singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Monday, March 28, 2011

baliklah Nak walaupun sekejap..


A'alaikum..& happy Monday Blues ~

Sabtu lepas habis je waktu kerja, aku terus cabut balik kampung bersendirian tanpa ditemani suami tercinta, namun aku tak keseorangan sebab ramai penumpang di dalam bas ekspres..Balik hari Ahad keesokan malam harinya by tren KTM Senandung and sampai JB 545 pagi tadi. Alhamdulillah perjalanan pergi balik lancar tanpa sebarang halangan..

Terpancar keriangan di wajah MakAbah & adik bongsuku apabila aku pulang bertemu mereka kelmarin. Tak henti2 kami bertukar2 cerita lagi2 mereka yang baru seminggu pulang ke tanahair dari menunaikan Umrah di Tanah Suci Mekah. Saling bertukar2 gambar melalui bluetooth di handphone masing2..Gembira tak terkata menatap wajah ahli keluargaku tersayang..namun jauh di sudut hati MakAbah, aku tau mereka rindukan kepulangan adik2ku yang lain.

Bukan RM mewah yang MakAbah harapkan, sebagai anak2 korang tentu tau apa yang kebih diharapkan ibubapa kita selain kepulangan kita ke kampung menziarahi dan bertanyakan khabar mereka walau sekadar dalam telefon. Kalau nak tunggu hari cuti umum atau budget dah cukup baru nak balik ke kampung, aku memang tak boleh nak bertangguh tak boleh tunggu lama lagi..itu yang aku merayu minta keizinan untuk pulang ke kampung daripada suami tercinta yang amat memahami..Tq Sayang.

Alhamdulillah, MakAbah amat memahami dan tidak banyak mengungkit2..tapi sebagai kakak sulung, aku menyeru kepada adik2ku yang terlalu memberikan komitmen kepada kerjaya mereka sesekali luangkan lah masa korang telefon / balas sms walau sebaris dua ayat tak pun ambil cuti sehari dua bercuti rehat di kampung. Aku tak tau nak cakap macamna dah, semua dah besar panjang dah boleh berfikir waras.

Baliklah walau sekejap, gembirakan hati MakAbah kita selagi hayat mereka masih dikandung badan. Peluk dan cium tangan cium pipi kiri kanan MakAbah kita, iAllah terasa kebahagian sejati yang kita cari2 selama ini. Duit dan kerja boleh dicari, tapi MakAbah tak ada calang gantinya..Ingat la adik2ku, umum semua dah tahu restu IbuBapa tergantung kepada restu Ilahi, cari lah sebanyak mana restu IbuBapa IAllah hidup kita akan diberkatiNya dunia akhirat. Allah Maha Besar!!

Rindukan senyuman Mak Abah yang semanis kurma.


6 comments:

Cekodok said...

bukan tanak kol.. sebak... bulan depan nak balik la...

Firdaus Kasim said...

tapi rasanya bila dah balik, takde sekejap2 dah.. mesti lama2.. hehe

mykhalis said...

hari2 balik kampung..sbb duduk ngan mama n papa..hehe

hottest entry di blog khalis :
Kantoi ketika skodeng

KiD said...

balik laaa.. walaupun sekejap... :)
Bahaya Beli TV LCD Murah!

Nur Hanani said...

yer betul..baliklah selalu. takpun, telefonlah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Mak abah kita tu,suka kalau anak dia balik atau kol..Betul.dari nada suara, kita boleh tahu.. :)

Jom baca ni: Discover Your Miracle with Lancôme Maqui Miracle..

Jery_Alid Misyahzniirf said...

betul tu, kita pun turun rasa gembira bila melihat mereka di hadapan mata kita sendiri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara