singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Friday, August 19, 2011

Fenomena Alam di Mekah selepas 10 juta tahun

Salam All,

Hari ini Ramadhan ke-19 Alhamdulillah telah berjaya kita tempuhi bersama²..mudah²an amalan puasa dan amalan ibadat kita diberkati Tuhan, iAllah..

Doa Ramadhan : Hari Ke-19
"Ya Allah! Penuhilah bagiku dengan keberkatannya (Ramdhan), dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikannya. Janganlah Dikau jauhkan daku dari mencapai kebaikannya, wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran yang nyata!" thanks to sumber doa

Alhamdulillah, pagi ni dapat kiriman sms daripada Ayahanda tercinta, ah! tetiba rindu pulak nak jumpa dia..tak sabar nak sambut raya dengan ayahbonda di kampung. Tunggu ye pak kepulangan anakmu ini..huhu. Perkara yang diberitahunya wallah'ualam benar atau tidak tu semua kerja Yang Maha Esa. Mungkin sekadar sms berantai yang diforwardkan aku tak pasti kebenarannya..


Antara maksud terjemahan sms :

Daripada Dato Mazlan Astrologi,
Pada malam ini, pada jam 3.25am waktu Mekah dikatakan bahawa bulan akan mengelilingi Kaabah lalu apa yang akan terjadi? Langit di kota Mekah mendapat tempiasnya iaitu akan terbit cahaya kebiru²an di langit Kaabah. Dikatakan juga, inilah masanya yang sesuai untuk memohon sebarang doa kerana iAllah akan dikabulkan doa kita. Ya Allah benar ke? Fenomena alam sebegini dikatakan berlaku setelah 10 juta tahun lalu. Jika waktu Mekah 3.25am, waktu di Malaysia & Singapura sekitar jam 8.25am. Sama² kita sebarkan pemberitahuan ini.


Subhanallah tetiba jadi sayu hati ini hendak menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah..sekiranya benar ia akan berlaku, Alhamdulillah sangat bertuah kepada sesiapa yang menunaikan umrah dan haji di sana ketika ini, tapi andai kata sebaliknya, kita serahkan sahaja kepada Yang Maha Berkuasa..Wallah'ualam








5 comments:

KiD said...

indahnya...

S..U..D..@..I..S said...

subhanallah

leyzajamil said...

:) thanks korang sudi membaca di sini.

ZaMri said...

8.25 pg ni ke?

Cik Kasut said...

subhanallah indahnyer...alangkah indah lagi klu kami ada dekat situ masa tu...cantik sangat :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara