ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Tuesday, May 17, 2011

Aneka Resepi Menu Maggi

^oo^ hidong kembang kempis bau maggi..perghhh!!

MAGGI GORENG

BAHAN:
5 ulas bawang putih dicincang halus
100g isi ayam dipotong kecil
6 ekor udang besar dibuang kulit
1 sudu kecil cili boh
2 biji cili merah dipotong nipis
Sedikit sawi dipotong
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Garan dan serbuk perisa
3 bungkus maggi dicelur & ditoskan

CARA
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga ayam masak. Masukkan cili boh. Biarkan sehingga garing. Masukkan udang, kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram & sedikit air. Biarkan sehingga udang masak. Masukkan sawi & cili merah. Biarkan seketika sebelum dimasukkan maggi. Kacau rata. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa.

MURTABAK MAGGI

BAHAN:
1 bungkus maggi dicelur & ditoskan
3 biji telur
1/2 biji bawang besar dicincang halus
1 biji cili merah dipotong nipis
Isi ayam dicincang
Perencah maggi
Daun bawang dihiris halus

CARA:
Isi ayam direbus sehingga masak & diketepikan. Pukul telur bersama bawang, cili merah, daun bawang & perencah maggi. Masukkan maggi yg telah dicelur & isi ayam. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masak bancuhan tadi seperti memasak telur dadar.

Hidangkan bersama jeruk bawang.

MAGGI LADNA

BAHAN
4 bungkus maggi dicelur sekejap dan toskan
100g udang dibuang kulit
100g sotong dipotong bulat
100g isi ayam dipotong kecil
Sayuran pilihan dipotong (sawi, jagung muda, kubis, lobak merah)
1 biji cili merah dihiris nipis
3 cawan air
1 kiub pati ayam
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
5 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
2 biji telur
Sedikit garam, lada sulah & serbuk perisa

CARA
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan air dan kiub pati ayam. Masukkan ayam, udang & sotong. Biarkan sehingga masak, masukkan sayuran, sos tiram & kicap. Bila sayuran layu, pecahkan telur dan kacau rata. Sesuaikan rasa dgn garam, lada sulah & serbuk perisa. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat. Masukkan maggi yg telah dicelur. Angkat & hidangkan.

Nak resepi Maggi lagi? klik SINI




4 comments:

eqbalzack said...

Salam...
Abg eq akan umukan keputusan GA 'I LIGHT U' pada Jumaat ini, 20/5/2011 pukul 10 pagi. TQ

Geng Borak said...

maggi ladna?? waaahhh.. macam sedap

Gatal Gusi?

TrigYy said...

resepi sndiri or resepi yg tgah bjar?

btw, tQ sbb sllu dtang komen kt blog TRIGYY

bersama kak Es said...

masak sendiri ke??

wahh..banyak sedap!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara