salam Eid ke 5..
weeee, duit raya dah banyak dapat, boleh la kita menabung ^-^
Dalam kegembiraan menyambut raya, ada satu part yang tak best untuk diingat2kan..biasanya kita akan berhenti rehat di mana2 RR. Tandas awam RR ni kalau boleh kita nak tidur dalam tu apalagi kalau tandas tu wangi dan bersih, siap ada air con lagi..
Itu kalau tandas bersih lah, macamna pulak kalau tandas RR yang kotor busuk yang amat..fuh! terus kita tak jadi nak buang hajat..tangguh ke stesyen minyak depan tu. Gitulah halnya dengan tandas awam RR Ayer Keroh yang tersangatlah busuk, kotor dan tak selesa sekali. Tandasnya pula kecil cuma disediakan 3 pintu tandas saja untuk ladies. Wey, pengunjung yang datang bukannya sikit2 orang, beribu2 ramainya yang berkongsi tandas yang ada, tolonglah sediakan tandas yang selesa dan bersih untuk kami pengunjung yang berhenti melepaskan lelah dan ingin berehat sebentar di hentian rehat Ayer Keroh ini.
Tandasnya satu hal. Surau untuk wanita pun samalah juga, sangat daif dan kurang selesa untuk kami beribadat mengerjakan solat. Surau yang kecil sememangnya tidak dapat menampung jumlah pengguna surau wanita yang ramai datang sekali pada satu2 masa. Keadaan berhimpit2, ruang udara yang 'kureng untuk bernafas / lemas' membuatkan pengunjung rasa tidak selesa untuk bersolat dengan kusyuk.
Bandaraya Melaka dah diiktiraf sebagai Bandaraya Bersejarah, RR Ayer Keroh kenapa masih lagi ketinggalan dari segi pengurusan kebersihan dan keselesaan tandas dan suraunya? Saya dapat tau pengurusan RR Ayer Keroh bawah pengurusan pihak PLUS, jadi kerajaan negeri tidak terlibat langsung dengan pengurusan pentadbiran dengan RR Ayer Keroh. Hmmm, kalau gitulah gayanya, malulah dengan pelancong2 asing terutamanya dan pengunjung2 tempatan amnya kerana tak menepati ciri2 kebersihan untuk sesebuah negeri yang telah pun diangkat taraf sebagai 'Bandaraya Bersejarah'. Benda yang buruk dan tak elok akan disebut keburukannya sampai bila2, lainlah pula jika sesuatu hal yang molek dan elok, akan dikenang dan dipuji2 hingga diberikan anugerah jika benar2 layak..
Tepuk dada tanya selera, jangan main tepuk amai2 pulak..
Wallah'ualam..
3 comments:
selalu ziarah kak leyza,,tp xde at umah pun :)
oh ye ke?
slmt hari raya 0-0 eh..
kebetulan dapat yang tak ok.. huhuhu.. memang pening menahan baunya..
Post a Comment