaafkan setiap kesalahan terdahulu dengan baris2 kata ucapan yang bisa mencairkan hati bila kita membacanya. Oh! sangat nostalgia bila teringat kenangan2 lama suatu masa dulu. shhhh..biarlah rahsia. 

Apabila sebut pasal sambutan raya, jangan kita lupakan insan2 yang sedang sedih berduka. Kesempatan ini diambil untuk aku mengucapkan salam takziah kepada ibu saudaraku MakMah dan anak2nya atas pemergian suami / ayahanda tercinta semalam (terima kasih kepada penulis entri ini)..ditambah pula dengan ratap pilu aku sekeluarga dalam menyambut ulang tahun setahun pemergian Arwah Atok lelaki yang jatuhnya pada hari ini 9 Ramadhan. Al-Fatihah untuk kedua2 arwah dan semua ahli keluargaku juga seluruh muslimin-muslimat yang telah pergi menemui-Nya.



4 comments:

Geng Borak said...

tahun ni kid tak dapat laa kad raya.. huhuhu

Unknown said...

kalau kid nak kad raya, kid mulakan bagilah org lain dulu, nanti diorang balas..hehe

kemboja said...

zaman sekolah dulu selalu lah antar kad raya kat kawan2 walaupn 1 kelas duduk sebelah menyebelah jer.. haha.. menhabihkan duit setem jer hehe
sekarang ni macam dah semakin melupakan dah kad raya.. dunia semakin canggih

Unknown said...

alhamdulillah...sampai gak kad raya tu...nasib still simpan alamat pemenang2 giveaway dulu2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara