salam, apa khabar semua hari ni? semalam hari minggu pasti kalian banyak menghabiskan masa dengan beraya dan bertandang ke jemputan rumah terbuka kenalan taulan dan keluarga. Alhamdulillah :)
Bila disebut soal keluarga, ada sesuatu perkara yang menyentuh hati ini dan terfikir untuk dikongsikan bersama di sini.
kisahnya..sabtu lalu aku sekeluarga menghadiri jemputan kenduri kahwin keluarga sebelah suami. Hujan yang turun renyai² sikit sebanyak membuatkan kita tak selesa, tapi sekurang²nya terubat juga hati apabila melihat pasangan pengantin tersenyum menyambut kedatangan kami dan hidangan lauk-pauk kenduri juga tidak kurang enaknya. Tengoklah, si suamiku tersenyum keriangan bersantap bersama bondanya..
sedap eh sayang? |
Sehabis makan, kami masuk ke dalam kediaman tuan rumah. Dalam keriuhan kanak² bermain, aku terpandang seorang kanak² duduk elok berseorangan hanya melihat kawan² sebayanya bermain. Secara fizikalnya, dia kelihatan seperti lelaki walhal sebenarnya dia perempuan, lesu tak bermaya dan atas rasa simpati, aku panggil adik itu datang kepadaku. Dia datang dan duduk di atas ribaku. Mesra, dan perlahan suaranya menjawab soalan bila kutanyakan siapa namanya. Seronok melayan adik kecil ini hinggalah terbongkar kisah latar belakang si kecil yang kurang bernasib baik ini..
sesekali 'sofia' terbaring kelesuan tapi bila disuap makan, memang berselera dan minta lagi. |
Ditinggalkan ibu tanpa berita
Rupanya si kecil ini telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya di rumah pengasuh. Berulang kali si pengasuh menghubungi si ibu tetapi malangnya tetap tidak diendahkan, sehinggakan sambutan raya baru² ini pun si ibu tidak datang mengambil anak kecilnya. Apa yang lagi sedih, pernah sekali si kecil diambil oleh ayahnya. Pada suatu hari, si kecil ini jatuh sakit dan dibawa ke hospital. Malang menimpanya apabila si ayah membiarkan anaknya ini di hospital dengan hanya meninggalkan nombor telefon pengasuh yang menjaga anak kecil ini. Terpaksalah pengasuh ini mengambil semula si kecil dan sehingga sekarang akhirnya mengambil si kecil menjadi anak angkatnya sedangkan dia sendiri mempunyai sebilangan anak yang ramai.
usianya baru tiga ke empat tahun.
Apa yang tak seronok didengar, anak kecil ini dipercayai sakit akibat terkena gangguan makhlus halus. Ada yang cakap si kecil terkena badi mayat. Sebabnya apabila diberi makan, si kecil tidak berhenti makan, pantang dihulur makanan pasti tidak ditolak. Air yang berais juga tidak digalakkan untuk diberi minum kepadanya. Perutnya membuncit, dan sesekali si kecil mengadu perutnya sakit. Lagi membuatkan aku terkejut, seolah² bukan si kecil yang makan setiap makanan yang dimakan, sebaliknya 'benda' dalam badannya yang makan semua makanan itu. Lepas tu, ada yang berkata, kanak² malang itu hanya berpura² supaya kita rasa simpati dan kasihan kepadanya. Bayangkan di usia sekitar tiga ke empat tahun, kanak² sekecil itu telah menanggung banyak masalah dengan keengganan ibu bapa kandung menjaganya, cakap khabar angin orang² di sekitarnya dan kemungkinan dirinya mempunyai masalah kesihatan yang masih belum diketahui apa puncanya. Hanya ibu bapa kandungnya sahaja yang tahu perkara sebenar.
p/s : kepada sesiapa yang mengenali siapa keluarga asal & ibu ayah kanak² malang ini silalah beritahu jika anda benar² pasti. Kita cuma bimbangkan masa hadapannya dan kehidupannya yang mungkin terbiar jika tidak dijaga dengan rapi. Terima kasih atas keprihatinan dan kesudian membaca di sini.
3 comments:
9 bulan dikandung,, xkan xda sedikit rasa kasih untuk anak ini... :(
hmm..semoga dia dilindungi Allah selalu.
takde saper bawak budak tu berubat ke?
shakiddo.com
Post a Comment