Salam kasih sayang, kenapa kasih sayang? Ini bersesuaian dengan mood berkasih sayang aku dan juga sempena tamatnya drama berepisod 'Stanza Cinta' yang telah berakhir pada hari semalam. Mujur juga ada tonton.com.my dapat kita ulang tonton semula mana² episod yang terlepas mengikutinya.
gambar : RentakArtis.com
Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan jalan cerita drama tv yang sangat hebat sekali. Garapan jalan cerita 'Stanza Cinta' ini tersangat menyentuh perasaan, hasil dari teknik dan gaya pengarahan Along Kamaruddin yang sangat berkarisma. Penghayatan watak oleh para pelakon jangan sekali kita menidakkan keupayaan mereka yang banyak melakonkan watak air mata terutamanya sekali Nur Fathia yang berjaya membuat penonton menangis dengan mimik air muka sedihnya dengan efek air mata yang mengalir..Fathia ni rupa²nya sepupu Farah Adeeba , laaa kisahnya..
Apapun, Fathia memang nampak manis dan ayu sekali bila bertudung dalam menjayakan wataknya sebagai Amni Sorfina dalam drama ni, jauh berbeza dengan penampilan menjolok matanya dalam majlis resepsi perkahwinan pasangan artis kontroversi ni..
Ok..berbalik kepada cerita kita, mari kita mengenali pula siapa pengarang asal cerita 'Stanza Cinta' yang sangat unik maksudnya ini. Nurull Halawati ialah penulis kepada jalan cerita 'Stanza Cinta' yang aku ada terbaca menurutnya 70% jalan cerita adalah memang kisah benar berlaku. Selanjutnya, bolehlah berkenalan dengan Nurull Halawati menerusi blognya yang turut menjual RENDANG TOK air tangan ibunya.
harus dapatkan satu untuk koleksi bacaan.
Petikan antara kata² yang menarik untuk dikongsikan.
"Jgn pernah meragui setiap apa yg datang dariNya dalam kehidupan kt. Atas setiap ujian dan derita, Dia telah menyimpan sebuah hikmah dan kegembiraan yg cukup besar di hujung sana. Percayalah, redhalah dan terimalah sgl ketentuanNya dgn hati yg lapang dan bahagia. disitu letaknya ERTI BAHAGIA!"
"kalau Allah sudah takdirkan sesuatu itu utk kita, walau seluruh isi alam ini mghalang kita dari mndapatkannya, kita ttp akan dpt jua. Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN utk kita, walau seluruh isi alam ini mmbantu kita utk mndapatkannya, ttp kita tak akan dpt"
copy terus daripada Facebook Novel Stanza Cinta.
p/s : tahniah kepada semua yang telah menjayakan 'Stanza Cinta' ..
No comments:
Post a Comment