singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Wednesday, March 9, 2011

Rebut parking kereta dengan jiran India

Berbaloi tak kalau kita bergaduh dengan jiran sebab berebut tapak parking kereta?
al maklum rumah flat parking tentu lah terhad. Tu sebab kitorang yang lagi lama menghuni tinggal kat flat ni masing2 ada 'penanda (tong)' menandakan tapak tu da reserved. Jiran India yang aku maksudkan ni baru jugak la pindah situ, tapi kengkadang berani 'curik' parking kitorang. Mentang2 parking tu depan rumah dia, kami pulak dok tingkat 4 paling atas, takkan nak angkut kereta parking atas??

gambar contoh

Tapi pagi tadi, aku baru perasan tong tapak kereta kami da hilang. Makanya, aku berlalu pergi kerja dalam kerisauan bimbang tapak kereta akan 'diceroboh' kereta orang lain. Sedangkan da letak tong pon masih ada orang berani parking kereta kat situ, apalagi kalau tak de letak tong.
Cepat2 telepon mak tolong carikan penanda baru buat sementara tak kira la apa pon, kon kecemasan pon boleh la..bukan apa aku malas nak bergaduh dengan jiran india bawah flat tu. Jangan2 dia yang sembunyikan tong parking kitorang buat tanam pokok sireh dia kot.

Kadang2 menyirap darah bila penat2 balik kerja, tengok diorang parking kereta kat parking kitorang. Bila aku hon secara berhemah baru lah mereka terhegeh2 alihkan kereta. Tak angkat tangan pulak tu!! Kadang2 aku malas nak bergaduh aku diamkan masih boleh bersabar, terus parking jauh & naik rumah.






Entahla, sampai bila isu berebut parking ni nak berterusan??
Penatlah..letih sangat2.
kita cuba nak baik2 ngan dia, dia makin sengaja nak mencabar2 kesabaran kita pulak.

Jadi aku tak rasa lagi SEMANGAT 1 MALAYSIA yang dikempenkan PM betul2 diterima pakai dalam kelompok masyarakat penduduk flat kami tinggal ni. Majoriti penduduk bangsa Cina, memang ni kawasan diorang sampaikan aku dapat tau dulu kawasan ni pernah dicap sebagai 'black area' sebab banyak kes2 jenayah dan kes samseng. Alhamdulillah sekarang aku tengok aman damai, cuma segelintir penghuni aje yang masih duduk menyombong diri tak bertegur sapa.

Inilah realiti kehidupan tinggal di kawasan flat. Yelah, selama ni aku dibesarkan di Felda & perumahan bandar..semangat kejiranan memang terbaek! Duk flat ni jiran depan rumah berseluar dalam aje pon pernah aku tertengok. Malu aku masa tu. Macam2 la..malas aje nak stori sini.


3 comments:

Nur Hanani said...

Parking tu berbayar ke? Kalau dok umah flat memang macam tu.. slalu berebut dan parking sentiasa beralih tempat.. Penanda baru letak kapal terus ke?? :D

Entri Terkini: Penjawat awam ramai yang muflis??

leyzajamil said...

memangla tak berbayar, kira sape cepat dia punye. kalau berbayar mau gaduh bertumbuk kat situ jugak.

Cekodok said...

hehe.... susah jugak kan.. semua masing2 berkereta.. kadang lebih dari satu.. mungkin parking yang disediakan tak ckup...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara