singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Saturday, February 12, 2011

Blog dia ada style laa..

Terlebih dulu aku nak minta maaf la jika apa yang hendak aku katakan dalam entri kali ni buat korang tak puas hati ke, tersinggung atau seronok sangat ke..sebab ini cuma pandangan peribadi aku sendiri. tak dipengaruhi mana2 pihak pun. Ini la aku nak kongsikan hasil blogwalking (bw) aku selama hampir empat bulan dalam dunia blog.



Yela mana la tau kan..mulut orang..eleh baru empat bulan da kepo-kepo nak banding2 kan blog orang lain dengan blog aku. BUKAN macam tu lah!! takde niat ape pun sekadar nak berkongsi hasil pemerhatian bw aku itu aje.

Tula dia..tak rugi pun bw ni, kene peramah la..macam2 style blog aku jumpa. Secara rawaknya aku akan pilih blog tertentu sebagai rujukan, bukan untuk dibuat perbandingan ye. Jangan salah faham di sini. Kat sini kelebihannya tentulah empunya blog yang terpilih 'dapat promosi atas angin' hehe..tak kisah tolong menolong menaikkan traffik diorang :)


ANTARA BLOG YANG DAH TERKENA!!

1. BLOG MASAKAN - aku suka memasak, suka cari & kumpul resepi. Segala macam gambar masakan membuka selera..Blog masakan wanorizan yang aku suka singgah mencedok resepi. Blog Kak Nor pun best jugak, tak lokek berkongsikan resepi cuma aku aje yang pemalas nak cuba..

2. BLOG SELEBRITI / personal - ha..yang ni aku tau pasal sicantik manis ni daripada Harian Metro menyenaraipendekkan Hanis Zalikha sebagai top-ten carian Google di Malaysia..gempak seh Hanis Zalikha ni..sepotong nama semanis & secantik Mamanya. Inilah kelebihan yang ada pada kedua beranak ini, sama hebat sama cantik.

3. BLOG ISLAMIC - Antara blog bercirikan islamik pertama aku jumpa ialah sahabatmusleem, isipatinya menarik, diselitkan juga kaedah tutorial & lagu latar nasyid yang syahdu didengar. Blog ni jadi rujukan aku, tapi sayangnya aku masih tak berkesempatan berbalas2 chat dengan empunya blog..tanya pun tak dibalas atau dia sudah .. (sebab tak berupdate, maaf..) Sebab, ada satu blog (aku tak ingat nama blog tu) aku baru nak follow tapi terbaca satu statement memberitahu empunya blog sudah 'tiada'..(sedeh gak masa tu) - Al-Fatihah..

4. BLOG TUTORIAL - Perit jerih nak fahamkan macamna nak bina satu blog aku banyak rujuk kat sini bersengkang mata aku belajar buat sampai dapat. Kalau nak cari widget blog pulak tanya si adi. Lain2 tu sendiri pandai godek la..carik sendiri baru puas hati. Apapun, terima kasih aku ucapkan kat brother Joy sbb dia jugak yang pertama banyak ajar aku selok-belok buat blog..tq bro :)






5. BLOG SUKAN - hemm..ni biasanya peminat fanatik sesuatu sukan buat satu blog khas. Kita tak boleh halang minat diorang kan..kalau tak caya bole jenguk blog United Minds..bro sorang ni mcm tau2 je aku nak buat entri khas ni, dia baru je follow aku, tengok tak pasal2 dapat backlink tak berbayar..hehe

6. BLOG POLITIK - Aku jarang masuk & jarang sekali terjumpa blog yang berbau politik ni. Kalau nak kena rajinlah cari dalam tenet. Alhamdulilah dapat kenalan blog yang minatnya ke arah isu2 politik jom la kenal ngan burhan al-helmi, sporting orangnya..Tapi kalau korang minat politik bolehla follow tip-top blog politik antaranya Tun M, 1 Malaysia_PM Najib dengan mummyrokiah..banyak membaca luas pengetahuan korang hiks..

7. BLOG HIBURAN - yang ni tak payahla aku bagitau sebab majoriti sukakan hiburan..cari je kat tenet gosip2 hangat keluar la apa yang dihajati. Hiburan ni tak semestinya isu2 gosip, movie, TV dan Radio pun tergolong jugak. Blog ni aku baru je tau kewujudannya, tang2 kalau nak tengok movie tonton kat radiogempak, memang gempak giler!

8. BLOG 'JUNIOR' - Adik2 sekolah / kolej zaman sekarang sangat advance, muda2 lagi da pandai berblog..malu aku tau. da umur macam ni baru terhegeh2 nak buat blog sendiri..contohnya blog adik farah..blog tentulah comel kiut miut macam tuannya jugak. Kita bole kenal & follow diorang tak de salah pun. Malah blog diorang lebih cantik berblink-blink colourful gitu..tapi kerja sekolah jangan malas buat ye dik, kerja rumah pun rajin2lah tolong ibu kat rumah barulah thumbs up! betul tak??



- to be continued -

p/s : ops..apa kata luangkan masa sekejap buang undi kat box survey sebelah tu.
terima kasih :)


5 comments:

burhan al-hilmi said...

thx2 promote..hehe..
insya allah akan balas balik nnti :)

leyzajamil said...

sama2..xpe kt kan kawan.

Aku Dan Teksi said...

aii...lawan tokey ni..he3x.

Bagus cerita macam ni,ada gaya tersendiri.

Arpiiz said...

agak2 blog awak ni, jenis blog apa..^^

leyzajamil said...

Joy : tq joy.
Arpiiz : ini jenis blog carik jodoh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara