Salam hari Isnin..
pagi ni alhamdulillah ketara sejuknya harap2 cuaca baik sampai ke petang. aku g keje dgn mood dan feel yang fresh walaupun ada saki baki ngantuk tak hilang lagi ni..sejak ada blog ni aku tido lewat je, tak berganjak ngadap lappy touch-up my blog ni..aku puas & hepi bila blog cantik. idea pulak datang mencurah2 apa nak tepek kat dalam blog ni, tapi bila da duk depan lappy terus blank tak tau nak taip apa plk..hihi..
hari ni da 17hb sekejap je masa berlalu. hujung minggu ni 22hb Jan (Sabtu) ada perjumpaan keluarga kat Kg. Bota. dibuat sekali majlis doa kesyukuran sebab rumah Kg Bota da siap dibikin baru, dicat baru sehingga berseri 'bertukar wajah'. aku tak dapat balik keje Sabtu tu. nak cuti pun da tak bole kerap sangat sekarang.
Semoga Allah memberkati seluruh warga familiku yang terlibat secara langsung atau tak dalam menyumbangkan bakti, wang ringgit, masa & tenaga untuk menjayakan inisiatif & usaha murni ni. Hanya Allah sahaja yang membalas budi baik kalian. Amiin.
Pakcik berkata : untuk siapa lagi Pakcik buat semua ni kalau bukan untuk cucu (generasi baru)..terselit jugak pesanannya suruh balik jenguk kampung rumah pusaka tu..(mood terharu)
KAmPUnG HalAmANku..BOTA KANAN
keluarga sepakat memberikan nama sebagai RUMAH IKHLAS
sumber foto : Facebook credit to Pn.Saniah Mohd Piah / MakKenik
sumber foto : Facebook credit to Pn.Saniah Mohd Piah / MakKenik
before |
after |
.nampak luas la. bole main sorok2 ni :) |
arah jam : Pakcik, MakMah, AyahNgah, Along, Achik & CikTeh |
gamba reramai dulu2.. AlFatihah to Arwah PakWan & Arwah Aunty Nona |
antara pinggan mangkuk & brg2 lama |
brg2 lama lagi.. |
bertungkus lumus..terima kasih :') |
dalam umah..wah! cantiknya.. |
kerusi pengantin AbahMak.. usik diorg duk ala2 bsanding kesempatan balik kg baru2 ni.. to be continue.. |
No comments:
Post a Comment