ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Tuesday, March 8, 2011

Amalan mandi malam makan diri sendiri

Sakit2 sendi, jari2 tangan sudah terasa sakit bisa2 dan kebas2 kaki sesekali terasa jugak. Kengkadang dada pun terasa sakit senak semacam lagi2 bila cuaca sejuk. Pendek kata badan memang lemah dan lesu. Ini tak boleh dibiarkan, aku mesti cari jalan solution. Umur masih muda aku tak nak sakit2 badan. Aku tau itu antara simptom2 awal atau AMARAN buat aku supaya jangan mandi malam lagi. Dasar degil terima sendiri akibatnya!!

Aku tobat tak nak mandi malam lagi lepas ni. Walau panas sekalipun, kalau terpaksa mandi aku mesti mandi air hangat, tidur lebih lena. Tak pun gosok gigi, cuci muka cuci kaki celup2 dah cepat2 keluar jangan berkubang lama2 dalam bilik mandi. Jimatkan air pun ye jugak. Secara tak langsung ia membantu mengurangkan bayaran bil air untuk bulan seterusnya.

Antara kesan ketara akibat mandi malam ialah mengakibatkan sakit 'rematik' (ni mesti yang jumpa penyakit ni jugak pencipta matematik hihi..da sakit pun masih nak gurau2 lagi)

info : sumber rematik 1 & sumber rematik 2

Ini kesan terdekat yang MESTI aku elakkan :

MELAKA -

Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!

Ya Allah..sihatkan lah tubuh badanku

Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos. Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu. Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.

'Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan,' katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.

Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.

'Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja. Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh,' kata pesara tentera itu.

Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit. Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.

'Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat,' katanya.



9 comments:

Anonymous said...

boleh kena paru2 beraiir.. bahaya2.. gua tak mandi malam.. sebab gua jimat air.. haha

Unknown said...

patutla cekodok bau ashem..

Maya Dhira said...

haa yeke?? abah maya selalu sgt mandi mlm..kadang2 kul 2 or 3 pg...dr maya kecik hingga lah maya dah 23thn..alhamdulillah xde ape2 wt mase nie

Aesya Zealous said...

waaa...xmau lumpuh...

Geng Borak said...

aiyak!! kid keje balik kul 3 pagi.. camner?? nak kena mandi ke.. huhuhu
lapar tak? terjah Makan Minum Pembuka Selera | Blog Makan Minum Anda...

Unknown said...

mandi malam mmg tak elok..
tapi kan..sj je la nak share info.
perempuan elok mandi air sejuk..sebab segala saraf dan otot bahagian bahagia wanita akan tegang. elok untuk badan perempuan.. tp jgn la mandi malam.hehe

Unknown said...

maya : ye la sekarang tengah sihat, esok lusa kita tak tau kan..
Aesya : me too
KiD : mandi air hangat je la..
cik Aish : mandi malam jugak boleh buat pompuan gemok air, is that true??

Nur Hanani said...

saya selalu la mandi malam..Takut la plak.. tak selesa kalau tak mandi le.. Petang tu kadang-kadang terlajak sampai ke maghrib baru nak mandi.. :)

Entri Terkini: Pia Toscano bakal bintang American Idol

nadeafu chan said...

aku suka mandi malam!hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara