ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Friday, June 24, 2011

BILA SI ISTERI BERBLOG.. SI SUAMI dan ANAK?

klik on picture to join
ARAHAN TUGASAN : cuba ceritakan bagaimana anda meluangkan masa di rumah .. Yelah , camana nak habiskan masa dengan anak anak , suami pastu blog .. Haaa.. ada kawan kawan nak tau tuuu... hehehe.. Pastu , si suami tak membebel atau tak kisah ke ? Camana anda leh 'jinak'kan bebelan si suami tu.. haaaa.. hehehe..

Dari saat mulanya aku mengenali dunia blog, suamiku terpaksa menerima hakikat yang orang rumahnya sudah punya hobi & minat yang baru. Kebetulan kami berdua sudah jarang lepak menghabiskan masa berdua di luar. Jalan terbaik untuk aku menghilangkan kebosanan di hujung minggu terutamanya, pasti aku akan ber'duaan' dengan laptop tanpa diganggu sesiapa. Itulah masa bersantai aku di hujung minggu jika tidak ke mana-mana. Selebihnya aku akan menonton rancangan kegemaran sementara menantikan suamiku pulang dari kerjanya. Dan kami akan berbual bertanyakan khabar masing2 sepanjang siang hari kami tidak bersama.

Menghabiskan masa dengan anak? ohoho..anak coming soon iAllah. Aku bersama suami menghabiskan masa santai kami boleh dikira hanya beberapa jam sahaja di rumah, selebihnya kami bekerja. Masa senggang itulah kekadang melayan suamiku bagi memenuhi setiap keperluannya terutama memastikan perutnya kenyang diisi. Hanya waktu satu jam sebelum tidur, aku akan menjengah blog untuk meninjau2 perkembangan terbaru. Setiap isi yang menarik, pasti aku kongsikan bercerita dengan suami agar dia juga tahu apa yang aku tahu.

 
wish to be like this ;)
Memanglah kekadang tu terpacul juga soalan ditanya suami tentang masa aku yang banyak dihabiskan dengan berblog. Eh!! mana ada 24jam mengadap blog, awak jeles eh saya ada blog? Tak delah, saya ni sunyi bila sorang2 kat rumah, jadi bila dah habis siap kerja rumah, barulah saya curi2 masa berblog..Ok apa saya berblog daripada saya membuta, mana awak suka? Lagipun, pagi tadi kan saya dah buatkan teh tarik untuk awak minum sarapan kan? sayang sporting kannnnn...sayaaaang awaaaaaaak.. Senang je ambil hati suami. Alhamdulillah setakat ni, dialah teman yang paling memahami setiap apa yang aku minat. Dia sendiri yang cakap kami memang serasi bersama, ahaks!!!





22 comments:

Lulu Caldina said...

Majulah Blog untuk keluarga dan negara..yeah...

Hudalatip said...

yeay..teruskan je berblog selagi dapat sokongan suami, janji tak lupa tanggungjawab okeh..

Unknown said...

lulu : YEAY!!!! majulah kita bersama.
missbby : orait, itu semestinya beb.

aizamia3 said...

masa ni sambil berblog layan kerenah suami.. lepas ni anak-anak pulak. best je kan.. macam mana sibuk mesti nak jengah blog.. ;)

Unknown said...

aizamia3 : hehe..bagai irama & lagu, ketagihan blogging 'tak dapat dipisahkan' -.-'

Alya Esprézzo™ said...

hehe..walaupun dah jadi isteri, masih lagi boleh berblog kan? hehe happy blogging sis! :)

www.alyaesprezzo.com

Geng Borak said...

kid tidur 4 jam.. gi keje balik keje 7 jam.. makan minum.. dgn family.. blogging, tu lah selebihnya.. heheh
Fabulous Friday #2 | ShaKiddo

bersama kak Es said...

kalau en somi baca ni mesti dia hadiahkan laptop baru hahaha..
pandai bodek suami yeee :D

mas saari said...

pandai akak bodek husband..heheehe

Unknown said...

@ Alya Esprézzo thanks alya ;)

Unknown said...

@ ˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ ok, nt sy dtg baca!!!

Unknown said...

@ KiD tips pembahagian masa drpd antara blogger yg sukses ;)

Unknown said...

@ bersama kak Es mn ada bodek somi...haha 1stime nmpk ejaan somi utk suami..

Unknown said...

@ mas saari ilmu membodek belum tamat lagi mas..hihi

~iz~ said...

salam kenal dari iz...

dn selamat berblogging..

ummiP3 said...

hai....wat kunjungan balas nie...nice blog...

ariana said...

Salam ziarah.Dari segmen Ben. Dah lama follow:)

Admin said...

Belum ada anak bolehla berduduan...he3x

Kasih Suci - Mama Damia said...

syukur la dpt suami yang memahami..hehehe...

http://dedebukasih.blogspot.com/2011/06/segmen-khas-bila-si-isteri-berblog-si.html

duniaanita74.blogspot.com said...

salam singgah dan follow...daripada blog En.ben....

cikgu said...

mcm sy la..blm ada anak lg...:) slm perkenalan...follow awk...singgah cni..
http://dilamin.blogspot.com/

cikgu said...

mcm sy la..blm ada anak lg...:) slm perkenalan...follow awk...singgah cni..
http://dilamin.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara