ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Tuesday, March 15, 2011

bila aku da MENCARUT..


Mazidul Akmal dalam pemerhatian aku dia seorang blogger yang gemar memancing para pembaca dengan tajuk2 entri yang panas dan boleh mengundang kontroversi. Orangnya mungkin dah lali dengan segala bentuk propa2 maklumlah sudah bergiat lama dalam bidang kewartawanan, so jangan main2 api dengan Mazidul. Kali ni, aku terpancing dengan entrinya bertajuk Islam dipersendakan lagi yang menyentuh isu ketidakpuasan hati terhadap suara2 azan yang berkumandang sayu di pagi Subuh diajuknya sebagai "Laungan azan setiap subuh seperti orang menjerit tidak tentu fasal, macam orang hendak order mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, hendak kuih pau besar pula!"

Itu masih boleh diterima..Mazidul pun dalam penulisan entrinya takdelah begitu emosional dan masih bijak menyusun ayat yang sedap dibaca.

Berbeza dengan si blogger sorang ni yang bagai mengantuk disorongkan bantal pulak, seolah2 nak melepaskan geram kat satu2 bangsa dalam ruangan komen Mazidul ni, dan Mazidul bertindak untuk menyiarkan komen2 blogger 'berani mati' tu..Nampak gaya macam blogger ni nak attention, mungkin traffic ke blognya akan meningkat selepas ni. Jom kepada sesiapa yang mahu menjadi followernya boleh terjah ke blog The Red Rambutan (merah lagi aku bagi!!).

Tu satu hal, kedua halnya The Red Rambutan turut mengajak kita sama2 menonton video yang macam nak jadi batu api lah pulak gayanya. Kenapa mesti begitu?? Perlu ke kita beremosi mengeluarkan pendapat, sedangkan empunya blog (Mazidul) sendiri bijak mengawal emosi ketika berentri apa pasal dia pulak yang terlebih sudu daripada kuah tu??..


Video ini menunjukkan anjing telah dibunuh dengan kejam..
tak pula dinyatakan apa salah anjing itu sampai dibunuh sebegitu kejam??
Terlupa kah mereka anjing juga salah satu haiwan dikasihani Nabi?

Dilarangnya memelihara anjing dalam rumah, bukan berarti kita bersikap keras terhadap anjing atau kita diperintah untuk membunuhnya. Sebab Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Andaikata anjing-anjing itu bukan umat seperti umat-umat yang lain, niscaya saya perintahkan untuk dibunuh." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Dengan hadis tersebut Nabi mengisyaratkan kepada suatu pengertian yang besar dan realita yang tinggi sekali nilainya seperti halnya yang ditegaskan juga oleh al-Quran:

"Tidak ada satupun binatang di bumi dan burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan suatu umat seperti kamu juga." (al-An'am: 38)
Rasulullah pernah juga mengkisahkan kepada para sahabatnya tentang seorang laki-laki yang menjumpai anjing di padang pasir, anjing itu menyalak-nyalak sambil makan debu karena kehausan. Lantas orang laki-laki tersebut menuju sebuah sumur dan melepas sepatunya kemudian dipenuhi air, lantas minumlah anjing tersebut dengan puas.

Setelah itu Nabi bersabda:

"Karena itu Allah berterimakasih kepada orang yang memberi pertolongan itu serta mengampuni dosanya." (Riwayat Bukhari)

Sumber diambil dari SINI


Bak kata Nabil
'Lu Pikirla Sendiri'
maaf jika terasa..ni blog aku, aku berhak bersuara..


8 comments:

Anonymous said...

owh.. rambutan tu meluahkan ketidakpuasan hatinya.. mungkin ada kisah yang membuatkan dia rasa kurang senang... tak salah memberi pendapat.. mungkin kadang2 ketidakmatangan kita tu la yang membuatkan kita di salahkan.. ngeee

Unknown said...

beruntungla orang2 yang matang bila berfikir, waras bila berkata2 & bertimbangrasa bila bertindak :)

#iwrite said...

leyzajamil : "beruntungla orang2 yang matang bila berfikir, waras bila berkata2 & bertimbangrasa bila bertindak :)"

????????

Kak Long said...

org yg benar2 kuat ialah org yg dapat menahan perasaan marah..


singgah balas niha.. :)

Unknown said...

hanya yang memahami bijak menafsirkannya..

#iwrite said...

saya budak baru belajar
bermadah-madah langsung tak reti
kalo bole tolong ajar
tiada maksud nak mengajar

katak lari awak pijak
saya tak pandai lagi tak bijak

hihihi

Unknown said...

iffah : hihi..satu permulaan yang baik..ok la tu ada bunyi madah2 la jugak..

neslO_ais said...

aihh mcm2 org skrg an..
bnyk org bnyk ragam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara