Salam tujuh malam likur ^_^
Mudah²an sambutan Aidilfitri pada tahun ini dapat kita menyambutnya dengan sederhana dan tidak secara berlebih²an, itu lebih afdhal. Dalam kita bergembira menyambut raya, janganlah sesekali kita melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Kebelakangan ini, banyak berita nahas² jalanraya yang mengorbankan nyawa, yang terbaru kes langgar lari membabitkan sebuah kereta dengan dua orang adik-beradik yang dalam perjalanan pulang dari sekolah mereka.
Y_Y sedihnya tak terkata..berat lagi bahu yang memikulnya namun hati ibu dua kanak² malang itu sangat tabah, riak mukanya memang menampakkan kekesalan atas kemalangan yang menimpa anak²nya tetapi dirinya masih mampu mengawal perasaan ketika menjawab soalan yang ditanya wartawan media. IAllah pasti ada balasan syurga ganjaran-Nya kepada ibu muda yang berhati tabah dan cukup redha dengan takdir dan ujian Allah itu.
Perjalanan pulang ke kampung kita pastinya banyak nak tempuh kesesakan, cuaca tak menentu panas atau hujan, dengan melayan kerenah anak² kecil kita, ragam kereta lagi (tu sebab kena hantar servis awal) dan macam² lagi masalah yang tidak kita jangkakan apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan pergi-balik kita. Jangan lupa membaca doa menaiki kenderaan iAllah semoga perjalanan kita terlindung daripada sebarang musibah dan bencana yang tidak kita jangkakan..
Amiiin....
Di sini saya sertakan sekali antara nama² jalan dan laluan utama yang menjadi igauan dan trauma pengguna jalanraya ketika melaluinya. Senarai ini pastinya berdasarkan statistik kepada kekerapan nahas yang berlaku di kawasan yang disebutkan. Bukan niat hendak menakutkan kalian, tapi sebagai peringatan buat kita semua..terima kasih kepada teman yang telah berkongsi-sama info ini.
(gambar hiasan)
biarlah ibu menangis menyambut kepulangan kita..
biarlah ibu menangis menyambut kepulangan kita..
kepulangan anak yang mengubat kerinduan seorang ibu..
dan..jangan biarkan ibu menangis kerana 'ketiadaan' kita..
Allahu Akbar..
Jangan risau, asalkan sama² kita pandu kenderaan kita dengan berhemah dan berhati², pasti kita semua akan selamat. Ingat! kita semua berkongsi jalanraya, jadi sama² kita menghormati perasaan orang lain. Pandu cermat jiwa selamat & ingatlah orang yang tersayang yang sedang menanti dengan sabar sambil mendoakan kepulangan kita semoga kita selamat sampai. Bila dah selamat sampai ke destinasi yang dituju, jangan pula kita lupa sekurang²nya ucapkanlah Alhamdulillah :)
Selamat berhari raya semua!!!
Selamat berhari raya semua!!!
3 comments:
hati hati di jalanraya..
wahh, kalu jalan2 kat perlis tu mmg banyak sangat accident. menakutkan btul. :(
tak sabar nak balik kampung nie :)
Post a Comment