singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Saturday, July 30, 2011

Memalu isi hati?

Salam Sabtu, lusa iAllah kita berpuasa. Alhamdulillah.

Sejak kebelakangan ni, hati ini terlalu banyak hal yang mencuit, hati yang duduk kat dalam ni dah banyak sangat melayan macam² kerenah kat luar sana. Setakat hari ini, lagi² dah nak masuk bulan puasa ni, hati ini banyak bersabar terutama bila berhadapan dengan sesetengah kerenah yang remeh-temeh. Hati berkata sabar²..sabar itu separuh daripada iman..

Kenapa aku cakap pasal hati? Sebab aku suka sangat makan hati ayam. Enak bila digoreng garing atau pun hati ayam masak kicap. HAHAHA!! melalut sudah.

Sekeping hati sinonim dan simbolik dengan luahan rasa cinta. Hati yang berbunga² mesti menyanyi keriangan apabila sebahagian isi hatinya sudah terisi dengan cinta sejati. Sekeping hati juga boleh parah 'terbelah dua' apabila dikecewakan oleh cinta. Senyuman yang manis lahir dari hati yang ikhlas, keikhlasan hati kita sememangnya dapat mengatasi setiap masalah dan dugaan yang betul² menguji kesabaran hati. Kasihan hati kita, tanpa hati juga orang lain sesuka hati menyakiti dan menyinggung hati dan perasaan kita tanpa rasa belas simpati. Tapi kita sudah mendidik hati kita supaya sentiasa bersabar dan redha dengan setiap ujian-Nya. Mungkin dah tersurat begini, iAllah pasti ada hikmah-Nya untuk kita suatu hari nanti.

Eh! ce tengok gambar sebelah ni, ini lah Monche Ruevaga dia satu²nya pewaris keluarga aku yang hatinya sudah sebati dengan dunia seni, tak kira lah baik seni lukisan mahupun seni muzik. He is the one who is independent survive for his life dan salah satu kisahnya ada aku storikan di SINI. Gambar tu aku copet dari fb dia..entah dia perasan ke idak? Itulah style yang dia buat untuk meluahkan isi hatinya kepada sesuatu, mungkin kat buah hatinya ke, atau melepaskan kecewa terhadap sesuatu perkara. Kita tak tau kan apa masalah dia, tapi sekurang²nya dia ada cara terapi untuk melepaskan tekanan dengan memalu gendang dan bermain alatan muzik yang lain. Apa yang penting hatinya puas, hatinya lega dan hatinya bebas bersuara biarpun hanya melalui satu paluan gendang. Dia memang seorang berjiwa seni..Tengok sajalah style dia, sempoi dan simple tapi penuh dengan idea² seni..i missed him very much.






2 comments:

Gen2Merah said...

alhamdulillah

anyway selamat berpuasa juga ya .. moga ramadhan ini akan menambahkan amal dan ibadah kita.. selamat berpuasa.

Ikhlas ~Gen2Merah~

KiD said...

jangan makan hati... makan laa nasi.. hehehee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara