singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Monday, September 12, 2011

kemaruk 'Angry Birds'

Penangan 'Angry Birds' .. sana sini ada patung diorang gantung kat cermin tingkap kereta, lagi best bebudak rewang kenduri kahwin yang aku pegi sabtu lepas pakat pakai t-shirt 'Angry Birds' sedondon warna. Hebat tak hebat penangan burung ni. Nak main game yang ala2 real pun ada juga disediakan. kusss semangat..



satu opis kat setiap pc time rehat masing2 main game femes 'Angry Birds' sampaikan aku sendiri pun teringin lah jugak nak mencuba apa best sangat ke game ni. Hmmm yang bagusnya game ni ibarat melatih diri untuk mind set bagi fokus pada sasaran / target yang kita aim selama ni. Selagi tak dapat target tu, selagi itu lah nak dihentam, dipulun sampai lah dapat. Manalah tak geram, bila tak dapat 'tembak' tu, si benda alah warna hijau tu dok ketawakan kita, hok..hek..hok..hek geramlah kan.

Erti kata lain, jangan tak sangka sekecil2 burung ini boleh mengalahkan musuhnya. Yang jadi ketua yang kepala merah la tu kot. Kecil2 cili padi, jangan disangka lemah tapi kenalah berpakat, dok dalam satu team barulah musuh durjana dapat dilawan dan dikalahkan. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh! ..



Tapi takdelah aku sampai ketagih game sampai tak makan..hehe dasatnya main game sampai tak makan..saja kalau nak melepaskan tension atau melepaskan geram boleh lah main game ni, rasa puas hati kalau target kita hancur berkecai.hehe..ni dalam game saje ye, bukan di alam realiti. Dek tak puas hati dengan somebody, sanggup bertumbuk paling kejam pun simbah asid, jangan begitu ye. Lepaskan geram dalam game aje..

Adik2 yang nak exam besar terutama yang nak UPSR tu janganlah dok leka main game saje, habiskan masa dengan baca buku buat ulangkaji pelajaran, nanti dah lepas habis periksa, korang nak melompat tinggi mana pun tak kisah asalkan janganlah memudaratkan diri.
Thanks :)


3 comments:

miloais said...

peberet my kids...
kalo main ni... leka sangat2\kita plak yg geram...!

leyzajamil said...

miloais : hehe..mak bapak budak pun suka jugak, tumpang sekaki..hehe

KiD said...

memang buat kita nak lastik aje memanjang.. hahahaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara