1. Gangguan Secara Lisan:
contohnya: kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.
Ye..setiap kali berbual pasti ada usikan & gurauan berbau seksual. Mula2 tu aku layankan aje sbb tak nak nanti dikata sombong, tapi kali ini aku takkan bagi muka.
2. Gangguan Secara Isyarat/Bukan Lisan:
contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.
Dia selalu memandang dengan pandangan tajam macam nak telan .. pandang atas bawah atas bawah .. sampai aku serba salah jadinya. Selalu suka pandang kat part dada. Padahal aku berpakaian litup bukannya aku pakai seksi pun..eii rimas tau
3. Gangguan Visual:
contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.
Yang ni tak ade dibuat..clean & clear
4. Gangguan Psikologi:
contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.
Yang ni pun takde, cuma sesekali kerap diajak keluar makan & ikut balik kampung.
5. Gangguan Fizikal:
contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.
Tang ni yang aku paling geram paling benci..sebenarnya semua di atas tu bukan aku yang kena tapi kawan sekerja aku yang terkena. Saat aku mendengar ceritanya, aku sangat terkejut kerana tak disangka2 orang yang layak dipanggil ayah sanggup mengambil kesempatan ke atas kami yang selayaknya dianggap sebagai anaknya. Selama ini aku layankan aje apa yang diborakkan, ialah niat 'nak layan cakap orang tua' tapi tak sangka la pulak tangannya ligat merayap.
Apa yang dikesalkan, tuan punya body hanya berdiam diri. Aku mende gini aku takkan duduk diam. Aku g cakap kat senior untuk mengambil tindakan selanjutnya. Aku tak mau hal macam ni mengganggu ketenteraman kami kaum pompuan kat tempat kerja. Selemah2 kami pun kami tau hak nak jaga martabat & maruah kaum kami.
Jangan sesekali pandang kami serendah2 maruah, dan ingat buat baik dibalas baik buat jahat sekali kami ingat sampai mati..
sekadar hiburan sahaja :D
klik untuk : BACA LANJUT
Gambar sebagai tempekan penyeri entri..
5 comments:
Salam kenal...report je kat pihak atasan...pernah terjadi kat member cik wife,tapi yg kena tu tak buat apa, terus menangis...bila dia menangis, management siasat la...terus kena buang mamat tu...baru kau tau langit tinggi ke rendah...tapi yg selalu buat ni org yg dah berkahwin le....( tak termasuk aku...hehehhee )
singgah minggah! haha
f@dzli : akan diambil tindakan selanjutnya..
Double M : takpe singgah, nanti datang lagi ye..
sekarang ni rasa benci mnyampah meluat jek tgk muka dia..
nak wat kelip2 background tab link kan....
awak gi sini... http://strawberrychocolatelicious.blogspot.com/2010/09/tutorial-centre-title-post-and-gadget.html
cari : side bar tittle background... nn apply..k...
Post a Comment