Bakat yang ada jangan dipendam dan jangan dibiarkan..
Tak kirala bakat apa pun, samada dikesan semulajadi atau ia dicungkil bakat adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Bakat juga kadang2 boleh menjadi trademark seseorang sehingga menjadi ikon kepada orang lain.
Dia amat berbakat orangnya, berbakat dalam dunia lukisan & muzik. Mostly masa utamanya lebih ke arah seni lukisan. Bakat melukisnya telah dapat dikesan sejak zaman kecilnya lagi sehinggalah sampai ke tahap sekarang. Sesungguhnya secara peribadi, aku amat kagum dengan kebolehannya. Tetapi amat sayang kerana bakatnya tidak dapat diperkembangkan di negara sendiri mengikut saluran yang benar2 boleh membantu mempromosikan hasil lukisannya itu. Apa yang aku faham, sekarang dia sedang berusaha keras menghasilkan sebuah komik animasi grafik ideanya sendiri.
Aku tunjukkan beberapa contoh animasi komik yang bakal dikeluarkan tak lama lagi..Aku sendiri pun takde komik nak dikeluarkan..apatah lagi nak melukis kaku macam kayu.
Sebelum ni juga dia telah menyertai satu festival lukisan grafiti besar2an anjuran Balai Seni Lukis Negara dan DBKL yang berjaya mengumpulkan kesemua penggiat & peminat grafiti tempatan. Aku berbangga dengan dirinya. Sekurang2nya dia dapat menimba pengalaman berharga daripada penyertaannya itu. Terima kasih kepada harian metro yang menyiarkan berita tentang festival itu.
Nama femesnya Monche Ruevaga .. he is my 3rd of five siblings all of us..kata orang tua2 anak ketiga ni pelik siket daripada adik bradik yang lain. Aku rasa betul la tu..memang dia beza daripada yang lain sebab dia gelap sket, degil pun iya tapi baik hatinya. Aku as kaklong nak doakan smoga tercapai segala impian dan cita2 nak sebaris dengan kartunis negara. Mana la tau rezeki dia, Allah yang Menentukan. Aku yakin dengan kebolehan dan semangat juang dia yang tak mudah putus asa.
Teruskan usaha & bertawakal kepadaNya, IAllah kemenangan akan diperolehi. Kami sekeluarga sayang kamu ..
2 comments:
fuhh. tak sangka kan... setiap orng punya seni dan bakat.. mungkin perlu di cungkil dan di asah... baru menyerlah
ye betul tu dok..
da polish baik da bakat dia yang ada cuma peluang nak publish diri aje masih perlukan usaha lebeh lagi..
Post a Comment