ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Tuesday, March 29, 2011

urutan kasih sayang untuk tercinta

A'alaikum & salam hari Selasa yang penuh kedamaian..

Jika sebelum ini, Cintaku mengadu sakit2 dan lenguh2 kaki, aku akan pakaikan koyok kat tapak kakinya tapi masih belum berkurangan lagi sakit lenguhnya tu. Terbaru, cintaku telah meminta aku mengurut kedua belah kakinya. Hemm..nampak gayanya aku harus menambah ilmu kemahiran teknik dan gaya urutan yang betul demi untuk membahagiakan hati Cintaku tersayang.

Ayuh para isteri, kita rebut sama2 pahala dalam menawan hati suami kita, JANGAN REBUT suami orang lain sudahlah ye ;)

1. Rasulullah saw menyebutkan di dalam hadithnya bahawa apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik, maka ia memperoleh pahala jihad.
2. wanita yang menjada adab rumahtangga akan masuk ke syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya. Dia akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yakut.
3. wanita yang menjaga solat dan puasa serta taat pada suami (selagi suami tidak melanggar syara’) akan diizinkan Allah memasuki syurga dari mana2 pintu.
4. wanita yang melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Pahala ini menunjukkan kasih sayang Allah kepada wanita yang melayan suaminya dengan ikhlas tanpa khianat sedikitpun, samada suaminya di rumah atau di luar rumah.
5. wanita yang mengurut suami tanpa di suruh akan mendapat pahala 7 lapis emas dan wanita yang mengurut suaminya setelah disuruh akan mendapat pahala 7 lapis perak.
6. wanita yang meninggal dalam keadaan suaminya redha akan masuk syurga.
7. wanita yang memandang suaminya dengan penuh kasih sayag akan dipandang Allah dengan pandagnan rahmat. Semakin lama pandangan isterinya kepada suaminya, semakin besar rahmat Allah.
8. wanita yang tetap melayani suaminya dengan baik dalam keadaan suaminya marah, ia akan mendapat pahala separuh jihad.

Cintaku tak pernah merasa lagi urutan CAKAR HARIMAU istimewa dariku, jadi kesempatan inilah aku nak belajar serba-sedikit tips teknik mengurut supaya dia tahu aku pandai mengurut. Takdela asyik2 gaya urutan yang sama aje aku urut dia, yelah ini untuk mengelakkan Cintaku melencong ke tempat yang tak sepatutnya nanti. Nau'zubillah minta dijauhkannya Ya Tuhan.


Gambar & teknik2 CAKAR HARIMAU di SINI 


Aku juga kena biasakan diri menelek tapak kaki Cintaku untuk diurut bagi melegakan kesakitan setidak2nya manalah tahu aku boleh ternampak syurga yang telah dijanjikan untuk aku olehNya, I'Allah..



Info Panduan Pemakanan Meredakan STRESS juga sangat berguna untuk diamalkan. IAllah seisi rumah menjadi sihat, riang dan hidup harmoni selama2nya. IAllah suami pun tak akan cari yang lain...


1 comment:

Shafa said...

thanks. info bagus terutama cakar harimau tue... boleh praktikkan nie. ^___^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara