ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Saturday, June 25, 2011

Tanam sikap menabung dari usia muda


Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal..sesuailah sangat perumpamaan itu dengan apa yang aku baru dapat tadi. Tak sia2 kehadiran aku ke sebuah program celik kewangan anjuran Securities Industry Development Corporation (SIDC). SIDC ni macam AKPK jugalah, masing2 di bawah pantauan Bank Negara Malaysia (BNM). Aku amat menghargai kesemua trainer yang datang meluangkan masa ke tempat kerja aku tadi. Program mulanya dijangka mula jam 9 pagi walaupun lewat 45 minit atas sebab tertentu, tetapi program tetap berjalan dengan lancar dan berakhir dengan senyuman kepuasan di kalangan kami.

Lucu, penyampaian bersahaja dan tepat dalam menyampaikan maklumat.
Ganteng2 trainers ni, sepanjang program tak mengantok pon..
(curi2 amik gambar)

bila boss bagi talk..hensem sore macho :)
gambar kredit : FB Bijak Mengurus Wang SIDC

Tugasan pertama, kami diarahkan melukiskan not muka depan RM1 tanpa melihat RM1 sebenar, tengoklah hasilnya macam2 bentuk RM1 yang kitorang lukiskan..LOL!!!




ha, yang ni hampir betul..harap2 mamat ni tak main ngelat yer ;)

Jom kita tengok rupa RM1 sebenar...LAAAAA....tengok hal simple duit RM1 hari-hari kita tengok pun kita boleh lupakan? Memang tak patut betul la..



Gambar kredit : FB Bijak Mengurus Wang SIDC

Serba-sedikit tentang apa yang diajarkan tadi (bagus untuk dikongsikan bersama).

Peserta yang hadir ditunjukkan cara bagaimana menguruskan wang dengan sebijak-bijaknya, bermula dengan menyentuh berapa jumlah pendapatan diperolehi sebulan, berapa banyak yang kita peruntukkan untuk bajet bulanan, berapa pula kita asingkan untuk tabung simpanan (tabung peribadi atau tabung kecemasan) dan kita diberikan kesedaran betapa pentingnya kita mengembangkan wang melalui skim pelaburan yang benar2 sah dan halal di sisi undang2.

Salah satu fakta yang menarik diberikan tentang sikap menabung di kalangan rakyat Malaysia, secara puratanya masih di bawah tahap kurang menggembirakan. Tidak ramai yang menabung semenjak usia mereka masih muda. Banyak contoh diberikan berdasarkan pengalaman trainer sendiri. Buat ibubapa di luar sana, pupuklah sikap & minat menabung di kalangan anak2 anda..banyak manfaat dan keuntungannya bila anak2 sudah meningkat dewasa nanti. Menabung sikit-sikit lama-lama jadi bukit takpun jadi gunung terus.

Masih ragu2 dengan skim pelaburan?? Hmmm, iAllah aku dah terbuka hati nak sertai skim unit trust yang banyak tumbuh bagai cendawan kat Malaysia sekarang. Berulangkali diingatkan jangan sesekali sertai skim pelaburan yang meragukan contohnya skim cepat kaya. Pastikan kita buat research (homework) terlebih dulu tentang pelaburan yang bakal kita nak sertai tu nanti.

Lagi apa ye, hahaha!! cepat aje kita terlupa apa yang diajar kan? Takpelah, kalau nak tau lebih mendalam apa sebenarnya matlamat dan konsep SIDC ni, boleh lah terus ke Malaysian Investor SIDC dan jangan lupa LIKE Facebook Bijak Mengurus Wang SIDC dan macam2 maklumat kita boleh dapat dari situ. Sekalung tahniah untuk team SIDC yang berjaya menyalurkan info dengan gaya penyampaian korang yang sangat menarik. Paling best, segmen kuiz yang dibuat pada akhir program. Berebut2 kami peserta nak menjawab soalan. Tengok apa yang kami dapat..gift dapat ilmu pun dapat, Alhamdulillah siapa nak bagi?



SELAMAT MENGURUSKAN KEWANGAN ANDA!






5 comments:

Anonymous said...

wah,seronoknya dapat gift dan ilmu yang sangat berguna. yang tak tahan tu, dapat free kalkulator..saya suka dapat gift tu. :) banyak hutang nak kira. hehehe :)

Jom baca ni :Nuffnang Premiere Screening of Transformers 3 : Dark Of The Moon. TQ Nuffnang.

Jom baca ni :Cerita ke Pejabat Nuffnang di Heritage House..

Jom baca ni :Wanginya Dettol ni.. Thank You Redmummy and Nuffnang..

suria lekatlekit said...

simpan la walau dalam jumlah yg sedikit setiap bulan.. tu la konsep sy masa kerja dulu.
TERKINI :CIKGU SHIDA NAK BERSARA JADI GURU?
TERKINI :BAHAN LUCAH JADI PILIHAN UNTUK SESUATU TUJUAN
TERKINI :NUFFNANG BAGI SAYA U-MOBILE

Geng Borak said...

bmw.. bijak mengurus wang.. best! best!!
Malam Hujung Minggu di Bagan Lalang

Unknown said...

nani : a'ah mmg seronok sgt wlau hadiahny kecik.
lekat-lekit : hmm, bagus2 teruskan ye amalan murni tu :)
kid : hehehe..mmg best!

hamzah ian said...

aku pun tak ingt rupa singgit tu.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara