singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Tuesday, May 17, 2011

terharu bila Mak Siti mengusik aku..


Cuti umum Wesak hari ni sepatutnya aku bergembira, ye memang pada mulanya tadi aku seronok tapi ada sesuatu perkara yang telah menyentuh hati dan perasaan aku sehingga aku rasa sangat terharu dan tersentuh hati. Gara2 Mak Siti yang telah mengusik aku pagi tadi.


Antara hubungan aku dengan Mak Siti sangat rapat, bila kami berjumpa mesti saling bersalaman, berpelukan dan menciumi pipi antara satu sama lain. Mak Siti memang best & sporting selalu jadi tempat untuk aku bermanja dengan dia. Tu belum lagi masakan yang Mak Siti masakkan untuk aku, dua tiga kali tambah pun tak apa.

Pagi tadi Mak Siti telah menyentuh hati aku dengan usikannya. Aku tak sangka Mak Siti dengan selambanya mengusik aku sedangkan dia tahu usikannya itu bakal membuatkan aku terasa hati. Pada mulanya aku sendiri tak dapat tangkap apa yang dikatakan Mak Siti, dua tiga kali dia ulang akhirnya barulah aku dapat memahami maksud Mak Siti.

Mak Siti : bila nak balik lagi? kali ni balik lah bertiga ye  
                 (aku masih tak tangkap maksud Mak Siti)
Me           : I'Allah dalam bulan raya balik lagi. balik bertiga?
                 (Aku sangka dia nak aku balik dgn hubby & mom in law)
Mak Siti  : balik lah bertiga (diulang kali sambil ketawa) masih aku tak faham lagi.

** Akhirnya **

Me            : oouh..mak niii, saja je tau ngusik lizaaa ..
Mak Siti   : (ketawa..)

Rupanya, balik bertiga tu maksudnya aku, hubby & 'anak kami' .. Hmm hati Mak Siti dah terdetik nak menimang cucu lagi ni. Tak cukup seorang, mungkin dah tiba masanya Mak Siti punya cucu lagi.

Mak Siti ialah my own MOM - Pn Hajah Siti Asmah. korang ingat Mak Siti tu Mak Dato Siti ke? Eh bukan lah, ni stori pasal my Mom. Dia dah mintak nak cucu lagi la tuuuu...mana nak cari cucu ekspres ni? MAKKK!!!!

missed them very much :'(




7 comments:

mzhany said...

ummm, InsyaALLAH ada rezekinya tu...sama la hany pun menunggu rezeki nansatu itu...

Ya ALLAH, KAU murahkan la rezeki kami, KAU kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehan buat kami...ameen...

leyzajamil said...

ye ke kita senasib? moga kita dipermudahkan ye iAllah..

Munna said...

ingat betul lah mak siti td...xpelah blum rzki lg...insyaAllah ada nanti...^^

leyzajamil said...

hehe sori munna..iAllah thanks.

ubi masam said...

boleh cari kat kedai rm2...

leyzajamil said...

@ ubi masam lol..eeiiwww lucunyer.

bersama kak Es said...

hehehe..
maksud tersurat yang lain
mak suruh imrove skill laaa.hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara