singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Tuesday, August 2, 2011

semuanya gara2 pecal..

Salam Ramadhan..puasa tak ni? Alhamdulillah semoga amalan kita sepanjang kita berpuasa diberkati-Nya. Masih belum terlewat nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua.

gambar hiasan

Ginilah, baru2 ni adik kesayangan aku jatuh sakit, Alhamdulillah keadaannya masih terkawal walaupun belum sembuh sepenuhnya. Jatuh sakitnya betul2 buat aku risau, mana taknya seharian dia terbaring lemah, dengan simptom2 keracunan makanan kepala pening, muntah2 dan sakit perut buang2. Kasihannya aku tengok dia, ni semua salah aku juga..

Aku agak2 ini mesti berpunca dengan pecal yang kami makan hari Sabtu baru2 ni. Sebelum tu, nak bagitau pes sambal pecal tu cuma dibancuh dengan air panas untuk dijadikan kuah pecal yang pekat secukup rasa. Pes sambal yang aku minta ayah kurierkan tu segera aku nak makan sebab tak tahan dengan keenakan rasanya. Untuk rencah pecal, aku bawa adik pergi ke pasar malam, kami beli tahu bakar, yong tau fu dan tidak ketinggalan aku beli seikat sayur kangkung & kacang panjang.

PUNCANYA : Sayur kangkung & kacang panjang lepas dicuci bersih, aku cuma rendamkannya dengan air garam dan air panas mendidih. Aku tak celur kedua2 sayur ni memandangkan di rumah (rumah persinggahan) tiada dapur untuk memasak. Periuk nasi ada tapi aku tak terfikir pula nak didihkan air dan celur sayur2 menggunakan periuk nasi. Memang benda nak terjadi kan? Dah siap semuanya rencah kami adunkan dalam hidangan pecal tu, kami berdua makan dengan penuh berselera sekali..makan rebut2..

Dan pada keesokan paginya, adikku jatuh sakit. Aku dah dapat agak apa puncanya..dan perutku juga ada  rasa tak sedap tapi tidaklah seteruk apa yang adik aku alami..Kasihan adik aku. Maafkan akak ye na..

ini lah pecal yang dimaksudkan..

UPDATED







11 comments:

Munna said...

alahai kesiannya,,,.xbwk pergi klinik ke? kalau food poisoning tak di neutralkan cpt boleh jd bhya jgk

leyzajamil said...

memang kesian sgt, ni pun tengah risaukan dia kat hostel tu. ajak g klinik dia tak nak..Tu lah, harap2 dia beransur pulih kat sana. Thanks munna.

KiD said...

minum 100 plus laa jawabnyaa...

Mommy Fara said...

memang menakutkan bile terpakse menghadap keracunan makanan....

Edy Ramanov said...

uish, kena hati2 pasni bila nak makan ok. selamat menjalani ibadah puasa. edy dah follow kat sini. jgn lupa singgah ke blog edy ya. tq

aizamia3 said...

moga adik cepat sembuh..

tiap kali beli yong tau fu mesti mintak sayur kangkung dan cuba mintak abg tu rendam lama skit.. sebab ada yang rendam ala kadar je..

Panglima Hitam said...

http://wadahpanglima.blogspot.com/2011/07/amaran-kepada-penggemar-sayur-kangkung.html

leyzajamil said...

KiD : tu la terlupa lak nak belikan..
MommyFara : hmmm, dah nak terkena..
Edy : ok thanks for advices.
aizamia3 : iAllah..lepas ni pasti akan lebih berhati2..thanks
Panglima Hitam : erk!! janganlah sampai macam tu sekali..IAllah adik sy akan cepat sembuh. Doakanlah ye.

Nizam Ijam said...

selamat berpose k :)

Gen2Merah said...

tu la, berhati2 bila membeli juadah di luar.. ada peniaga yang cari untung tanoa memikirkan kesan kepada si pembeli... lebih afdal masak kat rumah je kan kalau ada masa.. ehehe

Anyway, selamat mengerjakan ibadah puasa

salam Ramadhan
~Gen2Merah~

TrigYy said...

olololo... siannya adek leyza.. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara