ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Saturday, June 11, 2011

wanita2 ini kematian suami..ada aku kisah?

Renungan buat diriku sendiri khususnya, dan pembaca amnya.

Kenapa dikhususkan untuk diri aku, sebab aku merasakan yang aku agak bernasib baik kerana masih mempunyai suami yang menjadi tempat berteduh, cuma terkadang aku terlepas pandang akan hukum seorang isteri apabila melakukan sesuatu kesalahan terhadap suaminya. Aku akui aku tidak seperti para isteri / wanita di luar sana yang lemah-lembut dan sentiasa memberikan layanan terbaik buat suami mereka. Aku beruntung kerana punya suami yang bukan pemarah dan banyak bertolak ansur dalam segala hal. Kenapa kebaikan suami aku ambil remeh, asyik keburukan dia saja yang aku pertikaikan???

Itulah apa yang aku fikirkan, seandainya ditakdirkan aku ............. [hish!]

Mereka yang aku berikan contoh ini adalah mereka yang telah kematian suami masing2 kerana sakit dan kematian suaminya akibat tidak dapat menahan emosi marahnya. Kematian dengan cara yang berbeza, sememangnya telah ditakdirkan Tuhan yang sentiasa menguji kita hamba-Nya dengan pelbagai ujian.

Bagi isteri yang telah kematian suami kerana sakit itu pastinya amat merindui setiap masa belaian suami, apatah lagi di'tinggalkan' dalam keadaan anak2 yang masih kecil belum cukup mengerti tentang penderitaan ibu mereka. Keredhaan isteri ini dalam meluahkan rasa hatinya cukup memberikan keinsafan dalam diri aku. Sungguh mulia dan tabahnya hati wanita itu dalam mengharungi kehidupan bersendirian membesarkan anak2. Aku benar2 mengagumi ketabahan wanita itu.

Manakala, wanita yang terlalu mengikutkan amarah rasa hatinya itu telah kehilangan suami dalam keadaan tragis ditambah pula dia dituduh membunuh suaminya pula. Apa salahnya pasangan ini duduk berbincang secara baik dan rasional, kemungkinan perbalahan dan perselisihan faham sehingga terjadinya tragedi itu tidak akan berlaku. Ya, ini pun membuatkan aku menginsafi kesilapan diri yang kadang2 aku terlalu turutkan hati tidak berfikir panjang ketika beremosi dengan suamiku. Suamiku hanya bersabar dan terus bersabar..


Memang aku kisah..aku akan perbaiki kesalahan dari masa ke semasa, untuk setia bersama suami susah dan senangnya sehingga ke hujung nyawa kami berdua..itu azam aku semoga hubungan kami berdua diberkati-Nya selalu.

Sekian ...

Selamat berhujung minggu.



15 comments:

aizamia3 said...

kena banyak sabar jangan suka mencari kesalahan pasangan sedangkan diri sendiri bukannya perfect manapun..

Unknown said...

huhu...aiza, pedas menikam kalbu teguran tu..wokey bos!

bersama kak Es said...

dugaan dan cabaran dalam rumah tangga sangat hebat sebab didalamnya terlalu banyak pahala dan ganjaran ^^

Unknown said...

betul cakap kak es tu, bnyk btul dugaan dan cabarannya sejak akhir2 ni.

safurara said...

huh! betapa besarnya dugaan bile kehilangan insan yg disayangi.moga rara dpt jadi istri solehah bile dh kawen nnt.

Mawar Berduri said...

walaupun aku belum berkawen, tapi aku selalu letak diri aku dalam situasi golongan sudah berkawen.. sakit ketika suami sudah tiada, rasanya sama seperti sakit bila kita hilang penglihatan.. kerana kita tak mampu nampak keindahan lagi.

ct N honey said...

semoga suami ku nanti berjumpa semula ddlm syurga.amin

Zaman isteri bermanja-manja sudah berlalu

Heliza Helmi mengalami penyakit Hiperhidrosis

lady-D said...

opsss dla xtaw ieyza dah kawen..pepun hope ieyza sekeluarga bahagia hingga ke akhir hayat ye..Amin^^

gaduh2 manja tu best jugak kan..heee

Geng Borak said...

bertolak ansur dan kembali kepada panduan dari Quran dan hadis.. :)
'Our World, Their War'

Unknown said...

@ rara pinkmafia amiiin..

Unknown said...

@ Mawar Berduri berat mata menadang berat lagi bahu yang pikulnya..

Unknown said...

@ ct N honey eh, kenapa? husband ct pon dah tak ada lagi ker? kalau ye takziah drpd sy..

Unknown said...

@ d_LA thanks dLA..

Unknown said...

@ KiD ye, iAllah kid..thanks

Liza @ Adzriel AB said...

bila akal diketepikan... hilang segala rasional.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara