ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Wednesday, April 13, 2011

segala2nya tentang kembar

Mereka bangga dan gembira dengan kelahiran puteri kembar tiga, kita turut menumpang bahagia melihatkan keletah dan kelincahan anak2 mereka. Dari detik kelahiran sehinggalah saat pembesaran si kembar semuanya telah dicerita dan dikongsikan kegembiraan mereka bersama. Mereka antara pasangan ibubapa yang sungguh bertuah kerana dikurniakan zuriat yang sangat istimewa sebagai penyeri juga penambah riuh isi keluarga mereka. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki Allah kepada hambaNya..


Itu bagi yang punya zuriat kembar yang sihat cukup fizikal dan cantik rupa paras, bagaimana pula dengan pasangan ibubapa yang memiliki anak kembar yang tidak sempurna keadaan fizikalnya? Sesungguhnya, saat mengandungkan anak kembar dan proses kelahirannya satu keajaiban, tapi tak semua kelahiran mereka disambut dengan ceria kerana ditakdirkanNya zuriat itu lahir tanpa cukup sifatnya. Hanya kuasa Allah yang Maha menandingi segala-galanya tanpa kawalan kita hambaNya..Maha Suci Allah Dia yang Mencipta dan Menjadikan.

Antara koleksi gambar kembar petikan dari Google..Kita yang cukup sifat sempurna ini sepatutnya merasa malu dengan kehidupan mereka yang berdikari dan mereka juga ingin hidup seperti manusia normal yang lain.








Mereka pun tak mintak dilahirkan sebegitu rupa, semoga ianya menjadi renungan dan iktibar kepada kita agar sentiasa menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya. Ucapkanlah syukur sentiasa, basahkan bibir kita dengan zikrullah Alhamdulillah iAllah hidup kita akan diberkatiNya selalu :)


3 comments:

Unknown said...

iAllah kunjungan balas akan dibuat..terima kasih..

Nur Hanani said...

kisah kembar..tapi tak berani nak tengok gambar-gambar yang last-last tuu.. :)

Jom baca ni: First time join Blogging Contest, saya menang RM2000..Happy sangat..TQ Nuffnang.TQ Lancome Malaysia.

shedameor said...

insaf :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara