ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Saturday, November 12, 2011

Hampir sejam stuck jem kawasan Senai


A'alaikum & salam sejahtera buat kawan² yang non muslim.

Pagi ni sarapan apa kita ye? Ada yang pagi² lagi dah makan roti canai, nasi lemak, kuih-muih, lontong kering atau lontong basah, setidak²nya pun kalau kat kawasan Pantai Timur sana, mereka mesti mengambil nasi sebagai hidangan utama bersarapan.

Eh! ini nak cerita pasal makan ke cerita pasal stuck dalam jem semalam? Haha..sambil menyelam kita minum air ye tak? tanya khabar dulu baru lah kita mulakan cerita kita yang bikin panas hati malam tadi. kenapa panas hati? Sebabnya tersangkut dalam jem teruk kat area pekan Senai arah JB. Adoiyaiii sejam jugalah tersengguk² dalam kereta, tu yang agak kebosanan lalu memberanikan diri mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti dan kenangan yang aku telah terperangkap dalam jem yang sangat teruk di laluan jalan utama Senai yang entah bila nak siap pembinaan jalan kat sana? Menyusahkan pengguna jalanraya tau tak? Sudahlah nak kena U-turn jauh..pergh masak boleh hangit rentung kalau kereta tu tak ada aircon..








nak tau tak sebab apa? Aku sangkakan buruh binaan tengah letak kon tengah², sibuk nak siapkan jalan malam tu jugak ke, tak pun ada kemalangan maut ke kat depan sana. Suspen jugak ni..sekali tu dah nak hampir ke garisan penamat jem ni, rupa²nya ada bas tersadai makan laluan jalan..macam ada kesan² kemalangan di situ yang mana kaca bertaburan tapi dengan apa yang bas tu langgar tidak pulak aku ketahui.


Ah!!!..apa lagi aku berdezuppppp cabut dengan kelajuan yang maksima sebab aku tengok semua kereta pun pecut laju tanda mereka juga agak marah kerana tersangkut jem dalam tempoh yang agak memanaskan bontot kami. Alhamdulillah aku selamat sampai di rumah jam 10.00pm dengan perasaan yang sepi, badan yang sangat penat dan mata yang sangat mengantuk..hai macam² hal dunia ni kan, itu baru nak cerita pasal jem belum lagi cerita pasal isu² semasa yang lain. Apa² aje lah..

Wasalam & hepi weekend uolls :)






2 comments:

Dzu Aamal said...

Haha, ni kira tahan lagi. Kitorang hari highway ke kuantan JEM. 3 jam kot tersangkut. Fuh!

Unknown said...

la ye ke? lamanya sampai 3 jam? huhu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara