^-^
Malang tidak berbau, kalau malang tu berbau macam bau kentut mesti kita semua sedaya upaya mengelak menyelamatkan diri daripada ditimpa malang. Setuju tak?
Mengikut pemerhatian aku, pemandu negara jiran kita ni sangatlah kurang ajar tak makan saman dan tak bertimbang rasa apabila diorang memandu di Malaysia. Tengok saja
contoh kes yang aku jumpa ni, semua tu dah cukup membuktikan pemandu Singaporean kebanyakannya samseng jalanan, huh geram sangat nih!
dilarang berlagak semasa di Malaysia [boleh gitu?]
Al kisahnya malam tadi pulang dari berbelanja, aku memandu secara berhemah ikut lorong (tengah) yang betul. Sebelum tiba di traffic light, nak dekat dah ni tetiba aje ada sebijik kereta mewah plat kereta warna merah
potong mencilok dari lorong kanan secara mengejut. Aku sempat membrek mujur aku tak mencarut cuma aku sempat membunyikan hon
PONKKKK..PONKKKK!!! Pergh, kereta tu berhenti beb. Tak cuak aku? Rupanya pemandu biadap tu sedang mengejar sebijik kereta (plat Singapore jugak) lain dan berlaku lah adegan hampeh di jalanraya sehingga menyebabkan kesesakan dalam masa 10minit. Samseng betul sesama sendiri pon nak tunjuk lagak kat sini, Heran aku dengan attitude diorang nih, setahu aku kalau kat negara sendiri boleh pulak diorang beretika bila memandu, wah!! ini sudah lebeh.
pakkal jek -.-'
itu baru pemandu yang biadap belum lagi nak cerita part pembeli Singaporean kerek. Bila berbelanja kat sini muka masing2 nak ketat lepas tu borong barang kasi licin.
Sabor Je Lah~
3 comments:
sabor aje laah... hujan batu di negeri sendiri..
Hadiah Baru dari NUFFNANG!
sabar ya...biasalah bila ader sifat angkuh atas jalan raya, beginilah jadinya...kita yg drive elok2 neh kdg jadi mangsa...
anyway, setuju dengan ayat malang tak berbau tu...hihihi
hey leyza..tq singgah blog.. :) xde chatbox ke?
Post a Comment