ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Monday, February 14, 2011

Terapi CINTA Part 1



a..a..aa..

ini bukan nak cite pasal hari cinta yang dilarang agama Islam untuk menyambutnya. Sebaliknya aku nak recall semula apa yang aku dengar dalam berita 4jam lalu. Al-maklumlah aku ni pelupa orangnya..setidak2nya dengan adanya post ni aku boleh review sebanyak mana aku suka kan..

Pasal kasih sayang la ni..dalam kesibukan kita seharian apalagi zaman kelam kelibut semua nya nak ekspres je sekarang ni, kita manusia terlupa, terleka, terlalai dan segala bagai ter dengan orang2 sekeliling yang dahagakan kasih sayang kita. Suami dengan sang Isterinya, IbuAyah dengan Anak2nya, AbangKakak dengan Adik2, Guru dengan para muridnya, kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW & sebagai hamba Allah dan banyak lagi. Apa tanggungjawab kita sebenarnya dalam menyemai kasih sayang sesama kita. Terlalu meluas konsep kasih sayang untuk diperkatakan..

Dipendekkan cerita, diberikan perbandingan antara dua orang anak yatim yang diambil sebagai anak angkat oleh dua famili. Famili A kaya dengan harta benda, diberikan makan minum keperluan yang cukup kepada si anak yatim A tadi. Manakala famili B sederhana kehidupan mereka maka keperluan si anak yatim B sekadar yang ada. Tapi anak yatim B membesar dengan sihat, ceria & cerdik padahal dibesarkan dalam famili sederhana sahaja..kenapa?? Kerana famili B kaya dengan pelukan kasih sayang yang tak berbelah bahagi..




Sebab itula..kita digalakkan memeluk pasangan atau orang yang kita sayangi paling minimum 8 kali sehari..kalau lebih lagi bagus la bertambah hangat hubungan tu ahai (untuk hubungan halal ye). Setiap kali anak bangun tidur, pandang wajah ibu terpa dan peluk ibu katakan 'Ibu..saya sayang Ibu' dan si ibu kenalah membalas 'Ibu sayangkan kamu juga'..contoh yang serupa antara pasangan suamisteri. Pelukan dan ciuman kasih sayang inila terapi cinta yang paling berkesan dalam menimbulkan mood & perasaan positif dalam diri seseorang.

Bagaimana cara kita menunjukkan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW & Allah? Kenalah kita banyakkan selawat kepada baginda, berzikir / beristigfar, membaca Kalam Al-Quran dan sentiasa melakukan apa yang disuruh serta meninggalkan apa yang ditegah dilarang. IAllah lengkap lah keperluan batin nurani kita dalam melalui kehidupan seharian..Mudah2an.

''Mukmin itu diamnya fikir cakapnya zikir''

p/s : peringatan untuk diriku yang selalu alpa dan leka :'(



4 comments:

sud@is said...

tiba2 aku terigat lagu ni..syahdu
"kasih sayang terlalu indah untuk dikenang........

Anonymous said...

InsyaAllah

Admin said...

Betul tu kena peluk selalu.he.

Unknown said...

sud@is : kasih sayang kepada Allah yang sejati
azharr : ye IAllah..tq :)
joy : ehem2..len mcm jek ni ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara